Sumber : SINAR HARIAN
Tg. Malim, 1 Jan - Demonstrasi sekumpulan mahasiswa menuntut pembebasan Adam Adli, yang dikaitkan dengan isu menurunkan 'bendera' Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lalu dan kebebasan akademik di pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pagi tadi bertukar menjadi peristiwa berdarah.
 |
| Safwan ketika dirawat di Hospital Slim River |
Polis bersama pasukan FRU menahan ketua demostrasi sehingga timbul kekecohan dengan adegan tolak-menolak, termasuk kecederaan serius terhadap Pengerusi Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang.
Safwan terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River.