Gamis, SMM sokong dua agenda PR
Muhamad Azan (tiga, kanan) bersalaman dengan Setiausaha Kawat, Rosamiza Omar semasa berkunjung ke Pejabat Kawat, semalam. Turut serta, Safwan (dua, kiri).
  KUALA TERENGGANU - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyatakan pendirian mereka yang menyokong penuh dua agenda Pakatan Rakyat (PR).
Dua agenda itu ialah pemberian semula hak royalti kepada rakyat Terengganu daripada lima kepada 20 peratus dan juga tawaran 10 perkara dalam manifesto PR.

Presiden Gamis, Muhamad Azan Safar berkata, 20 peratus royalti yang diperjuangkan itu merupakan hak sebenar yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebajikan seluruh rakyat Terengganu.

“Pemberian semula hak royalti kepada rakyat negeri Terengganu daripada lima kepada 20 peratus adalah hak rakyat. Dengan royalti tersebut, tiada masalah untuk tujuan pendidikan dan juga melaksanakan 10 perkara yang ditawarkan manifesto PR.