Latar Belakang Penubuhan GMUKM
Menurut Artikel 10 (1) Perlembagaan Persekutuan :
a) Setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara
b) Setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata
c) Setiap rakyat mempunyai hak untuk berpersatuan
Peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ini seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin oleh mahasiswa dalam mempertahankan hak mereka. Mahasiswa perlu menyatakan pandangannya secara kolektif dan efisyen seandainya tidak mahu terus ketinggalan dalam arus teknologi masa kini.
Idea demokrasi lahir daripada evolusi pemikiran politik Barat yang berpaksikan kedaulatan rakyat. Ini bermakna parlimen berperanan dalam menggubal dan meluluskan dasar yang melibatkan kepentingan rakyat. Ia dilakukan melalui wakil rakyat. Parlimen, melalui wakil rakyat, bertanggungjawab secara langsung kepada rakyat. Demokrasi jenis inilah yang diamalkan oleh sebahagian besar negara demokrasi seluruh dunia termasuk Malaysia. Situasi yang sama juga berlaku dalam konteks universiti. Konsep demokrasi yang sama juga diguna pakai untuk pemilihan wakil pelajar sebagaimana tertulis di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (PINDAAN) 1975, seksyen 48.
Namun kita melihat fungsi yang dimainkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Aspirasi semenjak menguasai PMUKM sesi 2003-2004 tidak menggambarkan bahawa mereka merupakan wakil kepada pelajar untuk menjadi pembela terhadap kebajikan pelajar. Pemilihan mereka juga dilihat tidak telus dan bertentangan dengan AUKU 1971, pindaan 1975 dan Perlembagaan Universiti sendiri.
Atas kesedaran inilah, maka sebuah gagasan yang menggabungkan hasrat kesemua mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan yang dikenali sebagai ‘Gabungan Mahasiswa UKM’ atau singkatannya GMUKM.
Sejarah Penubuhan GMUKM
Menurut sejarah awal penubuhan, ‘Gabungan Mahasiswa’ didasarkan kepada beberapa pertemuan awal dengan pimpinan tertinggi setiap gerakan sebelum rundingan penuh bersama semua pimpinan dilakukan. Kemudian, pada tanggal 22 Ogos 2005 satu persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia atau ringkasnya disebut Gabungan Mahasiswa atau GMUKM.
Pakatan mahasiswa/i di atas nama ‘Gabungan Mahasiswa’ ini perlu diteruskan kerana :
i. Terlalu banyak isu yang diperjuangkan secara tidak serius oleh PMUKM-Aspirasi. Antaranya ialah isu keselamatan diri dan kenderaan, ugutan dan penyalahgunaan kuasa, kos pentadbiran 3% PTPTN, pemansuhan/pindaan AUKU. Hanya isu yang mempunyai kepentingan sahaja diperjuangkan secara serius.
ii. Perlu wujud satu kerjasama yang melibatkan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat universiti walaupun daripada idealisme yang berbeza. Apa yang disepakati ialah memperjuangkan Falsafah Universiti, kebajikan mahasiswa/i dan masyarakat UKM tanpa mengira kaum serta memartabatkan nilai keilmuan dan keintelektualan Universiti Kebangsaan Malaysia.
iii. Suara-suara kecil mahasiswa mahasiswi tidak diambil peduli oleh PMUKM-Aspirasi. Tambahan pula sebelum daripada ini, suara mahasiswa dipandang sinis oleh mereka dan dikatakan tidak bersepadu kerana hanya segelintir ‘golongan’ yang memperjuangkannya.
iv. Mahasiswa perlu bersatu atas satu nama untuk menunjukkan bahawa HAK MAHASISWA adalah hak bersama dan mesti diperjuangkan. Mahasiswa perlu bangkit menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap sistem dan corak pentadbiran serta pengurusan PMUKM-Aspirasi.
v. Perlu mengenepikan segala pertikaian dan perbezaan ideologi sebelum ini kerana selagi HAK MAHASISWA tidak dikembalikan selagi itu golongan yang lemah akan ditindas sama ada mahasiswa mahupun kakitangan universiti.
vi. Untuk menjadi Alternatif kepada PMUKM-Aspirasi untuk mencapai dan merealisasikan matlamat dan dasar yang disepakati.
Dasar GMUKM
Gabungan Mahasiswa memperjuangkan :
1. Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2. Kebajikan semua mahasiswa/i dan masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa mengira batasan agama dan kaum.
3. Nilai keintelektualan dan keilmuan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Keanggotaaan GMUKM

Gabungan Mahasiswa sebagai wadah baru mahasiswa dianggotai oleh gabungan front-front lama dan baru iaitu iaitu MAMPU (Membina Mahasiswa Penggerak Ummah), GMM (Gerakan Mahasiswa Maju), Malaysia Youth Democratic Movement (DEMA), JKMI (Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i), Indian Democratic Council, Pertubuhan Mahasiswa Sosialis UKM, GMLN (Gerakan Mahasiswa Lantang Negara), GAPIM (Gerakan Pelajar Intelek Malaysia), Solidariti Hak Asasi Mahasiswa UKM, Laws Faculty Council (LawFaC), Pertubuhan Mahasiswa Profesional Perubatan & Kesihatan UKM (Pro-PKUKM), KARISMA (Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pertubuhan Johorian dan Penang Guide.
Logo GMUKM
0 comments:
Post a Comment