Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, September 26, 2013

Konvoi "Terima Kasih Mahasiswa/i UKM"



Konvoi "Terima Kasih Mahasiswa/i UKM"

Tarikh : 26/9/2013 (Khamis)
Masa : 5 Petang
Tempat : Kolej-kolej (Berkumpul Di Dataran Panggung Seni)

Sempena sambutan SETAHUN PMUKM MENERAJUI KEPIMPINAN MAHASISWA UKM
JOM TURUN BERAMAI-RAMAI!!!


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Thursday, September 19, 2013

PIKET PRESIDEN : GMUKM SAMBUT BAIK USAHA PMUKM

Piket Presiden Anjuran PMUKM
Penganjuran "Piket Presiden : Hala Tuju Politik Kampus UKM" anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) sebentar tadi menyaksikan kedua-dua parti politik kampus hadir menyampaikan piket masing-masing. Aspirasi UKM dan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM).

GMUKM menyifatkan piket yang dianjurkan ini merupakan satu permulaan yang baik mempertemukan kedua belah pihak. Piket yang diadakan ini memberi peluang dan ruang yang saksama kepada Aspirasi UKM dan GMUKM untuk membentangkan pembawakan mereka dan matlamat mereka sekiranya berjaya menawan PMUKM pada Pilihanraya Kampus yang akan datang.

Selain itu, usaha PMUKM ini harus disambut baik dan dipuji oleh pihak Pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia kerana dengan penganjuran program seumpama ini dapat memberikan pendidikan dan kesedaran politik kepada seluruh mahasiswa. Mahasiswa seharusnya didedahkan dengan politik nilai yang menekankan politik yang adil, bersih, dan matang.

Pengerusi GMUKM berucap pada PIKET
PRESIDEN Anjuran PMUKM
Oleh itu, piket yang diadakan ini dapat memberikan pencerahan seterusnya membuka mata mahasiswa/i UKM membuat penilaian yang terbaik pada Pilihanraya Kampus yang dijangka tidak lama lagi. Siapa yang menang bukan menjadi persoalan pokok dan utama, tetapi yang penting adalah siapa yang mampu mengisi kemenangan dan membawa hala tuju politik kampus UKM ini ke arah yang lebih baik.

Terima kasih kepada seluruh mahasiswa yang hadir ke piket sebentar tadi. Kita nantikan siri-siri piket dan event yang akan datang. Pastinya lebih menarik. Akhirnya, GMUKM merakamkan ucapan tahniah kepada PMUKM atas penganjuran dan tahniah kepada wakil Aspirasi UKM kerana menyahut seruan piket ini walaupun yang hadirnya bukan Pengerusi mereka. Siapakah pengerusi Aspirasi UKM? Persoalan yang belum terjawab sehingga kini.


Teruskan menyokong kami GMUKM.

"Moving Forward"

Wednesday, September 18, 2013


Jom Sertai Kami, GM FAN CLUB !!

Kaunter Pendaftaran dibuka di :

1) Foyer FPI
2) Teres Eko Niaga FEP

Pada Hari Rabu & Khamis (18-19 September 2013)

Jam 10 Pagi - 2 Petang

Pendaftaran Dibuka kepada Semua.


#GMUKM #MovingForward



Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Monday, September 16, 2013

Aspirasi Wajib Malu


Fakta Nombor Penentuan Ranking Universiti:

1. Reputasi pencapaian akademik (40%)
2. Kemampuan mendapatkan pekerjaan dan pandangan majikan (10%)
3. Nisbah siswa kepada tenaga pengajar fakulti (20%)
4. Rujukan penyelidikan (citation) mengikut fakulti (20%)
5. Keantarabangsaan pelajar (5%)
6. Keantarabangsaan tenaga pengajar fakulti (5%)

Tuduhan pihak Aspirasi, berkenaan jatuhnya ranking UKM disebabkan atas tindakan GMUKM/PMUKM yang lebih cenderung memburukan nama Universiti Kebangsaan Malaysia adalah semata-mata “desperate accusation”. Tuduhan tersebut yang mengambil kesimpulan mudah, berdasarkan analisis singkat cukup menunjukkan tahap keintelektualan yang lemah dalam kalangan pimpinan Majlis Tertinggi Aspirasi.

GMUKM Sedia Tawan PRK UKM

SHAH ALAM - Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) sedia menawan kembali pilihan raya kampus (PRK) akan datang.

Pengerusinya, Abdullah Sani Hashim berkata, beliau menyeru kepada semua mahasiswa UKM supaya percaya dan yakin bahawa perjuangan yang ibawa oleh GMUKM adalah berada pada landasan perjuangan yang benar.

“Selagi mana ketidakadilan dan penindasan dilakukan terhadap mahasiswa, selagi itu GMUKM akan berjuang menentangnya," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, bekas Presiden GMUKM Haziq Asyraf menyifatkan pelantikan Abdullah Sani sebagai presiden baru tepat pada masanya dalam meneruskan perjuangan dan gerakan mahasiswa kampus.

"Kami berharap dengan pelantikan beliau sebagai presiden baru mampu mengorak langkah dengan lebih jauh," katanya.




Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Friday, September 13, 2013

GMUKM Sedia Tawan PMUKM sekali lagi.

“Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) sedia tawan PMUKM kali ketiga berturut-turut” pada PRK akan datang. Itulah antara ucapan keramat dan penuh semangat daripada Pengerusi GMUKM yang baru, saudara Abdullah Sani Bin Hashim pada Majlis Makan Malam anjuran Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) yang telah diadakan pada 12 September 2013.

Penyerahan Panji GMUKM kepada Pengerusi GMUKM Baru, Abdullah Sani.
Ucapan penuh bertenaga itu dilaungkan oleh beliau di hadapan ratusan mahasiswa/i yang hadir ke Majlis Makan Malam tersebut. Beliau menyampaikan ucapan sulungnya setelah dilantik secara rasmi menjadi Pengerusi GMUKM yang baru menggantikan saudara Haziq Asyraf.

GMUKM menyifatkan pelantikan Abdullah Sani menjadi Nakhoda bahtera perjuangan ini adalah tepat pada masanya bagi meneruskan kesinambungan perjuangan dan gerakan mahasiswa kampus. Abdullah Sani dalam ucapannya menegaskan bahawa GMUKM bersiap sedia untuk menawan PMUKM buat kali yang ketiga berturut-turut walaupun terpaksa menghadapi tentangan yang hebat daripada Aspirasi UKM, Pentadbiran Universiti dan UMNO Kampus.

Abdullah Sani dalam ucapannya juga menempelak Aspirasi UKM dan pentadbiran UKM yang bertindak tidak adil dan berat sebelah terhadap calon-calon GMUKM semasa dalam proses berkempen pada Pilihanraya Kampus yang lepas. Kami dihalang untuk berkempen di sebahagian kolej, manakala calon-calon Aspirasi pula dibenarkan. Ini sama sekali tidak adil, tegas beliau. 

Pengerusi GMUKM yang baru itu menyeru kepada semua mahasiswa/i UKM supaya percaya dan yakin bahawa perjuangan yang dibawa oleh GMUKM adalah berada pada landasan perjuangan yang benar dengan matlamat menegakkan yang hak dan menentang yang batil. Selagi mana kezaliman dan penindasan terus dilakukan terhadap mahasiswa, selagi itu GMUKM akan berjuang menentangnya.

"BerGM Lebih Baik"
"Lead The Changes"
"Moving Forward"



Ucapan Sulung Pengerusi GMUKM sesi 2013/14


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Sunday, September 1, 2013

Selamat Maju Jaya buat mahasiswa/i UKM sesi 2013/2014.

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 2013/2014

1 September 2013 merupakan hari pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar baru ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah permohonan dibuat dan keputusan berjaya diterima masuk ke UKM diketahui, kini saat dan masa yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar untuk hadir ke pembukitan Ilmu, UKM bagi menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Sudah pasti akan terserlah kegembiraan yang tidak terhingga diwajah para pelajar apabila tibanya mereka di kampus UKM. Sebuah kampus yang tenang lagi indah dipandang mata. Para pelajar yang akan mendaftar di UKM akan mengikuti satu program khas yang telah disusun oleh pihak pengurusan universiti yang dinamakan Minggu Mesra Pelajar (MMP).
Minggu Mesra Pelajar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan gambaran awal kepada para pelajar baru tentang UKM. Di dalamnya, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan sejarah UKM dan dibawa untuk melihat suasana kampus. Selain itu, pelajar-pelajar akan mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah disusun. Itulah antara tujuan utama MMP diadakan.
Oleh yang demikian, Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) terpanggil untuk memberi peringatan kepada mahasiswa/i supaya berwaspada dan tidak terpengaruh dengan doktrin pihak Pemudah Cara (PC) yang ingin memburukan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang kini diterajui oleh GMUKM. Ini kerana sebelum ini pernah dilaporkan wujudnya usaha-usaha ke arah itu. Sebaliknya, GMUKM menasihati dan menyarankan mahasiswa/i supaya mengambil apa sahaja yang baik daripada MMP dan menolak apa sahaja yang buruk di dalamnya.
GMUKM sebagai badan Politik kampus sentiasa komited memberikan kesedaran dan pencerahan politik kepada mahasiswa/i serta memperjuangkan agenda kebajikan kepada seluruh mahasiswa. Akhirnya, GMUKM mengucapkan "SELAMAT DATANG KE UKM" buat mahasiswa/i sesi 2013/2014.
Gunakanlah dan manfaatkan peluang berada di kampus UKM ini untuk menimba segala ilmu baik dalam akademik mahupun dalam persatuan. Jadilah mahasiswa/i yang berjiwa besar mengharungi ujian dan cabaran dalam kehidupan di kampus. Salam Maju Jaya!

GABUNGAN MAHASISWA UKM
SESI 2013/2014

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !