Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, October 11, 2013

PRK UKM 2013 : Konspirasi Terancang HEP & Aspirasi Mahasiswa

Hari ini telah keluar notis pemilihan majlis perwakilan pelajar UKM bagi sesi 2013.Respon awal yang  kita boleh berikan ialah semuanya hasil konpirasi terancang HEP dan Aspirasi Mahasiswa untuk merampas kembali kerusi PMUKM yang telah mereka tewas sejak 2 sesi berturut-turut sebelum daripada ini.

Ini adalah langkah terdesak mereka untuk kembali merampas PMUKM dalam masa yang sama HEP dan politik luar mainkan peranan penting untuk menjayakan misi mereka kali ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia sejak daripada awal lagi sudah mengeluarkan tarikh bagi pilihanraya kampus UKM ialah pada 23 Oktober 2013, namun kerana pengumuman rasmi hanya boleh dibuat oleh pihak universiti, HEP UKM telah menangguhkan pengumuman sehingga hari ini iaitu bersamaan 11 Oktober 2013.

Kita lihat konspirasi mereka dalam menyembunyikan tarikh PRK :
  1.  Hanya mengumumkan tarikh PRK 2 hari bekerja sebelum penamaan calon.
  2. Tarikh diumumkan pada hari Jumaat yang kebanyakan pelajar sudah pulang ke kampong sempena Aidiladha.
  3. Pembelian borang bermula serta merta sedang kebanyakan pelajar sudah pulang ke kampung.
  4. Mahasiswa hanya ada 2 hari bekerja untuk membeli borang penamaan calon.
  5. Kejutan mengadakan PRK sebaik tamat cuti Aidil adha untuk mengelakkan persediaan di peringkat mahasiswa.
Jumlah Kerusi Yang Dimenangi GMUKM PRK Lalu Dikurangkan
Peraturan (10) tidak relevan kerana JPPEL tidak pernah
mengadakan Kursus Kepimpinan Pelajar kepada 
calon yang ingin bertanding sehingga kini.
Sedangkan USIM boleh membuat pengumuman lebih awal seminggu sebelum daripada ini walaupun tarikh membuang undi berbeza sehari dengan UKM dalam masa UIAM sudah membuat pengumuman rasmi walaupun membuang undi hanya pada 30 Oktober nanti.

Bahkan, apa yang lebih zalim dalam peraturan kali ini JPPEL tidak pernah mengadakan kursus kepimpinan pelajar sedangkan setiap calon yang ingin bertanding mesti menampilkan sijil daripada program ini.

Kita bukan tak tahu Aspirasi Mahasiswa turun Kursus Penampilan Kepimpinan Siri II hujung minggu lepas.
Melihatkan jumlah kerusi tahun 1/2 yang dikekalkan sementara kerusi tahun 3/4  dikurangkan juga merupakan strategi ampuh kononnya kerana keyakinan mereka terhadap penguasaan freshie dan adik-adik tahun 1.

Pelajar-pelajar ‘senior’ yang kekal sebagai pengundi GMUKM bagi 2 sesi berturut-turut sesi lepas tiada jalan bagi mereka untuk menyekat melainkan dengan pengurangan terhadap jumlah kerusi 3/4.

Inilah proses pilihanraya yang paling dangkal dan senget di dalam sejarah PRK UKM.  Namun kita tahu Aspirasi terpaksa bergantung kepada sistem berat sebelah ini sebagai talian hayat terakhir mereka.

Semoga berjaya kepada Aspirasi dan HEP di atas konspirasi kali ini!

Abdullah Sani Bin Hashim
PENGERUSI GMUKM,
SESI 2013/2014

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Wednesday, October 9, 2013

HEP UKM Gagal Umum Tarikh Pilihanraya Kampus

Di kala hampir keseluruhan kampus sudah mendapatkan tarikh pilihanraya kampus masing-masing, malangnya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) khususnya bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) masih gagal untuk mengumumkan tarikh pilihanraya kampus untuk seluruh mahasiswa.

Minggu lepas, Pro Mahasiswa Nasional bersama Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) telah menyerahkan memorandum tuntutan Pilihanraya Kampus Bersih kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara kandungan memorandum tersebut adalah untuk mendesak pihak universiti mengumumkan tarikh pilihanraya dengan segera dan terus meletakkan tarikh tersebut dalam takwim tahunan universiti.

Pihak kementerian telah memberikan keseluruhan tarikh pilihanraya untuk semua kampus termasuk UKM yang dijangkakan bakal berlangsung pada 23 Oktober ini. Namun, sebarang perubahan tetap tertakluk kepada keputusan daripada HEP universiti.

Serahan Memorandum Tuntut PRK Bersih di KPT

Andai mereka bersetuju dengan tarikh yang telah diputuskan oleh KPT, seharusnya tarikh tersebut perlu dikeluarkan segera. Ini kerana mahasiswa akan mula bercuti dari 12 oktober sehingga 16 oktober bersempena sambutan Aidil adha dan akan memulakan kembali pengajian pada 17 Oktober. Berdasarkan pengalaman pilihanraya yang lepas, kita menjangkakan tarikh penamaan calon akan berlaku pada 18 Oktober sehari sejurus mahasiswa kembali dari cuti Aidil adha.

“ Apa yang berlaku kepada pihak HEP UKM sebelum dan kali ini jelas menggambarkan kegagalan pengurusan mereka dan ianya bagi kami jelas satu tindakan yang terdesak dan berkepentingan”, tegas Azim Fitri, jurucakap Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM).

“Kita berpendirian tragedi yang berlaku ini merupakan agenda tersirat mereka untuk membunuh semangat demokrasi dan kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa. Ianya jelas satu tindakan yang zalim,” ujar beliau.

“Kita menuntut kepada pihak HEP khususnya Prof Ir Dato Othman Karim, TNC HEPA UKM untuk bertindak lebih progresif dan bijak dengan mengumumkan tarikh pilihanraya segera kepada seluruh mahasiswa,” sambung beliau lagi.

Pilihanraya kampus UKM yang lepas menyaksikan kemenangan kepada pihak Gabungan Mahasiswa dengan majoriti kerusi yang besar.

Azim Fitri Zainal Abidin,
Jurucakap GMUKM.


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !