Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, September 13, 2013

GMUKM Sedia Tawan PMUKM sekali lagi.

“Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) sedia tawan PMUKM kali ketiga berturut-turut” pada PRK akan datang. Itulah antara ucapan keramat dan penuh semangat daripada Pengerusi GMUKM yang baru, saudara Abdullah Sani Bin Hashim pada Majlis Makan Malam anjuran Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) yang telah diadakan pada 12 September 2013.

Penyerahan Panji GMUKM kepada Pengerusi GMUKM Baru, Abdullah Sani.
Ucapan penuh bertenaga itu dilaungkan oleh beliau di hadapan ratusan mahasiswa/i yang hadir ke Majlis Makan Malam tersebut. Beliau menyampaikan ucapan sulungnya setelah dilantik secara rasmi menjadi Pengerusi GMUKM yang baru menggantikan saudara Haziq Asyraf.

GMUKM menyifatkan pelantikan Abdullah Sani menjadi Nakhoda bahtera perjuangan ini adalah tepat pada masanya bagi meneruskan kesinambungan perjuangan dan gerakan mahasiswa kampus. Abdullah Sani dalam ucapannya menegaskan bahawa GMUKM bersiap sedia untuk menawan PMUKM buat kali yang ketiga berturut-turut walaupun terpaksa menghadapi tentangan yang hebat daripada Aspirasi UKM, Pentadbiran Universiti dan UMNO Kampus.

Abdullah Sani dalam ucapannya juga menempelak Aspirasi UKM dan pentadbiran UKM yang bertindak tidak adil dan berat sebelah terhadap calon-calon GMUKM semasa dalam proses berkempen pada Pilihanraya Kampus yang lepas. Kami dihalang untuk berkempen di sebahagian kolej, manakala calon-calon Aspirasi pula dibenarkan. Ini sama sekali tidak adil, tegas beliau. 

Pengerusi GMUKM yang baru itu menyeru kepada semua mahasiswa/i UKM supaya percaya dan yakin bahawa perjuangan yang dibawa oleh GMUKM adalah berada pada landasan perjuangan yang benar dengan matlamat menegakkan yang hak dan menentang yang batil. Selagi mana kezaliman dan penindasan terus dilakukan terhadap mahasiswa, selagi itu GMUKM akan berjuang menentangnya.

"BerGM Lebih Baik"
"Lead The Changes"
"Moving Forward"



Ucapan Sulung Pengerusi GMUKM sesi 2013/14


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Sunday, September 1, 2013

Selamat Maju Jaya buat mahasiswa/i UKM sesi 2013/2014.

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 2013/2014

1 September 2013 merupakan hari pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar baru ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah permohonan dibuat dan keputusan berjaya diterima masuk ke UKM diketahui, kini saat dan masa yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar untuk hadir ke pembukitan Ilmu, UKM bagi menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Sudah pasti akan terserlah kegembiraan yang tidak terhingga diwajah para pelajar apabila tibanya mereka di kampus UKM. Sebuah kampus yang tenang lagi indah dipandang mata. Para pelajar yang akan mendaftar di UKM akan mengikuti satu program khas yang telah disusun oleh pihak pengurusan universiti yang dinamakan Minggu Mesra Pelajar (MMP).
Minggu Mesra Pelajar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan gambaran awal kepada para pelajar baru tentang UKM. Di dalamnya, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan sejarah UKM dan dibawa untuk melihat suasana kampus. Selain itu, pelajar-pelajar akan mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah disusun. Itulah antara tujuan utama MMP diadakan.
Oleh yang demikian, Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) terpanggil untuk memberi peringatan kepada mahasiswa/i supaya berwaspada dan tidak terpengaruh dengan doktrin pihak Pemudah Cara (PC) yang ingin memburukan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang kini diterajui oleh GMUKM. Ini kerana sebelum ini pernah dilaporkan wujudnya usaha-usaha ke arah itu. Sebaliknya, GMUKM menasihati dan menyarankan mahasiswa/i supaya mengambil apa sahaja yang baik daripada MMP dan menolak apa sahaja yang buruk di dalamnya.
GMUKM sebagai badan Politik kampus sentiasa komited memberikan kesedaran dan pencerahan politik kepada mahasiswa/i serta memperjuangkan agenda kebajikan kepada seluruh mahasiswa. Akhirnya, GMUKM mengucapkan "SELAMAT DATANG KE UKM" buat mahasiswa/i sesi 2013/2014.
Gunakanlah dan manfaatkan peluang berada di kampus UKM ini untuk menimba segala ilmu baik dalam akademik mahupun dalam persatuan. Jadilah mahasiswa/i yang berjiwa besar mengharungi ujian dan cabaran dalam kehidupan di kampus. Salam Maju Jaya!

GABUNGAN MAHASISWA UKM
SESI 2013/2014

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !