Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, November 20, 2008

Katakan TIDAK pada BTN





Biro Tatanegara yang ditubuhkan pada tahun 1974, kini telah berakar umbi di negara kita selama 34 tahun. BTN lahir selepas peristiwa 16 Mei 1969, yang telah mengorbankan banyak nyawa akibatt politik perkauman yang dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Hari ini, BTN dijadikan program kepada mahasiswa yang dikatakan pro pembangkang terutama mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (yang akan menghadiri program BTN esok), untuk membasuh minda mereka (brain wash) agar bersifat perkauman dan pro kepada UMNO yang memerintah pada hari ini.

Persoalan yang wajar kita timbulkan ialah mengapa hanya pelajar terpilih sahaja yang direkrut untuk menyertai program perkauman ini? Jawapannya kerana pihak BTN yang didalangi oleh UMNO inginkan mahasiswa, yang status akan menjawat jawatan di pelbagai bidang, untuk menjadi seorang nasionalis perkauman dan sifat anti-pembangkang

Ini bukanlah rekaan semata-mata tetapi dibuktikan dengan dalil-dalil mengapa mahasiswa perlu menolak BTN dalam hidup mereka. Dalil yang jelas dan tidak dapat dipertikaikan ialah :

1. BTN digunakan untuk meniupkan sentimen sempit perkauman dengan memberi gambaran kepada peserta-pesertanya bahawa seolah-olah ketuanan Melayu semakin terhakis dalam semua aspek termasuk politik dan ekonomi. Tindakan BTN mengapi-apikan isu perkauman di dalam modul yang mereka kendalikan. hinggakan ke tahap menimbulkan kebencian terhadap kaum-kaum minoriti di Malaysia.

2. Modul dan kurikulum yang digunapakai BTN selama ini diperalat oleh parti pemerintah (Baca UMNO) untuk kempen memburuk-burukkan pemimpin pembangkang dan kerajaan Pakatan Rakyat, yang jelas bercanggah dengan prinsip mahasiswa bebas politik dan AUKU itui sendiri.- “Saya mendengar sendiri penceramahnya menuduh Tuan Guru, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan (Lim) Kit Siang sebagai sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara,”- itu testimoni Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub pada sidang Dewan Rakyat 6 November lalu.

3. Aktiviti BTN itu telah membentuk bakal-bakal kepimpinan negara dengan suatu propaganda jahat Umno untuk memecahbelahkan rakyat berbilang kaum dengan sogokan semangat perkauman sempit tersebut. - Antara lagu yang sering dinyanyikan dalam kursus BTN ialah lagu Warisan, untuk timbulkan semangat ketuanan UMNO yang sempit.

4. BTN sebagai virus yang boleh merosakkan negara Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan perpaduan di kalangan generasi akan datang akan hancur dengan wujudnya BTN ini

5 BTN sebagai alat keuntungan kroni yang membazirkan wang negara dan pada Bajet 2009 lalu, lebih RM70 disalurkan kepada program tidak berfaedah ini.

6 Gerakan pelajar yang berdiri atas dasar demokrasi dan perlembagaan, telah didoktinkan sebagai pertubuhan Haram sedangkan ASPIRASI tidak pula ditimbulkan sebagai pertubuhan haram walaupun mereka seringkali melakukan p[encabulan undang-undang terutamanya di PRK.

Wahai Mahasiswa, sedarlah bahawa kita merupakan pelajar yang terpelajar, bukannya lembu yang boleh dicucuk hidung sesuka hati. Kita ada hak dan maruah. Ayuh mahasiswa, sama-samalah kita menolak BTN yang merencatkan pembinaan Bangsa Malaysia yang bersatu padu di dalam negara yang kita cintai ini.

Kes jenayah menjadi-jadi,UKM digesa tingkatkan keselamatan

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Kejadian kes kecurian semakin menjadi-jadi di dalam kampus. Terbaru, Harakahdaily dimaklumkan ianya berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Kejadian tersebut dilaporkan akhbar Kosmo! yang menyiarkan berita mengenai kehilangan komputer riba milik seorang pelajar selepas biliknya di Kolej Keris Mas dipecah masuk semasa beliau sedang berada di bilik air.

Sebelum ini, banyak kes jenayah yang dilaporkan berlaku di kampus berkenaan termasuklah rogol, orang minyak, kecurian motorsikal dan yang terbaru, kecurian komputer riba.

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily menyifatkan kejadian jenayah lebih kepada kawalan keselamatan yang longgar di samping ciri fizikal kolej kediaman yang memudahkan penjenayah sama ada orang luar atau mahasiswa sendiri, untuk melakukan jenayah tersebut.

Menurut Setiausaha Kerja GMUKM, Hishamuddin Abdullah, isu keselamatan harta dan diri mahasiswa perlu ditangani segera memandangkan mahasiswa kini sedang bergelut dengan musim peperiksaan akhir semester.

Kes kecurian komputer riba ini seakan-akan mengulangi semula peristiwa rampasan komputer riba milik seorang mahasiswa pada 4 Mac lalu yang baru-baru ini berjaya dituntut kembali oleh GMUKM diugut dan dipermainkan oleh pihak pentadbiran universiti iaitu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sendiri.

Katanya, kes yang sama juga sudah banyak kes ini dilaporkan tetapi tiada tindakan penyelesaian diambil oleh pihak berkuasa.

GMUKM katanya, mencadangkan agar kawalan keselamatan dipertingkatkan lagi dan satu pos polis bergerak perlu diwujudkan di kampus bagi membantu pengawasan terhadap penjenayah di samping dapat memberi latihan secara tidak formal kepada kadet SUKSIS yang bersifat ala polis.

"Sepatutnya isu keselamatan mahasiswa perlu menjadi fokus utama pihak keselamatan dan bukannya isu gerakan mahasiswa kerana ia melibatkan tanggungjawab manakala persatuan mahasiswa yang dipegang oleh pihak Aspirasi sekarang ini perlu mengambil inisiatif dengan memberikan pendidikan pencegahan jenayah kepada mahasiswa'', ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Mahasiswa UKM.

"Kanun Jenayah kita telah memberi hukuman tegas ke atas jenayah curi ini tetapi malangnya, kerana ketiadaan kesedaran moral dan undang-undang, perlakuan ini dianggap biasa dan pejenayah ini lebih berani untuk mencuri hatta di siang hari,"katanya lagi.

Tambahnya lagi, kebajikan mahasiswa yang menjadi mangsa perlu dijaga oleh pihak berautoriti dalam bentuk pampasan mahupun kaunseling agar mereka terus bersemangat untuk belajar di kampus ini.

"Kesan daripada senario ini adalah pelajar siswi mengambil langkah menyewa rumah di luar kampus yang mana tindakan tersebut hakikatnya lebih merbahaya dan berisiko tinggi. "Apa yang perlu diperbetulkan di sini ialah sistem penyampaian aduan kolej yang tidak berkesan dan korupsi, bukannya mengambil langkah drastik keluar dari kolej dan menyewa di luar kampus,"tegasnya. - mks._

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !