Pages

Friday, March 2, 2012

Bangi, Putrajaya terputus bekalan elektrik

BANGI, 1 Mac - Satu kebakaran berlaku di substesen Pencawang Masuk Utama (PMU) TNB di Seksyen 15 semalam berhampiran Kilang Nippo-Denso dan Balai Polis Bandar Baru Bangi. 

Sumber Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberitahu, kebakaran tersebut akibat transformer 132kV/33kV yang tiba-tiba meletup lalu mencetuskan kebakaran yang mengakibatkan kira-kira 10,000 penduduk Bandar Baru Bangi dan Putrajaya terpaksa bergelap hampir dua jam.

PENCAWANG Tenaga Nasional Berhad di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi yang terbakar dan meletup menjadi punca beberapa kawasan di Putrajaya dan Bandar Baru Bangi terputus bekalan elektrik malam tadi

 Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rashid Abdul Wahab berkata, pihak polis yang dimaklumkan mengenai insiden itu telah menghubungi Balai Bomba Bandar Baru Bangi.

Bekalan elektrik di kedua-dua kawasan tersebut bagaimanapun berjaya dipulihkan semula secara berperingkat-peringkat mulai pukul 10.30 malam.

"Gangguan elektrik di kedua-dua kawasan tersebut bermula kira-kira pukul 9.20 malam tetapi bekalan elektrik mula disambung semula secara berperingkat-peringkat 50 minit kemudian."

Tiada kemalangan dan kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. 


Orang ramai tidak dibenarkan menghampiri kawasan kejadian

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tvGMUKM

5 Entri Popular

CONTOH KONTRAK PEMBELAJARAN (LEARNING CONTRACT)

Sila klik pautan untuk contoh kontrak pembelajaran sebagai panduan kepada pelajar.
1. Contoh 1
2. Contoh 2
3. Contoh 3
4. Borang Kosong Learning Contract

Sumber : epelajar/bul/bil.19012011-17