Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, April 14, 2013

Pengumuman Calon BN Selangor Penuh Masalah?

Oleh Ab Jalil Backer (http://www.mykmu.net)

Kemungkinan besar Barisan Nasional akan mengumumkan senarai calon-calon Parlimen dan DUN pada hari Isnin 15 April 2003 secara serentak di seluruh negara termasuklah Selangor.

Setelah hampir setahun berhempas pulas menyediakan strategi dan kononnya mencari calon-calon terbaik, penyokong Barisan Nasional berharapkan satu pasukan yang mantap, kuat dan boleh dipercayai. Namun jika benar khabar angin yang sedang bertebaran di Selangor sekarang ini, BN mungkin berhadapan masalah yang lebih besar daripada dijangkakan.

Kita bersetuju bahawa ketika lemah, para penyokong harus bersatu hati, bersetia kepada keputusan dan berkhidmat kepada parti. Dato Sri Mohd Najib Tun Razak memerlukan sokongan penuh ahli parti dan penyokong parti. Dalam UMNO sendiri, kita diingatkan agar menyokong sesiapa sahaja yang dipilih menjadi calon oleh pucuk pimpinan. Beri peluang kepada pucuk pimpinan pilih calon boleh menang atau “winable candidates” biarpun daripada hierarki parti.

Kita setuju dan akur. Inilah aku janji kita kepada pemimpin dan parti. Tapi saya juga pernah menulis bahawa aku janji dan sokongan kepada pemilihan pemimpin harus dan wajib bersyarat. Syaratnya, pemilihan calon di luar hierarki parti harus yang benar-benar boleh menang bukannya untuk meletakkan calon-calon sahabat dan fraksi pemimpin sahaja.
 

Saturday, April 6, 2013

ANALISA STRATEGI PAKATAN RAKYAT : FORMULA 100 (1 + 1) + 30% = PUTRAJAYA






STRATEGI 1 PAKATAN RAKYAT : PEMBENTUKAN FORMULA 100 (1 + 1) + 30% = PUTRAJAYA

ANALISA FORMULA

1. 100 - maknanya 100 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia yang dijangka di menangi oleh Pakatan Rakyat. Dengan mengambil kira Pakatan Rakyat dapat mengekalkan 78 kerusi Parlimen yang di menangi didalam PRU 12 dan mereka yakin boleh menangi 28 kerusi tambahan baru untuk PRU13. Kerusi tambahan ini (28 kerusi) adalah diyakini akan dapat dimenangi dari kerusi-kerusi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Majoriti kerusi-kerusi ini adalah dari kawasan-kawasan Bandar yang pastinya DAP sebagai penyumbangnya. DAP yakin mereka boleh menang di semua kerusi Parlimen majoriti Cina. Satu kenyakinan yang hebat Pakatan Rakyat ialah untuk merampas 12 kerusi Parlimen di Johor. Tahap kenyakinan mereka untuk mendapatkan 100 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia adalah tinggi.

2. (1+1) -  maknanya 100 kerusi yang mereka yakin untuk menang (daripada 78 kerusi (sedia ada) dicampurkan dengan 22 kerusi (kerusi baru yang boleh menang), dengan mengunakan strategi di perkara 1 di atas, Pakatan Rakyat juga mengunakan strategi 1 + 1, iaitu semua pemimpin besar Pakatan Rakyat meninggalkan kawasan Parlimen yang mereka pasti menang dengan mengantikan pemimpin muda Pakatan Rakyat dan pemimpin besar tersebut bertanding di kawasan-kawasan baru yang merupakan kawasan Parlimen yang dimenangi oleh BN pada PRU12 dan mencabar calon-calon BN. Yang menarik lagi dalam strategi ini ialah pemimpin besar Pakatan Rakyat akan bertanding di kawasan-kawasan pemimpin besar BN. Ini adalah strategi "kamikaze" Pakatan Rakyat kerana bagi mereka PRU 13 adalah soal hidup atau mati peluang untuk ke Putrajaya. Pemimpin besar Pakatan Rakyat juga akan bertanding di kawasan-kawasan yang BN menang dengan majoriti kecil semasa PRU12, kata mereka peluang untuk pemimpin besar Pakatan Rakyat untuk menang adalah cerah. Jadi formula 1+1 maknanya kerusi yang mereka tinggal akan terus kekal untuk menang dan tempat baru yang mereka bertanding akan juga mereka menang dan ini merupakan tambahan kerusi kepada Pakatan Rakyat.

3. 30% - maknanya formula terjahan yang menjadi penentu kepada Pakatan Rakyat ke Putrajaya ialah kerusi-kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak. Di Sabah dan Sarawak jumlah kerusi Parlimen ialah 56 kerusi (Sarawak 36 kerusi dan Sabah 20 kerusi). Strategi Pakatan Rakyat ialah mereka memerlukan 30% kerusi-kerusi di Sabah dan Serawak. Maknanya Pakatan perlu 17 kerusi (30%)di Sabah dan Sarawak (Sarawak 11 kerusi dan Sabah 6 kerusi) dan dengan itu jumlah kerusi Pakatan di PRU 13 ialah 117 kerusi, sudah pastinya Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan simple majoriti (111). Oleh itu strategi 30% adalah cukup memadai untuk menyatakan kenyakinan pengaruh Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak.

Friday, April 5, 2013

Syabas: MPP Saiful Syahir Wakil Biro IPT BN



SEMALAM di dada-dada akhbar jelas memaparkan gambar Majlis Perwakilan Pelajar daripada Aspirasi merangkap UMNO Kampus.

Seperti pepatah melayu, sudah terang lagikan bersuluh, Saudara Saiful Syahir MPP UMNO Kampus FSSK/2 menjadi wakil Biro IPT Parti Barisan Nasional.

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) merakamkan jutaan penghargaan atas perlantikan tersebut. Sekurang-kurangnya rakan-rakan mahasiswa UKM tahu dengan siapa mereka akan berhubung untuk sebarang aktiviti politik luar yang mungkin mencemarkan nama UKM.

Pindaan Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) membenarkan mahasiswa terlibat secara langsung dengan parti politik, malah mahasiswa bebas menggalas tanggungjawab jika diberi jawatan dalam sesebuah parti politik.

Thursday, April 4, 2013

Pengerusi SPR: Bayangan Tarikh PRU

 
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan selewat-lewatnya 28 Mei berikutan pembubaran Dewan Rakyat hari ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata tarikh itu juga mengambil kira pembubaran automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada 28 Mac lepas.

"Kalau kira mulai 3 April hari ini, (tempoh 60 hari) akan habis 3 Jun, jadi ia sudah terlepas (tarikh pembubaran DUN) Negeri Sembilan. Maka perlu adakan (PRU-13) selewat-lewatnya 28 Mei," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Soal Jawab terbitan TV3 yang dihoskan oleh Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Bhd Datuk Ahmad A. Talib, malam tadi.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !