Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, December 31, 2009

Lagu Rasmi Pro M Nasional - GMUKM




Bangkitlah pejuang bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Meneruskan langkah perjuangan
Suara dan harapan mahasiswa

Kobarkan dirimu kobarkan
Kentalkan jiwamu kentalkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga tertegak kebenaran

Nyahkan rasa takut dan gentar
Robohkan segala kebatilan
Perjuangan harapan bersama
Untukmu varsiti tercinta

Bangkitlah Pro Mahasiswa!

Facebook dan TV GMUKM

Jika dahulunya Gabungan Mahasiswa menjadikan blog sebagai satu-satunya medianya, kini GMUKM tampil dengan lebih luas, menggunakan multimedia dan ruang sosial facebook untuk berada lebih dekat dengan mahasiswa.

GMUKM kini sudah mempunyai akaun facebook dan juga youtube untuk anda semua kunjungi dan interaksi. Mahasiswa bebas untuk suarakan masalah melalui medium ini. Sila tambahkan GMUKM sebagai rakan dan kunjungi TV GMUKM di youtube untuk menonton paparan menarik dari kami.



Wednesday, December 30, 2009

Kami tetap cakna kebajikan



Bangi, 29 Disember- Seorang mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (FPI) tahun 2 telah menerima sumbangan kewangan hasil kutipan sekretariat di bawah MPP Mahasiswa FPI iaitu saudara Mohd Idris Mohd Yusoff. Sejumlah RM1113.50 telah disampaikan kepadanya pada pagi tadi untuk meringankan masalah kewangan yang dihadapinya. Selain membuat kutipan sumbangan dari rakan-rakan mahasiswa, Saudara Mohd Idris juga telah berusaha untuk membuat permohonan Zakat dan Pusat Islam bagi pihaknya.

Beliau yang merupakan warga Indonesia memerlukan RM1265.00 untuk melangsaikan hutang yuran pengajian yang tertunggak semester lepas. Dalam keadaan ini, beliau perlu mempertimbangkan dua pilihan iaitu membayar hutang atau menangguhkan pengajian. Masalah kewangan yang mencengkam dirinya menyebabkan beliau terpaksa bekerja buruh kasar pada hujung minggu dan masa lapang.

"Pihak sekretariat MPP Mahasiswa kini sedang bergiat usaha menggerakkan sumbangan untuk membantunya supaya beliau dapat mendaftarkan diri untuk meneruskan pengajiannya. Saya menyeru kepada rakan-rakan mahasiswa lain untuk turut sama membantu"-Mohd Idris Mohd Yusoff, MPP Mahasiswa FPI.

BERSAMA MEMIMPIN

Monday, December 28, 2009

Mahasiswa Anjur Forum Terbuka Bantah E-Voting


Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (Bantah) akan menganjurkan satu forum sebagai usaha meneruskan kempen mereka memberi kesedaran kepada masyarakat kampus berhubung kesan terhadap demokrasi kampus jika pengundian secara elektronik (e-voting) dilaksanakan pada Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang.

Mereka dengan kerjasama wakil fakulti Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) akan menganjurkan forum terbuka bertajuk ‘E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus’ yang dijadual berlangsung jam 8 malam 1 Januari ini bertempat di Dewan Utama Akademi Pengajian Islam UM.

Tiga ahli panel yang akan ditampilkan termasuk pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, Pensyaraah Jabatan Kejuruteraan Perisian Fakulti Sains Komputer dan Teknologi maklumat UM, Dr. Chiew Thiam Kian dan seorang bekas aktivis mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM), Chang Lih Kang yang juga ADUN Teja.

aizatPengerusi Bantah, Mohd Aizat Salleh ketika dihubungi memberitahu penganjuran tersebut sebgai usaha berterusan gabungan pelajar itu membantah e-undi dan memberi kesedaran kepada pelajar berhubung demokrasi kampus.

“Kita anjur forum ni kerana mahu menyedarkan student tentang demokrasi kampus.

“Kita cuba tampilkan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing untuk menjelaskan kepada kita tentang kesan e-voting ini,” katanya ketika dihubungi.

Ditanya berhubung kesan membawa masuk ahli politik sebagai panel forum tersebut, aizat memberitahu ianya tiada masalah kerana program itu anjuran wakil fakulti dan tidak berkaitan dengan bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Sebelum ini lapan mahasiswa UM telah didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana dituduh membawa masuk ahli politik ke dalam universiti.

Mereka dihadapkan ke perbicaraan oleh Tribunal Universiti dan dituduh melakukan kesalahan disiplin dibawah seksyen 16 (c) Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

Bagaimanapun kesemua mereka telah dibebaskan dan dibuktikan tiada kes.

Bantah disertai lebih 18 organisasi mahasiswa seluruh negara memperjuangkan supaya sistem e-voting bagi PRK akan datang dimansuhkan kerana didakwa terdapat bayak ruang yang boleh dimanipulasi dan disalahguna pihak berkepentingan.

Beberapa memorandum bantahan juga telah diserahkan kepada pelbagai pihak termasuk kepada Menteri Pengajian Tinggi (KPT) agar hasrat itu dikaji semula.

Walaubagaimanapun, pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia belum berhasrat untuk melakukan sistem ini pada pilihanraya kampus UKM yang dijadualkan pada bulan Januari nanti.

PANDANGAN JAUH: KEMESTIAN BAGI SEORANG PEMIMPIN

Sesetengah orang kata seorang pemimpin yang mempunyai wawasan yang hebat jika apa yang dilakukan sukar difahami dengan mudah oleh mereka yang dipimpin, tetapi jika seseworang pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas dan hebat jika apa yang dilakukan pada mulanya tidak difahami oleh mereka yang dipimpin, malah hanya memahami setelah perlaksaaan atau setelah seseorang pemimpin itu telah tiada.


Seseorang pemimpin mestilah memiliki wawasan yang jauh ke hadapan melihat apa yang tidak dapat dilihat orang lain dan menjangka apa yang tidak dijangka orang lain, setelah arahan dan perlaksanaan dilakukan barulah orang berkata “ ye tak ye kan”


Mungkin ada yang tidak setuju dengan perkara ini dan mungkin juga ramai yang berpendapat begini. Apa yang lebih penting pemimpin harus memiliki idea-idea yang luar biasa (out of the box) yang menabjubkan untuk mengangkat martabat mereka yang dipimpin sehingga kadang kala ianya tidak masuk akal, atau untuk membawa organisasi yang dipimpin ke satu tahap yang lebih tinggi atau mencapai sasaran yang Nampak mustahak.


MEMIMPIN MASYARAKAT KAMPUS SATU CABARAN MAHASISWA


Perkara ini penting dalam suasana GMUKM adalah sebuah kerajaan dibeberapa kawasan sekitar kampus yang mendapat mandat dari Mahasiswa, pemimpin GMUKM harus sedar akan perkara ini untuk dilaksanakan, samaada tanggungjawab ini berat atau sebaliknya.

Sekarang masyarakat kampus mula menumpu kepada GMUKM untuk urusan yang melibatkan proses pembelajaran mahupun kebajikan mereka sehingga sekecik perkara mereka menilai cara kepimpinan yang ditunjukkan oleh GMUKM.


Kalau kita berjiwa kerdil kita melihatnya sebagai masalah kepada diri dan keluarga kita. Tetapi jika kita berjiwa besar kita akan melihat ia sebagai satu cabaran dan peluang untuk mengukuh serta mengembangkan GMUKM.


Ada mereka yang sanggup mengenalkan diri mereka sebagai agen GMUKM semata-mata senang mencari mereka yang memerlukan bantuan supaya mereka dapat membantu masyarakat kampus, ada juga yang sanggup menjadi penghubung diantara masyarakat kampus dan YB-YB GMUKM


PEMIMPIN YANG LUAR BIASA MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG LUAR BIASA


Kita perlu memipin masyarakat dan kita tidak akan dapat diterima sebagai pemimpin masyarakat sekiranya kita tidak berjiwa besar. Lebih-lebih lagi masyarakat yang hendak kita pimpin bukan sahaja orang Melayu tetapi juga orang Cina dan India, malah orang Indonesia, Myammar, Kemboja dan sebagainya yang ada di kampus kita.


Sudah tentu ianya memerlukan kualiti dan pendekatan yang berlainan dari memimpin hanya orang-orang GMUKM. Selari dengan semangat 1 Malaysia orang Melayu tidak hanya memimpi orang Melayu sahaja, orang Cina tidak memimpin orang Cina sahaja, orang India tidak hanya memimpi orang India sahaja tetapi kita memimpin seluruh rakyat.


BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN


Apabila Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, Presiden PAS ketiak itu, Ustaz Fadhil Noor, telah mengilhamkan penubuhan GERAK. Cadangan itu akhirnya berjaya menyatukan tenaga-tenaga yang menentang kepimpinan Tun Mahadhir.


Satu perhimpunan raksasa telah dianjurkan di Taman Melewar sehingga sekitar 100.000 yang hadir, ianya menjadi pemulaan kepada penyatuan suara pembangkang yang akhirnya menjadi Pakatan Rakyat sekarang.


Tetapi ketika itu ada yang mempertikaikan tindakan Ustaz Fadhil, ada yang kata “ buat apa nak tolong Anwar, dia kan UMNO” atau ada yang menyatakan GERAK tidak berdaftar, nanti akan memburukan imej PAS, tetapi akhirnya kita semua memahami pandangna jauh Ustaz Fadhil itu.


TUN MAHADHIR YANG KUCINTAI


Tun Mahadir menempuhi banyak perkara dalam pemerintahannya, mungkin kerana pemerintahannya beliau lebih panjang dari mana-mana Perdana Menteri maka banyak perkara yang telah dilaksanakn lebih menyerlah.


Sama ada perkara yang dilakukan menguntungkan rakyat atau sebaliknya, pemerintahan beliau banyak mencatatkan perkara-perkara baru di dalam sejarah Negara kita. Mungin ada yang setuju dan tidak dengan Tun Mahadhir sebagai seorang pemimpin Islam, atau seorang pemimpin yang menjaga kepentingan para Marhaen tetapi terdapat perkara-perkara yang dilaksanakan oleh beliau yang akhirnya diakui membawa manfaat kepada rakyat, yang meletakkan Malaysia dipeta dunia.


Walaupun ada perkara yang dilaksanakan Tun merugikan rakyat tetapi keberaniannya membuat keputusan adalah sesuatu yang dikagumi ramai. SEBAGAI PEMIMPIN MESTI BERANI DAN TEGAS, TIDAK KELIHATAN LEMAH KETIKA MEMBUAT KEPUTUSAN, TIDAK TERAGAK-AGAK.


Sebagaimana yang pernah dijelaskan oleh Ibnu Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah dan al-‘Ibar, seseorang pemimpin perlu disayangi dan digeruni.


Baik dimana posisi pemimpin itu ditaklifkan, memikul tanggungjawab masing-masing, pemimpin harus memiliki jiwa besar dan tidak kelihatan lemah dalam mencorak organisasi mereka dan mesti memiliki idea-idea yang luar biasa dan berani menghadapi resiko. Bak kata orang putih No Pain, No Gain.

SELAMAT BERJUANG.

Mohd Hafiz B Abdul Razak

Thursday, December 24, 2009

Kemuncak Hari Ungu

Riadhah Berbasikal
(acara kemuncak Hari Ungu minggu ini)


HARI INI. KHAMIS 24 Disember 09
5.00 petang
Kompleks Skuasy


Ayuh Mahasiswa!!

Sunday, December 20, 2009

Selamat Kembali Mahasiswa UKM!


Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengucapkan Selamat Kembali kepada semua mahasiswa. Diharapkan semangat dan azam baru yang membara sempena semester baru dan juga tahun baru 1431 hijrah dapat menganjak paradigma baru yang segar dalam diri.

Sama-sama kita melangkah dengan yakin merentas onak duri tanpa undur dan henti walau sejenak, menjadi generasi keilmuan, mahasiswa minda kelas pertama yang unggul.

Saturday, December 5, 2009

Mahasiswa Perlu Manfaatkan Cuti

Cuti semester berbaki 3 minggu lagi. Sebagai mahasiswa, sejauh mana kita memanfaatkan cuti kita ini? Adakah hanya duduk di rumah menonton televisyen, keluar bersama rakan-rakan, atau sekadar makan tidur di rumah. 


Sebenarnya banyak perkara mahasiswa boleh lakukan umpamanya turun kepada lapangan masyarakat. Sebagai contoh, menyertai program persatuan belia, atau menjadi fasilitator dan urusetia bagi program remaja merupakan peluang yang sangat lumayan untuk berinteraksi dengan masyarakat. Lebih menarik lagi sekiranya dapat menyertai program operasi khidmat masyarakat, atau membantu masyarakat yang kesusahan akibat banjir.


Nabilah Maiyidin dari Fakulti Pendidikan tahun 3 berpendapat,"Masa cuti inilah kita perlu ambil peluang untuk bersama masyarakat setempat selain membantu ibu ayah kerana kita tidak disibukkan dengan bebanan pelajaran. Mahasiswa seharusnya sedar bahawa kita adalah permata bagi masyarakat untuk membantu mereka dari segi pembangunan kebajikan. Sukarno pernah berkata, " Aku bukan budak Moscow, bukan juga budak Amerika, aku adalah budak bagi rakyatku sendiri."

 
Selain itu, GMUKM menyeru mahasiswa untuk menimba ilmu pengetahuan yang tidak terdapat di dewan kuliah pada musim cuti ini. Malah, mahasiswa juga seharusnya membaiki kefahaman mengenai apa yang telah dipelajari. Sejauh mana diri anda memanfaatkan cuti, andalah penentunya.

Wednesday, November 25, 2009

PTPTN sedia E-Forum Bantu Selesai Masalah

Saluran e-forum Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) akan memberi ruang kepada peminjam untuk mengajukan
sebarang masalah atau pertanyaan dengan tepat, cepat dan mudah.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kewujudan saluran itu dapat membantu orang ramai menyelesaikan segala kemusykilan mereka dengan bantuan kakitangan daripada jabatan itu yang akan mengemas kini saluran
berkenaan pada kadar segera.

"Kalau sebelum ini jika ada sebarang pertanyaan mengenai PTPTN, orang ramai terpaksa menyuarakan melalui akhbar dan kadang-kala ada di antara pertanyaan itu tidak berjawab, mungkin kerana ada kakitangan yang terlepas pandang atau soalan itu sudah sering ditanya.

"Dengan adanya saluran ini, masalah seumpama itu tidak akan berlaku lagi kerana akan ada ruangan untuk soalan yang sering dipersoalkan untuk mengelakkan soalan berulang dan kakitangan kami juga akan menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan seberapa pantas yang boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Beliau sebelum itu turut melancarkan saluran e-forum PTPTN yang diwujudkan melalui laman web kementerian.

"Saya sebagai menteri juga akan sentiasa memantau saluran ini untuk memastikan ia menepati matlamat dan sasaran yang ditetapkan," katanya.

Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau berkata PTPTN telah menyediakan moderator yang terlatih, berpengetahuan dan berpengalaman untuk membantu menyelesaikan semua persoalan yang dibangkitkan secara spontan.

Interaksi secara langsung ini, katanya, diharapkan mampu mengubah persepsi masyarakat bahawa kerajaan mampu untuk memberikan perkhidmatan yang responsif, cepat, telus dan secara langsung.

"Forum melalui laman web ini diharap dapat memberi peluang kepada umum untuk berbahas atau menjadi pentas mengemukakan pendapat mengenai isu-isu permohonan pinjaman, pembayaran balik pinjaman, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan isu berkaitan pembayaran balik PTPTN secara interaktif," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Eksekutif PTPTN Yunos Abd Ghani berkata pihaknya memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk menangani kes peminjam yang telah disenaraihitamkan kerana tidak membayar pinjaman.

"Biasanya kita perlukan masa selama seminggu untuk lepaskan mereka daripada disenaraihitamkan, tapi kalau mereka memerlukan masa yang lebih singkat kerana ada urusan penting di luar negara dan sebagainya, mereka boleh hubungi kami untuk memberikan cadangan atau berbincang mengenai bentuk bayaran yang mereka ingin lakukan.

"Apa yang penting, pinjaman itu perlu dibayar semula sama ada secara ansuran, potongan gaji dan sebagainya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Putrajaya. BERNAMA

Thursday, November 19, 2009

TEMUDUGA FELDA

Salam Mahasiswa.



Pada 19/11/2009, bertempat di bilik msyuarat FST, temuduga terbuka untuk pelajar pra siswazah tahun akhir, sarjana dan PhD akan diadakan oleh pihak FELDA. Mereka yang berminat, walaupun daripada fakulti lain dialu-alukan untuk turut serta. Butiran temuduga tersebut adalah seperti berikut:

Temuduga FELDA
Tarikh: 19 November 2009 (Khamis)
Masa: Bermula pukul 9 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat FST (Dalam DAM)

Sila bawa resume, salinan asal dan fotostat sijil serta keperluan yang berkaitan.

Maaf kerana saya pun lambat dimaklumkan.


Mohd Arif b. Misrol
Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Sains Teknologi.Tahun 3 dan 4.

Wednesday, November 18, 2009

Selangor digesa boikot program BTN

Selangor digesa supaya berhenti menghantar mahasiswa di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN) kerana ia didakwa menyemai sentimen perkauman di kalangan pelajar.

Sekumpulan ADUN muda Pakatan Rakyat Selangor menggesa pemulauan program agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu melalui satu surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ezam leave pkr pc 280607 amir sariADUN Batu Caves, Amirudin Shari berkata bantahan itu dibuat memandangkan sebahagian pengisian program berkenaan didapati tidak berkaitan dengan usaha pemupukan nilai-nilai kenegaraan atau penyebaran ilmu.

"Sebaliknya ia merupakan program politik kepartian Umno-BN dan perkauman semata-mata," kata wakil rakyat PKR itu sebagai jurucakap kumpulan ADUN tersebut kepada media selepas persidangan DUN hari ini.

Wakil-wakil yang turut hadir pada sidang media itu, Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

"Justeru kita berpandangan kerajaan negeri perlu bertindak untuk mengarahkan jemaah (senat) universiti untuk menghalang pelajar daripada menghadiri program BTN," kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR, lagi.

Pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan Selangor termasuk Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Inpens.

Amirudin juga memberikan alasan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) juga tidak mewajibkan pelajar menghadiri program anjuran biro berkenaan.

"Tapi sepanjang pengalaman saya di universiti dan saya percaya perkara ini turut dipropagandakan kepada para pelajar, mereka perlu hadir program BTN.

"Jika tidak, mereka tidak akan lulus. (Dakwaan) ini sesuatu penipuan," tambahnya ketika membacaknya kenyataan bersama mereka.

"Peserta kursus didoktrinkan dengan propaganda tentang ketuanan Melayu dan ancaman (negara) luar dan tidak diberikan ruang untuk mencabar propaganda tersebut memandangkan programnya berjalan secara satu hala sahaja."

Seorang lagi wakil rakyat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, sebagai seorang pelajar tajaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), beliau sendiri - yang pernah mengikuti program BTN - mendapati ia tidak sepatutnya wujud apabila kerajaan sedang bercakap tentang 1Malaysia.

"Sepanjang program tersebut, apa yang ditekankan adalah (parti) Keadilan ini, Anwar adalah ejen Yahudi, DAP adalah parti ejen Singapura dan PAS adalah parti ajaran sesat," katanya.

"Itu saja yang disertakan dalam modul mereka yang bersifat politik kepartian yang sepatutnya tidak wujud sebagai satu program bawah JPM."

Tambahnya, peserta juga "dimomokkan" tentang tentang "ancaman orang Cina" dalam program yang disertainya itu.

"Ada beberapa mahasiswa (berbangsa) Cina yang hadir (dalam program tersebut).

"Saya boleh bayangkan betapa mereka rasakan diri mereka begitu takut dalam situasi tersebut kerana modulnya sendiri bersifat perkauman," katanya.

Monday, November 16, 2009

GMUKM tidak akan gentar


Bangi 16 nov 2.53 pm | Pertemuan wartawan GMUKM dengan saudara Mahfuzan MPP FPI tahun 3 dan saudara Ammar Ishak, Presiden Gabungan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN) di Singgahan Ilmu Fakulti Pengajian Islam semalam dalam merespon isu berkaitan perkampungan Aspirasi UKM di Pangkor selama 4 hari untuk memperkasakan calon mereka, saudara Mahfuzan berkata :

" Kami tidak gentar dengan saingan yang ditunjukkan Aspirasi. Pada peringkat kami, semua persediaan telah dibuat dan hanya menunggu pembubaran PMUKM supaya kami dapat berkempen dan menawan hati mahasiswa yang telah lama menunggu perubahan".

Pihak GMUKM berharap supaya dalam pilihanraya akan datang, persaingan yang sihat berlaku dan tidak ada campur tangan daripada pihak ketiga.

"Kami berharap pilihanraya akan datang adalah pilihanraya yang telus dan adil. Biarlah mahasiswa yang mencaturkan bagaimana pembawakan yang mereka inginkan bukan melibatkan campur tangan HEP dan menafikan hak mahasiswa untuk kepentingan mereka" Respon Saudara Ammar.

Pimpinan GMUKM juga mengucapkan takziah terhadap mangsa banjir di Kedah dan Perak. Maklumat terbaru dilaporkan 1,793 orang penduduk telah dipindahkan berbanding 1,338 petang semalam di Kedah manakala di Perak seramai 630 orang mangsa banjir meningkat sejak pagi ini berbanding 522 orang semalam.

Tuesday, November 10, 2009

BTN : Sebaran Ideologi UMNO-ASPIRASI?


Bangi 9 Nov 1.50 pm| Pemberitahuan mengenai penglibatan mahasiswa tahun 1 dari Fakulti Pengajian Islam ke Biro Tata Negara (BTN) banyak menunjukkan ketidakpuasan hati dikalangan mereka.

Seorang pelajar tahun 1 dari Jabatan Usuluddin yang tidak mahu dikenali berkata : " Saya sangat tidak gembira perlu menyertai BTN. Sepatutnya selepas habis peperiksaan, saya perlu meluangkan masa bersama keluarga dikampung, tetapi terpaksa menghadiri program ini pulak. Saya tidak tahu untuk apa program ini dibuat dan apa kepentingannya pada saya".

Program yang pada asalnya dijadualkan berlangsung selama 6 hari ini telah berubah menjadi 5 hari bermula pada 14 nov sehingga 18 hb Nov 2009 dan tempat sebenar program ini dijalankan masih belum diberitahu. Pada asalnya, BTN dirancang untuk dijalankan di Melaka dan Johor, tetapi terpaksa dibatalkan atas beberapa faktor tertentu yang perlu diambil kira.

Mengikut maklumat yang diperolehi wartawan GMUKM, pelajar yang enggan menyertai program ini telah dimomokkkan dengan kegagalan untuk bergraduasi oleh pihak pentadbiran FPI.

Sehubungan itu, wartawan GMUKM sempat bertemu dengan beberapa mahasiswa yang pernah menjalani program BTN untuk melihat sejauhmana keberkesanan program ini dalam memupuk nilai patriotik terhadap negara.

"Apabila saya menghadiri program ini, kami banyak dimomokkan dengan parti politik. Kami telah didoktrin dengan politik luar yang kotor. Saya amat pelik bila mereka banyak mendedahkan berkaitan UMNO dan memberitahu kebaikan UMNO sedangkan terdapat AUKU yang menghalang mahasiswa terlibat secara langsung dengan politik. Kalau nak bercakap berkaitan semangat patriotisme, saya tidak pula dapat merasainya ". Ujar NorAisyah Yusof, pelajar FPI syariah tahun 3.

" Setiap daripada ceramah yang diadakan pasti ada menyelitkan berkaitan politik luar. Setiap masa kami diberitahu berkaitan UMNO,PAS dan PKR. Program ini juga tidak dapat memberi banyak kebaikan kepada saya tambahan lagi mereka sangat tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam beberapa aktiviti yang dijalankan. Saya sangat malu kerana saya seorang pelajar agama tetapi disuruh untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah" Respon yang diberikan oleh Fatimah Mat Saman, Usuluddin tahun 3 FPI.

Taklimat pemberitahuan mengenai BTN telah diadakan pada hari Khamis lepas (5 Nov 2009) dan disampaikan oleh Prof. Idris bin Zakaria iaitu Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FPI. Taklimat ini juga dihadiri oleh pegawai program Biro Tata Negara untuk menjawab persoalan yang berlegar-legar dalam minda mahasiswa.

Sunday, November 8, 2009

Testimoni SPKG


Bangi 7 nov 8.57 am| Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) merupakan satu sistem untuk mengukur sejauh mana kebolehpasaran graduan UKM dalam sektor pekerjaan. Sistem ini juga merupakan satu keperluan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia yang menentukan kualiti setiap program yang ditawarkan oleh IPTA/IPTS di Malaysia.

Wartawan GMUKM sempat menemui beberapa orang pelajar UKM berkaitan sistem yang diperkenalkan pada tahun lepas untuk melihat maklum balas terhadap pelaksanaan sistem ini.

Mohd Nazri Tahir, FPI tahun 2
" Pada pandangan saya, sistem ini merupakan satu sistem yang perlu dikaji semula keberkesanannya. Memang bagus untuk melahirkan mahasiswa yang boleh memenuhi pasaran kerja, tapi kita perlu melihat balik beberapa aspek penting yang perlu ditekan. Jangan hanya kita memikirkan aktiviti sahaja sedangkan akademik sanggup diketepikan".

Nurul Jawahir Md Ali, FSSK tahun 2
"Adalah tidak adil mahasiswa hanya dibebankan untuk menghadiri aktiviti kolej yang tidak menjana keintelektualan mahasiswa. Bukankah kita perlu menjadi mahasiswa yang bijak dalam semua aspek? dan saya melihat kebanyakan aktiviti kolej hanya bertumpu kepada hiburan dan tidak dapat mencambahkan pemikiran mahasiswa. Bukan saya kata tidak ada aktiviti yang baik tetapi aktiviti yang tidak bermanfaat banyak dihidangkan kepada mahasiswa. Kekadang kami terpaksa menghadiri program kolej walaupun banyak assignment yang perlu disiapkan. Saya jadi keliru, yang mana perlu diutamakan. Adakah SPKG supaya saya boleh still tinggal dalam kolej atau tanggungjawab saya menyiapkan assignment yang perlu dihantar".

Fariq, FST tahun 1
"SPKG ni bagus kalau perlaksanaannya dirancang dengan baik. Saya berminat untuk menyertai persatuan-persatuan yang ada kat UKM ni sebab saya rasa penyertaan dalam persatuan sebegini dapat membina kredibiliti diri saya. Masalahnya sekarang saya terpaksa menghadiri program kolej semata-mata untuk SPKG. Saya berpendapat, mungkin 51% penilaian yang perlu dinilai oleh pihak kolej perlu diberikan kepada penglibatan dalam persatuan-persatuan di UKM. Selain itu, takkanlah dengan membuat perkara remeh temeh juga akan diberi merit untuk SPKG? sepatutnya satu standard aktiviti perlu dibuat untuk lebih memperkasakan SPKG".

Mengikut maklumat yang diperolehi pihak GMUKM, kebanyakan pelajar tahun 1 dan tahun 2 tidak berminat dengan sistem baru ini. Kebanyakan tenaga akademik juga banyak mempersoalkan keberkesanan SPKG ini.

Seorang pensyarah dari Pusat Pengajian Biosains Bioteknologi FST juga tidak berpuas hati dengan penglibatan pelajar di kolej.

"Penyertaan pelajar di kolej perlu dilimitkan kerana matlamat datang ke universiti ini adalah untuk belajar. Saya juga tidak faham kenapa aktiviti di kolej lebih dititikberatkan sedangkan pelajar perlu mendalami ilmu terlebih dahulu untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, kerana untuk memenuhi pasaran kerja, akademik akan dipandang terlebih dahulu", tambahnya lagi.

Bagi sistem ini, nilai PNGS Kompetensi Generik akan dilaporkan dalam transkrip keputusan setiap semester. Selain itu, para graduan UKM akan mendapat Diploma Supplement untuk memaparkan PNGK Kompetensi Generik yang diperolehi sepanjang berada di UKM.

Friday, November 6, 2009

GMUKM MENYANJUNG TINGGI SARANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI..


KEMENTERIAN Pengajian Tinggi membenarkan sudut pidato atau Speaker's Corner diperkenalkan semula di semua institusi pengajian tinggi (IPT) bagi mengasah bakat pengucapan umum berkesan di kalangan warga kampus.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata aktiviti yang boleh dilaksanakan pada bila-bila masa itu sebelum ini dihentikan berikutan pelaksanaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Sambil menjelaskan aktiviti itu boleh diperkenalkan semula setelah AUKU dipinda Februari lalu, beliau berkata, sudut itu memberi pelajar peluang menyuarakan pendapat menerusi pidato umum yang dinanti-nantikan warga kampus.

“Kementerian memberi peluang pelajar berkongsi pengetahuan dengan mengemukakan isu dan topik bernas untuk dikongsi bersama, selain dapat memperkemaskan sistem pengurusan sedia ada dalam usaha memartabatkan IPT.

“Mahasiswa adalah golongan pencetus minda positif dan idea membina dalam membangunkan komuniti kampus serta masyarakat sekeliling,” katanya.

Saifuddin berkata, pelajar bebas berpidato dengan mengemukakan isu semasa, antaranya politik, ekonomi dan sosial selain pandangan serta kritikan bernas dalam memperkasakan pentadbiran IPT dan negara.

“Kami lebih liberal dalam hal ini kerana yakin pelajar mempunyai wawasan dan pandangan jelas mengenai setiap topik dan isu yang akan mereka kemukakan.

“Usaha ini adalah antara langkah kementerian lakukan bagi melahirkan pelajar serba boleh dan mempunyai semangat juang tinggi,” katanya.

Mengimbau kembali kegemilangan sudut pidato di IPT sekitar 1960-an hingga 1970, katanya, pemimpin pelajar ketika itu di kalangan mereka yang petah berpidato dan mempunyai idea bernas untuk dikongsi bersama.

Beliau berkata, pemimpin kampus juga mempunyai pengikutnya yang berpengaruh dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, hasilnya negara mempunyai pemimpin yang berani dengan semangat juang tinggi.

“Ramai pemimpin negara hari ini lahir di kalangan pemidato yang bernas mindanya ketika di kampus dan kini menjadi tokoh disegani,” katanya.

Mengulas kemungkinan kelonggaran itu menyebabkan pelajar menjadi alat pihak tertentu menyalurkan dakyah politik mereka, Saifuddin berkata, warga kampus golongan berpelajaran.

Katanya, mahasiswa tidak terpengaruh dengan anasir negatif yang cuba mempengaruhi mereka kerana masing-masing berfikiran matang, manakala topik perbincangan pula dikupas secara rasional sesuai tahap pendidikan. -

'Sarfa perlu sahut cabaran, jangan jadi pengecut'



Bangi 5 Nov 16.19 am | Dunia maya UKM dikejutkan dengan pengeluaran artikel ’15 dalil mengapa Nik Aziz tidak layak digelar mursyidul am dan perlu disingkirkan’ yang disiarkan oleh Saudara Sarfarizamal bin Md Saad di blog beliau pada 30 oktober 2009. Artikel yang ditulis oleh seorang blogger yang dikenali sebagai Panglima Perang Siber yang merupakan YDP Blogger Pembina Negara. Saudara Sarfarizmal telah menyiarkan artikel tersebut melalui blog beliau di http://sarfarizmalsaad.blogspot.com/. Pelbagai reaksi timbul akibat tindakannya itu termasuk serangan di blog beliau sendiri. Saudara Sarfarizmal telah menarik balik artikel yang disiarkan di blognya sehari selepas itu.

Ketika ditanya mengenai perkara ini kepada mantan Presiden MAMPU (Membina Mahasiswa Penggerak Ummah), Saudara Mohd Farid Bin Hamlud, berkata “ Mahasiswa perlu bertindak profesional dan berfikir secara objektif dalam isu ini. Isunya ialah tuduhan bersifat peribadi terhadap TGNA dan tuduhan tersebut disebarkan pula oleh Timbalan Presiden PMUKM. Oleh itu, Saudara Sarfarizmal perlu bertanggungjawab terhadap setiap kenyataan yang dikeluarkannya. Kesimpulannya, saya mencabar Saudara Sarfarizmal menyertai Debat Terbuka bersama – sama saya untuk memperjelaskan isu yang sebenar dan menentukan yang mana satu yang benar”.

GMUKM berpandangan sebagai seorang pemimpin mahasiswa, Saudara Sarfarizmal telah melakukan sesuatu yang mencalar kewibawaan seseorang pemimpin. Tindakan Timbalan Presiden 2 PMUKM yang telah menyiarkan artikel yang memfitnah peribadi seseorang adalah amat tidak wajar. Walaupun artikel tersebut tidak ditulis oleh beliau namun perbuatan menyiarkan perkara yang beliau sendiri tidak tahu akan kesahihannya adalah ibarat mengikut secara membuta tuli. Melakukan sesuatu tanpa usul periksa. Sebagai seorang pemimpin, Sarfarizmal haruslah mempamerkan dan memberi contoh teladan yang baik kepada mahasiswa/i .

Mahasiswa yang bijak adalah mahasiswa yang mampu mencari dan menyelidiki kesahihan sesuatu berita atau perkara dan mampu memberikan hujah atas setiap apa tindakannya. Setiap apa yang kita lakukan mestilah mempunyai sebab dan munasabab yang kita mampu untuk menerangkannya kepada orang lain.

PRK UKM Sudah Menampakkan 'signal' Hijau

Bangi, 5 November 2009- Lampu hijau dari pihak pentadbiran UKM mengenai pilihan raya kampus UKM telah kelihatan apabila notis mengenai Bengkel Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dikeluarkan. 

Notis yang dipaparkan di paras 5 Pusanika itu dikeluarkan pada 4 November 2009. Bengkel Calon akan diadakan pada 18 hingga 20 Disember 2009, tarikh tutup menghantar borang pula adalah 11 Disember 2009. Namun, mahasiswa yang pernah ke bengkel tersebut sebelum ini dikecualikan daripada bengkel ini.

Sebelum ini, bengkel calon diadakan buat pertama kali pada awal tahun ini iaitu pada 1 hingga 4 Januari 2009 di A'Famosa Resort, Melaka. Seramai 167 orang mahasiswa telah menyertai bengkel berkenaan. GMUKM menjangkakan lebih ramai lagi mahasiswa akan hadir ke bengkel pada kali ini.

"Jentera GMUKM sudah bersiap siaga untuk bertempur, 1 lawan 1 bersama Aspirasi atau nama barunya kini Sahabat 1 Malaysia. Kami mengharapkan rakan-rakan mahasiswa dapat membuat penilaian dengan baik untuk menentukan siapakah pemimpin mereka. GMUKM sedia menanti untuk menggantikan Aspirasi di tampuk pemerintahan PMUKM," jelas MPP FPend Tahun 3 dan 4, Affandi B Abdul Rahman yang menang atas tiket calon mahasiswa ketika pilihan raya kampus yang lepas.


Wartawan GMUKM sempat bertanyakan pendapat kepada seorang mahasiswa yang merupakan duta GMUKM di FPI, Mohd Nazri Tahir, "Saya melihat perkara ini merupakan satu persaingan sihat dalam arena politik kampus. Ini adalah penting kerana mahasiswalah yang akan memimpin masyarakat satu hari nanti. Diharapkan bengkel calon pada kali ini dapat menerangkan dengan lebih jelas mengenai peranan mahasiswa sendiri untuk mencorakkan universiti dan menjaga kebajikan rakan-rakan mahasiswa."

 

Thursday, November 5, 2009

CCTV: Di mana pemerhatinya?


Bangi 5 Nov | ‘Adalah menjadi satu yang memalukan bagi sebuah kolej yang dilengkapi CCTV seperti Kolej Dato Onn yang merupakan kolej pertama dibina berlaku peristiwa seperti ini’.

Ini adalah respon Saudara Affandi bin Abd Rahman, MPP tahun 3 dan 4 Fakulti Pendidikan berkaitan isu kecurian yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini terutama di kolej berkenaan.

Dalam respon tersebut juga, beliau berpendapat CCTV perlu dimanfaatkan semaksimum mungkin kerana banyak wang telah dibelanjakan untuk menjamin kebajikan dan keselamatan para penghuni kolej khususnya dan warga UKM amnya.

"Kalau kita hanya meletakkkan CCTV tanpa ada pemerhati dan pemantau, jadi bagaimana kita ingin memastikan keselamatan mahasiswa UKM terjaga dan terbela. Duit yang dibelanjakan juga seolah-olah hangus begitu sahaja kerana CCTV tersebut hanya dijadikan sebagai bahan perhiasan semata", jelasnya lagi.

Beliau juga mempersoal kewujudan biro kebajikan JAKSA kolej berhubung kejadian tersebut dan keseriusan pihak kolej dalam membanteras kejadian seperti ini terus berulang.

Dalam pada itu, wartawan GMUKM sempat menemui salah seorang daripada mangsa kecurian komputer riba, Mohd Fadhlan Sugiman, pelajar tahun 1 Fakulti Pengajian Islam.

Dalam temubual tersebut, beliau sempat mengatakan kekecewaan terhadap sikap sesetangah pihak bertanggungjawab mengenai kehilangan komputer riba miliknya.

"Saya harap kebajikan saya dijaga, jangan hanya ada biro kebajikan sahaja tapi kebajikan tidak terjaga", demikian luahan pelajar tahun satu ini kepada pihak wartawan GMUKM.

Kolej Dato Onn juga merupakan salah satu kolej yang didiami oleh ramai pimpinan PMUKM antaranya Saudara Mohd Nasir yang merupakan presiden PMUKM sekarang sebelum pembubaran dilakukan.

Pihak GMUKM berharap semua yang berwajib seperti pihak keselamatan UKM dan pihak kolej mengambil langkah serius dalam menangani masalah kecurian yang semakin berleluasa terutamanya dalam musim peperiksaan.

Monday, November 2, 2009

Gamis desak bongkar laporan audit negara

KENYATAAN MEDIA GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) BAGI LAPORAN AUDIT NEGARA 2010

Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) mendesak agar pembongkaran hasil Laporan Audit Negara diteruskan dan tidak "disejukkan". GAMIS memandang, isu ini adalah isu yang serius memandangkan ianya akan memberi kesan kepada pelbagai sektor pembangunan Malaysia hari ini dan akan datang serta ia melibatkan tanggungjawab menguruskan harta rakyat.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas peringkat tinggi, diketuai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, untuk menyiasat laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa yang disebut dalam laporan itu.

Isu Laporan Audit Negara 2008 ini menjadi panas seketika apabila Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang membentangkan laporan tersebut pada 19 Oktober lalu di parlimen. Namun, GAMIS memandang, isu ini seolah-olah semakin "sejuk" untuk diambil tahu. Mungkin isu-isu politik semasa lebih "panas" untuk dibincangkan sedangkan isu ini adalah isu besar di Malaysia.

Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan kerajaan mungkin terpaksa menanggung sebahagian besar daripada kerugian berjumlah RM1.14 bilion dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh. Dalam laporan lain, Ketua Audit Negara turut mengesan tindakan pembekalan alatan kepada badan berkanun Persekutuan pada harga yang 'tidak masuk akal'.

Selain itu, laporan tersebut menunjukkan bahawa beberapa pembayaran yang mencurigakan telah di buat oleh pihak MARA kepada pembekal mereka untuk barangan yang nilainya jauh melampaui harga pasaran. Adalah dangkal dan tidak masuk akal apabila mengetahui pihak MARA membelanjakan lebih RM80,000 bagi dua unit laptop (komputer riba) berjenama Acer Aspire 5052 sedangkan harga pasaran hanya RM4,500 sahaja untuk seunit laptop jenis dan spesifikasi tersebut di pasaran awam. MARA juga membeli komputer meja (desktop) pada harga hampir RM7,600 seunit, sedangkan di pasaran kita boleh mendapati komputer meja yang canggih lengkap dengan perkakasannya dengan harga kurang dari RM2,000.

Laporan Audit Negara 2008 juga turut mendedahakan, Kementerian Pelajaran membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan dari pembekal tempatan secara pembelian terus, dan membayar harga pokok-pokok yang terlalu mahal. Menurut laporan tersebut, kementerian berkenaan telah membayar sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah, sedangkan pokok kemboja dan pinang merah bagi jumlah yang sama, masing-masing boleh dibeli dengan harga RM585 dan RM1,560.

GAMIS memandang, sekiranya isu ini tidak ditangani secara serius, ianya turut akan merosakkan Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Pemantauan yang telus perlu dilaksanakan agar rakyat tidak tertipu dengan beberapa janji yang nampak seolah-olah menguntungkan rakyat namun hakikatnya ada individu-individu tertentu yang mengaut keuntungan di atas nama kebajikan kepada rakyat.

"GAMIS megalu-alukan pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun kepada mahasiswa. Namun, pemantauan perlu dibuat terhadap siapa yang menerima tender sedemikian? Berapa kos sebenar mengikut harga pasaran? Ini bukanlah isu percaya atau tidak kepada pihak kerajaan, akan tetapi rakyat menanti-nantikan ketelusan pihak kerajaan agar rakyat tidak tertipu dengan kebajikan yang diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu. Jika tidak ada masalah, apa yang perlu ditakutkan?" ujar Presiden GAMIS, Mohd Idris Bin Mohd Yussoff.

"Saya berpandangan, rakyat masih belum lupa isu Laporan Akauntan Negara 2006 yang pernah mendedahkan, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), telah membayar RM224.94 bagi satu set pemutar skru berbanding harga pasaran hanya RM40. Persoalan di sini, siapa yang didakwa setakat ini? Apa Tindakan yang diambil?" ujar Mohd Idris lagi mempersoalkan tindakan kerajaan setakat ini bagi membuktikan keseriusan kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

GAMIS mengalu-alukan penubuhan pasukan khas peringkat tinggi yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Namun, apa yang dinantikan bukan sekadar pasukan khas akan tetapi tindakan susulan agar penyelewengan harta rakyat tidak lagi berlaku. Sudah berapa banyak badan khas yang telah ditubuhkan namun tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab masih di tahap yang minimum.

"Saya anak seorang pesawah. Saya memahami penderitaan rakyat bawahan yang menghadapi kesulitan hidup. Mungkin ada pihak yang gelabah dengan pembongkaran demi pembongkaran peyelewengan hak rakyat. Namun, jangan kita lupa berjuta rakyat yang sedang menangis kerana harta mereka sedang dirompak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Justeru, semua pihak termasuklah pimpinan dan ahli parlimen yang telah dilantik oleh rakyat mesti mengesat air mata rakyat. Jangan hanya kerana isu EGM dalam PAS, ADUN lompat parti dari PKR dan agenda membumikan 1 Malaysia oleh Barisan Nasional, para "perompak" terus terlepas. Mahasiswa juga tidak hanya harus sekadar dibuai mimpi menanti hasil bajet 2010 terhadap mahasiswa, dalam masa yang sama masalah rakyat diketepikan ", tambah Mohd Idris lagi.

GAMIS berharap, semua pihak harus menjadi pendesak bagi "memanaskan" lagi isu ini agar rakyat terus dibela demi kemakmuran Malaysia yang seharusnya dinikmati oleh semua rakyat. SPRM perlu telus dalam siasatan disamping para pimpinan sama ada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tidak boleh menghampakan harapan rakyat yang memilih mereka dalam pilihan raya yang lepas.

Mohd Idris Yussoff
Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Tuesday, October 27, 2009

KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI

Ayuh Mahasiswa langkah dengan Bijaksana,
Berjalan dengan keyakinan
Mara dengan ketabahan
Tempohi dengan kekuatan
Rempoh segala rintangan
Pantang berundur sebelum mencapai kejayaan..
GMUKM Mendoakan Kejayaan seluruh mahasiswa/i UKM..

Friday, October 23, 2009

Warkah GMUKM kepada seluruh Mahasiswa

Fokus. Mungkin ini ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan mahasiswa yang kini sedang membuat persiapan terakhir menjelang peperiksaan akhir semester yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Sesungguhnya tidak sedikit usaha dan pengorbanan yang diperlukan untuk menguasai ilmu. Semuanya sebagai persediaan untuk ‘pertempuran’ di dewan peperiksaan nanti.

GMUKM MERENTAS KECEMERLANGAN
Segala usaha ke arah kecemerlangan intelektual mahasiswa sangat bertepatan dengan tema KEILMUAN dalam dasar GMUKM. Namun, kecemerlangan akademik belum cukup untuk melahirkan individu yang unggul dalam masyarakat.

GMUKM mendukung FALSAFAH Universiti yang memartabatkan ilmu seiring dengan pembentukan akhlak dan jatidiri mahasiswa. Mahasiswa intelek yang mempunyai jatidiri terpuji akan menzahirkan amalan berbentuk KEBAJIKAN yang bermanfaat kepada orang lain. Semuanya terkandung berpadu sebagai dasar GMUKM: KEILMUAN, FALSAFAH, KEBAJIKAN.

MAHASISWA INTELEK = AGEN PERUBAHAN
Keintelektualan merupakan aset yang tidak ternilai harganya. Jika tidak dipelihara dan digunakan sebaiknya, keintelektualan boleh dimanipulasikan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan sendiri. Mungkin juga ‘membeku’ kerana dibiarkan dipengaruhi unsur-unsur kecaman dan ugutan.

Keintelektualan tidak harus menghalang mahasiswa daripada bebas memilih kepimpinan mahasiswa tanpa perlu dipengaruhi rasa takut dan gentar kepada pihak bukan mahasiswa. Kecelaruan sistem urus tadbir kepimpinan sedia ada harus menjadi isyarat kepada semua bahawa mahasiswa perlu berubah pada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar akan datang. Isyarat ini pasti akan sampai kepada setiap warga kampus agar membentuk suatu kesatuan padu yang ingin berubah. Ayuh, BERSATU BERUBAH!

Justeru ayuh semua mahasiswa berusaha ke arah keintelektualan yang lebih berintegriti. GMUKM mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester buat semua mahasiswa UKM. Semoga setiap usaha dibayar dengan kejayaan. Gandakan usaha, tingkatkan kecemerlangan.


GMUKM.. GOVERNMENT IN WAITING
Pilihanraya Kampus (PRK) merupakan perayaan demokrasi (democracy of ) yang sentiasa diraikan oleh mahasiswa di seluruh negara dan tidak terkecuali di kampus tercinta ini. Dalam pilihanraya kampus lalu, kejayaan Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menafikan majoriti 2/3 yang Aspirasi, merupakan satu kejayaan yang membanggakan dan di luar jangkaan. Dan pada PRK kali ini, kami menetapkan sasaran untuk menduduki kerusi Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang nyata telah gagal dibawa perubahannya oleh Aspirasi pada kali ini. Kegagalan mereka dalam menjadikan UKM universiti perdana dan mahasiswanya bersifat intelek, telah diterjemahkan dengan kejatuhan UKM sebanyak 41 anak tangga iaitu dari tangga 250 pada 2008 ke tangga 291 dalam rangking Higher Education (THE)-QS World University Ranking 2009. Berbanding di UM, kampus mereka berjaya menjadi terulung di Malaysia dan menduduki tangga 180 daripada kedudukan 230 tahun lalu. Fakta yang tidak boleh dinafikan, ianya sedikit sebanyak disebabkan oleh pemerintahan Majlis Perwakilan yang pro mahasiswa, yang tahu apa kehendak dan aspirasi mahasiswa, bukan aspirasi politik luar yang kotor itu.


E-Undi : Mengekang proses demokrasi sejati (the true democracy)
Pilihanraya kampus di UKM telah ditetapkan pada tahun hadapan iaitu selepas 15 Januari 2010. Ini telah dinyatakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar & Alumni UKM, Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak ketika menjawab pertanyaan MPP GMUKM pada Mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti pada 28 September lalu. Ia juga selari dengan peruntukkan Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pindaan) 1999 yang menyatakan bahawa hendaklah pemegang jawatan MPP itu selama satu tahun. (PRK 2009 dijalankan pada 15 Januari 2009 lalu). Bahkan jaminan TNC HEPA bahawa sistem e-undi atau e-voting, tidak akan digunakan dalam PRK UKM pada tahun hadapan. GMUKM mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Ayahanda TNC kerana mendengar suara mahasiswa berkaitan isu ini. Bukannya kami membantah tanpa ada hujah yang kukuh, tetapi sebenarnya adalah kerana demi kelangsungan demokrasi sebenar di UKM dan juga sistem pilihanraya kampus yang adil dan bersih (free and fair election). Sistem e-undi telah dibuktikan di UPM sebagai satu sistem yang boleh dimanipulasikan, dan pada masa yang sama membuatkan peranan Polling Agent (Agen tempat mengundi) dan Counting agent (Agen kira undi) ibarat patung semata-mata, yang tidak boleh melihat atau mengira kertas undi kerana ianya bersifat illusi ibarat hantu yang susah dilihat, tetapi selalu diceritakan orang ramai.

Kemenangan Moral 2 Pro M UUM
Kemenangan tidak disangka-sangka, dua orang calon pro mahasiswa, seangkatan dengan GMUKM di Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah amat mengejutkan. Dan petanda ini jelas bahawa tsunami politik kampus akan melanda UKM tidak lama lagi. Dalam pilihanraya kampus yang penuh kotor dan berat sebelah itu, pihak Aspirasi UUM telah berjaya memenangi 16 kerusi Kolej Kediaman tanpa bertanding. GMUKM juga berharap agar roh kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menumbangkan Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang telah memerintah Jepun sejak Perang Dunia Kedua, akan menjadi petunjuk dan harapan kepada GMUKM untuk menjadi wakil rakyat kepada mahasiswa di UKM ini. Dengan dasar yang tidak pernah berubah dan konsisten iaitu perjuangan selari dengan falsafah Universiti, kebajikan mahasiswa diutamakan dan nilai keintelektualan dijunjung, maka GMUKM yakin akan dapat menjadi mata dan telinga kepada mahasiswa untuk menjuarai isu-isu mereka. Banyak lagi isu-isu tertunggak yang gagal diselesaikan oleh Aspirasi. Antara contoh jelas isu jenayah yang dilaporkan oleh OCPD Bangi bahawa UKM paling banyak kes jenayah di Bangi terutamanya kecurian motorsikal. Juga isu-isu kebajikan seperti isu yuran, isu kemalangan jalan raya, isu mahasiswi, isu Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG), isu penyalahgunaan kuasa pengetua seperti digambarkan dalam kes Pengetua Ungku Omar yang mendenda pelajar melakukan study circle (usrah) dan pelbagai lagi isu kebajikan mahasiswa. Dan ianya jelas gagal dimainkan oleh Aspirasi dibawah kepimpinan Presiden paling lemah dalam sejarah UKM.

Maka peranan GMUKM yang menjadi penyelamat kepada mahasiswa UKM untuk keluar daripada kepompong ketidakmampuan Aspirasi dalam memperjuangkan suara mahasiswa. Kami berjanji akan terus selari dengan perjuangan Universiti, tetapi pada masa yang sama tidak akan memingkirkan suara mahasiswa yang menjadi prioriti kami. Dengan kehadiran 12 MPP GMUKM dalam pentadbiran PMUKM, ia sedikit sebanyak merealisasikan konsep semak dan imbang (check and balance) kepada PMUKM Aspirasi. Walaupun gagal mendapat jawatan dan dinafikan hak dalam mesyuarat PMUKM (Hanya dua kali dalam seumur hidup 12 MPP), ianya tidak menjadi penghalang kepada 12 MPP kami untuk bergerak kerja dan merealisasikan manifesto mereka. Kemampuan menjadi pendesak utama isu-isu mahasiswa, kejayaan penganjuran program intelektual seperti Festival Ilmu dan Forum, pembaikan jalan-jalan utama kampus, pembinaan hentian bas di FPEND dan FST, perjuangkan isu park and ride, jelas menjadi alibi (bukti-bukti kukuh) bahawa MPP GMUKM bersedia untuk berkhidmat kepada mahasiswa.

Justeru itu, GMUKM menyeru kepada seluruh mahasiswa UKM, untuk sama-sama bersatu hati dalam pengundian pada PRK tahun hadapan, berikanlah kepercayaan undi kepada GMUKM dan lakukan perubahan demi menjadikan varsiti kita dan mahasiswa UKM berkebolehan dalam memenuhi hasrat 1 Malaysia yang diuar-uarkan hari ini. BERSATU BERUBAH.

Thursday, October 22, 2009

Laporan: Jelajah GMUKM

Bangi, 22 Oktober 09- Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) membawa kelainan pada kali ini dengan berbasikal di sekitar kampus UKM Bangi. Seramai 40 orang mahasiswa serba ungu berbasikal bermula di kompleks skuasy menyusuri laluan lingkungan pertama. Riadah ini dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Nazri Mohd Tahir dari FPI agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. 

Jelajah berbasikal yang diketuai oleh saudara Mohd Hafiz Abdul Razak memulakan perjalanan pada jam 6.00 petang dan berakhir pada jam 7.00 petang. Seorang siswi tahun 2 dari FSSK bernama Jawahir berkata, "Saya rasa sangat seronok kerana berpeluang untuk berbasikal beramai-ramai seperti ini. Harap GMUKM boleh buat lagi selepas ini." Beliau bersama rakan-rakan siswi berjaya menamatkan jelajah ini dengan selamat.

Wartawan GMUKM sempat mengambil testimoni daripada seorang siswi dari Fakulti Pendidikan yang memerhati peserta jelajah bersama temannya yang lain ketika melintasi kawasan Pusanika, "Seronok melihat mereka berbasikal dengan berbaju ungu. Selepas ini, saya akan sertai jelajah ini sekiranya tiada aral melintang." Wartawan GMUKM memaklumkan kepada beliau bahawa GMUKM sangat mengalu-alukan penyertaan rakan-rakan mahasiswa/i ke program anjuran GMUKM.


Saudara Affendi B Abdul Rahman, MPP FPend tahun akhir melahirkan perasaan gembiranya apabila Jelajah GMUKM mendapat sambutan yang menggalakkan, "Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan yang sudi bersama-sama GMUKM untuk berbasikal hari ini sempena dengan Hari Ungu. Moga riadhah ini mampu menyegarkan badan kita yang letih menghadap buku untuk persiapan peperiksaan." Katanya lagi, jika tiada aral, GMUKM mungkin akan menganjurkan jelajah ini pada masa akan datang.


sebahagian peserta Jelajah GMUKM


Saudara Mohd Nazri Tahir mengetuai bacaan doa


peserta siswi memulakan perjalanan

peserta lelaki setelah tamat Jelajah GMUKM


sebahagian peserta siswi yang baru saja selamat tiba

Wednesday, October 21, 2009

Isu Yuran Pelajar: Mahasiswa Sebagai Juara


Bangi, 21 Oktober 09- Satu pertemuan sebentar tadi antara GMUKM bersama Bendahari UKM iaitu En. Hj Mohd Rashid Mohd Fadzil telah membawakan khabar gembira buat seluruh mahasiswa/i UKM. Kehadiran Saudara Mohd Idris B Mohd Yusoff selaku MPP FPI serta pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Politik telah disambut baik dengan kehadiran pegawai keselamatan UKM.

Perbincangan antara Bendahari UKM dengan Saudara Mohd Idris, Saudara Taufik dan Saudara Hilman yang mewakili pimpinan Persatuan Mahasiswa Sains Politik adalah mengenai isu sistem pakej baru dalam yuran pengajian dan isu mahasiswa yang berhutang tidak boleh membuat pendaftaran awal yang akan menyebabkan pinjaman PTPTN mereka ditahan untuk semester hadapan termasuklah akan didenda RM15.00. Perbincangan itu menghasilkan beberapa keputusan positif kepada mahasiswa:

1) isu pakej baru yuran yang menyebabkan pelajar lama terpaksa membayar yuran lebih walaupun jumlah jam kredit yang diambil adalah sedikit.

Respon Bendahari: Bayaran yuran bagi pelajar lama kembali mengikut sistem lama iaitu mengikut bilangan jam kredit yang diambil. Sekiranya ada di kalangan mahasiswa yang telah membayar lebihan yuran kerana pakej baru, bayaran tersebut akan ditolak kembali pada semester hadapan. Bagi mahasiswa baru, pakej baru diteruskan kerana lebih menguntungkan berbanding sistem lama kerana jumlah jam kredit yang bertambah.

2. Isu mahasiswa yang berhutang tidak boleh membuat pendaftaran awal yang akan menyebabkan pinjaman PTPTN mereka ditahan untuk semester depan termasuklah akan didenda RM15.00

"Saya berpandangan, mereka yang tidak membuat pendaftaran awal bukan semua kerana kelalaian tetapu benar-benar menghadapi masalah kewangan. Justeru, jika mereka tidak dibenarkan mendaftar dan ditahan pinjaman PTPTN, ini lebih memburukkan keadaan mahasiwa yang mempunyai masalah kewangan," Mohd Idris melahirkan rasa kecewanya.

Setelah berbincang, Bendahari UKM telah pun bersetuju untuk menghantar surat kepada Bahagian Akademik yang membolehkan semua mahasiswa yang masih berhutang boleh membuat pendaftaran awal. Beliau memberi jaminan bahawa dalam masa terdekat ini, semua mahasiswa yang masih berhutang boleh membuat pendaftaran awal kursus semester depan.

Mahasiswa/i dinasihatkan untuk mendaftar kursus awal setelah peluang dibuka. Sekiranya masih berlaku permasalahan, sila sampaikan kepada mana-mana MPP mahasiswa.

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) sedia berkhidmat untuk mahasiwa.

Monday, October 19, 2009

Semoga Berjaya


Bermulanya minggu ulangkaji menandakan peperiksaan akhir semester sudah terlalu hampir. Mahasiswa/i harus menggunakan masa yang berbaki ini untuk menunjukkan persembahan terbaik di atas kertas peperiksaan nanti. Dinasihatkan juga supaya semua dapat luruskan dan ikhlaskan niat belajar bukan hanya untuk lulus dalam peperiksaan semata-mata. Perlu memandang betapa tinggi nilainya ilmu itu dan tidak layak untuk dilimpahkan di atas kertas peperiksaan sahaja, malah ilmu harus diaplikasikan dalam kehidupan dan disampaikan kepada masyarakat.
"Sijil dan ijazah bukanlah matlamat utama, tetapi ianya sekadar 'alat'. Namun bukan bermakna kita mengabaikannya kerana ianya penting untuk mencapai matlamat"-Mohd Idris Mohd Yusoff, MPP FPI.

Saturday, October 17, 2009

HAPPY DEEPAVALI

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Deephavali kepada seluruh warga mahasiswa UKM khususnya mahasiswa beragama Hindu.

Friday, October 16, 2009

Kunjungan ke KPM

Pada jam 10.50 pagi tadi, Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa daripada Fakulti Pendidikan iaitu saudara Affandi Bin Abdul Rahman telah berkunjung ke Pejabat Kementerian Pelajaran untuk berjumpa dengan Menteri Pelajaran Malaysia untuk meminta penjelasan dan berbincang dengan Tan Sri Muhyidin Yasin berkaitan dengan isu yang hangat diperkatakan pada masa sekarang iaitu pembekuan penempatan guru pada tahun hadapan. Berdasarkan kepada maklumat yang diterima oleh wartawan Gabungan Mahasiswa, perancangan untuk bertemu dengan Menteri Pelajaran oleh MPP FPEND serta beberapa orang mahasiswa lain yang turut menyertai perjumpaan itu tidak berjaya. Namun begitu, mereka telah berjaya bertemu dengan beberapa orang pegawai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut.

Hasil pertemuan tersebut, pihak KPM menyatakan tiada sebarang arahan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kementerian terhadap arahan pembekuan tersebut.

Wartawan Gabungan Mahasiswa sempat untuk bertemu dengan saudara Affandi untuk bertanyakan mengenai tindakan yang diambil oleh pihak Gabungan Mahasiswa dalam menangani isu tersebut. Menurut beliau, pihaknya telah berhubung dengan membina kerjasama bersama MPP Pro Mahasiswa daripada universiti lain untuk memastikan isu ini tidak menjadi kenyataan, kerana isu ini adalah isu bersama dan bukannya kepada pelajar ukm sahaja.

Beliau juga memaklumkan bahawa Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPSI Prof Dr Zakaria Kasa baru-baru ini telah menjelaskan semula kenyataan yang dikeluarkannya melalui email yang dihantar kepada pihak UPSIKini. Menurut Prof tersebut, kelewatan penempatan yang dijangka berlaku tahun hadapan itu adalah satu kemungkinan. Selain itu, beliau juga memberi nasihat dan pandangan peribadinya sekiranya kelewatan itu benar-benar berlaku.

Thursday, October 15, 2009

UKM tercorot, salah siapa?


Bangi 14 oktober | Kedudukan UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan yang terkeluar daripada 200 ranking universiti terbaik dunia amat dikesali oleh pimpinan GMUKM.

Jika dilihat kembali pada falsafah universiti iaitu Paduan antara iman kepada Allah dan Ilmu yang bermanfaat, serta gabungan antara Teori dan Amal merupakan asas kepada pembangunan Universiti, pembudayaan ilmu, dan pembentukan MASYARAKAT TERPELAJAR, sepatutnya kedudukan UKM boleh berada terus kehadapan bukannya jatuh jauh dari kedudukan terdahulu.

“ Pembudayaan ilmu harus diterap dalam diri pelajar, bukan budaya hiburan yang melampau yang dibawa ASPIRASI. Sepatutnya budaya keintelektualan harus dihidangkan kepada mahasiswa kerena mereka merupakan agen kepada perubahan masyarakat pada masa akan datang” Respon yang diberikan oleh saudara Mohd Fikah bin Sanusi MPP GMUKM apabila diminta pendapat mengenai perkara tersebut.

Jika dilihat pada Universiti Malaya (UM), selepas daripada pemerintahan ProMahasiswa, kedudukan universiti tersebut telah melonjak sebanyak 50 anak tangga daripada 230 tahun lalu kepada 180 tahun ini. Ini dapat menjelaskan bahawa kepimpinan mahasiswa mampu mengubah suasana dan keadaan universiti dan ini juga membuktikan perlunya mahasiswa yang mampu berdiri diatas kaki sendiri tanpa perlu pencaturan daripada pihak ketiga.

“ Kami pentingkan kebajikan mahasiswa dan pada masa yang sama kami tidak mengabaikan aspek pembinaan kredibiliti mahasiswa samaada dari aspek akademik atau moral. Sebab itulah pembawakan kami dipecahkan kepada tiga iaitu keilmuan,kebajikan dan falsafah universiti” Jelas saudara Fikah.

UKM juga tercatat pada kedudukan keempat daripada seluruh universiti di Malaysia yang diminati oleh masyarakat Malaysia untuk dijadikan tempat menyambung pelajaran. Isu-isu yang tidak ada penjelasan seperti siswi yang dibawa lari oleh pemandu bas beberapa tahun yang lalu disamping siswi yang jatuh bangunan di Kolej Zaaba mungkin menjadi faktor utama populariti UKM menurun. Persoalannya, apa yang dibuat oleh PMUKM?

Mahasiswa harus bijak menilai dan perlu membuka mata untuk melihat pembawakan yang dibawa oleh pimpinan PMUKM sekarang dan mahasiswa perlu lantang untuk memberitahu perkara yang salah bagi penambahbaikan pemerintahan universiti.

Setiap daripada mahasiswa perlu membuka minda tentang siapa yang layak untuk memerintan PMUKM kerana kepimpinan yang lemah akan menghasilkan rakyat yang lemah. – BERSATU BERUBAH!!

Top Colleges and Universities in Malaysia

Monday, October 12, 2009

MPP GMUKM MOHON PENJELASAN KEMENTERIAN PELAJARAN

Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia meminta penjelasan daripada kerajaan berhubung laporan akan berlaku kelewatan penempatan guru-guru lepasan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti program pendidikan.
Laporan mengenai kelewatan tersebut disiarkan dalam blog upsikini.blogspot.com yang memetik Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa sebagai menyatakan demikian.

Menurut malumat yang diperolehi ,Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian simposium halatuju pendidikan fizik di Malaysia, anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) UPSI beberapa hari yang lalu.Prof Dr Zakaria dipetik berkata, punca utamanya adalah disebabkan oleh kelembapan ekonomi negara dan masalah kewangan yang dihadapi dalam pentadbiran kerajaan.

Ketika ditanya kepada saudara Affandi bin Abdul Rahman merupakan Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan UKM, berpendirian bahawa pendidikan bukanlah merupakan satu kos tetapi adalah satu pelaburan demi masa depan negara. Beliau berpandangan bahawa kekurangan kewangan bukan alasan untuk membekukan penempatan bagi mahasiswa fakulti Pendidikan di seluruh Negara. Kerajaan bersama Nutp sebagai contohnya perlu mencarai jalan untuk menyelesaikan masalah ini dan jangan biarkan guru-guru dan bakal pendidik menerima kesan dan nasib seperti ini. Pada masa sekarang terdapat kira-kira 380 000 guru di malaysia dan masalah kekurangan guru menjadi masalah yang berterusan. Justeru jika penempatan bagi mereka yang belajar dalam bidang pendidikan dibekukan maka sudah pastinya permasalahan ini akan menjadi lebih rumit.
Sehubungan itu beliau memohon agar, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuat penjelasan segera agar mahasiswa terutamanya mereka yang belajar dalam bidang pendidikan tidak keliru akan isu ini.

Ketika soalan diajukan kepada seorang lagi MPP dari Fakulti pendidikan dan merupakan pelajar tahun akhir iaitu saudara faez bin mat zin berkaitan dengan respon mahasiswa berkaitan isu ini , beliau memberitahu bahawa banyak menerima pelbagai respon daripada mahasiswa Fakulti Pendidikan berkaitan dengan isu ini, mereka amat bimbang jika pembekuan penempatan ini benar-benar berlaku. Justeru, beliau bersama dengan Majlis perwakilan pelajar daripada fakulti Pendidikan yang lain dengan sokongan seluruh pelajar fakulti pendidikan memohon agar pihak kementerian menjelaskan situasi yang berlaku dengan sebaiknya sekurang-kurangnya mampu untuk mengurangkan spekulasi pelbagai yang dibuat oleh mahasiswa seluruh Negara.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !