Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, September 17, 2009

Happy Hari Raya - Chairman Of GMUKM


Bismillahirahmanirrahim –In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Tomorrow will be the big day to all of the Muslim here. So I want to take this chance to wish all my Muslim friends, ukm students and gmukm supporters out there, a very blessed and joyous Hari Raya Aidilfitri. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
To those others, I also like to wish you having a great holiday break and enjoy visiting your Muslim friends.
Hari Raya Aidilfitri (also Hari Raya Puasa, literally "Fasting Day of Celebration") is the Malay term for the Muslim festival of Eid ul-Fitr. Hari Raya is also known as Eid-Mubarak. Muslims in Malaysia celebrate Eid like other Muslims throughout the world. The celebration is determined by sighting of the new moon on the day. before the next month on the Muslim calendar, Syawal. Instead of, the term "Hari Raya" literally means "Day of Celebration.

Hari Raya marks the end of Ramadhan, which is the holy month of fasting. This is a joyous occasion for the Muslims in Malaysia. It is also an occasion to seek forgiveness for past sins.
Normally, the UKM campus will be deserted during this festive period. Most of the students will take this opportunity to return to their hometowns to spend quality time with family and friends. This is known as ‘ Balik Kampung’ in Malay language. Hope everyone is having a safe trip home and reunion with the family, InsyaALLAH.

The main greeting used by Muslims in Malaysia is "maaf zahir dan batin" which translates loosely to "I seek forgiveness (from you) physically and spritually", for Hari Raya is a time to reconcile and renew relationships with others. Overall, Hari Raya Puasa is a joyous occasion for the Muslims and non-Muslims in Malaysia.
Again, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir and Batin. Hope we still have long live to enjoy the next ramadhan.I just want to say Happy lebaran for all muslim in the Malaysia actually, and in UKM especially. Happy Hari Raya and a great time spent with family and friends. Wassalam. United To Change..

Hisyamuddin Che Ali
Chairman of GMUKM 2009

Mesyuarat MPP : MPP GMUKM Tertipu Lagi

Mengejutkan. Inilah berita yang wartawan GMUKM terima sebentar tadi di bilik berita bahawa Mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) yang kali pertama diadakan pada 16 september 2009 lalu terpaksa ditangguhkan. Paling mengejutkan adalah alasan pembatalan itu yang dilaporkan berlaku akibat permintaan Presiden PMUKM sendiri, Nasir Nazri kepada Naib Canselor atas alasan bahawa ramai MPP (baca MPP Aspirasi) telah pulang ke kampung untuk bercuti raya.

Bilik berita kami turut menerima laporan bahawa MPP GMUKM seramai 12 orang itu tidak menerima sebarang notis mahupun sistem pesanan ringkas (SMS) memaklumkan penundaan mesyuarat tersebut dan mereka hadir ke mesyuarat itu tepat jam 9.00 pagi. Malangnya tiada langsung orang mahupun PMUKM yang berada di sana. Malahan, wakil MPP Perubatan dan MPP Farmasi yang sedang perjalanan ke UKM Bangi turut diarahkan pulang oleh wakil MPP di Bangi disebabkan penundaan mesyuarat itu.

Wartawan GMUKM berkesempatan menghubungi seorang MPP GMUKM yang ‘hadir’ ke mesyuarat itu dan menurut MPP tersebut yang enggan dikenali, beliau menyatakan kekesalan dengan sikap PMUKM Aspirasi yang gagal bersikap secara professional.

“ Kami rasa tertipu apabila hadir ke mesyuarat itu dan jelas bahawa Aspirasi mempermainkan kami apabila tiada seorang pun wakil Aspirasi yang hadir pagi itu (16 hb September) kerana mereka sudah tahu penundaan itu sejak awal lagi,’ ujarnya.

Katanya lagi bahawa tindakan tidak memberitahu sebarang maklumat tentang penundaan itu kepada MPP GMUKM menunjukkan bahawa PMUKM Aspirasi jelas ingin menzalimi dan menyusahkan MPP GMUKM.

“ Apa kes apabila penundaan ini sudahlah tidak diberitahu kepada MPP GM, malahan ditangguhkan kerana alasan ‘budak-budak’ dan bersifat peribadi,” ujarnya merujuk surat permintaan kepada Naib Canselor untuk tangguhkan mesyuarat itu atas alasan hari raya yang ditandatangani sendiri oleh Presiden PMUKM.

Menurut MPP tersebut bahawa alasan penangguhan kerana hari raya adalah tidak relevan dan pihak PMUKM Aspirasi perlu mengutamakan kepentingan mahasiswa, bukannya kepentingan peribadi.

Sementara itu, salah seorang MPP GMUKM yang turut tertipu dengan permainan Asapirasi ketika dihubungi meluahkan kemarahannya kepada Saudara Nasir.

“ Saudara Nasir sepatutnya bertindak sebagai pemimpin dengan memberitahu penundaan itu melalui sms sahaja dan bukannya membiarkan MPP GM datang dan melihat dewan mesyuarat kosong’’

“ Apakah kerana MPP GM dianggap sebagai bahan buangan oleh mereka (PMUKM Aspirasi), menyebabkan mereka menganak tirikan MPP GMUKM dalam segala hal”, soalnya dengan tegas.

Sebelum ini juga diperkatakan ramai tentang kezaliman Aspirasi dalam soal pembahagian kerusi MPP, ketiadaan bilik untuk MPP GM, program tidak dipanggil, surat atau notis yang lambat atau tidak sampai dan pelbagai lagi kezaliman terhadap MPP GMUKM.

Wartawan GMUKM turut dilaporkan bahawa MPP GM yang hadir telah pergi ke bilik TNC HEPA dan berjaya berjumpa dengan Naib Canselor dan TNC HEPA di ruangan tingkat 6 Bangunan Canselori. Mereka telah mengadu kepada Naib Canselor tentang kegagalan Aspirasi memaklumkan mereka penundaan mesyuarat itu. Ada juga MPP GM yang bertanyakan dan mengajukan surat berkaitan kebajikan mahasiswa.

Pertemuan itu berlangsung kira-kira satu jam. Naib Canselor apabila diajukan permasalahn mesyuarat MPP yang hanya berlangsung satu kali sahaja, beliau terkejut dan meminta TNC HEPA menyiasat isu ini.

Bagi alasan Presiden PMUKM bahawa penangguhan disebabkan oleh ramai MPP Aspirasi balik kampung (rujuk surat di bawah). Ramai mahasiswa yang ditemui menyatakan kekesalan terhadap alasan ini. Bahkan seorang pelajar Undang-Undang menyifatkan alasan pengangguhan mesyuarat MPP dengan LPU UKM adalah alasan tidak masuk akal dan membuktikan cakap-cakap belakang sebelum ini bahawa PMUKM Aspirasi gagal dalam menjaga kebajikan mahasiswa. Dan juga gagal dalam sejarah kepimpinan MPP yang dilihat lemah dan kurang profesional.


DEMOKRASI OH DEMOKRASI

Bagi masyarakat yang meletakkan keamanan (security) sebagai perkara paling dasar, demokrasi diperlukan kerana sistem ini mampu mewujudkan kestabilan sosial, keamanan dan keadilan. Masyarakat ini memerlukan demokrasi bagi mengakhiri ketempangan sosial, menyudahi penindasan ekonomi dan mencipta kesejahteraan dalam kehidupan. Prinsip utama demokrasi ini adalah keadilan sosial itu sendiri.

Secara asasnya, demokrasi bukanlah suatu sistem asli yang digunapakai di dalam negara Malaysia. Sistem awal yang digunakan pakai di Tanah Melayu suatu ketika dahulu adalah sistem Raja berkuasa mutlak (absolute monarchy). Tetapi oleh kerana Raja tanpa sokongan rakyat begitu lemah sehingga terpaksa serah negeri-negeri mereka kepada British, maka rakyat telah bangun pada 1946 untuk menebus balik negeri-negeri Melayu bersama Raja dan meneruskan peranan politik mereka melalui Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Prinsip asas demokrasi adalah memberi kuasa kepada rakyat untuk mentadbir negara mereka sendiri. Adalah dipercayai rakyat tentu bijak dalam pemilihan pemimpin mereka. Mereka tentu tidak akan pilih orang yang ternampak jelas akan rosakkan negara mereka dan membinasakan mereka.

Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dihuni oleh mahasiswa berbilang kaum dan budaya merupakan satu koloni masyarakat kampus yang benar-benar menggambarkan suasana sebenar masyarakat Malaysia. Dalam pengamalan demokrasi di UKM mahasiswa diberi hak untuk membuat pemilihan pimpinan yang bakal menjadi jurubicara mahasiswa ke peringkatan pentadbiran universiti. Proses pemilihan melalui pilihan raya kampus yang saban semester dijalankan merupakan medium utama proses pemilihan tersebut.

Kali ini, pilihan raya kampus yang bakal dijalankan tidak lama lagi bakal menjadi bukti tentang pengamalan demokrasi di peringkat kampus UKM. Namun sejauh manakah ketelusan dalam pilihan raya kali ini dijalankan masih menjadi persoalan.

Hari ini, bahang atau suasana pilihan raya kampus sudah mula terasa walaupun hari pembubaran masih lagi menjadi tanda tanya. Pada sesi pilihanraya kampus yang lepas notis pembubaran PMUKM ditampal pada waktu cuti semester dan majoriti mahasiswa tidak tahu menahu akan notis tersebut . Seolah-olah, jawatankuasa pelaksana pilihan raya tidak mahu semua mahasiswa mengetahui tarikh pilihan raya kampus??

Mahasiswa mempunyai hak untuk membuat pemilihan terbaik terhadap wakil mahasiswa yang menduduki kerusi Majlis Perwakilan Pelajar. Mahasiswa kampus UKM tertanya-tanya. Adakah ini merupakan salah satu perancangan pihak tertentu dalam menafikan hak-hak mahasiswa. Keraguan terhadap pengamalan demokrasi kampus UKM diragui

Tuesday, September 15, 2009

Edar Kad Raya: Penghuni Zaaba Gembira




Bangi, 15 Sept 2009 - GMUKM terus meraikan mahasiswa yang bakal pulang beraya. Kehadiran GMUKM kali ini di Kolej Pendeta Zaaba. Perasaan gembira jelas tergambar di wajah-wajah penghuni kolej tersebut apabila menerima kad raya daripada petugas GMUKM. 

Kehadiran mereka bersama dengan kad raya tersebut sedikit sebanyak menyemarakkan susana sambutan hari raya di sana. Petugas GMUKM ketika dihubungi melahirkan rasa gembiranya ketika menjalankan tugas. Saat yang paling gembira adalah ketika terdapat penghuni yang menggamit mereka untuk mendapatkan kad raya yang diedarkan. Suasana mesra jelas dapat dilihat ketika pengedaran kad raya dijalankan.

Ketika di tanya seorang mahasiswa FST tahun 1 yang bernama Mohd Hazim Haznan, beliau menjelaskan bahawa kehadiran GMUKM di kolej ini amat mengembirakan hati penghuni-penghuni Zaaba."Kami terasa amat berbesar hati dengan GMUKM kerana sanggup melapangkan masa meraikan musim perayaan yang bakal tiba bersama penghuni-penghuni kolej Zaaba." jelas beliau.

FESTIVAL ILMU '09 : MENJANA KEINTELEKTUALAN


Festival Ilmu '09 yang telah diadakan pada 8-10 Sept yang lalu merupakan program yang julung-julung kali diadakan anjuran MPP UMUM, Mohd Faez Mat Zin dengan kerjasama Persatuan Anak Negeri Terengganu (PERMATA). Program yang bertemakan "Keintelektualan Asas Kemajuan Mahasiswa" ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik sesuai dengan keperluan mahasiswa/i pada hari ini.

Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat daripada warga kampus ialah Forum Ramadhan yang menampilkan penceramah hebat iaitu Ustaz Farhan Abdullah dan Ustaz Ridhuan Mohd Nor. Selain itu, Festival ini turut memuatkan program berkaitan 'softskills' seperti Bengkel Keusahawanan dan Kerjaya serta Program Motivasi Kepimpinan dan Sahsiah Diri.


Pesta Buku dan Jualan turut mendapat tempat di hati mahasiswa/i yang sudi meluangkan masa berkunjung ke booth-bo0th yang ada untuk membeli bahan bacaan dan barangan keperluan harian. Festival yang berlangsung selama 3 hari ini diharapkan dapat membangkitkan semangat mahasiswa/i untuk terus meneroka dan menguasai pelbagai bidang ilmu di samping melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah yang lain.

MPP UMUM, Mohd Faez Mat Zin yang ditemui berkata, penghayatan ilmu perlu dititikberatkan oleh mahasiswa/i untuk memastikan nilai keintelektualan terus berkembang subur.

"Pembudayaan ilmu adalah proses berterusan yang memerlukan disiplin diri yang tinggi. Pembelajaran yang disertai dengan penghayatan akan memberi impak yang lebih besar dalam proses pengaplikasian ketika berdepan dengan masalah dan cabaran mendatang," ujarnya lagi.

Students Council Hands Memo To Indonesian Embassy-Bernama News

KUALA LUMPUR, Sept 14 (Bernama) -- The National Undergraduates' Representatives Council (MPMN) on Monday submitted a memorandum to the Indonesian embassy here urging the Indonesian government to seek an understanding with the Malaysian government to ease any tension between both countries.

The memorandum was handed over to Soneta Asmara, Third Secretary, Information, Social and Culture Department at the embassy.

MPMN deputy chairman Hisyamuddin Che Ali said the request was one of six matters contained in the memorandum.

He said the Indonesian government should take stern action against any individual or group involved in attempts to tarnish the cordial relations between the two countries.

"Both countries have to hold discussions to seek an understanding, besides the important roles to be played by both leaders (the Malaysian prime minister and the Indonesian president), in restoring relations to their best," he told reporters after handing over the memorandum.

Hisyamuddin also asked the Indonesia media to stop sensationalising issues which could undermine bilateral relations and to report issues in a transparent and responsible manner.

"The memorandum also wants consultations to be held amicably, including through legal channels, if necessary, to restore relations," he said, adding that the council wanted the Indonesian government to ensure the security of Malaysian students in that country.

Soneta, when approached at a breaking of the fast at the embassy with Malaysian and Indonesian media representatives, confirmed having received the memorandum and gave the assurance the matter would be looked into.-- BERNAMA

GMUKM TAWAN KBH & KIY


Bangi, 15 Sept 2009 - Sebanyak 1000 kad raya telah berjaya diedarkan kepada mahasiswa/i Kolej Burhanuddin Helmi dan Kolej Ibrahim Yaakub semalam. Bermula di kolej 'highlanders' ke Kolej Burhanuddin Helmi, 30 orang petugas GMUKM mengedar kad raya.

Seorang mahasiswa/i tahun 1 FSSK, Nur Hazirah Sulaiman berkata, "Kehangatan hari raya Aidilfitri semakin terasa, perasaan ingin pulang ke kampung halaman, menemui ibu bapa yang dirindu membuak-buak. Terima kasih GMUKM!" Beliau yang merupakan anak negeri Kedah Darul Aman akan bertolak pulang ke sana pada hari khamis ini. Girang tatkala Hazirah dan teman-teman sekolejnya mendapat kad raya pertama daripada GMUKM.

MPP Fakulti Pendidikan Tahun 3 iaitu Affandi Bin Abdul Rahman berkata,"diharapkan semua mahasiswa/i dapat analisa diri sejauh mana kita manfaatkan Ramadhan. Raikan Hari Kemenangan dengan penuh bermakna bersama keluarga tercinta." Katanya lagi, mahasiswa/i diseru untuk menjaga keselamatan diri sepanjang perjalanan pulang ke kampung, menemui ibu ayah. 

Monday, September 14, 2009

GMUKM: Salam Hari Kemenangan


Beberapa hari lagi umat Islam bakal meraikan hari kemenangan setelah berpuasa selama sebulan. Bagi sisa-sisa Ramadhan yang masih berbaki ini, mereka diingatkan untuk merebut fadhilat dan ganjaran lailatul qadar,tingkatkan amalan dan menjauhi perbuatan maksiat supaya 1 syawal nanti dapat melahirkan insan yang baru dalam segala aspek. 

"Saya  menyeru agar kita sama-sama menggunakan masa yang suntuk ini untuk mengisi masa dengan perkara bermanfaat, mencari erti ramadhan sebenar supaya mendapat kemenangan yang amat bermakna di bulan Syawal yang bakal kunjung tiba. Pasakkan segalanya kerna Allah, pasti ada nilai di sisiNya"- Mohd Idris Mohd Yusoff, MPP Fakulti FPI

Salam Kemenangan diucapkan ikhlas dari Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM)

Saturday, September 12, 2009

Mohon Lontaran Cadangan Seluruh Mahasiswa Kepada MPP GABUNGAN MAHASISWA


Salam Mahasiswa

Majlis Perwakilan pelajar UKM akan mengadakan mesyuarat semeja bersama Majlis Pengurusan Universiti seperti yang telah dinyatakan dalam surat diatas. Secara ringkasnya mesyuarat bersama MPU ini adalah mesyuarat yang akan membincangkan perjalanan pengurusan mahasiswa yang diwakili oleh MPP dan juga hal-hal lain. Pihak yang terlibat di dalam mesyuarat ini adalah terdiri daripada 4 orang Timbalan Naib Canselor dan seluruh pegawai kanan Universiti seperti yang terdapat pada surat diatas.

Justeru kami di peringkat MPP GABUNGAN MAHASISWA amat mengharapkan lontaran cadangan, idea serta permasalahan daripada seluruh mahasiswa UKM untuk dibawakan ke mesyuarat berkenaan.

Kami di peringkat MPP GABUNGAN MAHASISWA akan berusaha sedaya upaya untuk menyuarakan segala cadangan, saranan dan permasalahan anda di dalam mesyuarat berkenaan.


Ikhlas Daripada,
MPP GABUNGAN MAHASISWA
Sesi 2008/2009

SUARA ANDA KEUTAMAAN KAMI

Friday, September 11, 2009

Pilihan raya kampus UKM dengan e-voting..?

Mahasiswa sering dikatakan sebagai pewaris kepimpinan generasi akan datang. Dan sememangnya itulah hakikat yang sebenarnya. Pilihanraya Kampus merupakan medium latihan bagi seluruh mahasiswa mencorakkan sistem kepimpinan mereka secara praktikal. Gerakan politik kampus UKM yang telah bermula sejak dari tahun 1970 dengan tertubuhnya PMUKM hasil daripada pilihanraya kampus dan sehingga tahun ini hampir mencecah 40 tahun usiannya.

Bersempena dengan PRK yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi, suka untuk dikongsi berkenaan perjalanan PRK bagi UKM. Isu berkenaan pilihanraya kampus ini tidak boleh lari daripada pihak pihak yang bertanding. Sinonim di UKM ini pertandingan sengit antara Gabungan Mahasiswa yang pro kepada mahasiswa dan juga Aspirasi yang pro kepada pentadbiran. Satu lagi pihak yang memainkan peranan seperti SPR adalah Jawatankuasa Pemilihan dan juga Urusetia Pemilihan MPP yang terdiri daripada admin UKM itu sendiri.

Hampir 40 tahun kita dihindangkan dengan sistem Pilihanraya secara manual sepertimana sistem Pilihanraya Umum negara. Tetapi berita yang kuat bertiup sehiingga kini daripada beberapa sumber pentadbiran adalah mengenai penggunaan sistem e-voting bagi menggantikan sistem manual pada sesi kali ini. Hal ini dikuatkan dengan beberapa pindaan besar dalam buku peraturan tatatcara pemilihan MPP yang telah dipinda secara drastik oleh Jawatkuasa Pemilihan MPP UKM bermula pada sesi lepas 2008/2009.
Belumpun selesai isu perjalanan PRK secara manual yang terlalu banyak dipertikaikan ketelusannya, timbul pula agenda baru e-voting. Dengan sistem demokrasi dlm PRK yang layak diberi tahap 1 bintang, muncul pula agenda yang lebih mengelirukan iaitu sistem e-voting ini. Ini adalah agenda memilih Majlis Perwakila Pelajar dan bukannya memilih juara Akademi Fantasia ataupun Mentor. Sebelum daripada ini antara kampus yang menjadi mangsa penggunaan sistem ini adalah UPM dan UPSI.

Alasan utama yang akan digunakan semestinya adalah selari dengan kecanggihan teknologi ICT, menjimatkan masa pelajar serta petugas, memudahkan pengiraan, menjimatkan kos dan sebagainya. Bagi saya, e-voting hanya menguntungkan pihak Jawatankuasa Pemilihan MPP sahaja kerana ia menyenangkan urusan mereka. Kaedah ini adalah tidak praktikal sama sekali dengan kaedah perjalanan Pilihan Raya Umum di luar.

Dengan kelompangan yang begitu banyak dan ketara dalam buku peraturan pemilihan MPP yang belum ada jalan penyelesaian terbaik, ini bukanlah masanya untuk menjadikan mahasiswa sebagai bahan eksperimen bagi sistem e-voting ini. Mahasiswa seharusnya didedahkan dengan realiti dunia sebenar dalam konteks pilihanraya kampus ini. Bukan sekadar dibudak budakkan atau sekadar cukup syarat sahaja. Ini adalah hakikat yang berlaku dalam pemilihan pemilihan MPP sebelum ini. Nah ! Hasilnya maka lahirlah pemimpin pelajar yang sekadar tahu mengangguk dan menggeleng dan inilah pewaris negara akan datang yang bakal dilahirkan daripada gedung ilmu.

Konklusinya adalah perbaiki sistem manual yang telah sedia ada dengan mengurangkan jurang pilih kasih atau pilih bulu antara calon calon yang bertanding. Selain daripada menghalang campurtangan daripada pihak pihak luar seperti felo dan juga pengetua sepanjang tempoh berkempen, dalam masa yang sama juga pertingkatkan sistem ketelusan pengiraan serta penjumlahan undi yang kebiasaannya menimbulkan ketegangan antara pengetua pengetua kolej dengan calon calon serta agennya akibat kurang pemahaman atau penelitian terhadap buku peraturan yang sememamngnya kabur dari sudut kaedah perjalanan pemilihan yang disediakan oleh pihak pentadbiran sendiri. Bukan dengan pelaksaan e-voting.

Salam Ramadhan Kareem & Stop Rasicm
Ikhlas,
Mohd Fikah Bin Sanusi,
Wakil Umum Majlis Perwakilan Pelajar UKM 08/09
Fakulti Undang undang/ Tahun 4

Wednesday, September 9, 2009

Warga UKM Menyokong Usaha GMUKM




UKM, 9 Sept 2009 - GMUKM terus melangkah mendahului semua gerakan pelajar di UKM apabila pengedaran kurma percuma hari ini yakni hari ke-7 semakin meriah apabila kakitangan UKM turut menyambut baik usaha GMUKM.

Encik Wan Mohd Mustaza, pegawai Wisma Aman berkata, " Sekian lama kami berkhidmat, inilah kali pertama pelajar UKM sanggup bersama kami menyambut bulan yang penuh barakah ini."
Beliau juga berharap usaha ini harus diteruskan supaya dapat menggalakkan warga UKM mendapatkan fadhilat memakan kurma yang juga merupakan sunnah Nabi di bulan yang mulia ini. Beliau dan rakan-rakannya melahirkan rasa terharu dan gembira dengan pemberian tersebut.

Sebelum ini, GMUKM bersama MPP Mahasiswa telah mengunjungi kolej-kolej secara berkonvoi untuk mengedar kurma percuma selama 7 hari.

"Alhamdulillah, sambutan dari mahasiswa/i kita di kolej-kolej sangat positif, hinggakan kurma tidak mencukupi. Kami akan berusaha lebih untuk mendapatkan lebih banyak kurma untuk mahasiswa/i UKM"-petugas GMUKM

Sehubungan dengan itu, GMUKM menyeru masyarakat kampus untuk bersama-sama GMUKM untuk mengimarahkan masjid UKM dengan memakai pakaian ungu esok bersempena Hari Ungu.

Sunday, September 6, 2009

Pengumuman: Festival Ilmu '09




FESTIVAL ILMU 'O9
8-10 September 2009
Bangunan Pusanika, UKM
" Keintelektualan Asas Kemajuan Mahasiswa"

Diantara program:

Pesta Buku dan Jualan

Perasmian Festival Ilmu '09

Forum Ramadhan

Tajuk:
Ramadhan: Hadirmu Dinanti, Pergimu Ditangisi
Panel:
Saudara Hafiz bin Razak (Moderator)
Ustaz Farhan Abdullah Al-Hafiz
Ustaz Riduan bin Mohd Nor

Bengkel Keusahawanan dan Kerjaya

Motivasi Kepimpinan dan Sahsiah Diri
motivator: En. Amin bin Idris

p/s: Kepada mahasiswa/i dijemput untuk menghadiri program yang diadakan. Dengan kehadiran kalian semua dapat memberi input yang berguna. Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Faez :0132509738
Halim:0132124817
Tasneem:0132429726

Friday, September 4, 2009

GMUKM terus mara mengorak langkah














Ukm, 3 sept 2009- Dalam kesibukan masyarakat kampus menyambut bulan ramadhan al-mubarak, GMUKM mengorak langkah mendekati masyarakat kamus dengan memberi kurma percuma kepada mereka.

“ Saya berterima kasih kepada pihak GMUKM, mereka sentiasa mendahului isu dan prihatin terhadap keadaan sekeliling. Saya rasa mereka patut diberi pujian kerana banyak perkara kebajikan yang telah mereka buat untuk masyarakat kampus.” Kata Nur Ain Nasir pelajar Fakulti Sains Teknologi tahun 2 ketika ditemui wartawan GMUKM semasa melihat maklum balas mengenai kempen tersebut.

Pemberian kurma kepada masyarakat kampus merupakan satu aktiviti yang telah lama dirancang oleh pihak GMUKM.

Matlamat utama pemberian kurma kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM adalah untuk memperingati mereka supaya meningkatkan amal ibadah dibulan mulia ini.

GMUKM bukan hanya prihatin terhadap perkara material, tetapi mereka juga mengambil berat terhadap masalah spiritual masyarakat kampus. Buktinya jelas apabila semalam, setelah selesai member kurma di cafeteria-kafeteria kolej, pihak GMUKM telah menganjurkan tadarrus beramai-ramai di masjid UKM.

Semestinya, ramai yang menyokong GMUKM dan menyambut baik hasrat pihak GMUKM apabila ramai yang menghadiri tadarrus tersebut.

“Pihak GMUKM berterima kasih kepada semua yang telah hadir bertadarrus bersama GMUKM” ucapan yang diberikan oleh saudara Affendi bin Abd. Rahman, MPP tahun 3 Fakulti Pendidikan semalam.

Kempen pemberian buah kurma dan tadarrus ini bukan merupakan noktah bidayah bagi pihak GMUKM, tetapi merupakan kebangkitan semangat GMUKM untuk mendekati masyarakat kampus secara keseluruhannya.- Wartawan GMUKM

Wednesday, September 2, 2009

Tuesday, September 1, 2009

Minyak Naik..Selamat Hari Merdeka...

Kepada pembaca blog gm yang setia, apabila anda membaca entri ini, pasti anda akan dan telah pun merasai beban kenaikan harga minyak petrol yang naik pada 1 september 2009.

Dalam kebanyakkan akhbar internet hari ini melaporkan bahawa kerajaan Malaysia pimpinan Datuk seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05. Kenaikan sebanyak RM 0.25 sen dan diulangi sekali lagi, kenaikan sebanyak RM 0.25 sen. Manakala harga bagi RON95, jenis minyak yang biasa dipakai oleh mahasiswa untuk digunakan bagi motorsikal dan kereta, ia telah naik sebanyak lima sen daripada harga asal RM 1.75 seliter menjadi RM 1.80 seliter.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

Ismail Sabri berkata lagi bahawa kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

Kepada mahasiswa sekalian, walaupun tindakan kerajaan ini disebabkan oleh kenaikan mendadak harga minyak dunia, tetapi kita perlu melihat dari sudut positif, bahawa kegawatan ekonomi negara ini sebenarnya masih belum berakhir lagi. Dan negara kita terus memencilkan diri untuk mengakui negara ini sebagai negara pengeluar minyak antara terbesar di Asia Tenggara selepas Brunei. Maka atas dasar ini, GMUKM mengutuk kenaikan barang keperluan ini tidak kira siapa pemerintahnya sama ada daripada BN ataupun PR kerana hujah GM amat kukuh, iaitu negara ini adalah pengeluar minyak dan tentu negara kita jadi kaya lagi jika harga minyak dunia naik. Bukannya negara yang menjadi Negara pengeksport minyak harga petrolnya sama dengan harga di negara pengimport minyak.

Inilah nasib mahasiswa yang seringkali dizalimi apabila wujud sindrom ‘Barang Naik’. Dengan kenaikan tambang bas ekspress pada hari raya ini, kenaikan tambang teksi, harga makanan yang mahal, dan yang terbaru, kenaikan harga petrol yang seringkali digunakan oleh mahasiswa dalam kehidupan seharian mereka.

Oleh sebab itulah GMUKM perjuangkan bahawa setiap satu sen dibayar kepada sesiapa terutamanya PMUKM atau JAKSA, maka mahasiswa berhak mengetahui ke mana perginya duit itu. Adakah masuk dalam kocek mereka atau dibazirkan dengan program yang bersifat peribadi untuk memenuhi hasrat individu dalam organisasi tersebut.

Dan maklumat terbaru GMUKM perolehi bahawa PMUKM sedang bersiap-siap untuk terbang ke New Zealand, melancong sambil belajar kononnya. Dan dikhabarkan bahawa MPP GMUKM akan memperjuangkan isu untuk mendesak agar satu sen daripada RM 10 duit mahasiswa yang dibayar pada setiap semester, tidak akan digunakan dalam siri pelancongan ini. Ingatlah bahawa mahasiswa perlu berani persoalkan hak mereka. Jangan kita biarkan duit kita mengalir masuk ke dalam poket-poket si pembazir mahupun perasuah yang secara jelas akan menzalimi seluruh mahasiswa di UKM ini.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !