Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, November 14, 2014

GMUKM Menyokong Bantahan Penjualan Arak






Alhamdulillah, kami selesai menghadiri Press Conference yang dianjurkan oleh Sekretariat Badan Bertindak Bantah Arak (BBBA) di Kompleks Pendidikan Islam Bangi pada jam 3.30 petang tadi.
Isu ini berlaku rentetan daripada permohonan Tuan Mitsuru Nakata pada minggu lepas yang memohon kebenaran untuk mendapatkan lesen MENJUAL MINUMAN KERAS di premis perniagaan sekitar Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.
Akibat daripada itu, seluruh rangkaian gerakan Islam, gabungan NGO-NGO Islam, Persatuan-persatuan, Masjid-masjid, dan surau-surau sekitar Bandar Baru Bangi bangkit membantah permohonan daripada syarikat tersebut.
Kami diperingkat MPP GMUKM (Caretaker PMUKM) bersama beberapa persatuan lain bersolidariti mewakili mahasiswa UKM menyokong bantahan ini. Oleh kerana UKM berada dalam kawasan Bangi, mahasiswa UKM juga merupakan komuniti penduduk Bangi yang pastinya terkesan sekiranya permohonan ini diluluskan.
Antara sebab kenapa kami menyokong bantahan ini ialah :
1. Bangi merupakan bandar ilmu dan sekitar Bangi adanya kampus-kampus UKM, IPG, UNIKL, UNITEN, GMI, dan sebagainya.
2. Kesan kepada minuman keras ini boleh menyebabkan proses pembelajaran para pelajar (mahasiswa dan pelajar sekolah) terganggu serta boleh meningkatkan gejala sosial dan kadar jenayah di Bandar Baru Bangi.
3. Kami menghormati komuniti penduduk yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat muslim.
Di peringkat GMUKM, kami berharap semua mahasiswa turut bersama-sama cakna dengan isu masyarakat yang berlaku disekitar kampus. Nantikan tindakan susulan dan makluman terkini daripada kami.










Siti Nor Bahijah Mohd Zaki 
Mantan MPP UMUM 1/2
PMUKM 2013/2014


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !