Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, June 28, 2008

Selamat Datang Ke ‘DUNIA BARU’

Tanggal 29 Jun 2008 tarikh keramat buat mereka yang bakal bergelar mahasiswa tidak kira di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta, universiti ataupun kolej. Yang penting mereka akan menjadi ‘freshie’ yang bakal mengenal ‘Dunia Baru’ tajuk sebuah drama bersiri terbitan TV3.

Hakikat yang perlu mereka fahami bukanlah semuanya sama seperti dalam kisah drama pentas dunia itu. Malah lebih mencabar dan tragis bagi mereka yang sudah tergelincir didalam kancah yang merugikan. Mahasiswa harus faham bahawa dunia kini makin tidak ‘Sejahtera Aman dan Makmur’. Pelbagai cobaan dan godaan yang datang dari segenap hala. Tidak kiralah sama ada hedonism iaitu hiburan melampau dan sekularisme fahaman luar yang makin mengancam pemikiran mahasiswa kini.

Apa yang perlu diingatkan adalah tentang kehidupan kampus yang penuh dengan mehnah dan pancaroba. Kehidupan mahasiswa yang sibuk dengan tugasan dan pelajaran sehari-hari di alam kampus menuntut mahasiswa bijak mengurus masa dan pembelajaran. Kita semua memiliki jumlah masa yang sama setiap hari iaitu 24 jam sehari. Jangan ada yang kata tidak cukup masa bila masuk ke alam kampus. Kebiasaannya mahasiswa yang sesifat aktif akan mencari aktiviti luaran yang mengasah kemahiran dan kekentalan fizikal dan mental. Manakala yang sedikit aktif namun sedikit pasif kepada aktiviti luar pula akan hanya menumpukan kepada prestasi akademik semata-mata. Namun Malaysia bukan hanya mahu melahirkan mahasiswa yang aktif, akan tetapi Negara gemilang cemerlang dan terbilang ini mahu melahirkan mahasiswa yang bersifat agresif yang mampu menyeimbangkan tahap pencapaian akademik dan kokurikulum seiiring dalam melahirkan segulung sijil graduan. Sesuai dengan harapan perdana menteri kita yang terbilang Yang Berhormat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama.

Oleh itu wahai mahasiswa, manfaatkan hari-hari mendatang dengan perkara-perkara yang berfaedah. Ingatlah harapan ayahanda dan bonda untuk melihat kita pulang dengan membawa kejayaan hakiki, kejayaan yang MAMPU menjadikan kita sebagai peritis pembentukan ‘Dunia Baru’ yang lebih unggul di mata dunia. Masyarakat yang harmoni dengan penerapan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan pengisian jiwa yang tidak membernarkan hati-hati di nodai dengan perkara-perkara yang mengkhianati agama bangsa dan Negara.

Minggu Mesra Pelajar, terasa seperti berada didalam alam persekolahan lagi pula. Walau apa pun bahasa atau perkataan yang digunakan untuk minggu orientasi mahasiswa baru ia adalah merupakan masa untuk mengenali UKM dan masa untuk mahasiswa serasi dengan ‘Dunia Baru’, belajar pun dah tinggi dan masuk universiti. Kanan kiri ranjau berduri telah pun di lalui. Kini tiba masanya mahasiswa untuk membuat penilaian sendiri semasa minggu mesra pelajar. Yang baik jadikan sempadan dan yang buruk jadikan sempadan. Jangan mudah sangat percaya dan terpedaya dengan kata-kata nista dan dusta manusia. Berpeganglah kepada pegangan yang benar iaitu Al-Quran dan Assunnah buat yang muslim khususnya. Buat pelajar bukan muslim, GM rasa anda semua bijak dan professional dalam membuat penilaian. Nilailah dengan nilaian akal bukan nafsu semata-mata.

Akhir kata Tahniah dan Selamat Datang Mahasiswa/i baru UKM 2008/2009. “Datang dengan harapan, pulang bawa kejayaan”. Selamat Maju Jaya.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !