Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya 1429 Hijrah - Pengerusi GMUKM



Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar…

Setinggi-setinggi kesyukuran dihulurkan kepada yang maha esa kerana dengan limpah kurniaNya masih memberi peluang kepada kita pada tahun ini untuk sekali lagi meraikan hari kemenangan yang sentiasa kita raikan setelah sebulan kita menempuh dan menunaikan perintah dariNya di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.


Selawat serta salam kepada junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana dengan pengorbanan dan perjuangan bagindalah kita sebagai umat Islam, masih lagi dapat merasa dua nikmat kurniaan Ilahi yang akan memandu kita ke pintu syurga Allah taala, iaitu iman dan islam.
Sebagaimana firman Allah taala yang bermaksud :-

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." ( Surah Al-Imran : Ayat 102 )


Bagi pihak Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM), saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, hari kebesaran kurnia daripada Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan dan kegembiraan bagi umat islam di seluruh pelusuk dunia. Hari yang dikurniakan Allah taala untuk meraikan kejayaan kita setelah sebulan menunaikan perintahNya dengan menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan demi membuktikan akan keimanan dan kemampuan kita melaksanakan perintahNya.


Kedengaran laungan takbir dan tahmid bergema di seluruh ruang angkasa bumi umat islam menandakan seruan perhambaan diri kepadaNya di pagi hari kemenangan dan menunjukkan bahawa kita adalah selemah-lemah hamba ciptaanNya. Seluruh umat islam yang mengakui diri beriman kepada Allah taala tunduk mempersembahkan diri bersyukur kepadaNya sama ada miskin kaya, kuat lemah, tinggi rendah semuanya tunduk tersungkur memperhambakan diri kepada Allah taala.


Berlalunya Ramadhan merupakan satu kesedihan bagi umat islam yang beriman dan cintakan kepada Allah taala. Bulan Ramadhan merupakan bulan penuh keberkatan dan kerahmatan berbanding dengan bulan-bulan yang lain, tetapi janganlah kita berpegang dan menyangka bahawa hanya di bulan Ramadhan sahaja adalah waktu untuk kita mengerjakan amalan mahmudah. Bahkan tetapkanlah amalan mahmudah di bulan Ramadhan sehingga berterusan di bulan-bulan yang lain. Jadikanlah bulan ramadhan ini, sebagai madrasah ilmu untuk perbaiki diri kita sebagai umat islam.


Disamping kita bergembira di hari kemenangan ini, perlulah kita ingat akan sahabat-sahabat kita yang tidak semampu dengan kita. Mereka yang telah kehilangan keluarga, mereka yang kehilangan ayah, mereka yang kehilangan ibu, mereka yang kehilangan adik beradik, mereka meraikan hari yang sepatutnya menjadi hari kegembiraan bertukar menjadi hari yang penuh dengan kepiluan. Kerana di hari ini mereka tidak dapat bersama orang yang tersayang, membuktikan kekuasaan Allah yang maha penyayang.


Namun di sana masih lagi terdapat sahabat-sahabat kita yang tidak dapat meraikan hari kegembiraan ini seperti kita. Seperti sahabat-sahabat kita yang berada di bumi Palestin, Iraq, Afghanistan, Chechnya dan selatan Thailand. Setiap hari mereka ditindas oleh pihak yang mengkufuri Allah taala. Sesungguhnya mereka amat zalim terhadap sahabat-sahabat kita yang digelar pejuang agama Allah yang sanggup menjadikan diri sebagai penahan dan pelindung bagi agama Allah dan kita meyakini bahawa mereka adalah golongan yang dijanjikan Allah akan syurgaNya.

Oleh itu, di samping kegembiraan kita ini janganlah kita leka dan abaikan sahabat-sahabat kita yang berhajat kepada pertolongan kita. Mereka juga inginkan kehidupan yang sempurna seperti kita lalui sekarang, bantulah mereka dengan sedaya upaya kita sama ada pertolongan kita itu berbentuk harta benda, kewangan dan yang paling penting jikalau kita tidak mampu membantu mereka secara zahiriyah maka bantulah dengan mendoakan mereka. Semoga aidilfitri yang kita raikan ini menjadi hari kegembiraan kita bersama. Semoga ianya menjadi satu muhasabah kepada diri kita yang selalu lalai dan leka dari mengsyukuri nikmat kurniaanNya.

Disamping itu juga, janganlah kita terlalu leka dengan kegembiraan yang diraikan ini. Kita masih ada perjuangan nilai mahasiswa yang masih panjang. Selagi falsafah UKM, kebajikan semua mahasiswa serta nilai keintelektualan tidak dijadikan sebagai agenda perjuangan pemimpin mahasiswa UKM, selagi itulah kita berjuang dengan sepenuh hati dan pengorbanan. Kepada rakan-rakan kita, India, Cina, Iban, Bidayuh, Kadasan, dan termasuk ahli Aspirasi yang insaf, anggaplah bahawa kehadiran GMUKM sebagai harapan baru buat anda di kampus. GMUKM bertegas tidak akan berkompromi dalam isu kebajikan semua mahasiswa tanpa berbilang kaum dan di peringkat kami juga, kami yakin bahawa perjuangan GMUKM melangkaui sempadan politik perkauman sempit yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak ’tertentu’ di Universiti kebanggan kita ini.


Akhirnya, dikesempatan yang ada ini saya mewakili Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang turut membantu dan menyumbang segala kerjasama sama ada berbentuk tenaga, kewangan dan sebagainya dalam menjayakan gerak kerja GMUKM selama ini dalam cita-cita untuk menguasai PMUKM dalam pilihanraya kampus akan datang. Saya melihat bahawa GMUKM sudah membuka mata mahasiswa UKM dalam mencari alternatif baru pemimpin mereka yang selama ini memperlihatkan kegagalan Aspirasi menjalankan amanah yang diberikan. Siri roadshow, piket, majlis dialog, poster dan ucapan kad raya mempersembahkan hasil atau output kerja ikhlas dan dengan penuh kesungguhan yang rakan-rakan telah dapat hasilkan (the output speaks by itself). Saya yakin dan optimis bahawa selepas ini UKM akan mendapat satu udara baru dalam kepimpinan pelajar apabila GMUKM mengambil alih tampuk kepimpinan PMUKM yang hilang sejak 2002 lalu.

Akhir kata, teruskan usaha dan tawakkal untuk kita mara ke singsahsana PMUKM. Jangan gentar dan takut dengan ugutan serta cabaran kerana ingatlah bahawa pengorbanan kita bukan setakat tiga atau empat tahun kita di UKM, tetapi lebih kepada satu jangka waktu yang panjang, untuk selamatkan UKM daripada pemimpin yang zalim dan gagal memimpin. Semoga segala sumbangan dan jasa keringat yang dihulurkan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.

“HARAPAN BARU MAHASISWA”


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN 1429 HIJRAH

Ahmad Farhan Bin Yusoff Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM

Saturday, September 27, 2008

Kebebasan Mahasiswa Berhimpun..Masih Adakah?


Walk for justice


Piket di Masjid UKM


Road show GMUKM di Fakulti Pendidikan


Demontrasi Mahasiswa di Parlimen


Demontrasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia membantah pemakaian jubah dan songkok baru konvokesyen, pengahantaran petisyen Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU di Parlimen pada 18 Ogos lalu, dan Demontrasi Pro Anwar di Masjid Ar- Rahman menunjukkan bukti bahawa kebebasan berhimpun sudah merajai kembali dalam arena kampus. Bagi penulis, ia bertitik tolak daripada Demontrasi 10 ribu pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 13 Ogos lalu yang membantah kenyataan Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor berkaitan isu kuota 10 peratus pelajar bukan melayu di UiTM. Mungkin demontrasi haram itu ada pro dan kontra kepada gerakan mahasiswa. Dari sudut positifnya, demontrasi UiTM itu akan menjadi precedent case atau kes duluan kepada kes-kes demontrasi akan datang. Sebab itulah mahasiswa berani sekarang berani untuk berdemontrasi, disebabkan oleh anak angkat pro kerajaan sendiri yang menganjurkan demontrasi tanpa permit itu. Sekiranya demontrasi itu dibuat oleh mahasiswa pro pembangkang, yang dicop oleh Hal Ehwal Pelajar, sudah pasti petualang kepada demontrasi tersebut akan ditangkap dalam masa 24 jam. Jelas bahawa kesilapan pelajar Aspirasi UiTM menganjurkan demontrasi jalanan menyalakan kembali kebebasan mahasiswa untuk berhimpun.


Dari segi kontra demontrasi oleh UiTM itu, penulis melihat bahawa isu perkauman (racisme issues) kembali menerajui politik nasional dan politik kampus. Ini satu perkembangan tidak sihat kepada imej mahasiswa yang ditonjolkan sebagai agen integrasi. Juga menunjukkan politikus kotor UMNO menggunakan mahasiswa sebagai agen mengaut laba politik dalam menghujahkan bahawa UMNO sahajalah yang membela bangsa Melayu sedangkan hakikatnya, mereka jelas mahu menyuntik penawar menyembuhkan kembali badan mereka yang sakit akibat tsunami politik 8 Mac lalu.


Berbalik kepada isu kebebasan mahasiswa, gerakan mahasiswa awal dekad 70 dan 80an sering menjadikan kebebasan berhimpun sebagai wadah membantah pekara yang tidak kena dilakukan oleh pemerintah mahupun pembangkang. Antaranya, demontrasi Baling 1974, Demontrasi Papan tanda di UM, di UKM juga, terdapat demontrasi membantah penganjuran konsert Sheila Majid dan pelbagai lagi siri demontrasi yang membuka mata masyarakat pada tika itu.Dalam ertikata mudah, kebebasan berhimpun menjadi salah satu ciri perjuangan mahasiswa pada zaman awal kemerdakaan itu dan nampak seakan-akan kembali mewarnai rencah politik kampus sejak akhir-akhir ini. Kata-kata kosong bahawa mahasiswa hanya pelu duduk di bangku kuliah dan belajar dianggap silap sama sekali kerana mahasiswa perlu mencabar untuk menduduki kerusi pemerintahan negara kelak.


Faktor lain yang boleh dikaitkan mengapa kebebasan berhimpun bagi mahasiswa kembali bertakhta di hati mahasiswa ialah kerana siri demontrasi yang dijalankan oleh ’orang-orang’ kerajaan seperti demontrasi isu babi di Selangor, demontrasi ’kami mahu Idris’ di Terengganu dan isu ketuanan Melayu kononya di KOMTAR, Pulau Pinang menjadikan pemerintah serba salah untuk mengambil tindakan kepada para demontrans. Sebab itulah golongan pembangkang berani melaukan siri-siri demontrasi seperti perhimpunan BERSIH, Protes dan juga yang terbaru, perhimpunan 16 September.


Sememangnya tidak dinafikan bahawa terdapat sekatan yang nyata terhadap kebebasan berhimpun ini. Seksyen 27 Akta Polis 1967 jelas melarang keras perhimpunan melebihi 5 orang tanpa permit. Bagi yang tidak memerlukan permit hanyalah di tempat milik persendirian dan di dalam bangunan. Juga untuk mengelakkan Seksyen yang melanggari Perlembagaan Persekutuan ini, para demontrasi boleh berhimpun sambil berjalan dan ia tidak memerlukan permit serta tiada tangkapan akan berlaku. Inilah yang dilakukan oleh 2000 peguam yang membantah isu Pita Lingam dalam ’’Walk for justice” di Putrajaya pada 27 September tahun lalu.


Oleh itu, bagi penulis, budaya demontrasi bukanlah satu budaya yang tidak sihat. Ia bukanlah budaya seperti budaya rasuah, rempit, kronisme atau sumbang mahram Ia adalah budaya yang berkait rapat dengan keadilan dan hak asasi manusia terutamanya mahasiswa, yang sekiranya dihalang oleh golongan bukan mahasiswa, sudah pasti akan mendapat tentangan hebat oleh semangat muda mahasiswa. Tetapi perhimpunan itu hendaklah bebas daripada perbuatan merusuh, merosakkan harta awam, menghalang lalu lintas, mengeluarkan penyataan bersifat perkauman dan perbuatan tidak bermoral lain. Demontrasi atas rancangan kotor politik luar wajar dijauhi oleh para mahasiswa yang mesti neutral dari politik kepartian dan perlu mengamalkan politik nilai, satu perjuangan suci mahasiswa yang perlu didaulatkan. Mahasiswa juga dituntut agar tidak melakukan demontrasi yang bersifat remeh-temeh seperti isu cafe tidak menyelerakan atau pegawai pntadbiran mengamalkan makan suap kerana isu ini boleh diselesaikan di meja rundingan dan melaporkan kepada pihak berwajib tanpa adanya demontrasi jalanan dilakukan.


Bagi penulis, saranan agar kebebasan berhimpun wajar disuarakan agar ia kembali ke tempat sepatutnya kepada mahasiswa dan juga masyarakat umum sepertimana berlaku di England, negara kiblat Malaysia dalam sistem undang-undang (common law). Di sana, demontrasi tidak mmerlukan permit dan paling menariknya, polis akan mengawal siri demontrasi tersebut. Mengawal di sini bukan bermaksud mengacau demontrasi itu, tetapi mengawal untuk menjaga keselamatan pada demontrasi. Ibarat langit dan bumi jika dibandingkan dengan malaysia. Di negara jiran kita juga, Singapura, telah melakukan reformasi demokrasi apabila menyediakan ruang berpidato (speaker corner) di sebuah taman di negara kecil itu. Walaubagaimanapun, sejak akhir akhir ini wujud satu senario keterbukaan kempimpinan Pak Lah dalam siri kebebasan berhimpun oleh rakyat ini.Jelas bahawa pemerintah hari ini faham dan aplikasikan semangat Perkara 10 (b) Perlembagaan Persekutuan walaupun tidak sepenuhnya. Semoga kebebasan berhimpun buat mahasiswa wajar dikembalikan semual bagi mencorakkan Malaysia sebagai negara demokrasi unggul di rantau ini. Sifat konservatif dan jumud para pemimpin dan pentadbiran yang alegik apabila mahasiswa berhimpun, wajar dikikis dan ditinggalkan sifat lapuk itu dalam dunia global telah memasuki era baru ke arah demokrasi tulen.

Hazman Abdullah

Friday, September 26, 2008

Timbalan Naib Canselor baru..harapan baru untuk mahasiswa

GMUKM mengucapkan tahniah atas perlantikan secara rasmi Prof. Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama 3 tahun bermula 13 September 2008 lalu. Secara biodatanya, Prof. Dato’ Dr. Mohamad merupakan Profesor Jabatan Ortopedik dan Traumatologi di Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Anak Kulai Johor itu adalah lulusan Ijazah Sarjanamuda Perubatan dari UKM pada 1979 serta memperoleh Ijazah Sarjana Kepakaran dalam bidang Ortopedik dari UKM pada 1985 dan Fellowship in Spinal Injuries dari United Kingdom pada 1992.Yang menariknya, beliau merupakan antara salah seorang graduan kumpulan pertama Fakulti Perubatan UKM yang dilahirkan di ketika itu. Beliau banyak menabur jasa kepada UKM dalam bidang keintelektualan dan organisasi apabila pernah menjadi Pengarah Hospital UKM (2003-2007), Pengetua Kamsis Tun Dr. Ismail UKM (1986-1991) dan Presiden Persatuan Alumni Perubatan UKM (2000-2003).
Sepanjang karier beliau di bidang akademik, Prof. Dato’ Dr. Mohamad telah memenangi 15 anugerah di bidang penyelidikan dan inovasi. Beliau juga banyak menulis penulisan yang diterbitkan dalam jurnal, prosiding, bab dalam buku, dan monograf. Beliau juga telah menyampaikan tiga syarahan utama di peringkat antarabangsa dalam bidang kepakarannya. Selain itu, beliau turut Profesor Pelawat dalam bidang Ortopedik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Sebelum itu juga, tidak terlambat sekiranya GMUKM mengucapkan tahniah kepada Prof. Ir. Dr. Hassan Basri yang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa). Juga Prof. Dr. Saran Kaur Gill atas lantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat) pada bulan lalu. Di atas kesempatan ini juga, tidak terlambat juga untuk GMUKM mengucapkan tahniah dan syabas kepada Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin atas penyambungan kontrak selama 2 tahun sebagai Naib Canselor, orang nombor satu di dalam UKM.

Senario sejak akhir-akhir ini, menunjukkan bahawa terdapat ramai pengurus Universiti baru yang dilantik. Untuk pengetahuan semua mahasiswa/i UKM, terdapat 8 individu yang bertanggungjawab dalam mentadbir urus Universiti yang mengandungi 6,094 kakitangan am, 1,991 kakitangan akademik dan 23,973 pelajar ini. Mereka ialah yang terdiri daripada Naib Canselor, 4 orang Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan. Naib Canselor
Jelas bahawa pelantikan wajah baru bagi pengurusan UKM ini dilihat sebagai satu menifestasi baru yang direalisasikan oleh Naib Canselor kita. Hal ini menunjukkan perkembangan sihat dalam mencapai harapan Universiti untuk meninggkatkan rangking Universiti dan juga menjadi Universiti Apex ke-2 selepas USM.

GMUKM berharap agar pelantikkan 3 orang Timbalan Naib Canselor baru dan juga penyambungan kontrak Naib Canselor, akan merealisasikan lagi falsafah UKM itu sendiri iaitu : Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu,proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.

Juga, akan memberikan sinar baru kepada keintelektualan dan kebajikan mahasiswa dalam menempuh pengajian ilmu di tanah seluas 1,100 hektar Perbukitan Bangi dan 42 hektar di Kuala Lumpur ini. Sekalung tahniah dan Syabas GMUKM ucapkan atas kehadiran Timbalan Naib Canselor yang baru dan semoga akan menyegarkan kembali UKM ini di persada antarabangsa sesuai dengan mottonya, mengilham harapan, mencipta masa depan.

Thursday, September 25, 2008

KEBANGKITAN PELAJAR UKM UNTUK MENUNTUT HAK MEREKA SEBAGAI PELAJAR


18 September 2008 – Khamis
Pada hari ini, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) telah menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Tan Sri Dr Khoo Kay Kim kira-kira pada pukul 4.15 petang. Memorandum yang telah diberikan itu adalah berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa pegawai keselamatan UKM, pelajar dikasari oleh pegawai keselamatan dan juga pelajar tidak diberi hak berhimpun dan berucap. Satu insiden telah berlaku pada 11 September 2008 di mana wakil GMUKM, kad matrik saya telah dirampas oleh pegawai keselamatan dan telah dikasari. Alasan yang diberikan oleh ketua pegawai keselamatan UKM adalah tindakan itu diambil kerana saya telah memberikan ceramah. Pada masa yang sama, wakil GMUKM lain juga telah dikasari oleh pegawai keselamatan kerana mengambil gambar dalam insiden tersebut. Kira-kira 15 orang telah datang ke penyerahan memorandum ini. Sokongan solidariti juga diberikan oleh pelajar dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM). SUARAM juga telah bersama-sama pelajar dalam penyerahan memorandum ini.

Beberapa perkara telah diseru agar pihak SUHAKAM mengambil tindakan selanjutnya. Salah satu daripadanya adalah perlindungan diberikan kepada pelajar-pelajar yang berani tampil ke hadapan untuk mengutarakan isu mereka. Selain itu, kuasa pegawai keselamatan harus dikawal dan satu kod etika harus diperkenalkan supaya pegawai keselamatan tidak menyalahgunakan kuasa mereka. Pihak UKM juga disyor agar menjalankan siasatan terhadap pegawai keselamatan yang terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Pada masa yang sama, hak asasi pelajar untuk berhimpun, bersuara dan berpersatuan harus dihormati oleh pihak UKM. Dalam memorandum ini juga, disyorkan kepada kerajaan, supaya menggubal undang-undang yang manjamin hak asasi pelajar untuk berhimpun, bersuara dan berpersatuan tanpa sebarang sekatan.

Selepas penyerahan memorandum ini, kronologi insiden telah dijelaskan kepada pesuruhjaya. Juga wakil dari USM, Sdr. Cheng telah berkongsi pengalaman sebegini yang telah berlaku di UPM dan juga USM. Selepas penjelasan dibuat, pesuruhjaya telah berjanji pihak SUHAKAM akan membawa hal ini ke pandangan Menteri Pengajian Tinggi untuk membincangkan hak-hak pelajar untuk berkumpul dan berucap.

Dalam insiden 11 September, kita boleh membuat kesimpulan bahawa keadaan di dalam kampus universiti UKM adalah tidak “sihat” untuk perkembangan minda pelajar. Daya intelektual dan analitik pelajar sangat kurang dan lemah disebabkan sekatan-sekatan sebegini dibuat oleh pihak pentadbiran universiti UKM. Sekiranya perlakuan sebegini semakin berterusan, sudah tentu universiti takkan melahirkan graduan yang dikatakan harapan dan pemimpin masa depan Negara.

Dalam Perlembagaan Malaysia secara jelasnya dinyatakan iaitu dalam Artikel 10 bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun, bersuara dan juga berpersatuan, tetapi kenapa perkara ini tidak diimplikasikan dalam kampus? Pelajar memang mempunyai hak untuk berhimpun dan berucap. Melalui cara inilah, pelbagai idea-idea dan pandangan dikongsi dan ia akan membantu dalam cara pemikiran pelajar. Ia akan memberikan ruang kepada pelajar untuk berdebat dan satu perdebatan yang sihat dapat dilihat. Tetapi sekiranya insiden kad matrik dirampas berlaku, bagaimana pelajar akan menyertai aktiviti-aktiviti sebegini?

Sebelum ini juga pelbagai kejadian sebegini telah berlaku di UKM tetapi ia tidak didedahkan tetapi sekarang pelajar UKM sudah berani untuk menanyakan hak-hak mereka. Inilah dikatakan kebangkitan pelajar UKM dalam perjuangan pelajar. Diharapkan perkara sebegini harus diketahui ramai supaya tidak berlaku lagi penindasan terhadap pelajar.Semoga penyerahan memorandum ini akan memberikan peluang kepada pelajar UKM untuk menjadi lebih bebas dan diberi hak-hak berhimpun dan berucap.

Tuesday, September 23, 2008

Rasuah: Kedudukan M'sia merosot lagi




Tidak ada kemajuan dalam persepsi rasuah di Malaysia sejak tahun 2001 walaupun banyak janji-janji yang telah dibuat oleh pihak berkuasa untuk membasmikannya.

Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2008 - yang mengukur tahap rasuah di sesebuah negara - Malaysia memperolehi 5.1 mata tahun lalu.

Mata yang sederhana itu hanya sedikit berbeza daripada 4.9 hingga 5.1 mata yang diperolehi Malaysia sejak tahun 2001.

"Ini menunjukkan terdapat negara-negara yang mencatatkan kemajuan yang lebih baik daripada kita," kata Presiden Transparency International (Malaysia), Tan Sri Ramon Navaratnam.

Beliau merujuk kepada Singapura yang mendahului senarai bagi negara-negara di rantau Asia Tenggara, dengan mendapat 9.1 mata. Pada keseluruhannya, republik itu berada di tangga keempat di kalangan 180 negara yang dinilai.

Sebagai perbandingan, Malaysia berada di tangga 47 dalam senarai tersebut, berbanding pada tangga 36 pada tahun 2001 di kalangan 91 negara yang dinilai dalam indeks tersebut.

Bagaimanapun, Malaysia masih berada di atas negara-negara lain di rantau ini seperti Thailand (3.5), Vietnam (2.7), Indonesia (2.6), Filipina (2.3), Kamboja (1.8) dan Burma (1.3).

Menurutnya, tahap rasuah yang tinggi yang masih wujud dalam ekonomi tersebut boleh menjejaskan perniagaan, kecekapan, menghalang atau melembabkan perniagaan dan menjadikan perniagaan lebih mahal dan berisiko tinggi.

Navaratnam juga berkata, lebih banyak yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk membasmi rasuah.

Katanya, sementara usaha memerangi rasuah dalam sektor awam memerlukan kekuatan keazaman politik yang kuat, ini perlu disusuli dengan keazaman yang kuat dan berterusan untuk memperkukuhkan akauntabiliti.

"Satu budaya yang tidak bertolak ansur dengan rasuah juga perlu ditanam dalam budaya perkhidmatan awam. Pemimpin politik mesti memimpin melalui teladan dan cakap seperti bikin," katanya.

Beliau bagaimanapun memuji langkah kerajaan menubuhkan badan seperti Pemudah, sebuah badan petugas khas untuk membantu memulakan perniagaan secara mudah dan telus, tetapi menegaskan lebih banyak lagi yang boleh dilakukan.

Menurutnya, jumlah mata yang sederhana yang diperolehi Malaysia dalam CPI 2008 itu harus menjadi peringatan kepada kerajaan supaya meningkat usaha membasmi rasuah dan bukan setakat beretorik sahaja.

Selain pembaharuan institusi dan undang-undang, TI juga berkata , CPI Malaysia boleh ditingkatkan dengan memastikan keputusan dan transaksi kerajaan menjadi lebih telus.

"Ini termasuk merombak Akta Rahsia Rasmi," kata Navaratnam.

Perolehan kerajaan,tambahnya, juga mesti lebih terbuka untuk membasmi rasuah.

Mengenai politik wang, Navaratnam menyarankan supaya calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya dan pemilihan parti politik lebih dihadkan dan dipertanggungjawabkan terhadap penggunaan wang dalam pilihanraya.

Ranking bagi CPI TI dibuat berdasarkan tahap persepsi rasuah di kalangan pegawai kerajaan awam dan ahli politik.

Indeks komposit ini mengumpul data dari pakar dan kajiselidik perniagaan yang dijalankan oleh pelbagai institusi bebas.


Sidang Media Penyerahan Memorandum Membantah Sikap Segelintir Pegawai Keselamatan





MEMORANDUM KEPADA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM)

18 SEPTEMBER 2008


PELAJAR DIKASARI OLEH PEGAWAI KESELAMATAN UKM


Kami dari Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) bersama-sama dengan Mahasiswa / Mahasiswi ingin mengutarakan isu berkenaan salahguna kuasa oleh Pegawai Keselamatan dari Universiti Kebangasaan Malaysia (UKM).

Sebagai badan hak asasi manusia, kami berasa amat kesal dengan tindakan Pegawai Keselamatan ke atas pelajar Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat yang bernama Danaletchumi a/p Langaswaran, 23 tahun. Berikut adalah antara isu yang ingin diutarakan daripada kejadian ini:

  1. Salahguna kuasa oleh pegawai Keselamatan

  2. Menafikan Hak Berhimpun dan bersuara

  3. Bersikap kasar dan tidak profesional

Latar belakang kes


Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) merupakan satu gabungan persatuan-persatuan mahasiswa UKM yang memperjuangkan isu kebajikan pelajar. Gabungan ini baru ditubuhkan 3 minggu yang lepas. Untuk memberikan keterangan dan penjelasan kepada pelajar-pelajar tentang penubuhan GMUKM, maka satu sesi suai kenal dibuat di beberapa fakulti. Kami tidak pernah menghadapi sebarang masalah semasa membuat sesi suai kenal selama ini, sehinggakan pada 11 September 2008 (Khamis), GMUKM telah didatangi pegawai keselamatan UKM dan berlaku kejadian berikut.

Testimoni Pengadu: Danaletchumi a/p Langaswaran


  1. Salahguna kuasa oleh pegawai Keselamatan – insiden kad matrik saya (A108981) dirampas.

  • Pada 11 September 2008 lebih kurang pukul 11.00 pagi – saya bersama dengan Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) membuat sesi suai kenal untuk memperkenalkan GM ini kepada pelajar di UKM.

  • Kami telah pergi ke Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP). Semasa kami sampai ke tempat program kira-kira 10 orang pegawai keselamatan telah menunggu kami. Namun, kami teruskan program kami dengan memberikan penerangan tentang GM. Pada masa yang sama, wakil GM iaitu Khazman melakukan perbincangan dengan Pegawai Keselamatan untuk memberikan kami masa untuk meneruskan program kami. Pegawai Keselamatan hanya memberikan kami 5 minit dan selepas itu mereka berkeras mengarahkan kami menghentikan program kami.

  • Program kami mendapati sambutan amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar. Seramai 20 hingga 30 orang telah mendengar ucapan kami. Semasa kami sedang menyampaikan ucapan, ia dirakamkan dan gambar kami diambil oleh pegawai Keselamatan.

  • Kira-kira 11.30 pagi kami telah tamatkan ucapan kami dan bergegas ke Fakulti lain.

  • 11.45pagi – kami telah pergi ke Fakulti Sains dan Kemanusiaan (FSSK) dan meneruskan program kami. Di fakulti ini, kami tidak menghadapi sebarang masalah dan semuanya berjalan dengan lancar.

  • Kira-kira 12.10 tengah hari, kami menghabiskan program kami dan bergerak ke Fakulti Sains dan Teknologi (FST).

  • 12.15 tengah hari – semasa saya sampai di FST, kira-kira 20 orang pegawai keselamatan tunggu kami di sana. Sebaik saja saya turun dari motorsikal saya, saya didatangi seorang lelaki yang menangkap gambar kami, semasa kami berada di Fakulti ekonomi.

  • Dia menanyakan kad matrik saya, untuk mengenalpasti samada saya adalah pelajar UKM atau tidak. Saya memberitahu dia yang saya sememangnya pelajar UKM, tetapi dia tidak percaya dan memberitahu saya bahawa dia menerima maklumat dari pihak atasan bahawa saya sudah habis belajar dan saya bukan pelajar UKM lagi. Saya menafikan dan menyatakan berkali-kali bahawa saya adalah pelajar UKM dan masih belajar . Lalu, saya menyuruh dia membuat pemeriksaan dengan fakulti saya.

  • Selepas itu, kira-kira 5 orang pegawai keselamatan mula kepung saya dan seorang pegawai keselamatan menyuruh saya pergi ke pejabat keselamatan UKM tanpa memberikan alasan yang munasabah. Saya memberitahu dia, yang saya tidak boleh pergi ke sana tanpa mendapat alasan yang kukuh.

  • Dia paksa saya untuk pergi ke pejabat keselamatan tetapi saya tetap dengan pendirian saya. Tiba-tiba saya didatangi seorang lelaki berbaju batik kuning dan tanya kad matrik saya. Saya hanya tunjuk kad matrik saya tetapi dia rampas kad matrik saya.

  • Pada masa yang sama saya juga mendapati bahawa seramai kira-kira 10 pegawai keselamatan sedang mengepung saya.

  • Saya berusaha untuk mendapatkan kad matrik tetapi saya dikasari dan mereka menolak saya dan hampir terjatuh ke bawah.

  • Pegawai keselamatan itu juga bercakap besar yang mereka ada hak untuk merampas kad matrik pelajar. Apabila saya menanyakan bagaimana hendak mendapatkan kad matrik saya, mereka menyuruh saya untuk mendapatkanya di pejabat keselamatan.

  • Pada ketika itu, saya berasa yang saya ditindas dan kuasa pegawai keselamatan itu disalah gunakan.

  • Mereka juga membuli saya disebabkan saya ini seorang pelajar perempuan. Mereka tolak saya semasa saya berusaha untuk mendapatkan kad matrik saya. Walaupun masa itu saya jerit mengatakan mereka tidak ada hak untuk merampas kad matrik saya, tetapi suara saya tidak didengari.



  1. Menafikan Hak Berhimpun dan bersuara

  • Pada pukul 1.00 petang – saya dan ahli GMUKM kira-kira 10 orang telah pergi ke pejabat keselamatan yang berada di luar Kampus UKM untuk mendapatkan semula kad matrik saya. Pegawai di sana menyuruh kami tunggu selama 30 minit.

  • Pada pukul 1.30 petang – ketua pegawai keselamatan dengan kira-kira 15 orang termasuk wakil Hal Ehwal Pelajar UKM (HEP), Cik Mas Ayu telah datang ke pejabat keselamatan.

  • Ketua Pegawai Keselamatan, telah cuba menakutkan kami dan mengugut kami bahawa ada seorang Pegawai Penyiasat persendirian dari Bukit Aman turut berada di Pejabat tersebut.

  • Saya menanyakan kepada Ketua pegawai keselamatan tersebut, “di manakah kad matrik saya?” Ketua itu menjawab dengan kasar bahawa kad matrik saya dirampas kerana saya telah memberikan ceramah.

  • Saya telah menafikan yang saya memberi ceramah. Tetapi, wakil HEP mencabar saya dan mengatakan mereka ada bukti bahawa saya ada memberikan ceramah.

  • Lalu, dia pun menunjukkan gambar saya dan juga ahli GMUKM lain yang diambil semasa program di Fakulti Ekonomi.


  • Wakil HEP bertanya saya kenapa saya berada di situ bersama dengan yang lain. Saya berkata bahawa saya mempunyai hak untuk berdiri di mana-mana tempat dan mendengar apa yang disampaikan oleh wakil-wakil dari GMUKM.

  1. Bersikap kasar dan tidak profesional

  • Saya masih bertanya kepada wakil HEP Cik Mas Ayu bilakah saya boleh mendapatkan balik kad matrik saya. Dia berkata bahawa dia tak tahu apa-apa dan menyuruh saya bertanya kepada ketua pegawai keselamatan.

  • Mereka langsung tidak ambil tahu tentang keadaan saya dan buatkan saya seperti orang yang telah membuat kesalahan yang besar. Saya mendapati ramai orang mengambil gambar kami.

  • Kami merasa kami di dalam penjara dan seperti disoal siasat.

  • Pada masa yang sama, ahli GMUKM, Farid dari Fakulti Kejuruteraan juga turut dikasari kerana dia mengambil gambar ketika Ketua Pagawai Keselamatan bercakap. Ketua pegawai keselamatan menarik tangan dan mengugut dia supaya jangan mengambil gambar.

  • Saya bertanya kepada ketua pegawai keselamatan bila saya boleh mendapatkan kad matrik saya dan dia menjawab tunggu untuk laporan. Saya tanya dia di mana laporan dan dia tidak menjawab apa-apa.

  • Dan dia bertanya saya kenapa banyak kawan berada di pejabat keselamatan sedangkan hanya kad matrik saya sahaja yang dirampas. Saya menjawab mereka semua adalah kawan saya. Dia tanya bagaimana pelajar dari fakulti berlainan boleh jadi kawan. Pada masa itu saya merasakan memang dia tidak berfikir secara logiknya. Saya tanya dia kenapa pelajar dari fakulti berlainan tidak boleh jadi kawan. Dia tidak menjawab soalan saya.

  • Selepas beberapa minit, dia menyuruh seorang lelaki untuk memulangkan kad matrik saya. Lelaki itu mengambil kad matrik saya dari poketnya dan memberikan kepada saya.

  • Kami pulang selepas mendapatkan kad matrik saya. Kira-kira 2.30 petang kami keluar dari pejabat keselamatan.

SUARAM memandang berat terhadap tuduhan salah guna kuasa oleh pihak Keselamatan ini. Kami berpendapat, ini adalah satu pencabulan hak asasi yang serius di mana hak untuk pelajar berhimpun dan bersuara dinafikan. Hak untuk berhimpun dan kebebasan bersuara jelas terjamin dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Malah, rampasan Kad Matrik tanpa sebab, ugutan dan intimidasi yang dilakukan terhadap mereka adalah merupakan salah guna kuasa ini menunjukkan bahawa Pegawai Keselamatan tidak menjalankan tugas mereka dengan profesional.

Dengan ini, Kami menyeru agar pihak SUHAKAM:

  1. Menyiasat insiden tersebut dengan segera.

  1. Mengesyorkan kepada pihak UKM agar menjalankan siasatan terhadap pegawai keselamatan yang terlibat atas tuduhan di atas dan mengambil tindakan yang sewajarnya agar perkara ini tidak berulang.

  1. Mengesyorkan kepada pihak UKM agar hak asasi pelajar untuk berhimpun, bersuara dan berpersatuan dihormati.

  1. Mengesyorkan kepada Kerajaan, supaya menggubalkan undang-undang yang menjamin hak asasi pelajar untuk berhimpun, bersuara dan berpersatuan tanpa sebarang sekatan.


Monday, September 22, 2008

SOROTAN SEJARAH: Sejarah Ringkas PMUKM

Naib Canselor amat rapat dengan kepimpinan PMUKM pro-mahasiswa

Saudara Abdullah Abdul Karim, Presiden PMUKM yang berjaya membawa perubahan baru kepada UKM

Kepimpianan PMUKM Pro-Mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai kaum
Peristiwa
1970/71
· Penubuhan PMUKM
· Islam dijadikan landasan pergerakan PMUKM, maka pemimpin-pemimpin PMUKM dilantik dari kalangan yang cenderung kepada Islam
· PMUKM berada dibawah pengaruh PKPIM
· Ramli Haji Ibrahim menjadi pengasas dan Pengerusi Jawatankuasa Penaja PMUKM.

1971/72
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 1971/72 ialah Ramli Haji Ibrahim.

1973/74
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 1973/74 ialah Abdul Halim Arshad.
· Ada pihak yang tidak dapat menerima tindakan-tindakan PMUKM yang dikuasai oleh kumpulan Islamik
· Antara yang kurang disenagi oleh pihak-pihak tertentu ialah tindakan PMUKM mencabar kepentingan “establishment” secara langsung seperti menentang perlantikan Datuk Abdullah Ayub sebagai Naib Canselor UKM yang baru dan krisis dengan MB Selangor Datuk Harun Idris ekoran isu pembalakan haram di tapak kampus UKM di Bangi.

1974/75
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 1974/75 ialah Abdul Rahman Rukaini. Manakala Timbalan Yang Di Pertua PMUKM sesi 1974/75 ialah Hassanuddin Yeop.
· PMUKM terpaksa dibubarkan berikutan arahan kerajaan apabila berkuatkuasanya pindaan Akta Universiti pada tahun 1975 selepas demonstrasi Baling pada bulan Disember 1974

1975/76
· PMUKM dipulihkan semula beberapa bulan kemudian apabila diadakan pilihanraya MPP sesi 1975/76 mengikut Akta Universiti 1975.
· Pergolakan politik mahasiswa UKM menjadi semakin jelas apabila terdapat dua kumpulan iaitu kumpulan yang hendak menerima dan menentang pilihanraya MPP pertama pada tahun 1975 bagi memenuhi kehendak Akta Universiti yang baru dipinda. Mahasiswa berbelah bagi menyebabkan peratus keluar mengundi tidak sampai angka 50%.

1976/77
· Pada pihanraya 1976/77, PMUKM dibenarkan wujud kembali dengan wajah baru tetapi dipimpin “orang lama”.
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 1976/77 ialah Fuad Hassan. Timbalan Yang Di Pertua PMUKM sesi 1976/77 ialah Abu Bakar Chik.

1978/79
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 1978/79 ialah Abdul Rahman Sidek.
· Sesi ini merupakan sesi terakhir di dalam sejarah politik kampus UKM yang mana penyerahan pucuk pimpinan PMUKM dijalankan dalam suasana harmoni dan penuh persefahaman.

1979/80
· Muncul satu bentuk baru dalam kancah politik kampus di UKM dengan wujudnya sistem politik kepartian.
· Terdapat dua kelompok mahasiswa yang berlainan ideology iaitu :
1. Angkatan Tindakan Mahasiswa (ATMA) : Kumpulan mahasiswa yang cenderung kepada Islam dan memperjuangkan dasar-dasar Islam
2. Tindakan Siswa Bersatu (TSB) : Kumpulan mahasiswa Melayu yang memperjuangkan dasar kebangsaan (nasionalisma).
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 1979/80 ialah Fadhullah Shuaib, Timbalan Yang Di Pertua ialah Jaafar Abd Rahaman dan Setiausaha Agong ialah Abd. Malik Awang Kechil.

1980/81
· TSB buat pertama kalinya menguasai PMUKM. Mahasiswa pada ketika itu tidak dapat menentukan siapa yang benar di antara kedua-dua pihak akibat daripada pelbagai isu di samping terdapatnya perasaan ingin menukar “selera”. Kesemua calon ATMA peringkat umum termasuk Jaafar Abd Rahaman dan Abd. Malik Awang Kechil tewas kecuali Fadhullah Shuaib.
· Kekalahan tipis ini juga mungkin disebabkan penyertaan calon Bebas seramai 4 orang.
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 1980/81 ialah Rais Zainuddin. Timbalan Yang Di Pertua ialah Abdul Rahman Bakar.

1981/82
· ATMA telah berjaya kembali menguasai PMUKM.
· Kekalahan TSB sungguh mengejutkan pendokong-pendokong kuat TSB yang telah bekerja keras mengekalkan pengaruh mereka.
· Pergolakan dalaman yang berlaku dalam ATMA telah dipergunakan oleh TSB tetapi tidak berjaya untuk menumbangkan seterunya.


1982/83
· Pada 9 Julai 1982, di saat-saat pengundian Pilihanraya Kampus 1982/83, kumpulan ATMA dan TSB telah bertikam lidah secara terbuka. Kedua-dua belah pihak telah mengadakan perarakan secara haram pada waktu malam dan bertembung di sekitar Kamsis A. Peristiwa berlarutan dari pukul 10.30 malam hingga 12.30 pagi. Peristiwa ini berakhir secara aman setelah campur tangan semua pihak. Ekoran peristiwa tersebut, pentadbiran universiti menangguhkan pilihanraya kampus pada sesi tersebut dari 10 Julai 1982 kepada 19 September 1982. Tiga pindaan dinyatakan oleh Naib Canselor :
1. Slogan / manifesto yang digunakan bersama oleh dua / lebih calon tidak dibenarkan
2. Seseorang calon tidak boleh menyokong @ mencadang calon lain
3. Kempen secara berkumpulan tidak dibenarkan
· Walaupun ATMA masih berjaya menguasai PMUKM, tetapi mereka juga menghadapi krisis dalaman antara pemimpin-pemimpin mereka. Arah dan corak perjuangan mereka seolah-olah sudah tidak sealiran, hingga melahirkan satu kumpulan pro-ABIM dan satu kumpulan pro perjuangan PAS. Krisis dalaman ini selaras dengan perpecahan yang berlaku di dalam pergerakan ABIM, ekoran kemasukan Anwar Ibrahim, presiden ABIM ke dalam UMNO pada tahun 1982.
· Konsert Sudirman anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi mendapat bantahan kumpulan mahasiswa Islam
1983/84
· Setiausaha Agong PMUKM sesi 1983/84 ialah Wan Ismail Wan Jusoh.

1984/85
· Kumpulan Pro-ABIM dan kumpulan pro perjuangan PAS telah bersetuju meletakkan calon dari kumpulan masing-masing atas tiket ATMA.
· Setelah ATMA memenangi pilihanraya kampus, keadaan menjadi tegang apabila berlaku pertikaian antara kumpulan pro-ABIM dan kumpulan pro-PAS di dalam menentukan jawatan-jawatan utama PMUKM. Wan Ismail Wan Jusoh (dikatakan pro-PAS) yang sepatutnya menerajui PMUKM telah menarik diri. Kepimpinan PMUKM dikuasai oleh kumpulan pro-ABIM sepenuhnya setelah kumpulan pro-PAS menarik diri.
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 1984/85 ialah Mustafa Kamil Ayub. Setiausaha Agong ialah Kamsani Mahful.
· Krisis kepimpinan yang berpanjangan menyebabkan 5 orang Ahli MPP yang pro-PAS telah meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan pucuk kepimpinan PMUKM. Mereka ialah Wan Ismail Wan Jusoh (MPP Umum), Hussein Mohd Yunus (MPP Umum), Zulkarnain Yusof (MPP FPI), Alwi Mohd Ali (MPP FSH) dan Mohd Razain Mohd Noor (MPP PPK).
· Mengikut pengkaji politik kampus, krisis kepimpinan ini mungkin dapat dielakkan jika kedua-dua pihak bertolak ansur dengan tidak menerima tekanan dari pihak luar dan mengikut proses biasa.

1985/86
· Kumpulan pro-ABIM dan kumpulan pro-PAS tidak dapat berkompromi lagi biarpun atas perpaduan kumpulan Islam. Masing-masing mempunyai fahaman dan konsep berbeza dalam soal pelaksanaan Islam.
· Kedua-dua kumpulan telah meletakkan calon dari kumpulan masing-masing di dalam pilihanraya tersebut menyebabkan berlakunya pertandingan tiga penjuru buat pertama kalinya dalam sejarah politik kampus UKM. Calon ATMA yang pro-ABIM bertanding di bawah “bendera biru” manakala yang pro-PAS bertanding di bawah “bendera hijau”.
· Ternyata pertandingan tiga penjuru ini telah menguntungkan TSB. TSB telah berjaya memenangi pilihanraya kampus kali ini. Kesemua calon umum dari kumpulan Islam sama ada pro-ABIM atau pro-PAS tewas, kecuali Kamsani Mahful.
· Beberapa faktor yang mempengaruhi kemenangan TSB ialah :
1. Faktor perpecahan di kalangan kumpulan Islam yang membawa kepada perpecahan undi
2. Sokongan penuh oleh pelajar bukan Islam (India dan Cina) kepada TSB. TSB menjanjikan jawatan Penolong Setiausaha Agong dan Bendahari PMUKM kepada Cina jika mereka menyokong TSB.
3. Peranan HEP melalui tindakan menarik balik tanggungjawab pengendalian Minggu Suaikenal daripada PMUKM yang dikuasai oleh kumpulan Islam. HEP mengenepikan mahasiswa yang dikenalpasti penyokong kumpulan Islam dan melantik sebahagian besar Jawatankuasa Orientasi (JKO) dari kalangan TSB untuk mencari pengaruh di kalangan mahasiswa baru.

1986/87
· Ekoran perpecahan kumpulan Islam sebelum ini, maka muncullah Islam Penyelamat Ummah (IPU). IPU telah berjaya memenangi Pilihanraya Kampus 1986/87.
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 1986/87 ialah Abdul Fatah Zakaria (FPI)
· ATMA tidak meletakkan calon untuk bertanding di peringkat MPP kecuali di beberapa kamsis sahaja.
· TSB tewas kerana sikap perkauman dan isu pesta Konvo ke-14 yang didakwa berlaku penyelewengan kewangan menyebabkan rugi besar.
· Isu perkauman telah menakutkan mahasiswa Cina untuk memberi undi sekali lagi kepada TSB. Chinese Community Committee (CCC) yang mewakili kaum Cina dikatakan “berpatah arang” dengan TSB. Sebagai protesnya, mereka tidak keluar mengundi dan ada yang mengundi IPU.
· Peristiwa Tanglung 1986 tidak dapat dilupakan oleh mahasiswa Cina dan amat mengecewakan mereka di mana tanglung-tanglung mereka dikoyak-koyak setelah berlaku pergelutan dengan kumpulan nasionalis Melayu TSB. Menurut ceritanya, pelajar-pelajar yang didalangi CCC telah membuat perarakan membantah ucapan presiden UMNO di persidangan UMNO tahun itu. Dua orang kuat CCC Lim Kwe Syu dan Yu Kee Su (Bendahari PMUKM 1985/86) turut berucap dalam perarakan tersebut. Kumpulan TSB bertindakbalas membantah perarakan mahasiswa Cina itu dan kemudiannya mendesak CCC dibubarkan. TSB begitu curiga dengan CCC yang begitu berpengaruh di kalangan mahasiswa Cina. Mohd Nor Hakim yang memangku jawatan Yang Di Pertua PMUKM sesi 1985/86 telah mengumumkan pembubaran CCC.
(CCC pada asalnya adalah sebuah badan perundingan antara kumpulan Islam dengan mahasiswa Cina yang dibentuk ketika kumpulan Islam menerajui PMUKM sebelum itu).
· CCC telah memberi sokongan kepada IPU dalam pilihanraya kampus sesi 1986/87.

1987/88
· IPU memenangi Pilihanraya Kampus sesi 1987/88
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 1987/88 ialah Idris Ahmad (FPI)

1988/89
· IPU memenangi Pilihanraya Kampus sesi 1988/89
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 1988/89 ialah Wan Ali Wan Jusoh. Setiausaha Agong ialah Zulkifli Abd Ghani.
· Pada 5 Mac 1989, IPU dan kumpulan-kumpulan Islam telah bertindak membantah program “Pentas Varia” yang mengundang artis-artis terkenal di Kamsis Rahim Kajai. Pada peringkat permulaannya, pihak pentadbiran universiti telah bersetuju menarik balik kebenaran tersebut setelah mendapat bantahan dari 15 buah persatuan mahasiswa di UKM di samping mendapat tahu mahasiswa/i Islam akan mengadakan demonstrasi sekirannya program tersebut diteruskan. Walaubagaimanapun, Pentas Varia tetap diteruskan pada Malam Israk Mikraj di Dewan Kuliah Utama (DKU) menyebabkan tidak kurang dari 3000 mahasiswa mengadakan demonstrasi membantah program tersebut. Akhirnya, program tersebut terpaksa dibatalkan.
· Berlakunya “Demonstrasi Bermotosikal” kerana mambantah peraturan lalulintas yang baru dikuatkuasakan oleh UKM.
· PMUKM sesi 1988/89 telah menganjurkan Kongres Mahasiswa Peringkat Kebangsaan. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan ketika itu telah di serang bertubi-tubi oleh mahasiswa selepas merasmikan program ini.
1989/90
· TSB dapat menguasai PMUKM disebabkan berlakunya sekali lagi perpecahan dalaman mahasiswa pro-Islam antara IPU dan ATMA. TSB hanya menang simple majority setelah berjaya menguasai 27 dari 48 kerusi, yakni kurang 5 kerusi dari jumlah 2/3.
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 1989/90 ialah Ahmad Shamsuddin Ramli.
· ATMA yang merasakan kedudukan mereka sudah stabil mencuba nasib dengan meletakkan calon diperingkat umum. Sekali lagi berlaku pertandingan 3 penjuru diperingkat kerusi umum. Berdasarkan undi yang dipungut dalam pilihanraya kampus tersebut, TSB tidak akan menguasai PMUKM sekiranya ATMA tidak bertanding.
· Kekalahan IPU dalam pilihanraya kampus sesi 1989/90 juga disebabkan pengundi-pengundi Cina telah berpaling semula menyokong TSB kerana dijanjikan jawatan-jawatan penting dalam PMUKM. TSB telah menarik sokongan Cina dengan menjajikan jawatan Naib Yang Di Pertua, Penolong Setiausaha Agong dan Penolong Ketua Hal Ehwal Wanita (BHEW) dan lain-lain jawatan dalam kabinet PMUKM. Tawaran ini begitu menarik kepada mahasiswa Cina kerana pertama kalinya dalam sejarah PMUKM seorang mahasiswa Cina dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PMUKM.
· Sejarah bermula apabila Ng Huai Yuen dilantik sebagai Naib Yang Di Pertua PMUKM sesi 1989/90, Tan Yew Chong sebagai Penolong Setiausaha Agong dan Tan Siew Chong sebagai Penolong Ketua BHEW PMUKM sesi 1989/90.
· Sungguhpun begitu, mahasiswa Cina merasa tertipu juga kerana diberikan jawatan tinggi tetapi peranan mereka tidak seberapa menyebabkan mereka tidak berpuas hati berbanding ketika IPU dan ATMA memerintah dahulu di mana mereka tetap menerima layanan yang adil walaupun tidak mendapat habuan kerusi tertinggi exco.
· Disebabkan tidak cukup 2/3 kerusi yang dimenagi TSB, mereka gagal memanggil mesyuarat yang cukup korum untuk meluluskan Ucapan Dasar PMUKM.
· Ahli-ahli MPP IPU telah membuat bantahan bertulis kepada TNC (HEP) berhubung dengan perjalanan mesyuarat MPP yang tidak sah menyebabkan perlantikan juga tidak sah. Namun, Timbalan Pendaftar HEP, Hj Salleh Yusof telah menjawab kembali bantahan tersebut.
· Kelemahan TSB memimpin PMUKM menjadi semakin ketara bilamana berlaku krisis kepimpinan yang tidak dapat dibendung lagi. Naib Yang Di Pertua PMUKM, Sdr Imran Hadzli Abd. Hamid telah meletakkan jawatannya ekoran krisis tersebut. Sementara beberapa exco lain dikatakan mengambil sikap menyepikan diri.
· TSB dikatakan tidak mampu memimpin PMUKM setelah gagal melaksanakan pelbagai program yang perlu dilaksanakan. Ucapan Dasar PMUKM sesi 1989/90, Ahmad Shamsuddin Ramli pun tidak disahkan oleh MPP kerana IPU mendakwa sebahagian besar Ucapan Dasar tersebut sama dan ciplak Ucapan Dasar Yang Di Pertua PMUKM sesi sebelumnya (PMUKM di bawah IPU).
· Selain itu, beberapa pemimpin IPU yang menguasai pelbagai persatuan di UKM telah menghantar beberapa memorandum bantahan kepada HEP berhubung salah laku pemimpin-pemimpin TSB yang menguasai PMUKM.
· Pada 14 Februari 1990, PMUKM-TSB telah mengajurkan satu program yang dinamakan “Malam Mesra Abadi” sempena sambutan “Valentine Day” bagi meraikan pasangan-pasangan yang sedang bercinta. Desakan IPU berjaya melembutkan hati Timbalan Naib Canselor (HEP) untuk membatalkan program tersebut.

1990/91
· IPU kembali menguasai PMUKM. Mahasiswa yang cenderung kepada Islam memberikan sokongan padu kepada IPU setelah mereka mendapati kehadiran ATMA hanya untuk kacau daun sahaja.

1991/92
· Ketiadaan majoriti 22-22 antara IPU dan TSB dalam Pilihanraya Kampus 1991/92 menyebabkan 4 undi wakil rakyat bebas menjadi penentu.
· Kesemua MPP IPU yang telah memenangi jawatan Yang Di Pertua, Naib Yang Di Pertua, Bendahari dan lain-lain dalam kabinet PMUKM 1991/92 telah meletakkan jawatan beramai-ramai dan mengambil sikap tidak mahu dicalonkan sebarang jawatan dalam pemilihan semula menyebabkan keadaan kelam kabut dan TSB berjaya memegang semua jawatan dalam PMUKM.
· Kabinet PMUKM yang dibentuk oleh TSB telah menjadi kabinet second class setelah calon-calon utama mengundur diri. Malah ada yang mendakwa berlakunya politik wang dengan membeli undi oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan IPU yang berkuasa sebelum itu. Pegawai-pegawai HEP telah campurtangan dalam proses pemilihan kabinet PMUKM. Pegawai HEP yang terlibat telah pergi ke kampus UKMS di Sabah dengan membawa 6 ahli MPP dan menaja kabinet campuran sebagi usaha awal untuk menaikkan semula TSB memimpin PMUKM. Sikap HEP yang memihak kepada sesuatu kumpulan ini memburukkan lagi keadaan politik kampus di UKM.
· IPU telah mempunyai kesempatan bertindak balas dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada kabinet minoriti TSB semasa pembentangan Ucapan Dasar Yang Dipertua PMUKM, Razali Ibrahim. Tindakan mereka berjaya kerana TSB yang hanya mempunyai 18 ahli sahaja (kerana 4 ahlinya di kampus Sabah tidak hadir) dan dengan ini kabinet PMUKM pimpinan Razali Ibrahim terbubar dengan sendirinya apabila usul tersebut lulus (22 undi bersetuju serta tiada undi membantah). Namun, HEP enggan megiktiraf undi tidak percaya tersebut serta membenarkan TSB menerajui PMUKM.
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 1991/92 ialah Razali Ibrahim.

1992/93
· Sekali lagi tiada majoriti mencukupi sama ada TSB (22 kerusi) dan IPU (21 kerusi) dengan bebas memenangi 5 kerusi. Keadaan ini menyebabkan TSB ataupun IPU tidak boleh membentuk kabinet secara bersendirian.
· Terdapat sekali lagi usaha untuk membentuk kerajaan campuran TSB-IPU kerana TSB hanya memenangi 2 sahaja kerusi di peringkat kampus berbanding dengan IPU 7 kerusi bagi mengelakkan krisis politik berpanjangan seperti sesi lepas.
· Tetapi dengan bantuan HEP, TSB sekali lagi berjaya membentuk kabinet PMUKM walaupun dibantah oleh IPU kerana memanggil mesyuarat dengan tidak menurut peraturan yang ditetapkan.
· Dalam mesyuarat yang dibantah oleh IPU itu, TSB sekali lagi melantik Razali Ibrahim sebagai Yang Di Pertua PMUKM.
· Krisis berterusan apabila Setiausaha Agong, Saiful Adli Jamian didakwa gagal mendapat status sebagai pelajar berdaftar yang menjadi syarat untuk mengambil bahagian dalam kegiatan mahasiswa di kampus. Ini memberikan kesempatan kepada IPU membantah dan mendakwa urusan PMUKM tidak sah.

1993/94
· TSB mendapat kemenangan lebih besar dan terus kekal menguasai PMUKM.
· Yang di Pertua PMUKM sesi 1993/94 ialah Amiruddin Hassan.
· IPU membina imej baru dengan mula menggunakan slogan “Membina Angkatan Mahasiswa Penggerak Ummah” (MAMPU).

1994/95
· TSB diberi kepercayaan untuk menerajui PMUKM bagi kali keempat berturut-turut.
.
1995/96
· TSB masih diberi kepercayaan menguasai PMUKM.

1996/97
· IPU-MAMPU menguasai PMUKM
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 196/97 ialah sdr Wan Azlan Wan Adnan daripada FPP.
· Pesta Konvo anjuran PMUKM member keuntungan yang besar. Ketua Pengarah Pesta Konvo tersebut ialah Sdr Nor MaizudinMohd Nor.
· Motto PMUKM iaitu Mahasiswa Membina Peradaban Ummah mula diperkenalkan secara rasmi.

1997/98
· IPU-MAMPU menguasai PMUKM
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 1997/98 ialah sdr Muhyidddin Jaffar daripada FPP.

1998/99
· IPU-MAMPU menguasai PMUKM
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 1998/99 ialah sdr Faizal Mahamud.
· Banyak perubahan dilaksanakan seperti kewujudan BAKSIS, BALKIS dan BAIT.
· Pilihanraya Kamsis dimansuhkan dan digantikan dengan pemilihan oleh pihak pengetua dan pentadbiran kamsis.
· Presiden PMUKM dengan beraninya membuat kenyataan akhbar supaya Perdana Menteri, Mahathir meletakkan jawatan ekoran konspirasi peringkat tertinggi yang mengakibatkan pemecatan Anwar Ibrahim.

1999/00
· IPU-MAMPU menguasai PMUKM
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 1999/2000 ialah sdr Iqbal Jusoh @ Nordin.
· Isu Permit Kenderaan RM200 berjaya ditangani dengan baik.

2000/01
· IPU-MAMPU menguasai PMUKM. Kemenangan besar IPU-MAMPU 51 - 0 ke atas TSB di dalam Pilihanraya Kampus UKM.
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 2000/01 ialah sdr Mahadi Sukarno.
· Peraturan pilihanraya yang baru mula diperkenalkan.

2001/02
· IPU-MAMPU menguasai PMUKM
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 2001/02 ialah Abdullah Abdul Karim.

2002/03
· IPU-MAMPU masih menguasai PMUKM buat kali ketujuh berturut-turut.
· Yang Di Pertua PMUKM sesi 2002/03 ialah Haris Arimudin.
· Dalam Pilihanraya Kampus sesi 2002/03, TSB telah membina imej baru dengan menggunakan nama ASPIRASI. Namun percubaan dengan menggunakan imej baru ini tidak berjaya. Daripada 32 kerusi yang dipertandingkan, Aspirasi kalah di semua kerusi umum dan hanya menang 6 kerusi fakulti.

2003/04
· ASPIRASI menguasai PMUKM. Percubaan TSB menggunakan nama ASPIRASI buat kali kedua akhirnya berjaya.

2004/05
· ASPIRASI menguasai PMUKM.
· Presiden PMUKM sesi 2004/05 ialah Sdr Hafidzan.

2005/06
· Munculnya Gabungan Mahasiswa yang menggabungkan beberapa front dan mahasiswa/i UKM dalam Pilihanraya Kampus UKM.
· ASPIRASI masih menguasai PMUKM. ASPIRASI menang 28 kerusi daripada 33 kerusi yang dipertandingkan manakala Gabungan Mahasiswa menang 5 kerusi.
· Presiden PMUKM sesi 2005/06 ialah Sdr Mohd Anas Ali.

2006/07
· ASPIRASI masih menguasai PMUKM. ASPIRASI menang 29 kerusi daripada 34 kerusi yang dipertandingkan manakala Gabungan Mahasiswa menang 5 kerusi.
· Presiden PMUKM sesi 2006/07 ialah Sdr Mazuwan Murad.

2007/08
· ASPIRASI masih menguasai PMUKM. ASPIRASI menang 30 kerusi daripada 34 kerusi yang dipertandingkan manakala Gabungan Mahasiswa menang 4 kerusi.
· Presiden PMUKM sesi 2007/08 ialah Mohd Zaid Mohd Idrus.
· Banyak isu Kebajikan Mahasiswa dan isu Universiti mejadi persoalan antaranya ; UKM tidak berjaya sebagai universiti APEX, kenaikan harga yuran pelajar, yuran-yuran tambahan yang terpaksa dibayar oleh mahasiswa/i iaitu yuran elektrik dan pertambahan Yuran Aktiviti Kolej sebanyak RM20 daripada RM80 kepada RM100, yuran yang tidak munasabah iaitu Yuran Khas Alumni yang terpaksa dibayar oleh mahasiswa/i baru peringkat ijazah sarjana muda, isu keselamatan siswi, isu integriti dan kualiti kepimpinan tertinggi mahasiswa, isu kecurian motosikal dan kecurian di blok-blok asrama.
· Gabungan Mahasiswa berwajah baru dengan pelancaran logo baru dan keanggotaan terkini. Ia bertindak sebagai pakatan mahasiswa/i yang memperjuangkan politik nilai, bukan hanya sempit kepada poltik perkauman dan poltik kepartian. Nilai yang diperjuangkan ialah Falsafah Universiti, kebajikan semua mahasiswa/i dan masyarakat UKM tanpa mengira batasan agama dan kaum serta memperjuangkan nilai keintelektualan dan keilmuan UKM.

2008/09
?

News from News Straits Times, Friday,19.9.2008


KUALA LUMPUR : A Universiti Kebangsaan Malaysia student, who claims that she was harassed by security guards on her campus, has submitted a memorandum to the Human Rights Commision (SUHAKAM) to act on the matter.

Danaletchumoi Langaswaran, 23, alleged that several security personnel had stopped her from conducting a briefing session for the newly-formed UKM Student Movement (GMUKM ) last week.

She said about 10 guards surrounded her before a man with a yellow batik shirt approached her and confiscated her student identification card.

“ GMUKM is three week old. We had put up notices all over campus that briefing sessions were going to be held at selected faculties to explain the movement’s goals,’’ she told a press conference at the Suhakam headquartes here yesterday.

Danaletchumi was represented by Suara Rakyat Malaysia coordinators.

She said GMUKM was formed to fight for students’ rights. She is one of the group coordinators representing Indian students.

She was informed by one of the guards that she was no longer at UKM student and was not allowed to participate in any assembly.


Suhakam commissioner Datuk Professor Dr Khoo Kay Kim said it would write a letter to Higher Education Minister Datuk Khaled Nordin about the matter .

ZAID letak Jawatan???

Pengumuman….Zaid telah meletak jawatan akibat ketidaksefahaman dengan para pemimpin yang melantik beliau dengan jawatan tertentu. Si Zaid yang dimaksudkan adalah bukan Zaid Idrus, tetapi Zaid Ibrahim yang meletak jawatan pada lalu sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, menteri yang bertanggungjawab dalam sistem kehakiman dan undang-undang. Perletakkan jawatan Zaid adalah berkaitan dengan isu ketidakpedulian Pak Lah terhadap saranannya agar Internal Security Act atau ISA tidak digunakan untuk tujuan politik. Beliau kesal kerana pihak pemerintah tidak mempedulikan nasihatnya dan juga isu-isu perundangan lain seperti mereformasi badan kehakiman sejak kes Lingam Gate dahulu. Sememangnya Zaid Ibrahim merupakan individu bermaruah dalam menyatakan prinsip ketidakadilan yang berlaku dalam kementrian yang dipegangnya itu. Walaupun istilah pasar dipanggil sebagai “ lawan tokey”, tetapi beliau tidak berganjak dengan keputusannya walaupun diberi cuti dua minggu oleh Perdana Menteri. Jelas keputusannya memberi kata dua kepada cabinet telah membuahkan hasil apabila dua daripada tiga orang tahanan ISA telah dilepaskan dan sokongan terhadap beliau turut disuarakan oleh Majlis Peguam, yang terkenal dengan imej keprofesionalannya.

Isu Zaid letak jawatan turut kedengaran di UKM ini. Ia adalah berkaitan dengan Zaid Idrus. Bukan isu letak jawatan, tetapi meninggalkan jawatan yang dipegangnya. Beliau telah konvo pada buln 8 baru-baru ini dan meninggalkan tugas presiden kepada timbalannnya, Alias Ibrahim. Walaubagaimanapun, amat malang kerana Saudara Alias turut meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Undang-Undang, yang pertama kali dalam sejarah direkodkan di FUU. Ini bukanlah fitnah mahupun tohmahan liar, tetapi merupakan kenyataan yang disuarakan sendiri oleh empunya badan. Saudara Alias dikatakan meletak jawatan kerana mengalami pelbagai masalah sama ada akdemik mahupun peribadi. Jelas bahawa tindakan tidak popular beliau telah menyebabkan menjadi buah mulut warga FUU ketika ini.

Berbalik kepada Zaid, walaupun dua hujung pangkal nama ini mempunyai persamaan, tetapi jelas dari keintegritian dan juga ketegasan kedua-duanya ibarat langit dan bumi. Sekiranya Zaid Ibrahim tegas dengan keputusannya untuk meletak jawatan angkara penggunaan undang-undang zalim kepada orang ramai, diharap Zaid Idrus dapat menuruti jejak langkah Zaid Ibrahim ini. Beliau perlu bertanggungjawab atas pelbagai isu yang melanda UKM ini. Daripada isu keselamatan mahasiswa yang terancam, hinggalah kepada kenaikan mendadak yuran kenaikan kolej dan pengajian. Zaid Idrus perlu bertanggungjawab terhadap isu ini. Juga perlu jawab mengapa berlakunya penyewaan khemah atau alatan program dan juga tempat-tempat program seperti DECTAR dan Panggung Seni daripada Jababatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) sedangkan beliau dalam satu edaran pekeliling telah menyatakan bahawa PMUKM telah berjaya mensifarkan penyewaan itu. Ini jelas satu pembohongan yang nyata, yang perlu dijawab segera oleh beliau sendiri, Sekiranya tidak, beliau perlu meletak jawatan seperti Zaid Ibrahim dan tidak boleh berdolak-dalik lagi.

Kepada Zaid Ibrahim, tahniah kerana anda berani menegakkan prinsip dan pandangan. Harap Zaid kecil (Zaid Idrus) dapat menuruti jejak langkah anda. GMUKM harap agar Zaid Idrus boleh membariskan namanya sebagai Zaid yang berani dan bertanggungjawab, di belakang senarai nama Zaid Ibrahim. Ibarat kata pepatah, kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. Tunaikanlah janji manifesto anda wahai PMUKM sebelum anda ditunaikan janjinya oleh pengundi yang ditipu oleh anda...

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !