KELMARIN genap lima tahun tempoh hayat kerajaan persekutuan sejak
pilihanraya umum 8 Mac 2008. Telah ada pakar undang-undang termasuk
Tommy Thomas yang menyatakan bahawa hari ini bermula tempoh kerajaan
tak-rasmi (caretaker government) sehingga tarikh pengundian PRU ke-13
tidak lama lagi.
Sama ada ia bermula hari ini atau tidak lama lagi, yang penting kuasa
kerajaan tak-rasmi adalah terhad. Jika melanggarnya bererti melanggar
undang-undang, mencabul kedaulatan undang-undang dan pecah amanah
terhadap rakyat.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pula memberi contoh sistem demokrasi
negara Komanwel, termasuk Australia, yang turut menjadi teladan kepada
Malaysia di mana ada lima perkara utama yang TIDAK boleh dilakukan oleh
kerajaan tak-rasmi.
Semua warga Malaysia yang prihatin perlu menjadi pemerhati bagi
memastikan kerajaan tak-rasmi Najib Razak tidak menyalahgunakan kuasa
atau mencabul undang-undang semata-mata mahu memenangkan Barisan
Nasional dalam kempen PRU13.
Lima perkara sepanjang tempoh kerajaan tak-rasmi itu adalah:
- Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membuat sebarang keputusan dasar
kecuali dalam hal-hal yang amat penting serta perlu berbincang dengan
pembangkang;
- Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membuat perlantikan pegawai tinggi kecuali untuk jangka pendek sahaja;
-
Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membuat atau mengadakan sebarang kontrak atau tender projek besar;
-
Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh mengadakan rundingan antarabangsa atau membuat lawatan rasmi ke luar negara; dan
-
Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membenarkan perkhidmatan awam
terlibat dalam aktiviti pilihanraya kerana ia perlu bersikap neutral dan
hanya menjadi penasihat kepada kerajaan, dan bukannya parti politik.
Berpuluh tahun lamanya BN melanggar prinsip-prinsip ini kerana ia
menguasai segala alat-alat negara. Keadaan sudah berubah. Rakyat sudah
mula berani berfikir, berani bertindak demi kebenaran dan hak.
Dahulu tak tapi sekarang sudah ada. Kini ada internet, WIFI, facebook
dengan pelbagai aplikasi, sama ada melalui computer peribadi, telefon
bimbit, ipad atau ipod dan pelbagai lagi. Semakin sukar untuk mereka
yang berkuasa menyembunyikan kebenaran daripada rakyat.
Sumber:
http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/03/apa-yang-kerajaan-tak-rasmi-caretaker.html
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!