Malaysia merupakan salah sebuah negara
yang mengamalkan sistem demokrasi dan pemilihan pemimpin melalui ruang
pilihanraya. Ruang dan peluang ini perlu dimanfaatkan oleh seluruh rakyat
Malaysia baik di bandar, mahupun di luar bandar dalam memilih pemimpin peneraju Malaysia. Pengundian ini adalah kunci
kepada hala tuju sesebuah negara kerana undian ini berlandaskan suara majoriti.
Situasi hari ini, suasana
disekitar bandar mahupun di kampung-kampung, kelihatan berkibaran bendera-bendera
parti politik dengan hasrat menaikkan semangat juang jentera mereka. Namun,
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak masih bermain dengan teka teki
terhadap tarikh sebenar Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13).
Pelbagai ramalan yang kita dengar
namun ianya sekadar ramalan kosong selagi tarikh tersebut tidak diperakukan
oleh PM Malaysia sendiri. Biarpun, tiada tarikh yang tepat, peringkat jentera
parti terus berusaha mempersiapkan kekuatan serta strategi mereka dalam
memenangi PRU 13.