Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, August 29, 2009

Selamat Menyambut Kemerdekaan Kali Ke 52. Bebaskan Mahasiswa Daripada Penjajahan : Pengerusi GMUKM



Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan satu detik bersejarah yang telah dicatatkan di dalam buku sejarah negara kita yang bernama Malaysia ini, dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu.

Angka 31081957 telah menjadi angka keramat bagi rakyat Malaysia. Pada detik dan ketika itulah, rakyat Malaysia menyambut hari kemenangan dengan pengembalian kuasa pemerintahan negara kepada rakyat yang berbilang kaum ini.

Apakah erti merdeka? Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan bahawa merdeka bermaksud " (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit".Maksudnya di sini jelas bahawa merdeka erti bebas daripada kongkongan mana-mana pihak terutamanya daripada penjajah sama ada berbentuk fizikal mahupun rohaniah. Tetapi jangan salah tafsirkan istilah "Kita Bebas Melakukan Apa sahaja" dengan melakukan perbuatan seperti menfitnah, mengugut, menipu dan bermacam-macam lagi perkara yang membelakangkan undang-undang dan agama.

Juga bukan bermakna kita bebas menyambutnya dengan hiburan mahupun konsert ambang meredeka yang jelas lari daripada roh kemerdekaan dan ia juga bukanlah satu daripada sambutan Merdeka yang disambut oleh nenek moyang kita sewaktu ambang merdeka 31 Ogos 1957 satu ketika dahulu.

Dan bagi umat islam yang sedang berada dalam bulan ramadhan yang mulia ini, sebaik-baiknya jadikan malam kemenangan kita ini lebih meriah dengan zikir-zikir, doa-doa kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas apa yang kita perolehi pada hari ini kerana tanpa Kuasa Allah tuhan seru sekian alam, mustahil negara kita dapat memperoleh kemerdekaan daripada Penjajah British. Jadilah seorang yang memiliki kemerdekaan yang hakiki iaitu terjemahan unggul ke atas pembinaan keperibadian diri kita sebagai seorang yang ‘bersih’ apabila habis ramadhan kelak. Kepada bukan islam pula, jelas ajaran dan kepercayaan mereka amat menitik beratkan persoalan moral dan nilai yang baik, memungkinkan mereka turut menyambut hari kemerdekaan dengan cara yang berhemah dan bersopan.

Mahasiswa yang dihormati sekalian,

Fahamilah dan selamilah erti dan roh kemerdekaan yang sebenar kerana merdeka bukanlah sekadar memasang bendera di atas kenderaan, kolej atau rumah, percikan bunga api yang mewarnai udara bukan maksud sebenar merdeka sebaliknya hayati dan insafilah apa hikmah yang tersirat di sebalik kemerdekaan negara. Merdeka tahun ini sepatutnya anda semua bertekad untuk menentukan apa sumbangan anda kepada negara jangan menyoal apa sumbangan negara kepada anda.

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 52 ini, saya ingin menyingkap secara ringkas idealisme kebebasan Sun Yat Sen, dan juga memetik pidato presiden Sukarno yang menjanjikan kemerdekaan Indonesia “semua untuk semua” , bukan sekadar melayani tuntutan kelompok kecil.

Saya ingin juga memetik ucapan ‘Tryst with Destiny’ yang disampaikan oleh Jawaharlal Nehru, yang menyatakan bahawa “We have to build the noble mansion of free India where all her children may dwell. The appointed day has come-the day appointed by destiny-and India stands forth again, after long slumber and struggle, awake, vital, free and independent.”

Juga pidato Muhammad Ali Jinnah, pengasas negara Pakistan di Constituent Assembly 1947 yang menganggap kemerdekaan negaranya muncul dari gelojak rakyat, satu “cyclonic revolution” tetapi memberi amaran agar pasukan keselamatan bebas tidak terheret dengan politik dan pemimpin menghindari dari rasuah.

Malah dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 31 Ogos 1957, YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra telah menekankan soal kebebasan, keadilan dan hak semua rakyat. Dan bagi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), kami yakin bahawa kemerdekaan sebenar mahasiswa UKM yang bebas daripada kezaliman Aspirasi akan muncul jua disebabbkan gelombang perubahan dan harapan akan menyinari kampus UKM ini tidak lama lagi. Sama-samalah kita berdoa dan melaksanakan segala tindakan ke arah merealisasikan harapan mahasiswa yang jelas telah ‘dijajah’ dengan kepimpinan lemah Aspirasi sejak 2003 lalu.

Saya yakin semangat dan muafakat Gabungan Mahasiswa yang jelas dan tegas akan mewujudkan perpaduan sebenar di dalam UKM ini sepertimana yang telah digariskan oleh Rukun Negara kita. GMUKM pada masa yang sama terus menolak politik perkauman yang sudah tidak relevan tetapi masih tetap menerima peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai Bahasa Melayu, kedudukan Islam dan hak keistimewaan Melayu-Bumiputra di samping menjamin hak semua rakyat.

Bersempena hari yang ulung ini, ayuh kita sebagai mahasiswa Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain untuk sama-sama kita zahirkan kecintaan kita terhadap Malaysia. Sama-samalah kita mempertahankan kemerdekaan kita kerana 'Perjuangan menuntut kemerdekaan adalah lebih senang daripada mempertahankanya' dan jagalah negara ini dengan sebaik mungkin.

Di kesempatan ini, saya turut menyeru anda semua untuk bersama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang; di kolej atau rumah, di kenderaan dan di fakulti anda. Binalah sebuah harapan baru untuk semua. Bebaskan diri kita semua daripada kelemahan dan ketidakyakinan kepimpinan UKM yang ada pada hari ini.

Kita bersatu untuk berubah. Selamat meraikan Hari Kemerdekaan Kali Ke 52!

Dirgahayu Malaysia!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Hisyamuddin Che Ali
Pengerusi GMUKM 2009







Friday, August 28, 2009

GMUKM Tolak Politik Perkauman



Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mengutuk tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu yang dipercayai didalangi parti politik Melayu hari ini yang mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.

Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi. Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kebajikan Negeri Rodziah Ismail dan Exco Kesihatan Dr A Xavier Jayakumar. Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli Parlimen Shah Alam, YB Ir Khalid Samad.

Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara. Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".
Terdengar juga jeritan seorang penyokong yang melaungkan "Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia,", setibanya kumpulan itu di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.
GMUKM dalam kenyataan rasminya mengutuk tindakan yang mencemarkan semangat perpaduan itu. Yang berlaku hanya kira-kira kurang dua hari sambutan kemerdekaan kali ke 52.
GMUKM turut mendesak agar pihak Polis menjalankan siasatan terhadap perbuatan ini dan membawa mereka yang menjadi dalangnya ke muka pengadilan.

Menurut Pengerusi GMUKM yang juga Ahli MPP Umum, Hisyamuddin Che Ali dalam kenyataan menyifatkan tindakan perkauman itu sebagai sesuatu yang boleh dielakkan sekiranya kedua-dua pihak bekerjasama dalam menyelesaikan permasalahan ini.

“ Sepatutnya pihak yang bertelagah ini duduk dalam satu meja bulat dan mencari jalan penyelesaian win-win situation,”

“ Jika benar dakwaan bahawa kuil itu dibina di Seksyen 23 yang berhampiran dengan kawasan majoriti penduduk islam, maka ia wajar dipindahkan tetapi jika dakwaan itu palsu dan sengaja diadakan demi kepentingan politik, maka kami berasa kesal dan malu dengan tindakan ini”, ujarnya.

Kelmarin, Dr Xavier dalam kenyataannya meminta penduduk Seksyen 23 itu menimbang semula bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan memindahkan kuil ke kawasan itu.
Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri bercadang memindahkan pembinaan Kuil Sri Maha Mariaman kira-kira 300 meter dari tapak cadangan asal pembinaannnya kerana ia berdekatan dengan surau.

Berikutan tapak itu dianjakkan agak jauh, kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina jalan raya di situ bagi memudahkan penganut Hindu ke kuil tersebut. Dilaporkan juga pembinaan kuil itu dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan Seksyen 23 di Shah Alam, kawasan yang dipertikaikan pembinaan kuil tersebut.

Hisyamuddin katanya lagi meminta pihak Polis menyiasat perkara itu hingga ke akar umbi dan mendakwa mereka yang terlibat di bawah Akta Polis 1957 dan Akta Hasutan 1948.

“ Kita meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan jangan ada pilih kasih dalam kes ini hatta melibatkan pihak UMNO mahupun Pakatan Raykyat,” tegasnya.

Beliau juga meminta semua mahasiswa bertenang dan jangan memainkan sentimen perkauman kerana yakin situasi perkauman pada hari ini sudah berkurang kerana rakyat semakin bijak dalam membuat penilaian sesuatu.

“ Saya meminta semua pihak termasuk Aspirasi dan juga TSB agar tidak mempolitikan isu ini dan kitalah sebagai mahasiswa Melayu, Cina, India dan kaum lain sebagai golongan bebas dalam masyarakat yang perlu membetulkan suasana politik yang bercelaru pada hari ini”

“ Dan saya menyeru kepada semua mahasiswa untuk menolak politik perkauman dan kembali bersatu ke arah perubahan kehidupan yang lebih baik melalui pembinaan satu ketamadunan baru yang pro kepada kebajikan dan kemajuan rakyat,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Penaja Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Mahasiswa (JKMI), Saudari Danalecthumi A/P Langaswaran ketika dihubungi oleh wartawan GMUKM melahirkan kekesalan terhadap peristiwa itu.

“ Sudah hampir 52 tahun Malaysia merdeka, tetapi semangat saling toleransi antara satu sama lain masih gagal dipupuk walaupun pelbagai kempen telah dijalankan dan berjuta duit pembayar cukai digunakan ke arah itu”, ujarnya.

Beliau juga menyifatkan insiden itu akibat permainan parti politik yang meniupkan api perkauman hinggakan rakyat bawahan bertindak tanpa mengikut pertimbangan emosi.

“ Saya bimbang insiden ini akan membibitkan api perkauman dan seterusnya mengulang kembali kejadian 16 Mei dan juga peristiwa Kampung Medan tetapi saya yakin dengan corak politik baru hari ini, rakyat boleh berfikir mana yang lebih baik dan mana yang lebih buruk,” ujarnya lagi.

Pemimpin wanita yang lantang bersuara itu turut menyeru kepada mahasiswa India terutamanya di UKM agar bertindak mengikut rasional dan tidak memainkan api perkauman yang boleh memberi kesan buruk kepada negara ini.

Dalam pada itu, wartawan GMUKM sempat menghantar kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Saudara Chris Wei Kit berkaitan isu ini dan sms yang dibalasnya menyatakan terkejut dengan peristiwa itu dan menggesa mahasiswa bertindak secara matang.

Tegasnya lagi bahawa isu ini perlu disiasat dengan baik kerana melibatkan sentimen agama dan jika tiada jalan penyelesaian yang konkrit, ia mungkin akan menimbulkan bencana yang lebih dahsyat lagi.

“ Saya melihat perkara ini adalah permainan politik kotor untuk mengalihkan pelbagai isu dan saya menyeru semua mahasiswa tanpa mengira kaum untuk bersatu dan menentang politik perkauman yang sudah tiada tempat di negara ini, ujarnya dalam kiriman sms tersebut.

Isu perkauman sentiasa diwujudkan oleh parti politik dalam memenangi hati pengundi yang tertawan dengan isu ini. Di UKM sendiri, pihak CCC pernah memainkan isu perkauman apabila dalam risalah haramnya menyebut bahawa apabila GMUKM memegang PMUKM, segala Pesta Ang Pau dan upacara keagamaan lain akan dimansuhkan oleh GMUKM. Pertubuhan haram itu turut memuatkan artikel tentang perkauman dalam satu risalah yang agak tebal dalam tulisan cina. Pihak GMUKM pernah menghantar satu salinan risalah dan juga terjemahan kepada pihak TNC HEPA, tetapi sehingga ke hari ini, masih tiada lagi tindakan yang diambil terhadap isu ini.

Begitu juga dengan Tindakan Siswa Bersatu (TSB), mereka inilah yang selalu mendombakan semangat melayu dan menolak perpaduan sejati antara kaum. Golongan ini dipelopori oleh Timbalan Presiden PMUKM sekarang ini dan juga kuat di beberapa kolej seperti Rahim Kajai dan Kolej Ibrahim Yaakob. Maklumat yang kami dapat bahawa Graduan Melayu Muda (GMM) yang memiliki sebuah blog fitnah dan perkauman, yang selalu membuat pautan dengan blog GM. Dikatakan golongan ini adalah bekas kepada TSB dan mereka ini adalah alumni TSB yang seringkali memasuki kampus apabila menjelangnya pilihanraya kampus.

Mahasiswa UKM diseru untuk menolak politik perkauman kerana natijahnya lebih buruk daripada sedikit kelebihan. Bersainglah dengan sihat dan pada masa yang sama, semua kaum perlu menghormati antara satu sama lain dengan berlatar belakang sejarah dan populasi kaum di negara ini.



Aktivis Mahasiswa Nasional Serah Memorandum Kepada Menteri


Putrajaya : Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mej. Jan. (B) Dato’ Jamil Khir Baharom agar menyelesaikan dengan baik isu Konsert Michael Learns To Rock (MLTR) dan isu sebatan ke atas Kartika Sri Dewi Shukarnor.

Memorandum itu diserahkan oleh MPMN dan GAMIS kepada Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri terbabit di Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri parcel D, Putrajaya kira-kira jam 4.00 petang.

Konsert Michael Learns To Rock yang dijangka diadakan pada 5 September ini bersamaan 15 Ramadhan dilihat mencemarkan bulan ramadhan dan juga isu kontroversi melibatkan Kartika, wanita yang dijatuhi hukuman sebat sebanyak 6 kali oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan atas kesalahan meminum arak.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS),Saudara Mohd. Idris Mohd Yusof Al-Hafiz berkata tindakan senyap pihak Kementrian yang menjaga agama ini boleh menjadi barah yang mengundang ancaman kepada umat islam di negara ini.

“Sehingga hari ini, kita masih menanti jawapan yang tegas daripada Menteri ( Datuk Jamil Khir) itu sendiri berkaitan isu ini tetapi pihak kementrian yang menjaga agama islam hanya diam membisu seperti isu-isu agama islam sebelum ini”, ujarnya merujuk kepada isu status agama anak di bawah umur 18 tahun yang masih dipertikaikan sehingga ke hari ini.

Menurut Idris yang juga Presiden Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) lagi bahawa kedua-dua isu ini jika tidak ditangani dengan baik, akan menghasilkan satu gelombang mahasiswa yang mampu menjatuhkan kerajaan pada hari ini.

“Memorandum ini adalah hasil terjemahan ketidakpuasan hati kami dan kepada pihak Menteri yang menjaga agama ini, mereka perlu mengambil serius segala teguran dan desakan mahasiswa demi kepentingan umat islam yang semakin tercabar hari ini”, tegasnya.
Dalam pada itu, pimpinan MPMN yang menggerakkan kempen memorandum itu turut hadir dalam penyerahan memorandum tersebut. Malangnya walaupun menteri ada di pejabat ketika peneyrahan memorandum itu, tetapi Setiausaha Sulit menteri terbabit tidak membenarkan wakil mahasiswa untuk menyerahkan memorandum terbabit.

Menurut Pengerusi MPMN, Saudara Mohd Ridhuan Mohammad dalam kenyataannya meminta agar Datuk Khir Johari meletak jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal islam.

“ Mahasiswa merasakan kerajaan khususnya Kementrian yang dipimpin oleh Dato’ Jamil Khir sudah tidak serius dalam menguruskan amanah rakyat khususnya berkaitan dengan islam dan mahasiswa mendesak beliau meletak jawatan dengan segera atas kegagalan ini,” ujarnya.

Beliau turut menempelak sikap Menteri yang enggan menerima sendiri memorandum itu dan hanya mewakilkan kepada Setiausahanya sahaja untuk menerima bantahan daripada mahasiswa ini.
Setelah menerima memorandum tersebut pihak Kementrian berjanji akan menyelesaikan kedua-dua isu tersebut dan meminta mahasiswa bertenang serta sabar dalam menunggu hasil keputusan mesyuarat melibatkan kedua-dua isu.
“ Kami masih menunggu jawapan daripada menteri terbabit dan jika tiada respon daripada beliau, kami tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong”, ujarnya lagi yang merupakan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM).
Tambahnya lagi bahawa media di negara ini perlu menghentikan isu Kartika ini agar ia tidak menjadi polemik dan mencemarkan nama baik islam di kacamata masyarakat.

Bagi Timbalan Pengerusi MPMN merangkap Ahli MPP UKM, Saudara Hisyamuddin Che Ali turut melahirkan nada kesal dengan sikap menteri yang tidak konsisten dalam mempertahankan agama islam.

“ Saya sebenarnya melihat dua isu ini dalam dua aspek iaitu isu penghinaan ke atas islam dan juga pencabulan serius terhadap undang-undang syariah”

“ Mengapa Perdana Menteri, Menteri, Majlis Peguam dan NGO seperti Sister in Islam mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka-mereka yang berterusan menghina agama islam dan juga institusi kehakiman itu sendiri,” ujarnya sambil mencadangkan agar mereka ini didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

Beliau dalam pada itu menggesa ahli-ahli parlimen untuk bersikap terbuka dan mengiktiraf agama islam mengikut al-Quran dan As-Sunnah dengan meminda beberapa akta yang berkaitan.

“ Sudah sampai masanya ahli-ahli Parlimen terutamanya melayu islam bersatu dan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 1984 yang jelas merendahkan martabat islam dengan hukuman 356 (3 tahun penjara,denda 5 ribu ringgit dan 6 kali sebatan) itu,” ujarnya lagi.

Tegasnya lagi bahawa adalah hak asasi orang islam untuk melihat konsert MLTR itu dibatalkan dan pada masa yang sama membiarkan Kartika memilih hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah Syariah Kuantan tanpa tekanan mana-mana pihak.

Dalam memorandum yang diserahkan itu, mahasiswa telah mendesak agar Konsert Michael Learns To Rock (MLTR) dibatalkan serta merta dan juga mempercepatkan tindakan menyelesaikan isu Kartika dengan berhemah dan tegas bagi mengelakkan timbulnya persepsi negatif berterusan kepada islam itu sendiri.

Turut hadir dalam penyerahan memorandum tersebut ialah Saudara Faridzul Nasruddin, Presiden Kelab Maa’ruf UIA dan beberapa orang wakil mahasiswa.


Hisyamuddin Che Ali (Mahasiswakini) : Isu Kartika perlu dilihat dalam perspektif hak asasi Islam



Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak, yang sepatutnya dijalankan minggu ini, ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan. Inilah berita yang penulis baca sebentar tadi. Ianya amat mengejutkan dan jelas bahawa sistem kehakiman syariah di negera ini sudah diresapi dengan fahaman sekularisme dan berkiblatkan fahaman sister in islam.

Sebelum ini, dilaporkan pada pagi semalam bahawa tiga pegawai penguatkuasa JAIP dipercayai telah pergi ke rumah Kartika di Sungai Siput, Perak, untuk membawanya ke Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebat itu. Namun pada petangnya, menerusi kenyataan Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus yang meminta penangguhan hukuman itu dilakukan selepas Ramadhan.

Kesalahan wanita kontroversi ini bermula pada 20 Ogos lalu, Kartika yang berusia 32, telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak enama Tiger Beer di sebuah hotel pada 11.40 malam 11 Julai 2008.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Dari sudut sejarahnya, Kartika merupakan wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini. Diulangi, di negara ini iaitu Malaysia. Tetapi di Iran, Pakistan, Arab Saudi, Sudan dan negara-negara yang mengamalkan hukum islam, ia merupakan fenomena biasa. Hatta di Negara Acheh pun, pelaksanaan hukuman sebatan terhadap wanita islam telah lama dijalankan.

Tetapi penulis hairan dengan tindakan mahkamah Syariah ini. Apa masalahnya dilakukan hukuman sebat di bulan ramadhan. Adakah kerana hukuman itu tidak syarie, menyebabkan hakim sewenang-wenangnya menyatakan bahawa hukum itu dijalankan selepas Ramadhan, kononnya bagi menghormati bulan mulia ini. Aduh..bolehke macam tu. Islam tidak dihormati, tetapi persekitaran masyarakat ditakuti. Ingatlah hadis Nabi bahawa daripada tiga orang hakim, dua akan masuk neraka dan satu akan masuk syurga. Hakim yang masuk neraka kerana tidak berhukumkan islam kerana tidak tahu atau tahu tetapi memilih perlaksanaan hukum lain. Dalam hadis ini tidak sebut hakim mahkamah Sivil atau hakim Mahkamah Syariah. Dua-dua kena. Jangan ingat title syarie atau kita bersongkok, menyebabkan kita terlepas daripada hukuman Allah kelak.

Berbalik isu Kartika tadi, penulis menyanjung tinggi kemahuan wanita itu yang mahukan beliau disebat di khalayak ramai. Bahkan jika tidak disebat di khalayak ramai pun, beliau mahukan dirinya disebat di hadapan waris, kaum kerabat sebagai pengajaran kepada mereka. Inilah berita yang terpampang dalam laporan Utusan dan juga Sinar Harian. Syabas penulis ucapan kepada beliau. Hanya keikhlasan yang tinggi dan akidah yang mantap sahaja, menyebabkan beliau meminta untuk berbuat demikian.

Dan penulis tidak puas hati dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia hari ini, yang meminta agar Kartika merayu hukuman ini. Peringatan buat Perdana Menteri, hukum islam tidak sama dengan hokum sivil. Tidak boleh merayu sekiranya ia melibatkan hukuman had hudud. Lainlah jika hukuman sivil yang syirik itu, proses rayuannya berterusan dari mahkamah paling bawah hingga ke Lembaga Pengampunan oleh Raja-Raja. Nasihat kepada Perdana Menteri, berilah nasihat yang islamik, bukannya nasihat ke lembah kehancuran. Janganlah kita menjaga kepentingan masyarakat (public interest) yang sekular di dunia ini, kita lupakan kepentingan illahi di dunia ciptaanNya ini. Tidak cukupkah bala yang Allah timpakan dengan wabak H1N1 dan kemelesetan ekonomi. Penulis kadang-kadang pening dengan pemimpin kita melayu islam ini yang bercakap tanpa berlandaskan syara’.

Dan seperti biasa golongan Sister In Islam, mereka akan merespon isu-isu begini walaupun tidak dijemput. Kenyataan celupar Norhayati Kaprawi,yang merupakan bekas pengurus program Sisters in Islam (SIS) selama empat tahun yang tulisannya dimuatkan dalam Malaysiakini telah menyatakan bahawa Kartika dilayan seperti haiwan sarkas yang dimasukkan ke dalam sangkar, dilepaskan dan ditangkap semula sesuka hati. Beliau turut persoalkan kenapa wanita itu dikenakan hukuman maksimum sedangkan ini adalah kesalahan pertama wanita itu dan telah pun mengaku bersalah. Beliau yang juga aktif dalam Inisiatif Pencalonan Wanita (WCI), badan NGO liberal ini turut dengan nada sinis menyatakan bahawa jika lebih berat sesuatu hukuman itu, maka semakin Islamlah seseorang itu.

Wah, amat hina sekali kepada islam. Adakah islam itu ganas dan kejam hingga hukum illahi diperlekehkan sedimikian. Mengapa kamu tafsirkan konsep keadilan dengan begitu sempit. Bagi umat islam, keadilan adalah untuk di dunia dan di akhirat. Hukuman di dunia ini adalah sebagai berlepas diri daripada hukuman di akhirat. Inilah bahayanya apabila puak feminism ataupun liberal bersuara dalam konteks pemikiran 1 Malaysia mereka. Mana perginya ulama-ulama PAS dan juga pemuda-pemuda islam andainya mereka mengaku berjihad kerana Allah. Bukankah perlembagaan PAS meletakkan bahawa Al-Quran dan Ar Rasul sebagai dustur (Perlembagaan) mereka. Saya cabar pemimpin PAS untuk mengheret wanita SIS ini ke muka pengadilan atas dasar menghasut dan menghina Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Bagi hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan iaitu 7 hari penjara, 5,000 denda dan 5 kali sebatan. Ia adalah hukuman yang bercanggah dengan Al-Quran itu sendiri. Sepertimana yang kita ketahui, dalam undang-undang islam mengikut pendapat Imam Shafei bagi hukuman peminum arak tidak kira lelaki dan wanita ialah sebanyak 40 kali sebatan. Walaupun ada pendapat daripada Imam Malik, Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Ahmad yang menyatakan sebatan sebanyak 80 kali sebatan, tetapi ini hanyalah perselisihan pendapat. Punca perselisihan pendapat ini kerana sungguhpun dalam al-Quran jelas mengenai pengharaman arak tetapi tidak ada ketetapan kadar atau had hukuman yang boleh dikenakan kepada peminum arak.

Pokok pangkalnya hukumannya adalah 80 kali atau 40 kali sebatan, bukannya 5 kali sebatan atau denda atau penjara. Riwayat daripada Ibn Said al-Khudri dan Ali bahawa Nabi Muhammad menghukum orang yang minum arak sebanyak 40 sebatan. Ketika zaman Saidina Abu Bakar pula, peminum arak disebat 40 sebatan.

Juga pada zaman Saidina Umar, beliau meminta nasihat daripada sahabat, lalu Abdul Rahman bin Auf berkata: “Seringan-ringan hudud ialah 80 kali sebat.” Kemudian Umar menetapkan hukuman sebanyak 80 sebatan dan sahabat setuju dengan Umar yang mengambil pendapat Abdul Rahman sebagai satu ijmak.

Dalam satu hadis lain diriwayatkan daripada Husain bin al-Munzir, bahawa ketika Saidina Ali ditugaskan oleh Saidina Uthman untuk menghukum sebat ke atas al-Walid bin Uqbah, beliau berkata: “Rasulullah SAW menghukum sebanyak 40 sebatan begitu juga Saidina Abu Bakar tetapi Saidina Umar menghukum sebanyak 80 sebatan, semuanya adalah sunnah yang ini aku lebih sukai.”

Bukannya denda 5 ribu mahupun penjara 7 hari. Hukuman ini satu kezaliman kepada Kartika. Memang dia mempunyai niat suci untuk bertaubat melalui hukuman sebat di khalayak ramai. Bahkan sanggup membuat laporan polis sejurus dihantar pulang oleh tiga pegawai JAIP setengah jam selepas mengambilnya dengan alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan pada masa itu. Beliau buat laporan polis kerana bimbang kemungkinan polis akan menuduhnya melarikan diri daripada hukuman. Ini jelas menunjukkan beliau sanggup menerima hukuman sebat tersebut. Tetapi adakah ia berbaloi dan diredhai Allah. Penulis mencadangkan jika beliau sanggup untuk disebat sebanyak 40 kali atau 80 kali di khalayak ramai, hakim mahkamah Syarie perlu laksanakannya. Itu hak peribadi mereka yang beragama islam. Tetapi penulis yakin akan muncul golongan yang menentang islam dengan menyatakan hukum itu zalim, tidak sesuai digunakan dalam konteks 1 Malaysia, salahi dari sudut perundangan kerana salahi bidangkuasa Mahkamah Syariah. Nah..kita akan lihatlah wajah sebenar munculnya ‘Abu Jahal’ atau ‘Abu Lahab’ melayu islam ataupun bukan melayu yang menentang pelaksanaan hukum sebat 40 kali atau 80 kali ini di khalayak ramai. Tidak kira ia di bulan Ramadhan mahupun bulan tidak Ramadhan. Kerana doktrin liberalisasi sudah tersemat rapi dalam hati sanubari mereka.

Penulis melihat hikmah di sebalik kontroversi ini ialah ia akan membuka pekung di dada mahkamah Syariah selama ini yang hanya mempunyai kuasa hukuman 356. Iaitu bidangkuasa untuk menghukum tidak lebih daripada 3 tahun penjara, denda 5 ribu ringgit dan 6 kali sebatan. Inilah hukuman sebenar di Mahkamah Syariah. Diulangi pengumuman, inilah nilai hukuman bagi kesalahan hudud di Mahkamah yang dikatakan ‘islam’ itu. Mungkin inilah petunjuk daripada illahi untuk menyedarkan umat islam di Malaysia bahawa selama ini mereka berkiblatkan Akta yang digubal oleh manusia pada tahun 1984 melalui Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984) , dan bukannya oleh Al-Quran dan As Sunnah. (Tentu masing-masing boleh berfikir siapakah agaknya ahli parlimen Parti mana yang paling ramai ketika itu).

Penulis ingin mencadangkan kepada Kartika agar meminta hukumannya ditambah kepada 40 kali atau 80 kali sebatan dan disebat di khalayak ramai. Ini bukan zalim tetapi satu keadilan untuk beliau dan para hakim yang jatuhkan hukuman itu. Tak ke zalim kalau kita berhukumkan dengan hukuman manusia, sudahlah mengalami kesakitan tetapi dosa tidak diampunkan oleh Allah. Di Padang Mashyar kelak akan tetap dihukum dan kita tiada lagi proses rayuan ketika ini.

Jika ada pihak-pihak tertentu menghalang permintaan untuk disebat 40 kali atau 80 kali di khalayak ramai, buatlah satu semakan kehakiman (judicial review) di mahkamah perlembagaan berkaitan soal percanggahan undang-undang. Rujuk kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 yang menggariskan kebebasan untuk mengamalkan agama. Kebebasan di sini termasuklah bebas untuk berhukumkan dengan hukum agama. Cabar Perlembagaan Negara yang menyatakan bahawa Agama islam sebagai agama rasmi (Perkara3 Perlembagaan kita).

Penulis pernah berdebat dengan seorang pensyarah tentang satu kes yang seakan-akan serupa dengan kes Kartika ini. Dalam kes Che Omar Che Soh v PP dalam tahun 1988, tertuduh pernah meminta agar pelaksanaan hokum hudud dijalankan ke atasnya atas dasar beliau beragama islam dan Perlembagaan menyatakan islam sebagai agama rasmi. Tertuduh dalam kes ini adalah disabitkan atas kesalahan memiliki dadah melebihi 10 gram yang membawa hukuman mati mengikut Seksyen 302B Kanun Keseksaan. Tertuduh berhujah bahawa beliau berhak mendapat hokum hudud kerana dadah ini diqiaskan atau dianalogikan dengan arak. Dan hukuman had bagi arak ialah 40 kali atau 80 kali sebatan di tempat terbuka. Malangnya setelah dirayu ke mahkamah paling tinggi iaitu Mahkamah Agung (sekarang dikenali Mahkamah Persekutuan), maka hakim menolak tuntutan tertuduh dan menjatuhkan hukuman mati kepada Che Omar ini. Bahkan paling menghibakan, hakim mahkamah tersebut menyatakan bahawa tafsiran Perkara 3 berkaitan agama rasm I ialah islam yang digunakan dalam soal rasmi atau adat istiadat sahaja. Dalam soal penentuan tarikh ramadhan, soal munakahat, soal muamalat dan lalin-lain lagi yang bukannya melibatkan soal hukuman atau undang-undang. Jelas bahawa islam di Malaysia ini, hanyalah islam plastik sahaja.

Jadi kepada Kartika, mintalah pelaksanaan hukum hudud. Cuba cabar di mahkamah tentang pelaksanaan tidak syarie 5 sebatan keatasnya dan juga hukuman lain seperti denda 5 ribu dan 7 hari penjara. Inilah mahkamah Syariah hari ini, memalukan islam dan menimbulkan fitnah kepada agama suci ini. Kalau susah sangat, pergi minta hukuman di Mahkamah Syariah Terengganu. Sebab kerajaan negeri Terengganu pernah mewartakan enakmen hudud di negeri itu pada tahun 2003 dan ia dipersetujui oleh Sultan. Dalam islam sendiri, soal tempat tidak menjadi masalah untuk menjatuhkan hukuman. Bahkan Enakmen itu masih wujud hingga ke harini ini dan kerajaan baru Terengganu masih tidak memindanya, Cuma tiada penguatkuasaan kerana tiada keberanian yang jelas oleh pemerintah Terengganu yang baru ini.

Penulis berharap kes ini akan diselesaikan mengikut syarak dan kita akan mendengar bahawa Kartika akan dihukum sebatan 40 kali atau 80 kali di khalayak ramai. Bukannya suka mendengar orang disebat, tetapi gembira kerana hukum islam dipraktikan dalam Negara kita cintai ini. Kepada orang bukan islam, janganlah takut kerana anda tidak akan kena sebatan walaupun meminum bertong-tong arak sekalipun . Hukum islam hanyalah untuk orang islam sahaja. Bukannya islam di negeri Arab, tetapi untuk islam di seluruh dunia. Semoga hukum islam terus bertapak kukuh dan kepada Kartika, andalah orangh yang akan memulakan di Negara ini dan pengorbanan anda akan diingati dari generasi ke generasi yang mahukan islam bertapak kukuh dalam masyarakat pada hari ini.

*Penulis ialah Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) merangkap Pengerusi Gabungan UKM (GMUKM). Mahasiswa undang-undang ini ada pelbagai perkongsian di Justice For All.

Dapatkan Segera Baju GMUKM!




Ayuh Sertai!

Thursday, August 27, 2009

GMUKM prihatin isu masyarakat setempat



UKM- Mengambil pengajaran dari masalah H1N1 yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini, pihak GMUKM telah mengambil satu langkah terbaik sebagai langkah pencegahan merebaknya virus H1N1 melalui pemberian mask percuma kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM melalui kempen We Concern H1N1

Dalam menjayakan kempen tersebut, pihak GMUKM telah membuat roadshow ke dewan-dewan kuliah, stadium UKM dan setiap pondok bas yang ada disini selama seminggu. Inilah bukti yang ditunjukkan oleh pimpinan GMUKM bahawa mereka begitu mengambil berat terhadap kebajikan mahasiswa-mahasiswi UKM. Mereka bukan hanya duduk goyang kaki, tetapi bekerja untuk memberi keselesaan kepada pelajar itu sendiri.

"Ini adalah satu kempen yang baik dalam memberi kesedaran tentang bahaya H1N1" kata seorang pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan apabila ditemubual oleh wartawan GMUKM. Setiap daripada kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga supaya virus ini tidak merebak.

Maklumat terbaru mengenai H1N1 adalah seramai 324 pesakit baru dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 223 pesakit telah didiscaj keluar dengan gejala influenza-like illness (ILI). Manakala seramai 1,446 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 98 buah hospital termasuk 2 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 217 pesakit (15%) yang disahkan positif H1N1-wartawan GMUKM

Wednesday, August 26, 2009

Inilah Fitnah Paling Besar : Timbalan Presiden PMUKM Dalangnya


Gempar!! SMS Ugutan kepada calon ASPIRASI. Inilah berita yang pernah dimuatkan dalam Kosmo!, Malaysiakini dan blog mereka. Mereka menyatakan bahawa pihak lawan, iaitu GMUKM yang mengugut mereka pada malam hari pengundian. Calon – calon ASPIRASI yang mendapat ugutan ini dikatakan membuat laporan polis di Balai Polis Bangi dan Ibu Pejabat Polis Kajang. Dalam laporan Malaysiakini, dikatakan seramai 25 calon pro-Aspirasi di UKM menerima SMS ‘ugutan’ itu yang diketuai oleh Sarfarizmal. Antara kandungan mesej ialah :

“AMARAN KEPADA KAMU AGAR TIDAK BERTANDING PADA HARI KHAMIS INI KERANA KAMU TIDAK LAYAK UNTUK MENJADI PEMIMPIN MAHASISWA. JIKA KAMU INGKAR KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA2 YANG BERLAKU PADA DIRI KAMU, KELUARGA KAMU DAN RAKAN2 KAMU YANG MERUPAKAN ANJING UMNO”

Pihak GMUKM menyifatkan inilah satu fitnah paling besar pernah berlaku di UKM. Berita ini disiarkan di Kosmo ! dan Malaysiakini yang menyebabkan Aspirasi yang dijangka kalah pada tahun ini, telah menang dengan majoriti tipis 9 kerusi walaupun kalah di hari penamaan bagi 4 kerusi iaitu dua di Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Antara kandungan berita ialah Sarfarizmal menyatakan bahawa pihak lawan (baca GM) yang bertanggungjawab menyebarkan mesej fitnah itu.

Dilaporkan bahawa pemimpin GMUKM sedang berbincang dengan peguam untuk menfailkan writ saman kepada Sarfarizmal atas laporannya dalam Kosmo dan juga akhbar Kosmo ! itu sendiri. Hal ini timbul kembali apabila terdapat laporan bahawa isu ini diperkatakanj lagi semasa sesi bersama fasilitator minggu 3M mei lalu. Writ saman ini dikatakan ingin menuntut gantirugi saman malu dan gantirugi am lain yang boleh mencecah puluhan ribu atas kapasiti sebagai seorang rakyat biasa yang difitnah. Writ saman ini akan difailkan atas kapasiti calon gm yang menjadi lawan kepada pihak Sarfarizmal ini.

Keberanian MPP GM tersebut adalah berdasarkan kepada isu yang ditimbulkan itu adalah satu fitnah besar buat GM dan UKM, pada masa yang sama bagi membersihkan UKM daripada wabak fitnah. Pihak GMUKM berkeyakinan bahawa itu merupakan saraf Aspirasi dan strategi akhir kempen mereka kerana tidak logik pihak GM untuk mengugut mereka tidak bertanding hari khamis, hari pengundian sedangkan dalam peraturan PRK, calon hanya boleh tarik diri pada hari penamaan. Selepas hari penamaan, tidak boleh lagi tarik diri hinggalah ke hari pengundian. Pihak GM melihat saraf ini sebagai satu kebudak-budakan dan tidak cerdik kerana ia melambangkan sikap Aspirasi yang terdesak. Kami juga pernah bersemuka dengan pihak Kosmo! tentang perkara ini dan menjemput Sarfa untuk berjumpa kami di Masjid UKM tetapi beliau enggan hadir walaupun pada awalnya diberitahu akan hadir hinggakan panggilan pihak GM tidak langsung dijawab oleh ‘pelakon’ ini.

GM ingin mendedahkan kepada mahasiswa UKM bahawa inilah fitnah terbesar dalam sejarah UKM. Terutamanya mahasiswa baru. Kepada pihak Aspirasi, jangan ingat kami bodoh dan boleh sesuka hati untuk menfitnah kami. Ingatlah bahawa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Malangnya nasib UKM sekarang kerana mempunyai Timbalan Presiden yang pernah melakukan jenayah fitnah, satu jenayah yang boleh dihukum penjara mahupun sebatan dalam perundangan negara kita.




Kehebatan MPP GMUKM

Pembinaan kredibiliti seorang mahasiswa sangat penting dalam melahirkan seorang mahasiswa yang dapat menjadi pimpinan negara akan datang. Setiap daripada mahasiswa perlu belajar untuk bersuara lantang dalam menyampaikan idealogi mahasiswa.

Menyokong gerakan mahasiswa atau terlibat secara langsung dengan aktiviti kemahasiswaan, dapat mengasah dan menggilap bakat menjadi seorang pimpinan akan datang. Untuk situasi di UKM, sudah tentu GMUKM adalah pilihan terbaik kepada semua mahasiswa.

Kehebatan GMUKM memang tidak dapat di nafikan lagi, GMUKM bukan hanya hebat berpencak dalam arena politik kampus, malah unggul dalam prestasi akademik. Buktinya jelas apabila salah seorang daripada penyokong GMUKM mendapat Anugerah Tun Abdul Razak semasa Majlis Konvokesyen UKM yang lepas.

Semasa majlis konvokesyen tersebut, wartawan GMUKM sempat menemuramah seorang MPP Mahasiswa mengenai harapan beliau terhadap pelajar UKM.

Isu Ruangan Komen Blog GM : Aspirasi Jangan Jadi Pondan


Blog GM menerima banyak komen daripada kedua-dua belah pihak berkaitan sesuatu isu. Ada sesetengah isu mencatatkan hampir 70 komen dalam sesuatu masa. Pihak editor ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana para mahasiswa sudi menjadikan blog ini sebagai wacana ilmiah dalam menperdebatkan sesuatu isu. Dan secara tidak langsung menjadikan blog ini sebagai blog popular nombor 1 di UKM yang mencapai puratanya hits pelawat sekitar 80 – 100 setiap hari.

Walaubagaimanapun, pihak editor GM terkilan dengan serangan fitnah dan peribadi yang dilemparkan oleh sesetengah pihak terutamanya daripada Aspirasi. Komen berunsur fitnah dan mencarut memang tidak sesuai diamalkan dalam masyarakat kampus yang cintakan ilmu. Editor GM meminta agar mahasiswa menilai sesuatu komen dan jangan percaya 100 % peratus komen yang berbentuk fitnah. Ingatlah buat umat islam, kita mempunyai dosa dan pahala dan perbuatan fitnah ibarat dosa lebih besar daripada membunuh. Jadikan ramadhan sebagai muhasabah diri untuk menjadi ‘orang baru’ yang tidak suka menfitnah.
Kepada yang bukan islam, kita mempunyai adat dan moral dan janganlah menjadikan blog ini sebagai medan menfitnah kepada orang lain. Pesanan kepada semua orang tidak kira penyokong GM mahupun Aspirasi dan lebih-lebih lagi Aspirasi, yang tidak berani berhujah di hadapan tetapi menfitnah di belakang.

Editor GM ingin melampirkan satu komen yang amat fitnah sifatnya dan biarlah mahasiswa menilainya sendiri :

Anonymous said...

Semalam nampak Exco GM membonceng anak dara(dar lagi ke tak pun tak tau la), Ke bazaar Rahmadan..

Feewiittt.. Korang pun manusia rupanya... Nafsu Besar..

Tu tak cerita yang beromen kat KTM lagi.. Tudung labuh, Boleh r cover tangan yang merayap masuk ke dalam...

Komen ini dihantar ke beberapa artikel dalam blog ini dan pihak GM bertanggungjawab untuk menjawab bahawa di peringkat kami, ini adalah satu fitnah besar kepada mahasiswa UKM terutamanya golongan wanita. Kami menafikan adanya wujud perkara ini berlaku dan ia merupakan fitnah. Kami juga ingin menafikan bahawa kami mempunyai exco kerana dalam jawatan GM, tiada exco dan yang ada hanyalah Pengerusi dan Jurucakap daripada Pengerusi front masing-masing.
Komen ini kami lihat datang dari musuh politik kami iaitu Aspirasi dan memberi amaran akan bertegas andainya pihak Aspirasi bermain kotor dengan menyebarkan fitnah dan komen berunsur lucah. Kami terkilan sikap ini ada pada mahasiswa dan berharap penulis komen ini bertaubat kerana apa yang dilakukan, walaupun terlepas di mahkamah dunia, akan tetap di sana diadadili di Padang Masyhar kelak.

Kepada pembaca blog gm yang setia, di sinilah akal anda berperanan untuk menilai semua ini. Marilah kita sama-sama menyatakan sokongan ke arah perubahan dan menolak kepada politik fitnah dan umpatan.

Tuesday, August 25, 2009

Wabak H1N1 : Dua Kematian Mahasiswa UKM??


Gempar..Wabak H1N1 telah meragut nyawa tidak kurang dua orang mahasiswa UKM sehingga hari ini. Ini bukannya satu khabar angin tetapi merupakan penyataan yang keluar dari jururawat Pusat Kesihatan UKM apabila ditanya tentang statistik wabak ini di UKM oleh wartawan GMUKM.
" Ini bukannya khabar angin kerana apabila saya bertanyakan kepada jururawat terbabit sama ada betul atau tidak dua orang mahasiswa UKM meninggal dunia kerana wabak ini, jururawat itersebut menggelengkan kepala dan memberitahu lebih dua orang mahasiswa UKM telah meninggal dunia kerana wabak ini”, ulas wartawan terbabit.

Menurut wartawan itu lagi bahawa jururawat itu turut mendedahkan bahawa kes H1N1 semakin meningkat dan sudah ramai mahasiswa UKM yang kena kuarantin sama ada oleh pihak PK mahupun poliklinik Bangi dan hospital-hospital lain. Bahkan pihak Pusat Kesihatan sendiri terpaksa mewujudkan kaunter khas di Wad Kecemasan bagi membendung penularan pendemik berbahaya ini.

Tinjauann wartawan GMUKM ke Kolej Keris Mas turut mendapati bahawa Blok K 3 D (Blok mahasiswi) turut dikurantinkan dan kira-kira 11 orang mahasiswi sedang berada dalam pengawasan pihak Pusak Kesihatan.

Sebelum ini, blog ini turut melaporkan bahawa terdapat anggota PALAPES UKM yang dikuarantin dan ada juga mahasiswa FPI yang kena kuarantin di Hospital Johor Bharu.

Maklumat yang kami perolehi juga menyatakan bahawa terdapat mahasiswa dan pensyarah yang terpaksa dikurantinkan di rumah masing-masing bagi mengelakkan wabak ini menular ke dalam UKM.

Wartawan GMUKM turut berkesempatan menghubungi Saudara Chris Wei Kit, pimpinan GMUKM berkaitan isu ini dan beliau dengan nada kesal menyarankan agar UKM ditutup secepat mungkin bagi membendung penularan wabak ini.

“ Kami (GMUKM) sebenarnya amat berterima kasih kepada UKM atas langkah pencegahan yang dilakukan tetapi kami mendengar suara majoriti mahasiswa yang sudah tidak tahan menghadapi wabak ini dan meminta agar pihak UKM terutamanya pihak NC untuk mengadakan cuti bagi meredakan penularan wabak maut ini di sini,” ujarnya lagi.

Setakat ini, statistik yang dikeluarkan oleh Kementrian Kesihatan telah mencatatkan 69 kematian di Malaysia dan terbaru adalah semalam apabila satu lagi kematian akibat wabak H1N1 yang membabitkan seorang wanita berusia 38 tahun.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa wanita berkenaan pada mulanya mendapat rawatan di klinik swasta pada 13 Ogos lalu dan ujian mengesahkan beliau positif Influenza A, tetapi tidak diberikan rawatan ubat antiviral dan Llima hari kemudian beliau mendapatkan rawatan di hospital swasta pula selepas mengalami kesukaran bernafas dan cynosis, sebelum dirujuk di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur dan sebelum disahkan meninggal dunia.

Beliau juga turut berkata hingga semalam, sebanyak 306 kes baru dicatatkan dan menjadikan jumlah pesakit yang dirawat di 85 hospital kepada 1,455 pesakit. Daripada jumlah itu, Liow berkata lagi bahawa , 285 pesakit disahkan positif H1N1 dengan 39 pesakit dirawat di ICU membabitkan pesakit kronik, obesiti, diabetes, kanak-kanak dan bayi, sindrom down. Wartawan GMUKM berharap agar statistik ini mampu menggerunkan mahasiswa UKM dan ambillah langkah pencegahan kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

GMUKM Kesal Mesyuarat MPP Hanya Sekali Seumur Hidup

BANGI, UKM : Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (MPP GMUKM) hari ini mengutuk tindakan PMUKM yang diterajui oleh Aspirasi yang gagal melaksanakan mesyuarat MPP sejak 18 Mac 2009 yang lalu.

Pengerusi GMUKM yang juga Ahli MPP UMUM, Saudara Hisyamuddin Che Ali menyatakan demikian ketika dihubungi wartawan GMUKM berkaitan isu yang hangat diperkatakan oleh mahasiswa ketika ini.

Apa jua alasan yang diberikan ASPIRASI, GMUKM merasa amat kesal dengan tindakan ASPIRASI itu kerana menurut Saudara Hisyamuddin, masalah kebajikan mahasiswa masih belum selesai dan yang terbaru, wabak H1N1 pula menyerang UKM.”Kita (GMUKM) menjangkakan Aspirasi akan melaksanakan mesyuarat pada semester ini tetapi sehingga kini, tiada khabar berita tentang ini dan ia jelas mempamerkan sikap kebudak-budakan oleh PMUKM yang diterajui oleh Aspirasi”

”Inilah yang akan membuatkan mahasiswa terus hidup dalam keadaan yang kezaliman kerana hak dan kebajikan mereka tidak terbela dan kami,yakin bahawa keenganan mereka melaksanakan mesyuarat kerana bimbang undi majoriti tidak berpihak kepada mereka,” katanya merujuk kepada 4 wakil MPP Aspirasi yang sudah tidak bergelar mahasiswa dan tidak layak menghadiri mesyuarat MPP.

Sehubungan dengan itu,MPP GMUKM mendesak agar pihak Aspirasi melaksanakan mesyuarat secepat mungkin dan akan berjumpa dengan Naib Canselor sekiranya Aspirasi enggan melaksanakan mesyuarat MPP tersebut.

“Dengan mengadakan mesyuarat MPP, saya yakin permasalahan mahasiswa akan dapat diselesaikan dan Aspirasi perlu ingat bahawa mereka perlu bertanggungjawab terhadap segala kesusahan mahasiswa UKM pada hari ini.,” tambah Hisyamudin.

Katanya lagi bahawa pihak Aspirasi turut melanggari peraturan MPP kerana gagal melaksanakan usul yang telah diluluskan sebelum ini.

Pada mesyuarat kali pertama MPP yang lalu, majoriti MPP meluluskan usul untuk melaksanakan mesyuarat tidak kurang dari satu (1) kali setiap (1) bulan dan korum mesyuarat sekurang-kurangnya sepertiga daripada bilangan MPP.

“ Jika undang-undang yang digubal oleh Universiti sendiri itu dilanggari, saya yakin segala perlakuan jenayah pasti tidak akan teragak-agak dilakukan oleh pemimpin mahasiswa yang tiada jati diri ini”, ujarnya lagi dengan nada sinis.

Sementara itu menurut MPP Fakulti Undang-Undang, Saudara Phoon Kar Liang yang dihubungi turut kesal dengan tindakan Aaspirasi yang takut untuk melaksanakan mesyuarat MPP.

“ Kami (MPP GM) sebenarnya tertunggu-tunggu dipanggil untuk bermesyuarat tetapi sejak mesyuarat kali pertama, kami sehingga ke hari masih tidak menerima notis untuk mengadakan mesyuarat lagi,” ujarnya.

Tambahnya lagi bahawa tindakan Aspirasi ini adalah lambang kelemahan mereka yang tidak berani berdepan dengan 12 MPP GMUKM.

“ Inilah satu lagi kelemahan MPP Aspirasi dalam sejarah UKM yang diterajui Nasir kerana sebelum ini, semua mahasiswa UKM tahu bahawa PMUKM pada hari ini adalah PMUKM paling lemah,”tegasnya sambil merujuk kepada Presiden PMUKM, Nasir Nazri yang gagal bercakap dengan baik dalam program siaran langsung Suara Siswa yang turut melibatkan Presiden PMUM pada Mei yang lalu.

Tinjauan rambang GMUKM Blogspot mendapati majoriti mahasiswa UKM terkejut dengan tindakan Aspirasi dan berharap mereka dapat menjalankan mesyuarat secepat mungkin kerana kebajikan mahasiswa perlu diutamakan dan bukannya agenda politik kepartian pihak terbabit.

Monday, August 24, 2009

Pemerintah akan berkuasa jika rakyat terus "membuta".

Oleh: Mohd Fikah Sanusi, MPP Mahasiswa, UMUM / 3 @ 4.

salam..
Kebelakangan ini, isu DS Anwar Ibrahim dilabel sebagai pengkhianat bangsa rancak didengar dimana mana saja. Dengan kenyataan rasmi TS Muhyiddin Yassin yang menegaskan DS Anwar Ibrahim sememangnya Pengkhianat Bangsa dan di sambut lagi dengan demonstrasi menyokong pendirian TS Muhyiddin Yassin di PWTC yang dibuat oleh lebih 70 NGO melayu beberapa hari lepas menjelaskan tentang kehebatan isu ini..

Mungkin marhaen akan terkesan dengan polemik hebat seperti ini. Bahkan saya percaya ada juga yang akan terjerumus kedalam penilaian fakta yang sempit dan jumud. Nah, saya juga yakin marhaen akan menjadi kusut dan mungkin terjerumus kedalam polemik politik yang sengaja dicipta oleh politikus2 negara.

Yang hairan dan anehnya adalah apabila orang yang didakwa Pengkhianat Bangsa itu tidak didengar dan diberi peluang untuk menjelaskan mengenai label hebat yang diperolehnya itu iaitu "Pengkhianat Bangsa". Bukan untuk membela sesiapa tetapi sekadar perkongsian untuk penilaian dan pengetahuan. Dibawah adalah Jawapan DS Anwar Ibrahim untuk anugerah Pengkhianat Bangsa yang diperolehinya..sekian..


Disebalik tuduhan 'pengkhianat' yang dilempar terhadapnya, namun ribuan tetap hadir mendengar ucapan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim. Walaupun ceramah diadakan di sebuah kampung kecil yang terperusuk di Rembau, Negeri Sembilan, sekurang-kurangnya sembilan ribu orang merentas denai dan bersesak di sebuah padang kecil mendengar Anwar membela dirinya dari fitnah Umno-Barisan Nasional. Beralaskan kertas surat-khabar, mereka datang dari dekat dan jauh. Di hadapan mereka, Anwar mencabar Umno membuktikan siapa petualang bangsa sebenarnya.

"Kalau saya ambil saham Bumiputera, 1 inci tanah kerajaan, 1 kontrak untuk diri saya, Azizah dan anak- anak, kalau boleh cabar saya. Pejuang- pejuang UMNO Barisan Nasional, handal- handal belaka. Menteri mereka menghunus keris. Tanya dia kalau kamu pembela Melayu, ada atau tidak kamu ambil saham bumiputera ? Wang berpuluh juta yang diambil untuk keluarga mereka dan kroni mereka?," soal Anwar.

"Bukit Tinggi ? Gunung Genting? Diserah pada tauke judi. Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananthan Krishnan. Diberikan syarikat dan dia jadi jutawan dalam masa yang singkat. Tauke - tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Jangan cabar saya. Kalau orang UMNO kata ini adalah fitnah, ayuh cabar saya. Saya akan jumpa dan jelaskan satu persatu," tambah Anwar lagi.

Datuk Seri Anwar menyatakan kehairanannya mengapa pemimpin UMNO Barisan Nasional terlalu mengamalkan perjuangan yang sarat dengan hasad dengki dan permusuhan peribadi yang melampau - lampau.

Bagi Anwar, adalah dosa yang besar untuk seseorang pemimpin itu merampas hak rakyat dan harta negara yang sepatutnya diagihkan kepada secara adil dan saksama.

"Kita hendak tanya pada mereka. Mengapa pemimpin UMNO ambil sikap bermusuh begitu sekali ? Ingat senang untuk panggil orang pengkhianat bangsa ? Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaum Melayu menderita. Dan dia kata untuk dirinya. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita? Kenapa pemimpin UMNO mengambil sikap yang rakus, zalim, sombong dan angkuh ?," Anwar berkata.

Sebaliknya Datuk Seri Anwar menegaskan UMNO Barisan Nasionallah yang bertanggungjawab menjadikan orang melayu sehingga kini masih terkurung dalam mentaliti lama.

"Orang Melayu diperbodohkan kerana UMNO hanya akan berkuasa dan kekal berkuasa bila sekiranya orang Melayu tidak tahu maklumatnya," ujar Anwar.

Datuk Seri Anwar juga mempertikaikan rasionalnya slogan 1Malaysia yang canang hebat oleh Perdana Menteri najib Razak. Umno-BN mencanangkan 1Malaysia namun dalam masa yang sama meniupkan api perkauman supaya Melayu dan bukan Melayu saling benci- membenci.

"1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknyanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil," soal Anwar lagi.

Disebalik keangkuhan Najib mempopularkan slogan keramat IMalaysia, perdana menteri itu bagaikan alpa akan kemiskinan yang membelit majoriti rakyat dinegara ini.

"Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang mahsyur minyak begitu besar ? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?," soal Anwar lagi.

Membebaskan Jiwa Mahasiswa, Rakyat Negara Yang Merdeka

Tanggal 31 Ogos merupakan detik bersejarah yang disambut saban tahun oleh rakyat Malaysia. Tahun ini, sambutan ini akan diulang untuk kali yang ke-52 sebagai tanda syukur warganya akan nikmat kemerdekaan yang dikecapi. Bagi mereka yang sempat berada di zaman penjajah, perjuangan menuntut kemerdekaan ini begitu bermakna dan perlu diraikan dengan penuh semangat cintakan negara.

Sebagai rakyat Negara Malaysia yang merdeka, kita perlu sentiasa bersyukur kepada Tuhan yang memberikan kelebihan ini kepada kita. Keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi pada ketika ini merupakan hasil usaha dan titik darah pejuang-pejuang terdahulu yang sanggup berjuang dan berkorban menentang penjajahan. Walaupun kita tidak bersetuju dengan jalan yang di rintis oleh Tunku Abdul Rahman, kita perlu mengakui jasa beliau dalam usaha kemerdekaan ini.

Begitu juga hero Malaya lain yang tidak didendang seperti Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Mohtaruddin Laso dan semua pejuang-pejuang kemerdekaan sama ada sehaluan dengan UMNO mahupun tidak perlu diraikan kerana mereka semua suatu ketika dahulu menentang musuh yang sama iaitu penjajah.

Kejayaan itu lebih mudah diperjuangkan daripada dipertahankan. Kerana itu, setiap orang perlu menyedari akan hakikat bahawa bila-bila masa sahaja Malaysia akan hilang taraf kemerdekaan ini sekiranya kita gagal memanfaatkan ruang ini dan mempertahankannya dengan sebaik mungkin.

Kita perlu memastikan setiap sudut dan sistem yang ada dalam negara kita bebas daripada dijajah. Paling penting, ialah memastikan kita benar-benar bebas untuk hidup di atas bumi merdeka ini. Kongkongan pemikiran dan kejiwaan bukanlah sifat-sifat tulen kemerdekaan.

Mahasiswa yang mempunyai jiwa merdeka akan sentiasa berusaha mempertahankan segaa nikmat dan kelebihan yang ada, selain turut berusaha memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri, pada sistem, sekalipun kelemahan yang ada pada pemerintah.

Negara yang merdeka ialah negara yang bebas dari sebarang kezaliman dan penindasan. Setiap yang betul diraikan, setiap yang salah perlu diberi hukuman. Negara yang merdeka bebas mengamalkan undang-undang dan peraturan terpakai ke atas setiap anggota masyarakat.

Tiada pesalah kecuali diperbetulkan kesalahan mereka, tiada yang zalim melainkan diadili kezaliman mereka, tiada yang pengkhianat melainkan dihukum dengan hukuman yang sewajarnya.

Semoga sambutan kemerdekaan ini mengajar kita erti kemerdekaan yang sebenar dan menyuntik semangat kita untuk mempertahankan negara dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan keamanan yang dikecapi bersama.


Saturday, August 22, 2009

Kiriman Email : Di Manakah Keprihatinan Aspirasi Dan JAKSA Dalam Langkah Pencegahan Wabak A(H1N1)

Editor blog GMUKM menerima satu email ringkas daripada seorang pelajar Fakulti Undang-Undang yang enggan dikenali, berkaitan dengan isu wabak maut H1N1. Inilah email yang dikirimkan ke email gm_ukm@yahoo.com dan kami pertontonkan kepada para pembaca untuk menilai isu yang membelenggu mahasiswa UKM sekarang ini.

Saya merupakan pelajar tahun dua Fakulti Undang-Undang. Saya berasa terpanggil untuk menulis artikel ini. Inisiatif ini wujud apabila MPP GMUKM (Saudara Phoon Kar Liang dan rakan-rakannya) mengedar risalah berkaitan pencegahan wabak A(H1N1) dan topeng muka kepada pelajar-pelajar UKM. Saya berasa terkejut mengapa risalah dan topeng muka ini diedarkan oleh wakil pelajar dan bukannya oleh pentadbiran UKM ataupun fakulti.

Saya amat kecewa dengan kelembapan pentadbiran UKM sama ada di peringkat HEP, PMUKM ataupun JAKSA dalam melaksanakan langkah pencegahan wabak. Ketika saya menulis artikel ini, sudah direkodkan jumlah kematian 70 dan jumlah kes sebanyak 5,876 di seluruh Malaysia. Kita akui bahawa jumlah ini semakin hari semakin meningkat. Mengapa pentadbiran UKM begitu lembap dalam hal ini?

Alasannya mudah sahaja. Kerana sidang konvokesyen dan pesta konvo yang telah berlangsung pada hari Rabu (12/08/2009) sehingga hari Selasa (18/08/2009). Pentadbiran UKM tidak ingin mencetuskan keadaan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kedua-dua Pesta Konvo dan sidang Konvo itu sendiri. Jika UKM dikuarantinkan untuk tempoh seminggu, macam mana sidang Konvo hendak berlangsung? Macam mana orang luar dan pelajar dapat hadir ke upacara pembukaan dan perasmian Pesta Konvo? Jika UKM memberi topeng percuma kepada semua pelajar, adakah pelajar yang mengambil ijazah akan naik ke pentas memakai topeng? Adakah Pro-Cancelor yang menganugerahkan ijazah akan memakai topeng sepanjang sesi konvo di DECTAR? Tentu sekali pentadbiran UKM tidak akan membenarkan program universiti yang besar ini diperlekehkan. Air muka UKM terlalu tinggi dan berharga untuk dicemarkan dengan wabak A(H1N1).

Mungkin terdapat alasan di pihak UKM itu sendiri. Tapi saya menolak alasan yang hanya mementingkan golongan tertentu dan mengenepikan kesihatan seluruh warga UKM. Macam mana pula dengan pentadbiran fakulti dan kolej kediaman? Apakah alasan mereka untuk tidak mengambil langkah pencegahan? Kita tahu bahawa fakulti dan kolej kediaman merupakan tempat berkumpulnya pelajar untuk jangka masa yang panjang. Oleh sebab itulah, fakulti dan kolej patut memainkan peranan yang lebih aktif atas alasan risiko penyebaran wabak yang lebih tinggi. Tetapi, nampaknya para pengetua kolej kediaman dan dekan fakulti begitu naif dengan kesihatan pelajar.

Bagaimana pula dengan kepimpinan PMUKM? Saya tahu bahawa PMUKM mempunyai peruntukan tahunan sehingga puluhan ribu ringgit. Setiap ahli MPP mendapat pelbagai faedah seperti baju batik, baju T-shirt, baju F1, blazer, seluar slack, fail, penginapan kolej percuma untuk 2 semester dan banyak lagi. Jika dikira satu persatu, seorang ahli MPP akan mendapat faedah yang nilainya melebih seribu ringgit. Darab dengan 33 ahli, jumlahnya dah melebihi RM 33,000.00! Setelah menerima faedah yang begitu banyak nilainya, apakah sumbangan PMUKM kepada pelajar yang telah mengundi anda? Adakah begitu susah untuk menggunakan sebahagian peruntukan PMUKM untuk mengedar risalah dan topeng pencegahan wabak A(H1N1) kepada mahasiswa/i UKM? Malahan, setiap pelajar diwajibkan membayar RM10.00 untuk tabung PMUKM setiap tahun pengajian. Adakah keterlaluan jika saya meminta agar RM0.50 digunakan untuk membeli satu topeng untuk setiap pelajar di UKM? Sama juga, pelajar yang menginap di kolej kediaman perlu membayar yuran aktiviti kamsis sebanyak RM100 setiap tahun pengajian. Perlukah saya mengemis dengan JAKSA atau Pengetua supaya menggunakan RM0.50 bagi membeli sekeping topeng muka daripada RM100 yang saya bayar dengan duit saya sendiri?

Saya nak mengucapkan syabas kepada kesemua 12 MPP GMUKM kerana mengambil inisiatif untuk melakukan kempen pencegahan wabak dengan memberi risalah dan topeng muka percuma. Saya dapat tahu bahawa MPP GMUKM menggunakan duit sendiri untuk tujuan ini. Agak terharu saya mengetahuinya jika dibandingkan dengan PMUKM dan JAKSA. Kebenaran adalah semua pelajar menyumbang kepada tabung PMUKM dan JAKSA tetapi tidak menyumbang langsung kepada tabung GMUKM. Mengapakah hanya GMUKM yang boleh mengambil inisiatif?

Akhir sekali, saya cabar wakil Aspirasi dari PMUKM dan semua Yang Di-pertua JAKSA kolej kediaman untuk menjawab email saya ini. Amaran saya ialah, jika ia gagal dijawab dalam tempoh yang munasabah, adalah selamat untuk kita memutuskan bahawa segala yang saya perkatakan di atas ini adalah benar-benar belaka. Ia bukan tohmahan semata-mata tetapi adalah kebenaran.

Terima kasih.

Mahasiswa Mencabar,
Pelajar Tahun Dua Fakulti Undang-Undang




Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(Surah al-Baqarah: ayat 183).

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, ALLAH SWT mengurniakan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan dalam hidup kita ini. Apakah reaksi kita dengan kehadiran Ramadhan kali ini. Adakah kita sambut dengan kegembiraan atau dengan kedukaan? Gembira kerana Allah masih beri kita peluang untuk merebut ganjaran yang telah disediakanNya. Atau berduka kerana kita tidak boleh bersenang senang dengan aktiviti yang biasa kita lakukan.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam umumya dan mahasiswa UKM khususnya, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H. Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua.

Semoga Ramadhan kali ini dapat mengekalkan diri kita untuk menjadi golongan orang² yang muttaqin ( memiliki hubungan yang rapat dengan Allah S.W.T)

Semoga kita dapat mejaga puasa kita bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya. Ini adalah puasa umum bagi kebanyakkan orang.

Sebagai seorang muslim yang baik, kita mesti menjadikan puasa kita sempurna, gemuk pahalanya sekurangnya mencapai taraf puasa ‘Al-Khusus iaitu dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

Zaman mungkin sudah berubah, kita tidak di belenggu peperangan, kekurangan makanan dan kesusahan seperti para sahabat yang terdahulu tetapi ibadah ini untuk mengingatkan kita bagaimanakah rasanya, perasaannya berlapar, berdahaga bagi melakukan sesuatu amanah Allah.

Pada bulan yang mulia ini juga kita akan dapat membuat penilaian diri , sejauh manakah semngat dan dambaan kita terhadap bulan ini. Wahai rakan-rakan sekalian marilah kita menggunakan setiap saat untuk merapatkan diri dengan Allah dan janganlah jemu melakukan ibadat kepadanya. Lembutkanlah hati kita dengan Zikirullah sepanjang masa. Kurangkan segalanya yang boleh membawa kepada permusuhan sesama manusia, lebih-lebih lagi sesama Islam.

Seperti yang kita ketahui, Ramadhan adalah bulan dimana segala ujian akan datang dan ianya dalam pelbagai bentuk. Kuatkanlah semangat wahai mahasiswa UKM sekalian dan marilah Kita mengimarahkan Ramadhan pada tahun ini. Semoga ramadhan kali memberikan satu sinar yang baru buat kita semua. Untuk membebaskan diri daripada belenggu kezaliman dan ketidakintelektualan.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Pengerusi GMUKM
Saudara Hisyamuddin Che Ali



Wabak H1N1 : Mahasiswa UKM & PALAPES Kena Kuarantin

Tiada kematian baru akibat jangkitan influenza A (H1N1) dilaporkan setakat ini hari ini, yang menyaksikan sebanayak 71 kematian dicatatkan.

Wabak maut ini turut menyaksikan 380 kes baru dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 5,876.Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 1,556 pesakit masih berada di wad di 98 hospital di seluruh negara, dengan sejumlah 220 disahkan positif virus A (H1N1).

Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), wartawan GMUKM mendapat maklumat bahawa seorang pelajar tahun 3 Fakulti Pengajian Islam telaha dikuarantin di Hospital Besar Johor Bharu. Manakala hampir 5 orang anggota PALAPES telah dikuarantinkan di Kolej Tun Hussein Onn kerana mengalami simpton H1N1 yang serius.

Wartawan GMUKM turut menemui seorang pihak pentadbiran untuk bertanyakan tentang khabar berita bahawa UKM akan cuti satu minggu selepas berlangsungnya Majlis Konvokesyen. Maklumat yang diperolehi bahawa UKM tidak akan ditutup dan proses pembelajaran berjalan seperti biasa.

GMUKM menasihati para mahasiswa UKM untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengawal wabak maut ini. Pihak MPP GMUKM sedang giat menjalankan kempen kesedaran pendemik ini dan sedang mengedarkan mask percuma kepada seluruh mahasiswa UKM. Semoga warga UKM terselamat daripada wabak maut ini.

Thursday, August 20, 2009

MPMN Puji Skim Pinjaman Tanpa Faedah Untuk Mahasiswa


BANGI : Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) hari ini menyambut baik keputusan kerajaan negeri Selangor memberi pinjaman tanpa faedah kepada anak kelahiran Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran peringkat Diploma dan Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Timbalan Pengerusinya, Hisyamuddin Che Ali berkata bahawa program Pinjaman Pengajian Tinggi daripada kerajaan negeri ini merupakan selari dengan inspirasi MPMN untuk melihat pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada semua mahasiswa.

Justeru beliau yakin dengan adanya skim ini ini, mahasiswa yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah ini akan mendapat ruang serta peluang untuk meneruskan pengajian mereka tidak kiralah sama ada di IPTA ataupun IPTS.

Dalam pengumuman rasmi semalam di Puchong, Timbalan Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Yang Berhormat Dr Shafei Abu Bakar menyatakan bahawa pinjaman tanpa faedah itu boleh bertukar kepada biasiswa sekiranya pemohon berjaya memperoleh ijazah kelas pertama dalam, pengajiannya.

MPMN turut berpendapat inisiatif yang dilakukan oleh negeri Selangor itu bukan sahaja menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri itu tetapi turut membuktikan bahawa caj perkhidmatan 1 peratus Pinjaman Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) sudah tidak relevan

“ Kalau kerajaan negeri boleh laksanakan dasar ini, kenapa PTPTN yang berada di peringkat Persekutuan tidak berkemampuan menghapuskan faedah yang dikenakan ke atas peminjam dan kami melihat hanya kemahuan politik (political will) sahaja yang membolehkan dasar ini digubal”ujarnya.

Hisyamuddin turut mengulas bahawa MPMN akan terus konsisten mendesak agar pendidikan percuma diberikan kepada semua mahasiswa tanpa mengira kaum dan pada masa yang sama mengharapkan agar peruntukkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan bagi mengembalikan hak mahasiswa bumiputra dalam soal pemberian biasiswa.

Jelas beliau lagi bahawa dasar yang baik untuk mahasiswa ini perlu dilaksanakan di negeri-negeri lain sama ada dikuasai oleh Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat dan MPMN mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor kerana berjaya membuka langkah dalam memberikan kebajikan kepada mahasiswa.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini turut memberikan bantuan wang saguhati sebanyak RM 1,000 kepada rakyat negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT sama ada dalam pengajian Ijazah mahupun Diploma.

“ Sokongan secara terbuka ini bukan bermakna MPMN menyokong pihak pembangkang kerana jika pihak pemerintah laksanakan dasar ini juga, kami akan turut menyokongnya tanpa berbelah bahagi,” ujarnya lagi yang merupakan MPP Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

MPMN yang dianggotai oleh semua MPP Pro Mahasiswa sebelum ini telah menghantar surat kepada kerajaan negeri di seluruh Negara agar mempertimbangkan cadangan mereka agar setiap mahasiswa yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA diberikan wang saguhati RM 1000 seorang. Mengikut maklumat yang diperolehi, hanya negeri Terengganu dan Selangor yang melaksanakan dasar ini dan negeri-negeri lain masih belum berbuat seperti saranan yang telah dikemukakan oleh MPMN ini.



Hari Khamis : Jom Pakai Warna Ungu

UKM Ditutup Seminggu?



“Penularan simpton virus Influenza A H1N1 di UKM semakin serius tetapi di kami tiada jawapan untuk menyatakan ada mahasiswa UKM terkena virus ini !”

Itu reaksi awal yang diperolehi oleh wartawan GMUKM ketika menerima ulasan daripada salah seorang Pembantu Perubatan berstatus Doktor di Pusat Kesihatan UKM minggu lalu.

Tambah Doktor itu lagi bahawa wabak ini hanya akan berakhir sekurang-kurangnya enam bulan lagi dan kami tiada jaminan bahawa wabak ini tidak tersebar kepada mahasiswa UKM.

Wartawan GMUKM turut berkesempatan menemubual Saudara Phoon Kar Liang, MPP Fakulti Undang-Undang berkaitan isu ini dan beliau melihatnya sebagai satu isu besar yang perlu difikirkan bersama oleh semua pihak.

“ Saya sebenarnya masih tertunggu-tunggu sebarang pengumuman daripada UKM tentang wabak ini dan berharap agar keselamatan mahasiswa diutamakan berbanding perkara lain.

Tambahnya lagi bahawa beliau menyarankan agar pihak UKM mengkuarantinkan UKM selama seminggu agar wabak ini tidak memberi kesan kepada kesihatan mahasiswa.
Sebelum ini tersebar khabar angin bahawa pihak UKM akan menutup UKM Kampus Bangi selepas berlangsungnya Majlis Konvekesyen (18 Ogos) tetapi hingga ke hari ini, masih tiada notis berkaitan perkara tersebut.

“ Kalau kita lihat di PK (Pusat Kesihatan) sekarang, memang ramai mahasiswa yang mengalamai simpton wabak H1N1 ini sedang menerima rawatan dan pihak GM bimbang bahawa wabak ini akan menular di UKM”, ujarnya yang juga merupakan pemimpin GMUKM.

Dalam kenyataannya lagi turut menyebut bahawa langkah paling selamat adalah UKM ditutup untuk tujuan pembersihan dan mengelakan virus ini mengorbankan mahasiswa UKM sendiri

“ Saya juga ingin menyeru kepada rakan-rakan Aspirasi untuk sama-sama turun padang membantu mahasiswa UKM dalam menghadapi wabak maut ini yang telah mengorbankan hampir 60 orang lebih rakyat Malaysia”, tegasnya.

Phoon turut menambah agar MPP Aspirasi wajar mencontohi MPP{ GMUKM yang aktif menyedarkan mahasiswa tentang wabak maut ini.

Penularan virus Influenza A H1N1 di Malaysia setakat ini sudah mengorbankan sebanyak 64 nyawa. Di UKM sendiri, pihak pentadbiran dikatakan tidak menafikan wujudnya wabak ini di UKM tetapi keputusan sama ada ingin tutup atau tidak kampus, ianya bergantung kepada pihak Naib Canselor. Sebelum ini, telah tersebar luas khabar angin dalam kalangan mahasiswa UKM bahawa pihak pentadibiran bersedia untuk munutup universiti ini buat kali pertama selepas Majlis Konvokesyen yang telah berakhir 18 Ogos yang lalu.


Tuesday, August 11, 2009

Hindari kawasan tumpuan jika ada simptom: Ketua Pengarah Kesihatan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini menggesa sesiapa individu termasuk mahasiswa yang mempunyai simptom Influenza A (H1N1) ringan supaya tidak mengunjungi tempat tumpuan ramai seperti pusat beli-belah atau menggunakan perkhidmatan awam untuk mengelakkan penularan virus itu di kalangan masyarakat.

Antara simpton H1N1 ringan ialah batuk, selesema, demam, sakit kerongkong, lemah tubuh badan, kebas kaki dan tangan serta sakit kepala.

Kenyataan ini dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican,yang berkata dengan jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 59 orang termasuk tiga kematian terbaru, beliau berkata individu itu sepatutnya sedar akan tanggungjawab untuk menghindarkan diri daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai.

"Walaupun sering diingatkan tentang risiko jika individu mempunyai simptom H1N1 berkunjung ke tempat awam, namun kementerian mendapati amalan itu masih dilakukan malah ada di antara mereka yang tidak memakai topeng hidung dan mulut.

" Sepatutnya mereka tidak melakukan amalan itu kerana perbuatan itu boleh meningkatkan penularan jangkitan virus H1N1 sama ada melalui batuk atau bersin," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Berikutan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai gejala influenza untuk berada di rumah dan bagi mahasiswa di Kolej Kediaman sehingga disahkan sihat. Dan mereka digalakkan untuk tidak mengunjungi tempat awam termasuk tempat program, juga tidak menggunakan perkhidmatan awam, menangguhkan rancangan untuk melancong ataupun tidak ke tempat kerja, atau kuliah. GMUKM menyambut baik saranan menteri ini dan meminta mahasiswa lebih banyak duduk di bilik berbanding menghadiri sesuatu majlis yang melibatkan orang ramai - Bernama

Mahasiswa 1st' year FUU kritikal terhadap Aspirasi

Fakulti Undang-Undang, Bangi : Majlis Dialog MPP GM bersama dengan pelajar tahun satu menjadi panas apabila mahasiswa Fakulti tersebut menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pelbagai isu.

Majlis Dialog yang dianjurkan oleh MPP FUU, Saudara Phon Kar Liang itu telah membariskan ahli panel MPP dari FUU sendiri iaitu saudara Hisyamuddin Che Ali dan Saudara Fikah Sanusi, MPP Umum serta saudara Phoon sendiri.

Terdapat aduan masalah mahasiswa yang diajukan kepada MPP GM antaranya isu bas FUU yang dinaiki oleh mahasiswa lain hinggakan mereka tidak dapat pergi ke kelas Hubungan Etnik. Juga tentang surat amaran kepada pelajar yang tidak menghadiri program English Speaking Zone di Kolej Dato’ Onn. Bagi masalah tersebut, semua pelajar FUU sepakat untuk tidak menghadiri program itu atas alas an ia tidak mempunyai modul yang baik dan juga kerana pelajaran mereka berorientasikan bahasa Inggeris, jadi tiada faedahnya mereka mengikuti program tersebut. Dan dalam masa tersekat, Saudara Phoon akan menghantar surat ke semua kolej meminta pihak kolej kecualikan pelajar FUU daripada program ini.

Isu Sistem Penilaian Kompentensi Generik (SPKG) turut disentuh oleh pelajar tahun satu ini. Jelas mereka lantang bersuara dan mengutuk system itu yang hanya menyusahkan pelajar yang inginkan belajar terutamanya di Kolej. Kedengaran juga isu PTPTN yang diperkatakan menyusahkan kerana hanya member pinjaman sedikit walaupun pendapatan ibu bapa hanyalah sederhana.

Majlis dialog itu berlangsung kira-kira 1 jam lebih. Tayangan video GMUKM turut ditayangkan dan pelajar tahun 1 itu turut diberikan mask percuma serta flyers bagi kempen pencegahan H1N1 oleh MPP GMUKM.





12 Fakta Mengejutkan Tentang H1N1


Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian. Antara fakta-fakta terbaru yang memeranjatkan tentang virus ini ialah :

1. Hari ini sahaja, jumlah kematian akibat Influenza A (H1N1) telah meningkatkan kepada 59 orang apabila Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga orang lagi dilaporkan meninggal dunia kerana penyakit tersebut. Sedangkan kadar biasa dunia di dalam 1000 kes pengidap, hanya seorang yang meninggal dunia,
2. Sebanyak 209 kes baru turut dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhannya meningkat kepada 3,574 orang.
3. Dengan kematian 59 orang ini, negara kita berada pada kedudukan kesembilan dalam kalangan negara-negara dunia yang mencatatkan kes kematian akibat H1N1.
4. Tiga negara dunia yang tertinggi jumlah kematian adalah Amerika Syarikat dengan 436 orang, Argentina 386 orang dan Brazil dengan 274 orang. Hanya satu negara Asia yang di atas kita iaitu Thailand di kedudukan ketujuh dengan 97 kematian.:
5. Lebih membimbangkan, jumlah kematian H1N1 di negara kita jauh lebih banyak berbanding negara-negara yang mempunyai populasi penduduk yang lebih tinggi umpamanya seperti China, India, Indonesia dan United Kingdom.
6. Mengikut statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sehingga semalam, jumlah kes positif seluruh dunia mencatatkan 226,618 orang dengan 2,047 kematian.
7. Dalam statistik itu juga jelas menunjukkan jangkitan positif H1N1 negara lain jauh lebih tinggi, tetapi mencatatkan kematian yang rendah seperti Hong Kong dengan 6,210 kes, hanya 4 kematian; Filipina 3,207 kes (9 kematian)
8. Di Jepun, sebanyak 5,022 kes dilaporkan, tetapi tiada kematian dicatatkan. Begitu juga di negara Arab Saudi, dimana kerajaan itu telah menggunakan kuasanya secara maksima, dengan mengurung (kuarantin) mereka-mereka yang disyaki mengidap selsema babi selama tujuh hari dan tiada kematian dicatatkan.
9. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.
10. Kajian WHO juga menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda daripada jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut. Ini bermakna jika negara kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang.
11. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata bahawa penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

12. Dan wabak itu dijangka merebak lebih cepat pada musim tengkujuh kerana rakyat Malaysia lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam.

MPP GM Kempen Pencegahan H1N1 di FSKB



Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu : 12 Ogos 2009 : Satu siri road show kempen kesedaran wabak H1N1 berjaya diadakan di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) semalam. Kempen kesedaran dan pengedaran penutup hidung secara percuma itu adalah atas inisiatif MPP GMUKM bagi menyedarkan mahasiswa betapa bahayanya wabak maut ini.

Sebanyak 300 penutup hidung diberikan secara percuma kepada mahasiswa pelbagai peringkat di fakulti tersebut. Seorang mahasiswa tahun satu Fakulti Farmasi, Saudara Mohd Arfan yang ditemui wartawan GM menyatakan perasaan teruja kerana kesanggupan MPP GM untuk memberi penerangan tentang wabak H1N1 dan mengedarkan penutup hidung secara percuma.

Manakala mahasiswi tahun dua Fakulti Perubatan, Saudari Hafizah Mohammad melahirkan penghargaan terhadap usaha MPP GM.

“ Sepatutnya PMUKM sebagai badan yang bertanggungjawab memainkan peranan penting ini dan perlu mencontohi usaha MPP GMUKM dalam memberi secara percuma penutup hidung ini”, ujarnya.

Wartawan GMUKM dimaklumkan oleh MPP GM yang hadir ke road show tersebut, bahawa kempen ini akan bermula di Bangi pada hari ini. Jadi buat mahasiswa, nantikan kemunculan MPP GMUKM bagi mendapatkan flyer dan penerangan tentang virus H1N1 serta penutup hidung secara percuma. Wartawan GM difahamkan bahawa topeng itu dibeli sendiri oleh MPP GM dan berharga kira-kira RM 0.50 sekeping.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !