Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, December 2, 2011

KPM, KPTM digesa segera selesai penempatan graduan ISMP

KUALA LUMPUR, 1 Dis. - Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) digesa segera menyelesaikan masalah penempatan guru, tegas Presiden Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan, Mohd Abdullah Mohd Yusuf semasa Sidang Media Parlimen semalam.

Saudara Mohd Abdullah juga menggesa Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengkaji semula dan menyelaraskan dasar pengambilan Guru Sandaran Tak Terlatih (GGSTT), Kursus Pengajian Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Pengajian Lepasan Ijazah (DPLI), j-QAF dan guru pakar luar negara di setiap peringkat kerana dasar tersebut adalah tidak relevan ; dalam masa yang sama masih ramai graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang belum mendapat penempatan.

Jawatankuasa Khas Pilihanraya (PSC) kemuka 10 cadangan

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Laporan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) mengemukakan 10 cadangan bagi memastikan proses itu dilaksanakan secara bebas dan adil.

Laporan itu yang diedarkan kepada Anggota Parlimen di Dewan Rakyat hari ini dijangka dibentangkan esok.

Cadangan itu dikemukakan selepas jawatankuasa berkenaan mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu, serta maklum balas yang diterima daripada anggota jawatankuasa.


Sepuluh cadangan yang dikemukakan itu ialah mengenai penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13; pengundian awal; pengundi tidak hadir keluar negara; pengundi luar kawasan dan penukaran kawasan pendaftaran.

Cadangan turut menyentuh pembersihan daftar pemilih; pameran rang daftar pemilih tambahan; ketelusan proses mengundi; penambahbaikan proses pencalonan; dan pengukuhan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !