Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Clement Allan Skinner, Datuk Lim Yee Lan dan Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh baharu itu selepas menangguhkan pendengaran rayuan yang dijadualkan hari ini berikutan kekangan masa kerana mahkamah perlu mendengar kes lain.

Pada 4 Jun 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Soh Sook Hwa selepas memutuskan pelajar itu tidak mempunyai alasan kukuh untuk mencabar Seksyen 15 AUKU kerana ia sudah dipinda serta dimansuhkan.