Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, August 29, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-51




Bebaskan mahasiswa daripada belenggu penjajahan Aspirasi


Thursday, August 28, 2008

Laungan Student Power bergema di Pusanika



Pengerusi GMUKM merasmikan penggunaan logo baru GMUKM

Aktivis mahasiswa yang ‘berani’ mencabar
Ucapan penuh bersemangat Pengerusi GMUKM, Saudara Farhan Yusoff
Tekun mendengar amanat wakil-wakil front Gabungan

PUSANIKA, UKM BANGI : 29 OGOS JAM 120 P.M – Majlis Pelancaran Logo GMUKM yang baru telah dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Rapat umum yang bermula dengan ucapan Jurucakap Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN), Saudara Kazman Abdullah yang bertindak sebagai pengerusi majlis pada tengahari itu. Beliau menyeru semua mahasiswa yang berada di aras atas Pusanika untuk turun ke bawah manakala bagi mahasiswa yang ada di tingkat bawah Pusanika, untuk naik ke Aras 2 Pusanika itu.



Pengerusi GMUKM, Saudara Ahmad Farhan Yusoff memulakan majlis dengan menyentuh latar belakang penubuhan GMUKM. Beliau turut menyentuh tentang sejarah GMUKM yang mempunyai sejarah perjuangan yang amat panjang. Beliau turut menegaskan bahawa GMUKM bukan hanya diwakili oleh kaum Melayu sahaja tetapi mempunyai penggerak mahasiswa daripada kaum Cina dan India



Seterusnya ucapan daripada wakil JKMI, Saudari Davani yang menyentuh tentang asal penubuhan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/I (JKMI). Beliau turut menyatakan yang mahasiswa India bersama-sama dengan GMUKM dalam menjayakan agenda mahasiswa untuk kebajikan dan keintelektualan mahasiswa



Ucapan ketiga diteruskan dengan ucapan Wakil Mahasiswa Cina UKM, Saudara Teoh Lee Keng yang menjadi wakil mahasiswa Cina Beliau menegaskan bahawa Mahasiswa sekarang amat lemah dalam menghadapi cabaran dan tekanan Universiti. Beliau turut menyatakan optimis kepada GMUKM untuk mendepani mahasiswa dalam menghadapi Pilihanraya Kampus (PRK).



Akhir majlis, ketiga-tiga wakil mahasiswa itu menandatangi kain rentang merasmikan penggunaan lambang baru GMUKM bagi mewajahkan GMUKM sebagai front mahasiswa yang berbilang kaum. Majlis tamat pada jam 1.40 petang dan kehadiran mahasiswa dianggarkan kira-kira 100 orang.

GMUKM siap siaga untuk melancarkan logo baru GMUKM

Jam 12 tangahari : Tentera GMUKM telah bersiap sedia untuk menggempur dataran pusanika. Bagi melancarkan logo baru GMUKM. Bagi memberi satu impak positif kepada gerakan mahasiswa di UKM. Untuk menunjukkan bahawa GMUKM bersiap sedia untuk menggempur UKM. Menguar-uarkan bahawa GMUKM sebagai pilihan utama mahasiswa masa kini dan sebagai harapan mahasiswa untuk menumbangkan rejim Aspirasi dalam PRK kali ini.

Ayuh mahasiswa.. marilah ramai-ramai kita berkumpul di Surau PTSL bagi wanita dan dataran FPI bagi lelaki, untuk mewujudkan gelombang Ungu di UKM ini. Ayuh..usah berlengah..buktikan suara mahasiswa..suara keramat

Pelancaran Logo Baru GMUKM esok & kempen pemakaian Warna UNGU


Ayuh mahasiswa..mulakanlah harapan baru untuk kita semua. Kembalikanlah kuasa mahasiswa semula. Marilah kita sama turun ke :

Majlis Pelancaran Logo GMUKM baru
Tempat : Sekitar Chanselori
Masa : Jam 1.00 petang

Semua mahasiswa diwajibkan memagai baju, atau apa-apa tanda yang berwarna UNGU..

Berikut merupakan fakta di sebalik logo GMUKM yang baru :

IMEJ GMUKM
  • KEINTELEKTUALAN – Bertindak berdasarkan hujah yang benar dan tepat serta sentisa analisis dan kritis dalam menilai sesuatu keadaan dan fakta. GMUKM juga memperjuangkan kebebasan akademik di UKM.
  • KEBAJIKAN – Sentiasa peka, sensitif serta mempunyai inisiatif dalam isu-isu yang berhubung dengan kebajikan mahasiswa semua kaum.
  • FALSAFAH UKM – Sentiasa lantang, bersemangat, aktif, tangkas, dan cergas dalam bertindak dan memperjuangkan isu-isu berhubung Universiti dan sentiasa mendokong falsafah Universiti.

MOTTO “WE LOVE UKM”
  • mempunyai slogan utama GMUKM – ‘We Love UKM’ yang bermaksud bahawa kami sayang UKM dan akan terus mendokong falsafah Universiti di samping bermatlamat menjadikan UKM sebagai Universiti APEX dan menduduki 20 Universiti terbaik di dunia dalam Times Higher Education Rangking.
GAMBAR MAHASISWA MENGANGKAT TANGAN
  • Simbol perjuangan mahasiswa memartabatkan kecemerlangan dan keunggulan Universiti Kebangsaan Malaysia.

HARAPAN BARU MAHASISWA
  • Moto pembawaan GMUKM kali ini yang bermatlamat ini memberikan satu pengharapan baru kepada mahasiswa dalam aspek kebajikan, keintelektualan dan falsahfah UKM sendiri.
WARNA UNGU
  • Warna Ungu dipilih oleh GMUKM berlatar belakangkan warna cerah dan ceria bagi menggambarkan konsep ‘mesra’ mahasiswa yang menunjukkan bahawa GMUKM adalah untuk semua mahasisiwa tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

Wednesday, August 27, 2008

IDRIS HARON DIASAK OLEH SEMANGAT MAHASISWA



BANGI : FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI – Forum Kemerdekaan bertajuk Pindaan AUKU : Mahasiswa Ke Era Baru telah berjaya menimbulkan budaya keintelektualan dalam kalangan mahasiswa yang sebelum ini dikuburkan dengan rapat oleh PMUKM-Aspirasi kita. Wartawan GM telah hadir ke sana dan menyaksikan berlakunya penghujahan yang bernas dan mantap daripada ahli Panel. Walaupun pelbagai hujah dapat dimatikan oleh hujah yang lain, tetapi bagi wartawan GM, kami melihat bahawa jelas pihak kerajaan yang diwakil oleh Dato’ Idris Haron telah diasak oleh ketiga-tiga panel dan juga mahasiswa yang bertanyakan soalan kepadanya.

Jelas bahawa banyak kelompangan dan kekurangan AUKU ini walaupun dipinda beberapa kali dan ini disebutkan oleh Abdullah Abdul Karim, mantan Presiden PMUKM yang juga bekas pimpinan GMUKM, yang menyatakan bahawa pindaan AUKU baru ini akan memansuhkan terus kebebasan bercakap daripada mahasiswa. Dengan analogi menyatakan bahawa sekiranya mahasiswa yang mengkaji serangga, akan hanya bercakap tentang serangga, jelas bahawa pindaan AUKU ini tidak memberi kebaikan kepada mahasiswa. Beliau turut menyatakan bahawa mahasiswa UiTM yang berdemontrasi pada 18 Ogos lalu, tidak wajar dikenakan tatatertib kerana itu hak mahasiswa untuk berhimpun.

Yang Berhormat Saudara Saifuddin Nasution Ismail turut membidas kerajaan kerana menyekat ruang kebebasan mahasiswa untuk bepersatuan dan menyatakan bahawa Perlembagaan lebih superior atau utama berbanding AUKU. Dengan mengambil contoh bahawa sekiranya mahasiswa disekat kebebasannya, maka sudah tentu Negara akan kehilangan pemimpin generasi akan dating yang berwibawa dan berkebolehan. Beliau turut sinis menyatakan bahawa mahasiswa tidak berpolitik apabila membuang undi pada pilihanraya lalu dan mahasiswa yang mengundi, wajar dikenakan AUKU, ujarnya dengan sinis terhadap pandangan Idris Haron yang menyatakan mahasiswa tidak perlu berpolitik.

Wartawan GM turut melihat tindakan tidak bertamadun pegawai keselamatan ‘Pak Guard’ yang menghalang mahasiswa untuk hadir ke forum tersebut. Dengan alas an agar mahasiswa perlu memakai kad matrik untuk masuk ke Dewan Anuar Mahmud (DAM), pak guard ini menghalang ramai mahasiswa hadir ke forum sedangkan beliau pun ada yang tak pakai kad matrik. Perkara ini menimbulkan ketidakpuasan hati pelbagai pihak dan ini disuarakan oleh Saudara Farid Hamlud, yang menyindir pihak Universiti dengan menyatakan dalam peruntukkan AUKU mana, peraturan pemakaian kad matrik ini dikuatkuasakan.

Jelas bahawa GM amat berharap agar mahasiswa sedar akan hak mereka. Sebagai mahasiswa yang mempunyai suara emas, nyahkanlah golongan tua yang seringkali mencabuli hak mahasiswa. Forum itu berjaya mendapat sambutan hangat dan tamat pada jam 11.00 malam. Wartawan GM lihat sendiri tergambar wajah kepuasan pada mahasiswa yang datang pada forum itu dan memberikan sinar kekuatan kepada GM untuk mengangkat suara mahasiswa ke peringkat sepatutnya.

PINDAAN AUKU : Mahasiswa Menuju Era BAru


Hari ini, bermula satu lembaran baru kepada masyarakat kampus UKM apabila satu forum yang membincangkan tentang Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 Pindaan 1975 pada malam ini bertempat di Dewan Anuar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi. Panelisnya terdiri daripada YB Dato Idris Haron (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), YB Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang), Prof Dr Kamal Halili Hassan (Dekan FUU UKM) dan Saudara Abdullah Abdul KArim (Peguam dan Mantan Presiden PMUKM).

GMUKM melihat penganjuran forum ini sebagai medan diskusi ke atas AUKU ini. Diharap para mahasiswa/I UKM dapat hadir ke forum tersebut, bagi mendengar hujah daripada pihak kerajaan, pembangkang, golongan ilmuwan dan juga bekas pimpinan pelajar. GMUKM menyeru kepada mahasiswa/I UKM agar tidak melepaskan peluang keemasan ini.

Kronologi Kemenangan Anwar di Permatang Pauh


KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi


9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.

Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.

Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.

Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

9.15 malam: Keputusan awal setakat ini, daripada sumber rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 14,551 undi.

Sebanyak 11 kotak undi belum dihitung. Pengiraan masih berjalan.

8.00 malam: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang dengan majoriti tidak rasmi sebanyak 16,210 undi.

Menurut sumber-sumber yang mengetahui, Anwar mendapat 26,646 manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 10,436 undi.

Pengiraan masih dijalankan.

7.59 mlm: Pengiraan tidak rasmi menunjukkan Anwar setakat ini mendapat 16,101 undi mendahului Arif Shah yang mendapat 6,071 undi. Pengiraan masih dijalankan.

7.30 mlm: SPR mula mengumumkan keputusan mengikut kotak undi. Setakat ini Anwar mendahului dengan 3,507 undi atau 48.11 peratus, iaitu PKR 5,398, BN (1,891) dan Akim (9).

Sebanyak 20 daripada 111 kotak undi telah dikira.

6.55 ptg: Proses pengiraan undi sedang berjalan di 25 pusat pengundian. Menurut sumber-sumber dalaman, Anwar mendahului di semua saluran.

6.30 ptg: Ribuan penyokong, sebahagian besarnya dari PKR, berhimpun di semua pusat pengundian. Polis turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke pusat pengiraan.

Kira-kira 30 anggota polis dan trak FRU juga dilihat di tempat-tempat berkenaan.

6.05 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman, seramai 38,144 atau 65.25 peratus keluar mengundi.

5.53 ptg: Polis telah menutup jalan utama menuju ke pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun, tempat keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diumumkan.

5.00 ptg: Proses pengundian tamat dan ini akan diikuti dengan proses pengiraan undi.

Monday, August 25, 2008

Apa Disebalik Permatang Pauh

Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh amat menarik, sungguh penting dan cukup signifikan untuk diikuti oleh majoriti rakyat Malaysia dan segolongan komuniti dunia. Keputusannya akan menjadi indikator, pengukur dan petanda kepada pelbagai perkembangan siasah Malaysia di era pasca PRU-12. Ia juga akan memuktamadkan seluruh persoalan membabitkan kepimpinan tanah air di hari-hari mendatang.

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh adalah pilihan raya yang pertama sesudah Barisan Nasional (BN) dilanda tsunami politik; kehilangan kerajaan negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; dan memperolehi majoriti yang tipis di peringkat Parlimen menerusi PRU-12 kira-kira lima bulan yang lalu.

Pilihan raya kecil ini juga diadakan sewaktu kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan berada dalam keadaan yang cukup lemah; populariti Abdullah dikatakan berada pada tahap yang amat rendah; BN masih lagi berusaha keras memulihkan kegagahannya; Umno sedang dilanda krisis kepimpinan; rakyat jelata sedang dibelenggu kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak di pasaran global; dan segelintir pihak tertentu sedang mempertikaikan beberapa perkara strategik dan sensitif yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seorang daripada tiga calon pilihan raya kecil ini pula adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau pernah mewakili Parlimen Permatang Pauh berpuluh tahun lamanya atas tiket BN. Sewaktu Anwar dalam penjara, Datin Seri Wan Azizah Ismail, isteri Anwar, memenangi kerusi parlimen ini atas tiket KeADILan menerusi PRU-10 dan PRU-11. Dalam PRU-12, Azizah terus mengekalkan kerusi ini dengan majoriti yang besar.

Insan Malang

Baru-baru ini, Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh dengan harapan Anwar dapat memenanginya semula dalam pilihan rakaya kecil kali ini atas tiket KeADILan, mungkin untuk merealisasikan pelbagai agenda KeADILan dan Pakatan Rakyat, termasuklah ura-ura Pakatan Rakyat mahu menubuhkan kerajaan pusat menjelang September 2008.

Bagaimanapun, Anwar hari ini adalah insan yang amat malang. Beliau diselubungi pelbagai kontroversi yang kelihatan muncul secara fokus dan bertubi-tubi. Perkembangan ini menyebabkan Anwar sendiri mendakwa yang dirinya sedang menjadi mangsa suatu konspirasi politik yang amat terancang.

Terbaru sekali, Anwar pula dijebak dengan satu tuduhan yang amat sensasi. Akibatnya, Anwar pun diheret ke mahkamah atas tuduhan tersebut. Tetapi, beliau mengaku tidak bersalah dan diizinkan diikat jamin.

Seluruh realiti dan perkembangan di atas melatarbelakangi pilihan raya kecil Permatang Pauh. Oleh itu, pastinya realiti dan perkembangan berkenaan akan dinilai dan dirincikan oleh para pengundi yang partisan atau pengundi atas pagar di Permatang Pauh. Hasil penilaian dan perincian inilah yang akan menentukan siapa yang akan menang dan siapa pula yang akan kecundang. Ia juga menyukarkan semua pihak membuat bacaan awal terhadap keputusan pilihan raya kecil berkenaan.

Ledakan Tsunami

Walaupun demikian, keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh pasti akan jadi indikator, pengukur, penentu dan jawapan kepada pelbagai andaian, ramalan dan persoalan, termasuklah seperti berikut:

. Adakah tsunami politik yang melanda BN dalam PRU ke-12 akan terus meledak?

. Sejauh manakah perkongsian kuasa Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor diterima oleh rakyat Malaysia di era pasca PRU ke-12?

. Mampukah Anwar merintis jalan pulang ke Putrajaya menerusi platfom Pakatan Rakyat?

. Sekukuh manakah permuafakatan dan sekarab manakah kesetiakawanan yang wujud di kalangan seluruh parti komponen BN dan komponen Pakatan Rakyat di era pasca PRU ke-12?

. Sejauh manakah tahap penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Abdullah dan Anwar dalam era pasca PRU ke-12?

' Sejauh manakah warga Umno yang mengundi di Permatang Pauh menerima formula peralihan kuasa ciptaan Abdullah?

. Sebijaksana manakah para pengundi akan menilai integriti pihak-pihak yang didakwa sebagai mendalangi konspirasi terhadap Anwar?

. Adakah survival politik Abdullah akan tergugat atau terjamin dan terbela menerusi pilihan raya kecil Permatang Pauh?

. Sejauh manakah para pengundi akan terpengaruh dengan seluruh mega mendung dan kegelitaan gerhana total yang dikatakan sedang menyelubungi politik mutakhir Anwar?

. Sebijaksana manakah para pengundi akan menilai kredibiliti seluruh kontroversi, tuduhan dan tohmahan terhadap Anwar?

. Adakah survival politik Anwar akan terancam, luntur dan pudar akibat pilihan raya kecil Permatang Pauh?

. Adakah sistem dua parti diterima oleh rakyat Malaysia dan akan menjadi satu struktur kekuasaan dan pemerintahan di hari muka?

Motif Politik

Pada kebiasaannya, memang agak sukar untuk BN tewas dalam sesuatu pilihan raya kecil. Tetapi, oleh kerana pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah pilihan raya kecil yang diadakan atas motif politik, bukan akibat kekosongan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, mudahkah BN memenangi pertarungan seperti ini?

Pada waktu yang sama, walaupun Permatang Pauh sudah dikuasi oleh Anwar sejak berpuluh tahun lamanya, dan sesudah itu dikuasai oleh KeADILan sejak kira-kira 8 tahun lamanya, adakah mudah untuk KeADILan dan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya ini bila jentera dan kekuatan BN daripada seluruh negara difokuskan ke pilihan raya kecil ini?

Pengkhianatan

Pendek kata, oleh kerana pilihan raya kecil Permatang Pauh diadakan hanya kira-kira lima bulan sesudah BN dilanda tsunami politik dalam PRU ke-12; oleh kerana tuntutan segolongan rakyat jelata supaya kepimpinan tertinggi kerajaan ditukar sesudah PRU ke-12 belum jadi realiti; oleh kerana formula peralihan kuasa ciptaan Abdullah tidak diterima sepenuhnya oleh seluruh warga Umno; oleh kerana Anwar kini bertanding sewaktu beliau juga sedang menghadapi satu kes mahkamah yang kontroversial; oleh kerana kesejahteraan rakyat jelata kini terjejas oleh kenaikan kos sara hidup; parti manakah yang akan jadi pilihan utama para pengundi di pilihan raya kecil ini?

Berasaskan seluruh hujah di atas, BN atau Pakatan Rakyat tidak boleh riak dan tidak boleh takbur. Kedua-dua pihak wajar berkempen dengan penuh etika dan penuh hemah. Kedua-dua pihak perlu hindari apa juga kesilapan walau sekecil mana sekalipun. Paling penting lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seluruh jentera pengaman suasana mestilah bertindak secara bijaksana, adil dan saksama pada setiap masa.

Akhir kata, jika perjalan pilihan raya kecil ini bebas daripada sebarang pengkhianatan, penipuan, penyelewengan dan manipulasi, pastinya keputusan para pengundi pada 26 Ogos 2008 kelak adalah satu keputusan yang benar-benar demokratik, tidak boleh dipertikaikan dan tidak wajar didakwa-dakwi oleh sesiapa. Mudah-mudahan demikianlah hakikat dan realitinya

KELAB ASPIRASI UKM HARAM???

Risalah haram Kelab Aspirasi


Aksi seorang ahli Kelab Aspirasi (Gambar benar)

BANGI, UKM : 22 OGOS 2008 – Satu penghantaran Petisyen membantah kewujudan Kelab Aspirasi telah dilakukan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang simpati kepada perjuangan mahasiswa. Petisyen itu diserahkan kepada Naib Canselor UNniversiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Shabuddin di Pejabatnya, Aras 6 Bangunan Canselori.

Petisyen yang mengandungi tuntutan untuk membubarkan kelab Aspirasi yang selama ini terlibat aktif dalm Pilihanraya Kampus (PRK) di UKM. Petisyen ini mendesak pihak Naib Canselor untuk memansuhkan Kelab Aspirasi berkuatkuasa 15 September ini. Juga, petisyen ini mendesak agar Pejabat Naib Cnselor untuk menubuhkan Jawatankuasa Menyiasat Salah Laku Kelab Aspirasi UKM bagi menyiasat pelbagai alibi dan bukti yang dikemukan oleh Petisyen ini.

Di dalam Petisyen ini juga dinyatakan 4 alasan utama mengapa Kelab Aspirasi harus diharamkan dalam UKM ini. Antaranya Kelab Aspirasi terlibat secara langsung dalam PRK yang lalu, Kelab Aspirasi menyebarkan propaganda dan fitnah, Kelab Aspirasi menerbitkan risalah Haram tanpa bercop dan Kelab Aspirasi mengamalkan konsep hologanisme (budaya ugutan) dan gangsterisme.

GMUKM amat mengalu-alukan kehadiran Petisyen ini oleh MPP bagi memberikan kembali hak mahasiswa untuk berdemokrasi secara tulen. Justeru, penghantaran Manifesto oleh MPP ini adalah seiring dengan pendedahan selama ini oleh GMUKM berkaitan segala kebobrokan dan penyelewangan Kelab Aspirasi dalam aktiviti berpersatuan. Jelas bahawa Kelab Aspirasi wajar dimansuhkan kerana sejak penubuhannya pada tahun 2002 di Kolej-Kolej Kediaman, ia banyak mendatangkan masalah kepada mahasiswa dan juga UKM kerana segala tindak-tanduk Kelab ini, sama ada ahli atau batang tubuh Kelab itu sendiri, mendatangkan bahaya kepada konsep demokrasi sebenar yang diamalkan oleh negara-negara maju. Serta konsep prinsip akhlak dan moral ahli Aspirasi itu sendiri yang terbukti jelas tidak bermoral, seperti ditunjukkan dalam kes Spiderman Keris Mas yang jatuh dari Bangunan Sisiwi minggu lalu. Ayuh..Marilah kita mahasiswa/I UKM, perlu jelas dan sedar perkara ini. Marilah kita sama-sama laungkan slogan yang sama, matlamat yang sama iaitu..say no to Aspirasi UKM. Say yes to GM..UKM. Harapan baru untuk mahasiswa.

Saturday, August 23, 2008

Siswa UiTM rela kena tindakan

SHAH ALAM 22 Ogos - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara bersedia untuk menerima tindakan tata tertib daripada pihak universiti atau pihak kementerian, kata yang dipertuanya Luqmannulhakim Mohamad Idris.

“Kami bertanggungjawab dan sedar dengan tindakan (demonstrasi) yang dibuat,” kata Luqmannulhakim ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau menjelaskan, mungkin demonstrasi itu melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), tetapi menyatakan perjuangan mereka itu betul.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pangajian Tinggi, Datuk Idris Haron bahawa pelajar UiTm akan berdepan dengan tindakan dispilin kerana menganjurkan demonstrasi.

Demonstrasi minggu lalu diadakan berikutan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar 10 peratus daripada kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing untuk meningkatkan daya saing institusi pengajian tinggi itu.

Naib canselor Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah semalam dilaporkan akur dengan arahan kementerian untuk mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin mahasiswa yang menggerakan ribuan pelajar ke jalan raya, 12 Ogos lalu.

Luqmannulhakim menambah, kesediaan pelajar menerima tindakan tatatertib itu dapat mengikis tanggapan masyarakat bahawa demonstrasi mereka itu dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu.

Sementara itu, jelasnya lagi, MPP setakat hari ini masih menunggu jemputan rasmi daripada pihak MB Selangor berhubung kesudian beliau untuk berjumpa dengan pada pelajar UiTM menyelasaikan isu tersebut.

Kata Luqmannulhakim, majlis pelajar itu bersedia berjumpa dan berbincang dengan Abdul Khalid berhubung isu ini walaupun dalam bulan Ramadhan.

MPP juga menjalankan sesi penerangan kepada para pelajar berhubung isu kuota 10 peratus ini.

“Bagi peringkat pelajar, kita mengadakan sesi penerangan kepada pelajar berhubung kedudukan UiTM sebagai benteng terakhir Bumiputera.

“Kita minta pelajar balik ke kampung menceritakan kepada penduduk kampung berhubung pencapaian cemerlang yang diperolehi oleh UiTM di peringkat nasional dan antarabangsa,” jelas Luqmannulhakim.

Sesi penerangan itu telah bermula pada Khamis lepas dan sekarang pelajar-pelajar UiTM sedang bercuti dan pulang ke kampung.

Sehubungan itu, jelas Luqmannulhakim, pihaknya juga akan mengadakan satu forum pda 29 Ogos ini, bersempena dengan kemerdekaan Malaysia.

Mereka menjemput pro canselornya Tan Sri Datuk Arsyad Ayub dan Tan Sri Abdul Rahman Arshad berforum berhubung kepentingan UiTM dan pendidikan Bumiputera.

Selain itu, MPP turut merancang mengedarkan risalah dan brosur penjelasan berhubung isu tersebut kepada masyarakat setempat dan juga akan diletakkan dalam laman web MPP UiTM. - MALAYSIAKINI* Psst : Wah.berani betul Aspirasi UiTM. Nak hadapi AUKU. Tengok selepas ini, apa reaksi KPT dan Menteri. Adakah menteri sanggup nak hukum anak emas mereka. Sama-samalah kita saksikan konpirasi baru. GMUKM beri amaran keras kepada MPP UiTM yang juga ASPIRASI.. Jangan mainkan isu perkauman. Sayangilah negara ini sebagai tempat kita berbakti pada masa hadapan.

Wednesday, August 20, 2008

21 OGOS…HARI MAHASISWA UKM



Hari Mahasiswa Kembali Lagi!! Esok, Khamis,21 Ogos 2008 merupakan hari Mahasiswa UKM sempena 5 Tahun Penubuhan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) di kampus tercinta ini. GMUKM yang terdiri daripada Kelab Sosialis UKM, MAMPU, DEMA, CCC, JKMI, KARISMA, PKPIM, GAMIS, LawSoc, Solidariti Hak Asasi Mahasiswa UKM (SUHAM), Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN), Johorian dan Penang Guide serta Persatuan atau Kelab yang berpayung dibawah lambing Pro Mahasiswa

.

Hari Mahasiswa UKM bukan setakat hari Khamis semata-mata, tetapi satu hari yang memberi signifikan kepada perjuangan mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa mempunyai kuasa pendesak atau “task force” yang memberi satu ketakutan dan kepedulian daripada pemerintah sama ada peingkat Negara mahupun Universiti.


Justeru, seluruh mahasiswa/I UKM digalakkan untuk memakai apa-apa tanda berwarna Ungu sama ada payung, lencana, reben ataupun baju berwarna Ungu pada hari esok, Khamis 21 Ogos.

Ayuh Mahasiswa/I UKM, marilah kita membuka mata semua pihak tentang perjuang kita yang berpaksikan Falsafah UKM, Kebajikan dan Keintelektualan Mahasiswa.

GABUNGAN MAHASISWA UNTUK SEMUA MAHASISWA

“HARAPAN BARU MAHASISWA”

Gabungan Mahasiswa adalah pakatan mahasiswa mahasiswi yang bergabung untuk memperjuangkan tiga dasar utama iaitu memperjuangkan Falsafah Universiti, kebajikan mahasiswa mahasiswi serta memperjuangkan keintelektualan dan keimuan. Pakatan mahasiswa mahasiswi ini untuk seluruh mahasiswa tidak kira agama, bangsa dan fahaman ideologi. Ini bemakna, Gabungan Mahasiswa untuk semua bangsa; Melayu, Cina, India, bumiputera sabah Sarawak dan lain-lain. Ini juga bermakna, Gabungan Mahasiswa untuk semua agama; Islam, Kristian, Budha, Hindu, Katholik dan lain-lain. Dakwaan yang mengatakan bahawa Gabungan Mahasiswa untuk satu agama dan satu bangsa, sama sekali tidak benar.

Gabungan Mahasiswa merupakan gagasan mahasiswa yang bukan semata-mata memperjuangkan politik kekuasaan atau politik kepartian, tetapi mengutamakan perjuangan politik nilai (independent group, catalys, pressure group, sofwah al-mukhtarah, check and balance, watch-dog). Mahasiswa mahasiswi tidak sepatutnya dicanangkan hanya untuk menjadi ‘pak turut’ atau ‘pak angguk’. Sebaliknya, mahasiswa mahasiswi sewajarnya diberi ruang dan peluang untuk memberi pandangan, cadangan, nasihat dan teguran kepada semua pihak sama ada pihak kerajaan, pembangkang, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat-syarikat dan lain-lain.

Dengan motto “HARAPAN BARU MAHASISWA”, kepimpinan Gabungan Mahasiswa menyeru semua front-front, persatuan-persatuan, kelab-kelab sama ada rasmi atau tidak rasmi, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) kolej dan seluruh mahasiswa mahasiswi UKM tanpa mengira agama dan bangsa untuk bersama Gabungan Mahasiswa dalam menggerakkan universiti.

Sejarah Ringkas GMUKM

Gabungan Mahasiswa

Universiti Kebangsaan Malaysia

Latar Belakang Penubuhan

Menurut Artikel 10 (1) Perlembagaan Persekutuan :

a) Setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara

b) Setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata

c) Setiap rakyat mempunyai hak untuk berpersatuan

Peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ini seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin oleh mahasiswa dalam mempertahankan hak mereka. Mahasiswa perlu menyatakan pandangannya secara kolektif dan efisyen seandainya tidak mahu terus ketinggalan dalam arus teknologi masa kini.

Idea demokrasi lahir daripada evolusi pemikiran politik Barat yang berpaksikan kedaulatan rakyat. Ini bermakna parlimen berperanan dalam menggubal dan meluluskan dasar yang melibatkan kepentingan rakyat. Ia dilakukan melalui wakil rakyat. Parlimen, melalui wakil rakyat, bertanggungjawab secara langsung kepada rakyat. Demokrasi jenis inilah yang diamalkan oleh sebahagian besar negara demokrasi seluruh dunia termasuk Malaysia. Situasi yang sama juga berlaku dalam konteks universiti. Konsep demokrasi yang sama juga diguna pakai untuk pemilihan wakil pelajar sebagaimana tertulis di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (PINDAAN) 1975, seksyen 48.

Namun kita melihat fungsi yang dimainkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2003/04 hingga 2007/08 tidak menggambarkan bahawa mereka merupakan wakil kepada pelajar untuk menjadi pembela terhadap kebajikan pelajar. Pemilihan mereka juga dilihat tidak telus dan bertentangan dengan AUKU 1971, pindaan 1975 dan Perlembagaan Universiti sendiri.

Atas kesedaran inilah, maka sebuah gagasan yang menggabungkan hasrat kesemua mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan yang dikenali sebagai ‘Gabungan Mahasiswa’ atau singkatannya GMUKM.

Sejarah Penubuhan

Menurut sejarah awal penubuhan, ‘Gabungan Mahasiswa’ didasarkan kepada beberapa pertemuan awal dengan pimpinan tertinggi setiap gerakan sebelum rundingan penuh bersama semua pimpinan dilakukan. Kemudian, pada tanggal 22 Ogos 2005 satu persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia atau ringkasnya disebut Gabungan Mahasiswa atau GMUKM.

Pakatan mahasiswa/i di atas nama Gabungan Mahasiswa’ ini perlu diteruskan kerana :

i. Terlalu banyak isu yang diperjuangkan secara tidak serius oleh PMUKM-Aspirasi. Antaranya ialah isu keselamatan diri dan kenderaan, ugutan dan penyalahgunaan kuasa, kos pentadbiran 3% PTPTN, pemansuhan/pindaan AUKU. Hanya isu yang mempunyai kepentingan sahaja diperjuangkan secara serius.

ii. Perlu wujud satu kerjasama yang melibatkan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat universiti walaupun daripada idealisme yang berbeza. Apa yang disepakati ialah memperjuangkan Falsafah Universiti, kebajikan mahasiswa/i dan masyarakat UKM tanpa mengira kaum serta memartabatkan nilai keilmuan dan keintelektualan Universiti Kebangsaan Malaysia.

iii. Suara-suara kecil mahasiswa mahasiswi tidak diambil peduli oleh PMUKM-Aspirasi. Tambahan pula sebelum daripada ini, suara mahasiswa dipandang sinis oleh mereka dan dikatakan tidak bersepadu kerana hanya segelintir golongan’ yang memperjuangkannya.

iv. Mahasiswa perlu bersatu atas satu nama untuk menunjukkan bahawa HAK MAHASISWA adalah hak bersama dan mesti diperjuangkan. Mahasiswa perlu bangkit menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap sistem dan corak pentadbiran serta pengurusan PMUKM-Aspirasi.

v. Perlu mengenepikan segala pertikaian dan perbezaan ideologi sebelum ini kerana selagi HAK MAHASISWA tidak dikembalikan selagi itu golongan yang lemah akan ditindas sama ada mahasiswa mahupun kakitangan universiti.

vi. Untuk menjadi Alternatif kepada PMUKM-Aspirasi untuk mencapai dan merealisasikan matlamat dan dasar yang disepakati.

Dasar

Gabungan Mahasiswa memperjuangkan :

1. Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

2. Kebajikan semua mahasiswa/i dan masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa mengira batasan agama dan kaum.

3. Nilai keintelektualan dan keilmuan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Keanggotaaan Terkini

Gabungan Mahasiswa dengan wajah baru pada kali ini dianggotai oleh gabungan front-front lama dan baru iaitu iaitu MAMPU (Membina Mahasiswa Penggerak Ummah), GMM (Gerakan Mahasiswa Maju), Malaysia Youth Democratic Movement (DEMA), JKMI (Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i), Indian Democratic Council, Pertubuhan Mahasiswa Sosialis UKM, GMLN (Gerakan Mahasiswa Lantang Negara), GAPIM (Gerakan Pelajar Intelek Malaysia), Solidariti Hak Asasi Mahasiswa UKM, Laws Faculty Council (LawFaC), Pertubuhan Mahasiswa Profesional Perubatan & Kesihatan UKM (Pro-PKUKM), KARISMA (Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pertubuhan Johorian dan Penang Guide.

Motto

Harapan Baru Mahasiswa.

Saturday, August 16, 2008

3 Penjuru di Permatang Pauh


SAH!! Pertandingan 3 penjuru. Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti serpihan Pas, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

BN mempertaruhkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, manakala PKR menampilkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61. Akim pula menerusi Presidennya, Hanafi Mamat. Bagaimanapun, Timbalan Ketua Biro Pilihan Raya PKR, Dr Mansor Othman (calon bebas yang diletakkan sebagai langkah berjaga-jaga jika pencalonan Anwar ditolak) yang turut menyerahkan borang pencalonan dan dikatakan bertanding sebagai calon Bebas, bagaimanapun menarik diri.Dato' Arif Shah mendahului menyerahkan kertas pencalonan pada pukul 8.40 pagi, Dato' Seri Anwar pada jam 9.10 pagi manakala calon bebas pada pukul 9.14 pagi.

Suasana jalan masuk ke Maktab Perguruan Tunku Bainun penuh sesak dengan para penyokong Pakatan Rakyat dan BN. Bukan itu sahaja malahan jalan daripada Pekan Penanti telah ditutup buat sementara manakala laluan menerusi Lebuhraya Butterworth-Kulim penuh sesak dengan kenderaan.

Antara yang hadir memberikan sokongan padu ialah Muryidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud dan Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali dan pimpinan DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng.


Jelas bagi GMUKM bahawa ini bukan pilihanraya kecil sembarangan, hal ini kerana ura-ura menyatakan bahawa kemenangan Anwar di Permatang Pauh akan menjadi batu loncatan Anwar mendiami aras 4 Wisma Putra. GMUKM berharap agar pilihanraya ini bersih daripada penipuan dan berpilihanrayalah secara demokrasi, bagi melengkapkan konsep ‘ good governance’ yang masih lompang di negara kita ini.

Apa Di Sebalik Pesta Konvo-36



Pesta Konvo ke-36 telah melabuhkan tirai. Satu lagi bukti projek kegagalan Aspirasi buat sekalian kalinya. Pesta Konvo kali ke 36 menyaksikan bahawa pihak Seketriat gagal melaksanakan program dengan jayanya. Masalah publisiti kurang meluas, gerai yang kurang dan juga program pra konvo yang tidak mendapat sambutan, menyerlahkan sebenar kredibiliti Aspirasi UKM itu sendiri.

Jika dahulu, semasa Pesta Konvo di pegang oleh GMUKM (7 tahun lalu), Pesta Konvo UKM kali ke- 29 telah mendapat pujian ramai termasuklah Naib Canselor ketika itu dan para mahasiswa. Dengan program keintelektualan yang pelbagai, sambutan menggalakkan dan keuntungan pesta Konvo yang menbanggakan, menyerlahkan karisma sebenar pemimpin GMUKM. Tetapi berbanding Aspirasi sekarag, mereka tidak tahu untuk mengendalikan program dan menguruskan organsasi. Yang mereka tahu, hanyalah aspek kemewahan dan hedonisme. Tetapi dari segi penjanaan sumber manusia dan penyerapan nilai bepersatuan, mereka gagal melakukannya. Bukti jelas dan nyata, penganjuran DC Kampus di panggung seni Julai lalu, gagal mendapat sambutan mahasiswa UKM dan hambar sekali.


Pesta Konvo telah berakhir. Itulah hakikat yang perlu kita sedar bahawa selepas pengakhiran inilah, berlaku pelbagai isu. Jika dahulu, isu MPP Aspirasi yang memegang Konvo, melarikan wang dan bercouple dengan Setiausaha Konvo hinggakan tidur bersilang kaki di Pesta Konvo, sekarang isu dia lain pula. Dengar khabar yang kuat, penyata kira-kira Pesta Konvo telah dilakukan pemalsuan oleh beberapa AJK. Ini bagi menyembunyikan kebobrokan mereka mencuri duit keuntungan tersebut. Jelas bahawa GMUKM akan menyiasat sehingga akar umbi bagi mencari pencuri tersebut.


Bagi mahasiswa/I yang menjadi budak suruhan semasa Pesta Konvo berlangsung, GMUKM amat simpati akan kebajikan mereka. Para Majlis Eksekutif Pesta Konvo akan bersuka ria di luar negara sedangkan AJK yang bertungkus lumus sehinggakan mengabaikan pelajaran, hanya mendapat laba lawatan ke dalam negara. Paling kuat ke Pulau Pangkor. Ini adalah fakta. Tahun lalu sahaja. Para Majlis Eksekutif telah pergi ke Thailand sedangkan AJK bawahan hanya pergi ke Pulau Pangkor. Ini adalah satu diskriminasi terancang.

Demo pelajar UiTM: Keprihatinan yang mengundang kecurigaan


Sebagai bekas pelajar UiTM, penulis sebenarnya terkejut apabila dimaklumkan seorang rakan bahawa 5000 pelajar UiTM Shah Alam telah mengadakan unjuk rasa dan berarak sejauh 3 kilometer ke Bangunan SUK, Selangor, 12 Ogos lalu semata-mata untuk membantah kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Iklan

Setelah menghabiskan sebahagian usia remaja di UiTM dan berkecimpung dalam gerakan pelajar di kampus, penulis memang masak dengan senario kampus UiTM termasuk mentaliti para pelajarnya.

Adalah sesuatu yang menghairankan apabila para pelajar UiTM yang begitu teruk dikongkong Jabatan Hal Ehwal Pelajar boleh begitu prihatin dengan isu semasa dan seterusnya berdemonstrasi dan berarak dalam jumlah yang ramai, sedangkan demonstrasi diharamkan pentadbir UiTM dan ada kalangan pelajarnya yang dihukum dan disingkirkan kerana terlibat dengan demonstrasi.

Kongkongan HEP terhadap aktiviti pelajar juga mengakibatkan pelajar institusi Bumiputera itu tidak peka dengan isu semasa yang melingkari mereka. Jika ada diskusi intelek atau ceramah ilmiah yang dianjurkan, kehadiran pelajar (jika tanpa paksa) boleh dikira dengan jari. Keadaan ini berubah jika program hiburan ataupun konsert diadakan apabila ribuan pelajar akan hadir dan menunggu sehingga program tamat.

Kita tidak menolak kemungkinan bahawa unjuk rasa ribuan pelajar UiTM ini digerakkan oleh 'orang atasan' institusi itu. Pastinya pelajar yang sudah sebati dibelenggu Akta dan ditanam budaya takut untuk menyuarakan pandangan tentang politik dan isu semasa tidak berani berarak di jalan raya tanpa perkenan dan galakan pentadbir UiTM sendiri.
Jika tidak, mana mungkin unjuk rasa diadakan di hampir seluruh kampus UiTM seluruh negara termasuk cawangan Permatang Pauh (Pulau Pinang), Seri Iskandar (Perak), Arau (Perlis), Bandar Jengka (Pahang), Lendu (Melaka), Sungai Petani (Kedah), Kuala Terengganu (Terengganu) dan cawangan Machang (Kelantan).

'Histeria' yang melanda ini berpunca daripada cadangan Abdul Khalid agar UiTM membuka 10 peratus pengambilan kepada pelajar bukan bumiputera. Langkah ini, jelas beliau penting untuk meningkatkan daya saing pelajar dan mutu universiti awam bumiputera itu.
Cadangan Abdul Khalid itu bukanlah sesuatu yang baru. Seperti kata Profesor Emiritus Khoo Kay Kim dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, cadangan pengambilan pelajar bukan Bumiputera oleh UiTM ini pernah dicadangkan kerajaan BN beberapa tahun lalu. Malah UiTM sendiri, kata Khoo telah pun melaksanakan cadangan itu tetapi tidak mendapat sambutan pelajar bukan bumiputera.

Mustahil bagi Naib Canselor UiTM, Dato' Seri Ibrahim Abu Shah tidak mengetahuinya ataupun sengaja menyembunyikan fakta itu untuk tujuan yang beliau sahaja yang tahu.
Manipulasi isu ini juga sebenarnya memalukan warga UiTM keseluruhannya - pelajar dan bekas pelajar. Kenapa? Kerana Abdul Khalid bukanlah orang yang mempunyai autoriti terhadap UiTM. Memang benar kampus induk UiTM terletak di Shah Alam, tetapi institusi itu berada di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi dan bukannya kerajaan negeri Selangor.

Apa jua kenyataan yang keluar daripada mulut Abdul Khalid tentang UiTM tidak punyai sebarang kesan kerana beliau bukan seorang yang berautoriti. Pandangan Abdul Khalid juga sepatutnya dibahaskan secara akademik kerana itulah budaya yang harus dilaksanakan oleh sebuah IPTA; bukannya mendorong warganya beremosi dan bersentimen tanpa sebab yang wajar.

Membela hak Melayu? Tidakkah Ibrahim Abu Shah menyedari bahawa banyak isu lain berhubung hak Melayu yang sepatutnya diperjuangkan golongan 'nasionalis totok' seperti beliau. Bagaimana dengan dasar kerajaan BN yang membuka 10 peratus pengambilan Maktab Rendah Sains MARA kepada bukan Bumiputera? Bagaimana pula kuota biasiswa 55-45 bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

Jika Ibrahim benar-benar merasakan Abdul Khalid perlu memohon maaf; beliau terlebih dahulu perlu melakukan perkara serupa kerana telah pun melaksanakan idea Abdul Khalid beberapa tahun lalu seperti dinyatakan Prof Khoo Kay Kim.

Ibrahim juga dilapor menyifatkan Abdul Khalid sebagai cetek pemikiran kerana sukar menerima fakta mengenai pelbagai kejayaan yang dicapai UiTM sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Tidak sedarkah Ibrahim bahawa beliau juga berfikiran cetek kerana mendakwa tidak melihat sebarang perubahan yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sepanjang 100 hari memerintah negeri seperti dilaporkan Utusan Malaysia. Beliau perlu menyedari bahawa walau bagaimana 'hebatnya' pencapaian UiTM, institusi itu masih tidak termasuk dalam ranking utama universiti dunia oleh mana-mana badan penarafan antarabangsa. Sehubungan itu, masih banyak ruang untuk memperbaiki UiTM sebagai universiti khusus Bumiputera. Teguran Abdul Khalid perlu dilihat sebagai cabaran dan bukannya penghinaan oleh warga UiTM.

Memang Ibrahim antara peneraju UiTM yang paling menonjol berpolitik. Tidak seperti Pengarah dan Naib Canselor ITM dan UiTM sebelumnya, Ibrahim lebih suka mengeluarkan pandangan memihak dalam sebarang isu. Sentimennya kepada parti-parti pembangkang termasuk PAS amat tebal berbanding sifat lunaknya kepada dasar-dasar BN.

Oleh kerana itulah, beliau tidak menentang keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk membuka UiTM kepada pelajar-pelajar bukan Bumiputera tetapi melompat setinggi langit apabila cadangan serupa dibuat Tan Sri Abdul Khalid.

UiTM sebenarnya memerlukan peneraju baru untuk terus unggul sebagai institusi melatih profesional Bumiputera. Individu seperti Almarhum Prof Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid perlu dicari untuk melonjakkan imej dan kredibiliti UiTM di peringkat nasional dan antarabangsa. Almarhum ialah seorang nasionalis tulen yang benar-benar memperjuangkan kepentingan Melayu tanpa menghiraukan batasan politik. Para pelajar ITM era 80-an dapat merasakan semangat kental Pak Nik dalam mengangkat martabat ITM sebagai institusi unggul Melayu-Bumiputera.

Di majlis-majlis perhimpunan pelajar ITM, Pak Nik tidak segan silu mengkritik sebahagian ahli-ahli politik Melayu yang dianggapnya mengabaikan kepentingan bangsa kerana asyik bertelagah sesama sendiri, dan sanggup berdiri gagah menyanggah sesiapa saja termasuk pemimpin parti komponen BN yang mengancam kepentingan dan hak Bumiputera.

"MCA agaknya nak orang Melayu semua mampus baru mereka puas hati," kata-kata Pak Nik mengkritik Timbalan Presiden MCA, Dato' Lee KIm Sai di majlis perasmian minggu silaturrahim ITM Cawangan Perlis masih terngiang-ngiang di telinga penulis walapun ia berlaku lebih 22 tahun lalu. Dan janganlah pula cadangan ini dijadikan alasan untuk para pelajar UiTM dihasut sekali lagi untuk berdemonstrasi

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !