Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, October 23, 2013

(Bom Rumah Calon) Laporan The Star

Akhbar The Star melaporkan mengenai kes pagi tadi, pengeboman di rumah calon, baca laporan berikut,

Homemade bomb thrown at UKM student's house,

 warning note left on car

Damage done by the explosion.
PETALING JAYA: A Molotov cocktail was thrown at a Universiti Kebangsaan Malaysia's students' rented house in Section 3, Bangi Perdana early this morning causing an explosion and small fire, ahead of the campus election today. 
No one was hurt in the incident, although a warning note was left behind.
Engineering student Siti Aishah Shaharudin told the Star Online that the incident occurred at around 3.30am when a loud explosion was heard in her  front porch. 
"We heard a motorcycle pass by the house but we didn't suspect anything until we heard a loud explosion and we saw flames spreading," she said.
While checking the compound of the house after the explosion, Aishah discovered a note clipped to one of the students' car windshield.



A warning note left at the car.

It said: "Tarik diri atau mati" (withdraw or die).

Some of her fellow housemates, are contesting today's student elections under the Pro-Mahasiswa banner.

"We do not know who the culprit is. But we suspect it has something to do with the election," she said.

A police report was lodged at the Bandar Baru Bangi police station at 4am.

The UKM campus election is currently underway for 2013/2014 session. 
In an immediate reaction,  vice-chancellor Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin said no extra security measures would be taken in the university since the incident happened outside of the campus. 
"As far as I know, the election is going on peacefully, what happened outside of the campus is beyond control, " she said when contacted on Wednesday.

She added that no untoward incidents happened during the campaigning period of the campus election.

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Calon disekat di KUO!!!

Hairan,Calon Bertanding tidak dibenarkan masuk ke pusat pengundian.
Sedangkan dalam buku peraturan tidak termaktub larangan kepada calon untuk hadir ke pusat pengundian. inikah keadilan?


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!
#MediaGM #UpdateUndi

Kepada mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Mahasiswa, Jom turun mengundi Pilihan Raya Kampus hari ini !

http://www.youtube.com/watch?v=tlqfEVczh9o&feature=c4-overview&list=UUzghWnRiU7q0E5FYZrB0H4A


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Panduan Mengundi.. JOM LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB.....

Bila selesai mendaftar, Anda akan diberikan 2 borang, 1 untuk kerusi umum, dan 1 lagi untuk kerusi fakulti masing-masing.
Bagi kerusi umum 1 dan 2, sebanyak enam(6) kerusi yg dipertandingkan. Oleh itu, anda semua mesti memangkah 6 orang calon yang menjadi pilihan hati.
Bagi kerusi umum 3 dan 4, sebanyak (3) kerusi yang dipertandingkan. Anda perlu memangkah 3 orang calon pilihan hati..
Sekiranya terdapat kekurangan atau terlebih tanda pada kertas undi terbabit, maka undi dikira ROSAK. Contohnya, anda hanya menanda 5 orang calon atau tertanda 7 orang calon.


oleh itu, INGAT CALON ANDA
[CALON UMUM]

Calon Umum 1/2 :
Calon No. 1 - Hasyimah Bt Ibrahim
Calon No. 4 - Mohd Hafizi B Samsuari
Calon No. 5 - Fatma Bt Sukeri
Calon No. 7 - Mohammad Fadhli Bin Mohamad Asimodi
Calon No.10 - Lee Jun Keong
Calon No.12 - Siti Nor Bahijah Bt Mohd Zaki

Calon Umum 3/4 :
Calon No. 1 - Nur Farhana Bt Mohd Razali
Calon No. 4 - Muhammad Salehuddin Bin Khalid
Calon No. 5 - Nur Afifah Bt Abd Rahim
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

PRK SEDANG BERLANGSUNG.. JOM JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA!

#MediaGM #UpdateUndi

Proses pembuangan undi di KDO sedang berlangsung.
masih berbaki masa untuk keluar mengundi, ayuh pilih calon yang terbaik








INGAT CALON ANDA
[CALON UMUM]

Calon Umum 1/2 :
Calon No. 1 - Hasyimah Bt Ibrahim
Calon No. 4 - Mohd Hafizi B Samsuari
Calon No. 5 - Fatma Bt Sukeri
Calon No. 7 - Mohammad Fadhli Bin Mohamad Asimodi
Calon No.10 - Lee Jun Keong
Calon No.12 - Siti Nor Bahijah Bt Mohd Zaki

Calon Umum 3/4 :
Calon No. 1 - Nur Farhana Bt Mohd Razali
Calon No. 4 - Muhammad Salehuddin Bin Khalid
Calon No. 5 - Nur Afifah Bt Abd Rahim


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

KENYATAAN PENGERUSI GMUKM - Abdullah Sani


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

JANGAN TERPENGARUH DENGAN MESEJ INI


Mohon mahasiswa jangan terpengaruh akan mesej ini

"Undi ASPIRASI ibarat anda menyokong ISRAEL.
"Ya Allah, ko hancurkanlah aspirasi, kafir laknatullah. Semoga Mahasiswa mencapai Kemenangan". Moving Forward. "

- Mereka ingat kempen kita sezalim ini rupa . Mengapakah bergantung harap undi pada " memburukkan gmukm" . Mengapa tidak dengan manifesto anda.

Moga Allah beri hidayah kepada mereka.

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Pastikan Proses PRK Kali Ini Lancar

Saya seru kepada rakan-rakan Gabungan Mahasiswa Ukm, Calon-calon, serta wakil PACA yang bertugas. Adalah menjadi kewajipan kita sebagai pelajar UKM untuk memastikan proses pilihanraya Kampus kita kali ini berjalan dengan lancar. Tanpa ada sebarang masalah sepanjang hari ini. Hari ini adalah 'event terpenting UKM' iaitu proses memilih pemimpin varsiti.

Walaupun ada cabaran yang terpaksa ditempuh, dibom, diugut bunuh dan segalanya. itu adalah tanda kepimpinan kita dilihat dan dinilai oleh orang lain. Kerja utama semua peringkat jentera Gabungan Mahasiswa UKM hari ini adalah memastikan proses PRK semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. Kita serahkan kepada pihak bertanggungjawab atas isu yang timbul, memandangkan Unit Forensik dari Bukit Aman pun dalam perjalanan ke rumah tersebut .

Jangan mengalah, dan kita mohon kekuatan Allah swt agar Dia berikan kekuatan kita untuk menghadapi segala ujian ini. Hanya dengan KudratNya lah semuanya akan berjalan lancar. Doakan semoga mahasiswa memilih pemimpin terbaik yang mereka kenali . Semoga Allah swt menjaga universiti kita ini.

Abdullah Sani Bin Hashim .
Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM .

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Tuesday, October 22, 2013

Semak Status Tempat Mengundi Anda


Salam mahasiswa,

Sebelum mengundi, molek jika rakan-rakan mahasiswa menyemak semula status mengundi. Sila klik link untuk maklumat lanjut. Kad matrik paling penting, sila bawa bersama. Selamat mengundi.  #MediaGM #MovingForward

https://smp.ukm.my/mpp/index.cfm


#MediaGM #MovingForward


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Kenali Calon Kerusi Fakulti Mahasiswa




Undi calon-calon GMUKM bagi setiap fakulti:

FPI:
Muhammad Ammar Bin Azlan (No. 1)

FPEND:
Syed Mohd Najib Bin Syed Yahya (No. 1)

FUU:
Jason Ng Thieng Yeong (No. 3)

FSSK:
Tahun 1/2 - Puteri Nor Adilah Mohd Zarudin (No. 1)
Tahun 3/4 - Fatin Zulaika Bt Hamdan (No. 2)

FKAB:
Tahun 1/2 - Ahmed Amri Bi Zulkafli (No. 2)
Tahun 3/4 - Mustapha Kamil Husen Abd Kadir (No. 1)

FST:
Tahun 1/2 - Siti Hajar Bt Md Yusof (No. 1)
Tahun 1/2 - Nurul Syifa Bt Mohd Shukri (No. 4)
Tahun 3/4 - Afiah Nasuha Bt Aznan (No. 1)

FEP:
Tahun 1/2 - Syahidatul Nur Amirah Bt Abd Karim (No. 2)
Tahun 3/4 - Mufaddal Bin Mustansir (No. 1)

We Love UKM.

‪#‎MovingForward‬


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Kenali Calon Kerusi Umum Mahasiswa




'UKM & Darah' : Tribut Untuk UKM dari Calon-Calon Umum GMUKM Tahun 1/2, 3/4.
Jangan lupa undi calon terbaik anda :

Calon Umum 1/2 :

Calon No. 1 - Hasyimah Bt Ibrahim
Calon No. 4 - Mohd Hafizi B Samsuari
Calon No. 5 - Fatma Bt Sukeri
Calon No. 7 - Mohammad Fadhli Bin Mohamad Asimodi
Calon No.10 - Lee Jun Keong
Calon No.12 - Siti Nor Bahijah Bt Mohd Zaki


Calon Umum 3/4 :

Calon No. 1 - Nur Farhana Bt Mohd Razali
Calon No. 4 - Muhammad Salehuddin Bin Khalid
Calon No. 5 - Nur Afifah Bt Abd Rahim

Jangan lupa undi calon GMUKM.

We Love UKM.
‪#‎MovingForward‬

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Cabut Poster Calon : Apa Lagi HEP UKM Mahu?

Hati manakah tidak hancur, melihat hasil titik peluh mereka, mencari kewangan sendiri, mengikat sendiri manfesto untuk digantung, malah melakukannya sehingga lewat pagi. Namun, semuanya dicabut , gara-gara arahan HEP UKM. Walhal, apabila kita menyemak peraturan PRK, tiada peraturan yang diletak, Jangan menggantung risalah manifesto . Dan kalau adapun, sungguh tidak logik . Tambahan, ini adalah proses memilih kepimpinan pelajar .Tidak pernah jumpa dalam dunia ini, peraturan untuk memilih pemimpin, tetapi jangan gantung manifesto untuk tatapan umum .

Kita Tuntut penjelasan pihak bertanggungjawab HEP.


Ya Allah, tabahkan hati kami . Kukuhkan hati kami, Kita lawan kezaliman ini .





Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Sunday, October 20, 2013

Prospektus 'Moving Forward'

Salam Mahasiswa ..

Saya juga antara yang meneliti manifesto tawaran pihak Aspirasi. Semua pihak yang bertanding semestinya mempunyai cita-cita untuk menang, namun bukan itu sahaja. Perkara utama yang mesti kita sedia adalah bagaimana untuk mengisi kemenangan.

Pengalaman, pembelajaran, perbincangan, beserta penyelidikan telah kami jalankan sehinggalah terbitnya prospektus 'Moving Forward'.

'Kita perlu menyelami dan memahami permintaan-permintaan mahasiswa. Kita perlu
lebih mengiktiraf kepemimpinan mahasiswa. Kita perlu lebih mendengar suara mahasiswa.' - Petikan kata-kata Dato' Saifuddin Abdullah dalam karya beliau, "Kalau Saya Mahasiswa".

Ayuh Mahasiswa Bersama kami. Kita bawa impian dan falsafah universiti.

Abdullah Sani Bin Hashim .
Pengerusi Gabungan Mahasiswa Ukm

#MediaGM #MovingForward



Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Pelancaran Prospektus 'Moving Forward'



#MediaGM

Alhamdulillah selesai sudah pelancaran Prospektus "Moving Forward". Nantikan tawaran GMUKM untuk bersama mahasiswa mendukung Falsafah Universiti.

Prospektus adalah hasil pengalaman GMUKM selama 2 tahun menerajui kepimpinan utama mahasiswa UKM, banyak perkara yang telah kami pelajari dan perbaiki. Nantikan

Abdullah Sani Bin Hashim.
Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM.

#MovingForward #ProspektusGMUKM



Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Saturday, October 19, 2013

Calon Mahasiswa Kerusi Umum Tahun 3/4


 ~ Moving Forward ~

Kebajikan Anda Keutamaan Kami

Calon Kerusi Umum Tahun 3/4

NO 1 : NUR FARHANA BINTI MOHD RAZALI

 ~ Moving Forward ~

Calon Mahasiswa Pilihan Anda

Calon Kerusi Umum Tahun 3/4

NO 4 : MUHAMMAD SALEHUDDIN BIN KHALID

~ Moving Forward ~

Putih-putih Melati
Merah-merah Delima
Jangan Lupa undi Nanti
Calon Anda Nombor Lima

Calon Kerusi Umum Tahun 3/4


NO 5 : NUR AFIFAH BINTI ABD RAHIM




Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Nantikan Tawaran GMUKM Buat Mahasiswa



Nantikan Tawaran GMUKM : Pelancaran Prospektus Mahasiswa

Tempat : Hadapan PMUKM, Pusanika
Hari : Ahad (20/10/2013)
Masa : 11.00 pagi

#MOVINGFORWARD

~Mahasiswa Agen Perubah~


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Calon Mahasiswa Kerusi Umum Tahun 1/2

~ Moving Forward ~

' Mahasiswi Duta Perubahan '

CALON KERUSI UMUM TAHUN 1/2


NO 1 : HASYIMAH BINTI IBRAHIM












~ Moving Forward ~

CALON KERUSI UMUM TAHUN 1/2

NO 4 : MOHD HAFIZI BIN SAMSUARI


~ Moving Forward ~

' Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti '

CALON KERUSI UMUM TAHUN 1/2

NO 5 : FATMA BINTI SUKERI

~ Moving Forward ~

Suara anda Suara Kami
Kebajikan Anda Tanggungjawab Kami
Tanggungjawab Anda Mengundi Kami
Mohon Diberi Mandat

CALON KERUSI UMUM TAHUN 1/2

NO 7 : MOHAMMAD FADHLI BIN MOHAMAD ASIMONI

~ Moving Forward ~

Memperkenalkan Calon Mahasiswa Anda

CALON KERUSI UMUM TAHUN 1/2


NO 10 : LEE JUNG KEONG


~ Moving Forward ~

Seiring Bersama Calon Mahasiswa Anda

CALON KERUSI UMUM TAHUN 1/2

NO 12 : SITI NOR BAHIJAH BINTI MOHD ZAKI






Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Pengerusi GM Terima Penjelasan Felo KAB



Setelah berjumpa dengan felo kanan kolej amin, saudara mike, maka saya mendapat penjelasan berkenaan program kolej Amin di Hutan Pendidikan Alam. Dan saya memahami kondisi mereka. Mereka terpaksa melakukan program tersebut. Bukannya melarikan mahasiswa, buktinya petang tadi diberi laluan untuk gm berkempen di sana.

Beliau berharap, tiada lagi persepsi buruk terhadap penganjur program kolej amin. Itu harapan beliau. Saya juga berharap tiada lagi tanggapan buruk kepada beliau dan warga kolej amin.

Pendirian saya tegas, saya menentang segala bentuk perkara yang mencacatkan suasana politik mahasiswa. Kita tentang segala kezaliman yang berlaku. Melarikan pelajar tahun satu, adalah kezaliman kepada politik mahasiswa. Tahniah kepada beliau, tampil memberi penjelasan. Saya sedia berjumpa dengan mana-mana pihak asalkan proses memilih kepimpinan utama UKM berjalan dengan adil,telus dan lancar.

Abdullah Sani Bin Hashim
Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Program Kolej Terus Berlangsung



Salam Mahasiswa.

Status TNC HEPA terbaru adalah program-progam pada hujung minggu ini yang melibatkan kos adalah program yang sukar untuk dibekukan, kerana ianya melibatkan kos yang sudah pun dibayar. Saya beranggapan, status ini tidak lain, hanyalah bagi menjawab statement saya kelmarin .

Status TNC HEPA sepatutnya menjawab kerisauan pelajar senior dan status yang mengecam program-program kolej yang akan berlaku. Adapun apakah tindakan yang akan dikenakan kepada pentadbiran kolej andai program masih berlaku. Kita dapat maklumat, pagi tadi warga Kolej Keris Mas ada program pula di Bukit Broga. Berapakah kos untuk naik Bukit Broga? Adakah TNC HEPA naik Bukit Broga melibatkan wang ribuan ringgit.

TNC selaku ketua Jawatankuasa Pemilihan sepatutnya bukan sekadar mengeluarkan pekeliling, tetapi mengecam kolej-kolej yang masih berdegil dan mengenakan tindakan yang sepatutnya apabila program-program membawa pelajar tetap berlaku. Kita ingin lihat, apakah respon TNC HEPA terhadap program naik Bukit Broga yang dianjurkan Kolej Keris Mas ini.

Pengetua-pengetua kolej yang merupakan penyokong tegar aspirasi pasti tersenyum akan program mereka yang dibuat sepanjang minggu ini. Ini kerana mereka yakin calon GMUKM sudah tidak dapat berjumpa dengan warga kolej mereka. Sampai masa, kita dedahkan siapakah pengetua-pengetua ini. Mengapakah mereka bertindak se-zalim ini?

Warga tahun satu Kolej Ibrahim Yaakub, dikhabarkan sudah hilang dan telah pun dibawa keluar. Berapa peratus pelajar yang masih di kolej hari ini? Bagaimana calon-calon kita ingin berkempen. TNC dan HEP UKM sudahpun menzalimi mahasiswa yang bertanding pada PRK kali ini. Retorika pekeliling yang dikeluarkan jangan letak lagi, kerana kami sudah tahu agenda yang tersembunyi .

Abdullah Sani Bin Hashim .
Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM

#MovingForward #GMUKM

#Bantah Kezaliman politik mahasiswa.

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Friday, October 18, 2013

“ JUMPA TNC HEPA MASIH TIDAK SELESAI MASALAH “

Pengerusi GMUKM bertemu dengan TNC HEPA UKM bagi menuntut
penjelasan mengenai Komplot HEP Dalam PRK kali ini
Semasa piket di masjid UKM selepas solat jumaat tadi, saya tegas akan pendirian bahawa membuat program semasa tempoh pilihanraya kampus adalah salah dan menzalimi politik mahasiswa . Pekeliling yang dikeluarkan oleh TNC HEPA sebelum pada ini menyebut, bahawa mana-mana program diseluruh peringkat dibekukan program. Tetapi kita dapat maklumat akan beberapa program yang akan berlaku di beberapa kolej seperti yang kita dedahkan . Maka Gabungan Mahasiswa tampil pada petang tadi tuntut penjelasan dengan TNC HEPA merangkap ketua jawatankuasa pemilih PRK kali ini. 

Jawapan yang diberikan TNC adalah program tersebut mungkin telah dirancang sebelum keluar tarikh prk . Namun , kami persoalkan kenapa majoriti program adalah 'event' kolej dan mengapa jua semuanya hujung minggu ini . Jawapan beliau pula, kelulusan ini diluluskan oleh bahagian HEP UKM, beliau tidak tahu 'detail' program yang kami dedahkan. kita hanya melahirkan kebimbangan mahasiswa tidak punyai masa untuk kenal siapa calon mereka . Disamping itu, TNC memberi jaminan beliau akan menyiasat balik program-program yang akan berlaku esok dan sepanjang minggu ini yang melibatkan keluar masuk warga kolej . Kita akan selidik bukan sahaja ke HEP ,malah sehingga ke lubang cacing kolej kediaman bagi mendedahkan isu sebenar kejahatan politik mahasiswa yang sedang berlaku hari ini.

GMUKM simpulkan berjumpa dengan TNC HEPA petang tadi tidak menyelesaikan masalah, akan tetapi sekurang kurangnya beliau sudah tahu akan beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku, telah pun berlaku dan akan berlaku . GMUKM berharap isu program dibekukan ini diadili dengan telus oleh TNC HEPA selaku ketua jawatankuasa Induk PRK kali ini. Kita akan cari bukti , kezaliman agenda UMNO yang akan berlaku sepanjang tempoh PRK kali ini dan kita bongkarkan muslihat mereka.


Abdullah Sani Bin Hashim
Pengerusi Gabungan Mahasiswa Ukm

Sesi 2013/2014


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

PIKET PENDEDAHAN KEZALIMAN POLITIK MAHASISWA

Pengerusi GMUKM kecam HEP UKM dalam mengurus PRK 
Ahamdulillah selesai piket aman di Masjid UKM sebentar tadi . Kita persoalkan ketelusan dalam pengurusan pilihanraya kampus sesi kali ini . Peraturan dan pekeliling telah dikeluarkan, bahawa SELURUH program pelajar di UKM dibekukan sepanjang tempoh pilihanraya kampus . Tetapi mengapakah ?

1) Kolej Burhanuddin Helmi akan membawa warga kolejnya ke program yang akan diadakan di Ulu Yam pada petang ini .

2) Kolej Ibrahim Yaakub akan membawa warga kolejnya keluar UKM ke program yang akan diadakan di Port Dickson juga pada petang ini .

3) Kolej Aminuddin Baki akan membawa warga tahun satu kolejnya ke program di Hutan Pendidikan Alam juga petang ini .

Ada lagi beberapa kolej yang akan membawa keluar warga kolej mereka sepanjang hujung minggu ini, bermula hari ini sehingga ahad nanti. Pada pukul 3 petang ini mereka akan bertolak ke tempat-tempat tersebut .

Kita TUNTUT dan DESAK TNC HEPA jawab isu ini , beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP PRK kali ini .

Nantikan pendedahan seterusnya kejahatan UMNO dalam politik mahasiswa .

Abdullah Sani Bin Hashim.
Pengerusi Gabungan Mahasiswa Ukm
 

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

GMUKM Tetap Bertanding Pilihanraya Kampus UKM

Pengumuman Calon GMUKM
Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM, Saudara Abdullah Sani Bin Hashim yang mengumumkan calon-calon bertanding daripada GMUKM semalam menegaskan bahawa GMUKM akan tetap bertanding walaupun HEP UKM kini jelas cuba bermain konspirasi dan berkomplot dalam memenangkan Aspirasi.

Kita tetap menyertai pilihanraya kampus bagi menafikan cita-cita Aspirasi yang mahu menawan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) kali ini. Kita mahu buktikan pada mahasiswa bahawa GMUKM bersungguh-sungguh untuk membawa suara mahasiswa. Walaupun HEP UKM dilihat tidak bersih, itu tidak bermakna kita harus mengaku kalah dan penyertaan ini adalah satu cabaran kepada HEP untuk mereka lebih berhati-hati dalam rancangan mereka kelak.

GMUKM bersedia untuk menghadapi UMNO Kampus dalam pilihanraya kampus kali ini dan kita bersetuju untuk menghantar calon GMUKM di kesemua 27 kerusi yang dipertandingkan. Oleh itu setiap ahli GMUKM dan penyokong harus melipatgandakan usaha bagi mempertahankan kemenangan dalam Pilihanraya kali ini.



Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Thursday, October 17, 2013

MUNAJAT KEMENANGAN & PENGUMUMAN CALON GMUKM


Gabungan Mahasiswa UKM BERBESAR HATI mengajak seluruh mahasiswa/wi UKM untuk sama-sama memeriahkan Majlis Munajat & Pengumuman Calon GMUKM

Tarikh : 17/10/2013
Hari : Khamis
Masa :7.30 Malam
Tempat : Hadapan Bilik PMUKM

Ayuh Meriahkan! SEMUA dijemput HADIR!!


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Wednesday, October 16, 2013

4 ELEMEN PERJUANGAN GMUKM


GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) merupakan sebuah badan induk utama pro-mahasiswa di UKM kampus Bangi, Cheras dan Kuala Lumpur. Bergerak secara komited memperjuangkan suara mahasiswa sejak awal penubuhannya pada 22 Ogos 2005 dengan menjadikan empat elemen di bawah sebagai teras perjuangan GMUKM.

(i) Kebajikan mahasiswa
(ii) Keilmuan Keintelektualan
(iii) Penghayatan Falsafah UKM
(iv) Pengantarabangsaan

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Benar GMUKM Itu Haram? Lihatlah pula siapa Ahlinya!


Sejak kebelakangan ini, ramai mula mempertikaikan dan cuba untuk menyatakan bahawa GMUKM ini sebagai sebuah parti politik kampus yang bersifat teruk. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa yang menimbulkan isu ini, kerana bagi saya apa yang boleh kita beri kepada mahasiswa itu lebih penting berbanding kita hanya bermain isu perkauman, tudung labuh, fitnah memfitnah dan sebagainya. Fokus kerja kita! Saya tertarik apabila orang menyatakan bahawa GMUKM itu haram?! Oleh itu, saya berasa terpanggil untuk menulis berkaitan ini.

GMUKM HARAM? Lihatlah Siapa Ahlinya?! Alhamdulillah. Sudah 2 tahun GMUKM memegang tampuk PMUKM. Siapa Ahli MPP nya? Hampir Kebanyakan ahli MPP GMUKM merupakan mereka yang hebat dalam latar belakang mereka. Selain PTPTN, kebanyakan dari mereka merupakan pemegang biasiswa JPA, Kementerian Pengajian Tinggi, Shell dan juga Perodua. Jadi, mengapa mereka ini dituduh bahawa sering berfokus kepada politik sehinggakan pelajaran terabai?

Oh, mereka apply sebelum masuk U. Sudah masuk U, mereka involve politik, maka mereka punya result mesti jatuh!. Kita lihat pula kejayaan beberapa MPP GM sebelum ini. Alhamdulillah, sahabat saya, MPP Azrai bakal bergraduasi bersama saya hujung bulan ini dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Cemerlang) iaitu 1st class degree. Sebelum melanjutkan pelajaran ke UKM, beliau juga mendapat Anugerah Naib Canselor Konvokesyen Kolej Islam Melaka. MPP sebelum ini juga, Saudara Faiz Ismail yang mendapat Anugerah Emas Sewaktu Konvokesyen ke-39 telah melanjutkan pelajaran ke peringkat kedoktoran di UTM, Johor. MPP Mohammad Abdullah, selaku Timbalan Presiden PMUKM 2010/2011 juga menerima anugerahTengku ampuan afzan pada persidangan Konvokesyen ke-40 dan kini sedang mengambil Master. Siapa tidak kenal Faizal Ahmad? Selaku Naib Presiden PMUKM 2010/11 dan Pengarah Eksekutif Pesta Konvokesyen ke-39. Beliau kini bertugas di Syarikat Gas dan Minyak di Arab Saudi.

Kami memalukan Universiti? Saya pernah mengharumkan nama Universiti dengan mendapat tempat ke-tiga dalam Pertandingan Pesta Pantun Rakyat, Pantun Belia, Pantun Bestari. Mendapat anugerah Pingat Perak dan juga Gangsa pemantun Terbaik. Johan Pesta Pantun UKM. MPP GMUKM Hazrin dari KTSN, mendapat pingat EMAS dalam pertandingan SUKEM yang lepas. Mendapat pingat EMAS dalam pertandingan Wajadiri Antarabangsa Silat Cekak Pusaka Hanafi, dan GANGSA dalam Wajadiri Kebangsaan Silat Cekak Pusaka Ust Hanafi. Selain kejayaan MPP Faiz yang mendapat pingat EMAS dalam catur. pertandingan CSelain dari saya ke Bangkok, Thailand, MPP Mufadhal juga telah mewakili UKM, ke Emerging Market Business Summit di Poland pada tahun ini. MPP Mustapha juga pernah mewakili UKM ke pertandingan Shell Eco Marathon peringkat Asia.

Itu hanyalah sedikit kejayaan yang sempat saya tulis berkaitan dengan kejayaan MPP GMUKM sesi saya dan sesi lepas. Kalau ada yang terlepas pandang, maafkan saya. Belum lagi saya masukkan kejayaan Ahli2 GMUKM yang menyertai pertubuhan ini. Seperti saudara Ahmad Tajuddin yang ke technology collaborative exchange program di Japan, Global Power Shift di Istanbul, Global Entrepreneurship Congress 2013 di Rio de Janeiro, dan terpilih ke International Study Week di Gemany. Sama juga dengan ahli GMUKM, Rosilina Saleem yang sekarang ini membuat Double Degree UKM-Ude di Germany.

Jujur saya berasa hairan apabila orang cuba menjatuhkan GMUKM tetapi pada masa yang sama Ahli-ahli GMUKM ini semakin mengorak langkah mengukir kejayaan mereka . Serba sedikit kejayaan ahli-ahli GMUKM, .. Fikirkanlah!

Arief Othman
Speaker PMUKM
Sesi 2012/2013


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Monday, October 14, 2013

KALAM PRESIDEN SEMPENA AIDILADHA


Assalamua'laikum dan salam sejahtera.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha buat mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga kedatangan hari yang berbahagia ini memberi kita lebih banyak ruang dan peluang untuk kita tingkatkan rasa syukur kehadrat ilahi dan lebih menghayati erti pengorbanan  yang sebenar. Saranan saya, gunakanlah masa yang terbaik sewaktu cuti ini untuk mengeratkan kembali sillaturrahim sesama keluarga dan juga saudara mara. Tidak dilupakan mereka yang memerlukan, hulurkan bantuan sekadar kemampuan yang kita ada.

Mungkin ini merupakan ucapan terakhir saya sebagai Presiden PMUKM bagi sesi 2012/2013. Oleh itu, sangat rugi jika saya lepaskan ruang terbaik ini, untuk saya memohon kemaafan daripada seluruh warga kampus atas segala kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh barisan kepimpinan PMUKM sesi 12/13. Segala teguran dan kritikan yang dilontarkan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Teguran dan kritikan anda menjadi azimat dan penguat buat kami untuk terus bergerak maju kehadapan.

Rakan-rakan mahasiswa/i sekalian, ruang kepercayaan yang telah diberikan oleh anda dalam pilihanraya kampus (PRK) yang lepas telah kami manfaatkan sebaik mungkin. Segala kudrat dan keringat telah kami kerahkan, bagi merealisasikan 4 dasar perjuangan yang digariskan, kebajikan, keintelektualan, perpaduan dan pengantarabangsaan melalui medium PMUKM. Anda selayaknya menilai sejauh mana prestasi kami dalam memimpin PMUKM untuk sesi kali ini.

Alhamdulillah, 2 tahun tempoh GMUKM memimpin PMUKM tidak terlalu panjang untuk bawa perubahan yang sangat besar. Perubahan itu tetap ada, dan anda punya peranan yang sangat penting dalam menjayakan segala agenda perubahan yang telah digagaskan. Jangan sia-siakan peluang yang anda ada sebagai ejen perubahan. Saya menyeru rakan-rakan untuk terus bersama agenda perubahan. Perubahan ke arah kebaikan dan manfaat bersama.

Sekian, Terima Kasih.

Ahmad Shukran Shaharudin
Presiden PM Ukm
Sesi 2012/2013

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Sunday, October 13, 2013

Kenapa HEP tidak layak kendali pilihan raya kampus?

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Anda tentu boleh faham mengapa proses dan perjalanan pilihan raya di negara ini sukar sangat dijalankan secara adil, telus dan bebas, 'kan?  Elit pemerintah, apatah yang sudah begitu lama "berkuku", terutama yang bergelumang dengan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa, malah menerajui takhta secara zalim dan menindas, tentu akan berusaha sedaya mungkin mempertahankan singgahsana dengan apa kaedah jua

Biarpun siri perhimpunan dan perarakan tunjuk perasaan menuntut pilihan raya bersih sudah diatur sejak lebih lima tahun lalu dan dihadiri ratusan ribu orang menghantar mesej jelas, namun sistem yang pincang-tempang itu tetap diteruskan.

Sekurang-kurangnya kita dapat memahami apa yang berlaku. Ya, begitu dahsyatnya tarikan kuasa sehingga penyandang bermati-matian mengeksploitasi dan memanipulasi apa jua kemudahan kerajaan, media dan wang.

Peralihan tampuk pemerintahan, terutama di peringkat persekutuan, bukan saja membuka laluan untuk perubahan dan reformasi lebih menyeluruh, malah mungkin akan mengheret bekas pemimpin yang ditolak rakyat ke muka pengadilan, selain hilang segala keistimewaan dan kekebalan.

Tetapi saya agak kebingungan dengan situasi di IPTA, yang bakal melangsungkan pilihan raya kampus (PRK). Perkembangan demokrasi di universiti tempatan, khususnya dalam proses pemilihan majlis perwakilan pelajar, rupanya lebih tragis dan buruk berbanding suasana pilihan raya umum. Tiada istilah "padang permainan sama rata".

Pertama, tarikh PRK semacam menjadi misteri dan teka-teki. Begitu payah sekali pihak universiti (Hal Ehwal Pelajar) untuk membuat pengumuman awal. Dan apabila diisytiharkan, selalunya tarikh yang dipilih itu cuba memerangkap mahasiswa yang tidak cenderung kepada Umno-BN (Pro-Mahasiswa).

Manakala tempoh berkempen singkat sekali, mengambil kira helah cuti hujung minggu (terbaru di UKM, cuti Aidiladha) dan kesukaran calon memasuki kolej-kolej kediaman untuk bertemu pelajar. Tegasnya, Pro-M mahu diasak bertanding dalam keadaan tidak bersedia; ibarat kaki dan tangan diikat, seterusnya diajak bertinju!

(Di UKM,  pengumuman tarikh PRK dibuat pada 11 Oktober ketika pelajar sudah mula pulang ke kampung untuk bercuti sehingga 16 Oktober sempena Aidiladha. Malah setiap calon bertanding mesti mempunyai sijil Bengkel Kepimpinan Pelajar HEP sedangkan bengkel tersebut hanya diadakan sebaik habis cuti iaitu 17 Oktober manakala keesokannya sudah penamaan calon).

Kedua -- sebenarnya inilah yang lebih utama -- pihak HEP yang sepatutnya bertindak bebas dan adil  sebagai pengendali PRK, bukan sahaja mengambil sikap memihak atau pilih kasih, iaitu untuk memberi kemenangan mudah kepada kumpulan Aspirasi pro-Umno, malah berkomplot menyekat peluang Pro-M.

Lapan tahun dulu, saya pernah mendedahkan konspirasi HEP dengan Aspirasi, yang mengadakan mesyuarat mingguan di Ibu Pejabat Umno, di PWTC,  melibatkan Timbalan-timbalan Naib Canselor HEP IPTA seluruh negara, termasuk dari Sabah dan Sarawak, yang turut dihadiri sayap parti komponen BN, misalnya Puteri Umno dan Pemuda MCA. Ada kalanya pertemuan sulit itu dipengerusikan wakil Pemuda Umno!

Bayangkan, mesyuarat yang sering diketuai Menteri Pengajian Tinggi, dengan kehadiran TNC HEP dan wakil Aspirasi setiap universiti, membincangkan bagaimana kaedah terbaik untuk mengalahkan kumpulan pelajar yang lain, termasuk meminda peraturan PRK, bagi menutup potensi mahasiswa yang dilihat propembangkang.

Tahun lalu, terdedah Ops 2020, yang juga melibatkan HEP, Umno, Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri dan agensi kerajaan yang lain, bagi memastikan semua 20 IPTA dikuasai pelajar Aspirasi. Pelbagai taktik licik dibincangkan untuk mencapai target yang disasarkan.

Dan baru-baru ini, terbongkar satu lagi komplot jahat yang sama, turut membabitkan TNC HEP, khususnya di Universiti Malaya, melalui kursus pemantapan jentera dan calon PRK, di Melaka (cadangan awalnya di Negeri Sembilan) pada 18-20 September, membincangkan kaedah untuk mempertahankan penguasaan Aspirasi di universiti tertua itu.

Beberapa makalah diedarkan dalam kursus tersebut, antaranya bertajuk "Kenapa belia perlu tolak Pakatan Rakyat", "Akujanji Barisan Nasional adalah Islamik", dan "50 Dalil kenapa DAP mesti ditolak umat Islam".
Sekiranya kursus itu dianjurkan Umno, malah dirasmikan Presidennya, Najib Razak sekalipun, kita dapat menerimanya dengan senang hati. Ya, apa salahnya kalau Umno-BN, ataupun PAS, KeADILan dan DAP mahu menyediakan kursus buat kader-kader mereka di universiti; silakan ....

Isu besar di sini ialah pembabitan proaktif HEP dan Kementerian Pendidikan -- yang seharusnya bertindak bebas-adil sebagai pengendali PRK -- berkomplot bersama satu kumpulan pelajar (Aspirasi) bagi mengalahkan saingan mereka (Pro-M), dengan perbelanjaan dana awam, yang juga disokong dekan fakulti masing-masing.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang hebat dikritik Bersih itu pun tidak seburuk HEP dalam mengendalikan pilihan raya umum, 'kan? Lebih pelik, saban tahun Umno mendakwa hampir semua IPTA dikuasai Aspirasi kecuali beberapa kampus di Lembah Klang, misalnya UIAM, UKM dan UM. Biarkanlah pelajar bebas bereksperimen menentukan pemimpin yang dipilih. Lagi pun, apalah kuasa-pengaruh Pro-M jika mereka menang pun?

Saya amat menyokong gesaan rakan-rakan Pro-M, khususnya Presiden Gamis, Azan Safar, supaya HEP yang terjejas teruk kewibawaannya itu tidak lagi mengendalikan PRK. Sudah banyak bukti HEP mengkhianati amanah sebagai badan bebas, malah menggalakkan perpecahan di kampus.

"Saya cadang agar mahasiswa yang uruskan pilihan raya mereka sendiri. Tak susah, buka borang permohonan, adakan kursus pengurusan pilihan raya, pilih sukarelawan di kalangan mahasiswa dan HEP boleh menjadi pengurus kepada bahagian-bahagian teknikal dan logistik, selain sekadar pemantau daripada luar," kata Azan, sambil mengalu-alukan pemantauan badan luar. 

Sumber : Detikdaily
-- lutfi_detik@yahoo.com

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Friday, October 11, 2013

PRK UKM 2013 : Konspirasi Terancang HEP & Aspirasi Mahasiswa

Hari ini telah keluar notis pemilihan majlis perwakilan pelajar UKM bagi sesi 2013.Respon awal yang  kita boleh berikan ialah semuanya hasil konpirasi terancang HEP dan Aspirasi Mahasiswa untuk merampas kembali kerusi PMUKM yang telah mereka tewas sejak 2 sesi berturut-turut sebelum daripada ini.

Ini adalah langkah terdesak mereka untuk kembali merampas PMUKM dalam masa yang sama HEP dan politik luar mainkan peranan penting untuk menjayakan misi mereka kali ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia sejak daripada awal lagi sudah mengeluarkan tarikh bagi pilihanraya kampus UKM ialah pada 23 Oktober 2013, namun kerana pengumuman rasmi hanya boleh dibuat oleh pihak universiti, HEP UKM telah menangguhkan pengumuman sehingga hari ini iaitu bersamaan 11 Oktober 2013.

Kita lihat konspirasi mereka dalam menyembunyikan tarikh PRK :
  1.  Hanya mengumumkan tarikh PRK 2 hari bekerja sebelum penamaan calon.
  2. Tarikh diumumkan pada hari Jumaat yang kebanyakan pelajar sudah pulang ke kampong sempena Aidiladha.
  3. Pembelian borang bermula serta merta sedang kebanyakan pelajar sudah pulang ke kampung.
  4. Mahasiswa hanya ada 2 hari bekerja untuk membeli borang penamaan calon.
  5. Kejutan mengadakan PRK sebaik tamat cuti Aidil adha untuk mengelakkan persediaan di peringkat mahasiswa.
Jumlah Kerusi Yang Dimenangi GMUKM PRK Lalu Dikurangkan
Peraturan (10) tidak relevan kerana JPPEL tidak pernah
mengadakan Kursus Kepimpinan Pelajar kepada 
calon yang ingin bertanding sehingga kini.
Sedangkan USIM boleh membuat pengumuman lebih awal seminggu sebelum daripada ini walaupun tarikh membuang undi berbeza sehari dengan UKM dalam masa UIAM sudah membuat pengumuman rasmi walaupun membuang undi hanya pada 30 Oktober nanti.

Bahkan, apa yang lebih zalim dalam peraturan kali ini JPPEL tidak pernah mengadakan kursus kepimpinan pelajar sedangkan setiap calon yang ingin bertanding mesti menampilkan sijil daripada program ini.

Kita bukan tak tahu Aspirasi Mahasiswa turun Kursus Penampilan Kepimpinan Siri II hujung minggu lepas.
Melihatkan jumlah kerusi tahun 1/2 yang dikekalkan sementara kerusi tahun 3/4  dikurangkan juga merupakan strategi ampuh kononnya kerana keyakinan mereka terhadap penguasaan freshie dan adik-adik tahun 1.

Pelajar-pelajar ‘senior’ yang kekal sebagai pengundi GMUKM bagi 2 sesi berturut-turut sesi lepas tiada jalan bagi mereka untuk menyekat melainkan dengan pengurangan terhadap jumlah kerusi 3/4.

Inilah proses pilihanraya yang paling dangkal dan senget di dalam sejarah PRK UKM.  Namun kita tahu Aspirasi terpaksa bergantung kepada sistem berat sebelah ini sebagai talian hayat terakhir mereka.

Semoga berjaya kepada Aspirasi dan HEP di atas konspirasi kali ini!

Abdullah Sani Bin Hashim
PENGERUSI GMUKM,
SESI 2013/2014

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !