Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, October 29, 2012

Model Peradaban Malaysia Lebih Baik Dari Peradaban Barat Yang Pentingkan Kebendaan Dan Tidak Keadilan

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto PKK dan Unit Foto Penerbit UKM
BANGI, 23 Okt 2012 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diharap dapat menyumbang kepada fasa baru Peradaban Islam yang bakal mendapat perhatian dunia akibat budaya Barat yang sedang dilanda pelbagai krisis.
Profesor Dr Kosugi Yasushi yang dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dari UKM hari ini berkata Malaysia harus membuktikan model peradabannya adalah lebih baik untuk dunia.
Prof Kosugi dari Kyoto University, Jepun berkata masyarakat antarabangsa semakin mual dengan peradaban Barat yang terlalu mementingkan kebendaan dan ketidak adilan.

Kini sudah sampai masanya Malaysia dan negara Islam Asia Tenggara lain tampil kehadapan untuk membantu membawa keamanan dan kesejahteraan ke pesada dunia.

Wednesday, October 24, 2012

HUDUD : JANGAN JADI 'SYAITAN BISU'




Islam sekali lagi dihina dan diperlekehkan oleh Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek berkenaan pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia.

Soi Lek yang secara berani mengutuk pelaksanaan Hudud di Malaysia dengan mengatakan 1.2juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan. Dalam kenyataan lain, Soi Lek juga mendakwa negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara yang paling korup, tidak stabil dan tidak selamat 

Persoalannya sekarang, dimana suara mereka yang berautoriti dalam institusi agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato seri Jamil Khir Baharom? Adakah penghinaan sekeji ini terhadap agama Islam masih lagi mengulik mimpi  pihak penguasa yang sepatutnya menjadi benteng barisan hadapan? 

Tuesday, October 23, 2012

BUBAR PMUKM : AUTONOMI MAHASISWA DICABUL


Pilihanraya kampus (PRK) yang telah melabuhkan tirainya merupakan satu medan untuk memberikan pendidikan politik kepada seluruh mahasiswa khususnya dalam soal memilih pucuk pimpinan yang bakal menerajui kerajaan mahasiswa di kampus. PRK yang lepas menyaksikan kemenangan majoriti yang berpihak kepada kumpulan mahasiswa Pro M khususnya di kampus kawasan Lembah Klang terutama di UKM, UM dan UIA. Apa yang kita lihat daripada kemenangan ini adalah mahasiswa hari ini sudah mula sedar dan berani untuk membuat penilaian yang bijak dalam usaha menentukan siapa pemimpin mereka bagi mengisi kabinet kerajaan mahasiswa di kampus lantaran memilih calon Pro M sebagai pilihan mereka. Dari sudut pandang yang lain, kemenangan yang dicapai oleh Pro M di kampus Lembah Klang sememangnya membuatkan UMNO KAMPUS tidak senang duduk seperti cacing kepanasan lebih-lebih lagi apabila konspirasi terancang mereka iaitu Ops 2020 gagal dalam mencapai agenda yang telah ditetapkan sebagaimana pendedahan yang pernah dibuat oleh pihak GMUKM dalam entri sebelum ini.

Walaubagaimanapun, kita lihat sememangnya konspirasi Ops 2020 tersebut masih belum terkubur dan masih berlangsung dalam usaha mereka untuk menafikan kemenangan Pro M khususnya melihat kepada pelaksanaan agenda tersembunyi mereka dalam membubarkan PMUKM untuk sesi kali ini. Kita lihat pentadbiran universiti banyak belajar daripada kemenangan GMUKM dalam PRK yang lepas khususnya melihat kepada kecemerlangan kepimpinan PMUKM dalam menggalas tugas dan peranan mereka sehingga kita lihat kesannya sekarang terhadap pembubaran PMUKM sebagai usaha pihak pentadbiran untuk mencatur pergerakan mahasiswa dan menghadkan peranan mereka dalam kampus apatah lagi luar kampus. Secara tidak langsung kita lihat autonomi mahasiswa untuk mencorak kepimpinan mereka mengikut cara tersendiri dicabul dan tercabar.

Sunday, October 21, 2012

'Pegawai Kerajaan Usah Bimbang Kemukakan Cadangan' - Tan Sri Dr Mazlan Ahmad



Tan Sri Dato' Paduka Dr Mazlan Ahmad menasihati kakitangan kerajaan tidak terlalu banyak merungut tetapi bersedia memberi cadangan memperbaiki jentera kerajaan jika tidak puas hati.

Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menyeru mereka lebih tekun bekerja dan berani memberi pandangan mengenai dasar-dasar kerajaan.

Tan Sri Dr Mazlan yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pentadbiran Awam,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Majlis Konvokesyen Ke-40 UKM berkata, mereka yang lantang bersuara harus juga memberi cadangan yang bernas jika memikirkan dasar atau program kerajaan kurang sesuai.

Dalam ucapbalasnya selepas menerima Ijazah Doktor Kehormatnya, Tan Sri Dr Mazlan berkata seseorang yang mahu mencapai kejayaan perlu mempunyai wawasan dan semangat yang boleh mendorong mereka untuk maju.

Thursday, October 18, 2012

Rombak silibus untuk ijazah yang lebih 'Marketable' ?

Oleh ROZAID A. RAHMAN (rozaid@thestar.com.my)

PADA malam Selasa (16 Okt), penulis telah berpeluang untuk mendengar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggulung Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet 2013) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.

Terdapat beberapa fakta dan isu yang menarik yang telah disentuh olehnya sepanjang ucapannya itu.

Antara lain, beliau telah ditanya mengenai sama ada perlu program pengajian di universiti dirombak semula bagi memansuhkan program-program yang tidak marketable - misalnya seperti pengajian sastera, sejarah dan geografi.

Jawapan yang diberikan oleh Khaled adalah sangat menarik.

Katanya; "Suka saya nyatakan, isu mengenai cadangan untuk memansuhkan program yang tidak marketable sering dibangkitkan.

Syabas YBhg Tan Sri Naib Canselor



Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan semula YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr Sharifah Hapsah binti Syed Hassan Shahabuddin yang disambung kontrak selaku Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk tempoh satu (1) tahun lagi sehingga 27 Ogos 2013.

Ini selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (1) Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan atas perakuan Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Y.B. Menteri Pengajian Tinggi telah bersetuju melantik semula YBhg. Tan Sri sebagai Naib Canselor UKM yang disandang oleh beliau sejak 27 Ogos 2006.

Untuk rekod, Y.Bhg Prof Sharifah Hapsah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universti Malaya pada 1973, Ijazah Sarjana Kesihatan (Pendidikan Personel) dari University of New South Wales, Australia (1982) dan  Doctorate in Medicine pada 1997.

Y.Bhg Tan Sri memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan UKM pada 1975 dan jawatan terakhir di UKM sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan.  Beliau juga pernah menjawat beberapa jawatan seperti Pengarah Hubungan Antarabangsa UKM (1996-2000), Timbalan Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2000-2004) dan Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2004-2005).

Gabungan Mahasiswa optimis YBhg Tan Sri bersedia mendengar keluhan para mahasiswa dan mampu mengatasi sebarang karenah birokrasi yang samada sengaja atau tidak sengaja yang wujud dalam sistem pentadbiran universiti.

Mengakhiri kalam, kami di peringkat Gabungan Mahasiswa mengucapkan syabas dan tahniah kepada YBhg Tan Sri NC dan mendoakan beliau lebih dinamis dalam mentadbir universiti tempat kita menuntut ilmu.

Wednesday, October 17, 2012

Kesediaan PMUKM 2010-2012 Membentang Laporan Gerak Kerja Penuh PMUKM

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Mafhum Firman Allah S.W.T : "Sesungguhnya Allah menyuruh melaksanakan keadilan dan kebaikan, memberikan hak sillaturahim serta kebaikan kepada kaum kerabat, dan Tuhan melarang perbuatan keji, perlanggaran dan pendurhakaan. Dia mengingatkan kamu agar kamu mengerti. Dan tepatilah janji dengan Allah apabila kamu berjanji. Dan janganlah engkau langgar perjanjian setelah peneguhannya. Dan sesungguhnya kamu jadikan Allah sebagai saksinya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan".
(Surah al-Nahl, ayat 90-91 ) 
Dengan ini, PMUKM sesi 2010/2011-2011/2012 amat berbesar hati untuk membentangkan laporan penuh kepada semua mahasiswa UKM selaras dengan dokongan integriti kepimpinan yang memberi hak kepada setiap mahasiswa untuk mengetahui secara jelas aliran duit yuran yang telah dibayar sebagai yuran PMUKM.

Tuesday, October 16, 2012

TAHNIAH : PEMBENTUKAN KABINET MAJLIS TERTINGGI PMUKM 2012-2013

 

MAJLIS TERTINGGI PMUKM SESI 2012-2013


Presiden PMUKM : Ahmad Shukran Shaharudin (FST/3)

Timb. Presiden : Mohd Khamis Mohamad Sani (FPI/2)

Setiausaha Agung : Nor Izati Othman (FST/3)

Bendahari Agung :  Muhamad Syafiq Md Isa (FEP/3)



Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Audit Kesan Kegagalan Agensi Patuhi Peraturan Bayaran


Tan Sri Ambrin Buang
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang 
 
SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara menegaskan kegagalan jabatan mematuhi  peraturan yang ditetapkan berkaitan pengurusan pembayaran di bawah Akaun Perbendaharaan (AP) 59 antaranya disebabkan kurangnya pemantauan di peringkat kementerian atau Perbendaharaan.

Dalam laporannya, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, memandangkan sebahagian daripada kes kelewatan ini merupakan kes yang lama, tindakan yang lebih berkesan perlu diambil untuk menyelesaikannya.

Tambah beliau, kementerian sepatutnya melengkapkan kesemua dokumen sokongan yang berkaitan semasa kementerian mengemukakan permohonan pendahuluan kepada Perbendaharaan untuk membolehkan bayaran dibuat serta-merta apabila kelulusan diperoleh.

Saturday, October 13, 2012

Anak muda cenderung sinikal pada politik, kata Timbalan Menteri KPT


Struktur dan proses demokrasi negara perlu diperluas dan diperdalam bagi membolehkan generasi muda terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata secara umum, generasi muda cenderung bersikap skeptikal dan sinikal terhadap politik, namun rata-ratanya masih mempunyai keyakinan kepada amalan demokrasi.

"Untuk mendapatkan keyakinan mereka, demokrasi perlu ditambah baik. Dalam banyak cara, lakukan transformasi terhadap proses dan struktur institusi demokrasi yang akan meletakkan kedudukan demokrasi pada tempatnya," katanya pada Forum Anak Muda dan Demokrasi Tempatan anjuran Penang Institute di George Town malam tadi.

Forum yang dikendalikan Pengarah Akademi Pak Sako, Dr Afif Baharudin itu turut diambil bahagian anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan aktivis anak muda dari Diskopi Group, Teo Lee Ken.

Karya : Mengiktiraf Pusat Pengajian Pondok


DR MASHITAH IBRAHIM
12 Oktober 2012

Pondok adalah institusi pengajian tertua di negara ini. Kedatangan Islam di Nusantara menyemarakkan penubuhan banyak pondok yang mengamalkan pengajaran dan pembelajaran pelbagai ilmu agama Islam.

Secara tradisionalnya, ia tempat belajar di mana tok mudir atau tok guru tinggal bersama pelajar dalam rumah kecil atau pondok di kawasan sama, biasanya berhampiran madrasah atau masjid. Dalam bahasa Arab, perkataan ‘funduq’ bererti rumah penginapan atau tumpangan pengembara.

Ada pengkaji berpendapat sistem pendidikan ini berasal dari Patani, ada pula yang kata ia dari Indonesia. Apa pun, sistem ini telah berkembang sejak ratusan tahun di negara ini, dipelopori oleh ulama dan tok guru yang gigih. Pertumbuhannya tidak dirancang, namun berkembang kerana sokongan dan sambutan masyarakat Melayu-Islam setempat.

Wednesday, October 10, 2012

GMUKM Buka Kaunter Pendaftaran GM-Fan Club


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Surat Terbuka Kepada NC Dan TNC Seluruh Malaysia

Antara hari yang paling bermakna dalam hidup seorang pelajar pengajian tinggi adalah hari mereka memakai jubah dan mortar sambil memegang skrol ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktorat mereka.

Dan selepas menerimanya daripada canselor yang biasanya adalah sultan-sultan Melayu, ini kerana ia menandakan mereka sudah berjaya melepasi satu fasa perjalanan ilmu dan akademik sementara menanti fasa-fasa seterusnya yang lebih mencabar.

Acara gilang-gemilang ini adalah acara terbesar sesebuah universiti kerana ia melambangkan kejayaan para graduan tamat belajar dan melibatkan bukan hanya pelajar, namun keluarga mereka, para pensyarah dan juga universiti itu sendiri.

Wajah riang, senyuman puas dan bangga adalah hadiah terindah pelajar kepada orang tua, isteri dan anak-anak mereka.

Pelajar M'sia Ditangkap di Yokyakarta Miliki Ganja

Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di fakulti perubatan sebuah universiti di Yogyakarta ditahan Polis Indonesia Sabtu lalu kerana memiliki ganja seberat 6.8 gram.
  
Pelajar lelaki berusia 22 tahun itu ditangkap sepasukan Polis Cawangan Narkotik di Jalan  Kaliurang, Daerah Sleman, Yogyakarta, sejurus selesai transaksi pembelian dadah tersebut dengan harga Rp300,000 (kira-kira RM100).
  
Dimaklumkan pelajar itu memesan bahan tersebut melalui laman sembang Internet.
  
Penangkapan pelajar itu susulan maklumat awam dan polis yang membuat intipan menemui dadah tersebut padanya dalam bungkusan kertas surat khabar lama.

Monday, October 8, 2012

Mahasiswa Kecewa Perkhidmatan Bas UKM

Kemunculan Trans-Rengit di bumi UKM menjadi tanda tanya kepada mahasiswa UKM. Seperti yang umum ketahui, perkhidmatan bas di UKM kini bertukar daripada KIFFAH kepada Trans-Rengit. Pada mulanya, kehadiran Trans-Rengit seolah-olah memberi sinar baru kepada mahasiswa. Namun, belakangan ini berlaku pelbagai permasalahan dengan perkhidmatan yang disediakan yang sedikit sebanyak mengecewakan emosi mahasiswa. Kami, Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) menerima pelbagai aduan daripada mahasiswa berkaitan dengan perkhidmatan bas di UKM.


Thursday, October 4, 2012

UMNO KAMPUS MELENTING SALAHKAN PENTADBIRAN UNIVERSITI



Kemenangan yang telah dikecapi oleh Pro Mahasiswa khususnya di kawasan Lembah Kelang sememangnya akan membuatkan pihak UMNO KAMPUS seperti cacing kepanasan mencari sebanyak mungkin alasan untuk menafikan kemenangan yang dicapai ini. Terbaru menerusi blog yang pro UMNO KAMPUS menyiarkan satu artikel yang telah ditulis oleh saudara Yuseri Yusoff (Unit Media Baru UMNO/BN) yang telah menyalahkan pihak pentadbiran universiti terutama di dua universiti iaitu UKM dan UIA kerana tidak membantu calon dan jentera UMNO KAMPUS dalam mencapai kemenangan dalam PRK yang lepas. 



Artikel itu juga menuduh pihak pentadbiran universiti terutama NC UKM dan Rektor UIA kerana kegagalan mereka untuk memberikan penerangan tentang gagasan  dan agenda transformasi kerajaan. NC UKM pula dikatakan gagal dalam melahirkan pemimpin yang berani dan berkredibilti ekoran kemenangan 7 kerusi dalam PRK yang dimenangi Pro M tanpa bertanding. Malahan menerusi artikel tersebut telah meminta PM untuk menggantikan pihak pentadbiran tertinggi universiti di UKM dan UIA dengan mereka yang dikatakan lebih memahami agenda transformasi kerajaan. 

Wednesday, October 3, 2012

Speaker Corner : Hala Tuju PMUKM



Sudut Pidato kembali lagi.

Tajuk : "Hala Tuju PMUKM"

Tempat : Pusanika

Masa : 12 Tengah Hari.

Tarikh : 4 Oktober 2012 ( Khamis )

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Raikan Kemenangan : Majlis Kesyukuran GMUKM



Sebarkan!!!

Jemputan ke Majlis Kesyukuran Meraikan Kemenangan GMUKM

Khamis | 4 Oktober 2012 | 7.15 Malam | Hadapan Dewan Anwar Mahmud (DAM), FST


Hadiah menarik menanti 50 hadirin terawal!

 "Bersama Memacu Perubahan"



Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB






Soalan :

"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya,dalam politik semuanya sama. Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"

TNC UTHM Didakwa Terima Suapan RM15,000

TNC UTHM didakwa terima rasuah RM15,000
TNC Akademik dan Antarabangsa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Dr Abdul Aziz Abdul Samad, 52, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Baharu
JOHOR BAHRU - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM15,000 daripada seorang kontraktor, pada Disember 2010.
   
Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad, 52, dituduh meminta suapan itu daripada Mohamad Anal Talhah, 41, sekitar Disember 2010.
   
Ia sebagai dorongan melakukan suatu transaksi dengan kononnya menolong Mohamad Anal mendapatkan kerja daripada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan harta bina UTHM.
   
Abdul Aziz juga dituduh menerima wang tunai berkenaan daripada Mohamad Anal, bagi dorongan sama yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, di Bank Muamalat, Cawangan UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, pada 28 Januari 2011.

Tuesday, October 2, 2012

Pro-M Sapu Bersih Kerusi UIA



Calon pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam Antarabangsa.

Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu.

Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti.
Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa.

UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa. 

Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.



Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Harga Gula Mula Naik

 

gula
Gula di kedai runcit Mohd Hamdhan yang terpaksa dijual pada harga lebih tinggi 
berbanding sebelumnya selepas kerajaan mengumumkan pengurangan
 subsidi sebanyak 20 sen terhadap barangan kawalan itu.

KOTA BHARU - Bukan sekadar berdepan kesukaran mendapatkan bekalan gula, malah pengguna turut terlibat dengan kenaikan harga barangan keperluan harian itu sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai runcit sekitar Pengkalan Chepa, dan Kota Bharu mendapati krisis bahan makanan itu bermula selepas pembentangan Belanjawan 2013, Jumaat lalu.

Peniaga, Mohd Hamdhan Bakhtiar, 24, berkata, harga barangan keperluan harian itu naik kira- kira 20 sen berbanding sebelumnya.

“Dari segi bekalan, ia tidak menjadi masalah tetapi harga yang diperoleh dari pembekal agak tinggi menyebabkan saya terpaksa menaikkan harga kepada RM2.60 sekilogram sejak Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui di kedai runcitnya di sini, semalam.

Mahasiswa UIA Undi Semula Hari Ini



 

Pelajar UIA undi semula hari ini
Pelajar jurusan undang-undang UIAM membuang undi di 
Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim, kampus induk di Gombak, hari ini.


GOMBAK - Universiti Islam Antarbangsa Malaysia (UIAM) mengadakan pengundian semula pilihan raya kampus hari ini, seminggu selepas ia menangguhkan pengumuman keputusan pilihan raya ekoran masalah teknikal dalam sistem e-undi.

Pengundian bermula jam 9 pagi tadi dan akan berakhir 5 petang ini.

Setakat jam 12.30 tengah hari, UIAM kampus Gombak mencatatkan 35.75 peratus pelajar sudah keluar mengundi iaitu 4,676 orang daripada 13,089 pelajar yang layak mengundi.

Sebelum ini, UIAM menyasarkan 70 peratus pelajar akan keluar membuang undi.

AKAN MENYUSUL

- Sinar Harian

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !