Kepada mahasiswa/I UKM yang dihormati, pengesahan peperiksaan semester 2 2008/2010 telah bermula pada 23 Februari 2009 (Isnin lalu) dan akan berakhir pada Ahad ini, 1 Mac 2009. Sila sahkan di SMPWEB pada tarikh tersebut untuk mengelakkan anda didenda sebanyak RM 15. Sekian, harap maklum.
Kompilasi Kejayaan Manifesto
Provinsi Ungu [Versi Online]
Friday, February 27, 2009
3 hari lagi tempoh pengesahan Final Exam
Monday, February 23, 2009
Yuran Pelajar NAik..Salah Siapa?
Kenyataan bahawa hanya pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi yang hanya mengalami kenaikan yuran pelajar pada semester ini adalah meleset semata-mata. Pada ziarah mesra MPP Mahasiswa yang diadakan pada hari ahad lalu, kedengaran rungutan pelajar Fakulti Perubatan bahawa yuran pelajar mereka turut mengalami kenaikan mendadak. Sebanyak 20 peratus kenaikan yang amat membebankan mereka. Ditambah dengan kenaikan harga makanan di kafeteria dan juga harga-harga buku rujukan mereka.
Sebenarnya, isu ini merupakan isu taboo (biasa) bagi mahasiswa. Setiap tahun, kedengaran suara-suara marah akan kenaikan harga yuran pelajar sama ada pengajian ataupun kolej. Tahun lalu sahaja, berlakunya kenaikan yuran khas Alumni sebanyak RM 50 untuk setiap pelajar, juga kenaikan khas aktiviti kolej daripada RM 80 kepada RM 100. Dan juga pelbagai lagi kenaikan lain antaranya yuran elektrik. Persoalan di sini ialah mengapakah mahasiswa perlu membayar yuran Alumni dan aktiviti kolej sehingga mencecah ratusan ringgit?
Yuran Alumni, sekiranya dikira 20 ribu mahasiswa membayar RM 50 ( 20,000 X 50 : 100,000. Seratus ribu satu semester. Sedangkan kita tahu, apakah peranan Alumni pada kita???
Juga yuran aktiviti kolej RM 100 . Jika kolej itu mempunyai 500 mahasiswa. Jaksa kolej akan mendapat RM 50,000 ribu (500 X 100). Diulangi lima puluh ribu. Satu angka yang banyak. Para JAKSA tak perlu lagi buat marketing untuk back up program mereka. Sungguh tidak adil buat mahasiswa yang dinafikan hak mereka dalam program (terutama penyokong GM yang dianak tirikan dalam program JAKSA).
Yuran naik, harga makanan naik sebenarnya adalah berpunca daripada kebisuan Aspirasi menyuarakan perkara ini kepada pihak pentadbiran. Justeru itu, dicadangkan kepada mahasiswa untuk berubah dalam PRK kali ini. Termasuk mahasiswa daripada Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) dan Kolej Tun Dr Ismail (KTDI). Dan buat 12 MPP Mahasiswa, mereka sudah dan akan bersuara untuk mengurangkan lagi kenaikan yuran pelajar. Kami di peringkat GMUKM sudah serik melihat mahasiswa terpaksa mengikat perut mereka apabila wang PTPTN dan biasiswa habis di pertengahan semester.
Pidato Umum dan dialog mahasiswa FUU
Pidato Umum dan Dialog Bersama Mahasiswa Fakulti Undang-Undang akan diadakan pada hari Selasa ini, jam 4.00 petang di DK 1. Semua mahasiswa/I Fakulti Undang-Undang digalakkan untuk hadir dan dapat berinteraksi dengan wakil MPP Mahasiswa yang terdiri daripada :
Phoon Kar Liang
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Fakulti Undang-Undang
Hisyamuddin Che Ali
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Umum Tahun 3 danAkhir
Mohd Fikah Sanusi
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Umum Tahun 3 dan Akhir
Faez Mohd Zain
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Umum Tahun 3 dan Akhir
Kepada Mahasiswa/I FUU, gunakan ruang demokrasi ini, untuk anda berkongsi masalah dan cadangan kepada MPP Mahasiswa untuk dibawa ke peringkat yang sepatutnya.
Takziah Buat 2 Sahabat Mahasiswa/I kita
Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mengucapkan takziah kepada Saudara Izzat Bin Azman, pelajar tahun 1 Fakulti Sains dan Kesihatan Bersekutu (FSKB). Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kemalangan jalan raya.
Juga GMUKM ingin mengucapkan takziah kepada Saudari Syakirah Johari, pelajar tahun satu Fakulti Pengajian Islam, Jabatan Arab dan Tamadun Islam. Allahyarhamah berasal daripada Kg. Perul, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan dan menginap di Kolej Pendeta Za’ba. Allahyarhamah meninggal dunia semalam disebabkan oleh penyakit buah pinggang.
Semoga Saudara Izzat dan Saudari Syakirah pergi dalam keadaan diredhai Allah, dan takziah diucapkan bagi seluruh keluarga beliau. Marilah kita sama menghadiahkan Al-Fatihah buat mereka berdua. Al-Fatihah
Sistem Kemudahan Jalan Raya UKM Perlu Diperbaiki
Terdapat banyak rungutan mahasiswa berkaitan dengan sistem jalan raya di dalam UKM ini. Antaranya ialah jalan yang berlubang terutamanya di Kolej Pendeta Za’ba. Juga pembinaan bonggol berbatu merah yang dikatakan amat bahaya kepada pengguna jalan raya di samping menyusahkan pemandu kereta memakai gear manual terutamanya di atas bukit dan sewaktu menuruni
Jurucakap MPP Mahasiswa, Saudara Arif Misrol menyifatkan situasi ini perlu diselesaikan secepat mungkin.
” Mahasiswa UKM perlu diberikan jaminan keselamatan yang tinggi untuk mengelakkan mereka terdedah dengan risiko kecederaan”, katanya sewaktu dihubungi wartawan GMUKM malam tadi.
Sementara itu, Calon Umum Tahun 3, Mohd Faez Mat Zain berkata beliau bersama dengan MPP Mahasiswa akan memperjuangkan isu tersebut secara konsisten demi kebaikan mahasiswa.
Dikatakan pada minggu ini, satu surat berhubung masalah perhubungan jalan raya ini akan diberikan kepada TNC HEPA dan salinan kepada setiap Pengetua Kolej.
"Suasana kampus yang selamat, kondusif dan selesa perlu diwujudkan kepada mahasiswa untuk menjadi pendorong kepada mahasiswa untuk berjaya dalam akademik dan persatuan yang seterusnya mengharumkan nama UKM itu sendiri,” Ujarnya