Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, January 30, 2009

Teka Teki Presiden PMUKM


Siapakah Presiden PMUKM??? Adakah si Nazif, kerana dulunya beliau merupakan MPP. Beliau juga merupakan ketua kepada kem Kajai yang sekarang ini, bercakaran dengan Aspirasi. Tetapi beliau sudah tewas dalam PRK lalu. Kedudukan dua tercorot. Jauh ditinggalkan oleh calon GMUKM yang menduduki dua tangga teratas.

Tetapi jika Nazif sudah meninggalkan alam PMUKM, siapa yang akan menggantikan tempatnya. Khabar bertiup kencang bahawa Nasir, MPP Kerusi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan akan menjadi Presiden Beliau ini agak pendiam orangnya dan khabar angin juga menyatakan bahawa kehadiran beliau ke PRK adalah kerana desakan pengetua KDO. Yang merupakan big boss kepadanya. Juga kerana sejarah kepimpinan Mahasiswa, yang sudah jemu berpresidenkan pelajar FEP, yang dalam sejarahnya, gagal memainkan peranan penting sebagai Presiden pada tahun lalu.

Habis tu..siapa yang bakal menjadi Presiden PMUKM? Adakah kali ini perempuan akan mencipta sejarah, menjadi Presiden PMUKM? Nama Suriani Bt Ding sentiasa bermain di bibir pengkaji politik kampus untuk mengaitkanya dalam kepimpinan nombor satu wakil pelajar itu. Tetapi beliau adalah pelajar tahun akhir di FSSK. Yang akan tamat menjadi mahasiswa bulan 5 ini.

Kerusi Presiden PMUKM pasti milik Aspirasi Melayu, yang diwakili oleh 15 orang MPP mereka. CCC hanya 5 kerusi dan 1 kerusi PAH. Persoalan berbangkit di sini, pemimpin Aspirasi Melayu sudah kekeringan pemimpin untuk dinaikkan ke tampuk kepimpinan Presiden PMUKM. Jika ukuran diambil melalui pengalaman dan kredibiliti, nama-nama di atas yang disebut, langsung tidak dapat mencapainya. Tugas Presiden PMUKM bukannya senang. Perlu ada karismatik yang tinggi. Juga ketahanan fizikal yang tinggi. Serta keupayaan emosi yang stabil untuk berhadapan dengan 12 suara MPP Mahasiswa. Bukan calang-calang orang boleh menjadi Presiden PMUKM kali ini. Kalau dahulu takpala..MPP Mahasiswa hanya 4 atau 5 orang sahaja. Harini sudah 2/3 majoriti sudah hilang buat Aspirasi.

Persoalan kembali..siapakah yang akan jadi Presiden. Adakah MPP tahun dua akan menjadi Presiden. Yang juga boleh mencipta sejarah baru. Kalau ikutkan prioriti, MPP kerusi umum tahun 2 yang layak menjadi Presiden. Nama Safarizmal akan menjadi pilihan. Pelajar FSSK ini sebenarnya boleh menjadi Presiden, tetapi ia mustahil berlaku. Di samping kerana tradisi Presiden PMUKM adalah pelajar tahun 3 dan sudah tercabar kepimpinannya, juga atas isu-isu yang ada pada peribadinya, menyebabkan kerusi Presiden jauh sekali daripada gengamannya. Isu ugutan bunuh masih tidak lagi selesai. Dengar kata, MPP Mahasiswa sudah melaporkan kes itu kepada polis, atas tindakan Safarizmal dan rakan-rakannya menfitnah ’pihak lawan’ melakukan ugutan bunuh kepada mereka. Kata-kata itu terpapar dalam akhbar kosmo pada 15 Januari lalu. Dengar kata lagi, seorang MPP Mahasiswa akan membawa kes ini ke mahkamah, atas tuntutan melakukan fitnah. Semoga polis dapat menyelesaikan dalang di sebalik kes ugutan bunuh ini Safarizmal perlu sedar, bahawa jika sudah membuat laporan polis dan membuat kenyataan di akhbar, beliau perlu bertanggungjawab. MPP Mahasiswa berikrar akan mencari dalang fitnah ini hingga ke lubang cacing. Untuk membantu polis menyelesaikan masalah ini di samping dapat membersihkan nama MPP Mahasiswa yang difitnah. Rumusannya, nama Safarizmal harus ditolak daripada senarai mereka yang boleh menjadi Presiden disebabkan beliau sedang disiasat oleh polis dan juga kisah-kisah peribadi terdahulu beliau.

Jadi persoalan besarnya di sini, siapakah yang layak menjadi Presiden PMUKM. Setelah meneliti nama-nama MPP Aspirasi, jelas inilah senarai nama yang ada. Antara Nasir, Suriani dan Safarizmal, ketiga-tiganya mempunyai kekangan tersendiri.

Justeru itu, eloklah mahasiswa UKM melihat kepada nama-nama calon GMUKM. Secara logiknya, dua nama MPP Mahasiswa yang menduduki dua kerusi umum tahun 3 adalah orang paling layak menjadi Presiden PMUKM. Dengan pengalaman dan kepimpinan yang telah teruji, mereka layak untuk menjadi Presiden PMUKM. Mereka ialah Mohd Faiz yang menduduki kerusi paling tinggi di kerusi Umum tahun tiga. Mahasiswa Fakulti Pendidikan, juga merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA).

Nama lain yang boleh ditimbulkan ialah Saudara Hisyamuddin, yang merupakan pelajar tahun 3 Fakulti Undang-Undang. Beliau adalah Setiausaha Agong ISIUKM, yang sudah terbukti kepimpinannya dalam banyak program. Juga sentiasa aktif berkarya, di akhbar-akhbar utama seperti Utusan, Berita Harian dan akhbar internet. Beliau juga diperkatakan orang ramai sebagai seorang yang pakar dalam penafsiran sesuatu akta dan undang-undang.

Alternatif lain ialah Saudara Affandi Abdul Rahman. Pemenang bagi kerusi Fakulti Pendidikan tahun 3. Yang menang dengan majoriti besar dalam PRK lalu. Beliau wajar diangkat sebagai presiden, disebabkan pengalaman dan daya kepimpinannya yang jitu.

Jelas ketiga-tiga nama ini lebih sesuai untuk diangkat sebagai Presiden PMUKM. Mereka boleh menjalankan tugas Presiden PMUKM sekiranya diberi peluang. Kerusi Presiden bukanlah satu kerusi empuk, untuk duduk bersenang lenang. Ia membawa imej keseluruhan pelajar UKM. Presiden perlu lahir daripada MPP yang berketerampilan, karismatik, mempunyai baki dua semester dan mestilah tidak tunduk atau yes boss kepada mana-mana pihak, dan perlu menjadi MPP yang bercakap seperti suara mahasiswa keseluruhanya.

Bilik PMUKM diselongkar..Apa hak MPP Aspirasi???

Gempar.. Sikap keanak-anakan dan ketidak profesionalan MPP Aspirasi amat dikesali oleh GMUKM. Mereka telah menyelongkar bilik PMUKM dan membuatkan bilik PMUKM itu seperti bilik gerakan mereka. Pada 29 Januari lalu, mereka dengan rasa tidak bersalahnya, telah membersihkan bilik tersebut dan membuang fail-fail yang mungkin ada kepentingan untuk diketahui oleh mahasiswa. Sedangkan umum mengetahui bahawa pemilihan MPP masih belum dijalankan lagi.

Oleh itu, perbuatan memasuki bilik PMUKM tanpa kuasa yang sah, adalah amat dikesali. Ini menunjukan mereka adalah gagal mematuhi peraturan dan undang-undang, yang tidak wajar diikuti oleh mahasiswa UKM. Dari masa ke masa, GMUKM akan terus melakukan intipan dan juga siasatan akan segala penyelewangan dan kesalahan yang dilakukan oleh MPP Aspirasi, untuk kebaikan mahasiswa UKM itu sendiri.

Gong Xi Fa Cai

MPP Mahasiswa...Untuk Perubahan dan pendamaian

Syabas dan Tahniah kepada semua pengundi UKM, yang telah bertungkus lumus memberikan harapan baru kepada mahasiswa. Semoga kemenangan 12 kerusi MPP Mahasiswa, akan menjadikan suasana check and balance (semak dan imbang) dalam Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dapat direalisasikan


Walaupun PRK 2009 mencatatkan pelbagai suka duka perjuangan. Tetapi kemenangan GMUKM terutamanya di kerusi Umum tahun 3 membuktikan bahawa mahasiswa sudah bersatu untuk berubah. Mereka sudah jauh tidak mempedulikan ugutan buang kolej, ugutan JAKSA yang bersekongkol dengan Aspirasi, ugutan Felo ataupun pengurus kolej yang berkelakuan persis mahasitua, dan pelbagi lagi ketempangan yang dilakukan oleh pihak Aspirasi yang dibelakangnya dimainkan oleh Hal Ehwal Pelajar.


Meskipun begitu, perjuangan pelajar mesti diteruskan. Mahasiswa UKM sudah jauh terkehadapan. Sudah jauh meninggalkan sikap jumud dan ta’sub kepada Aspirasi. Kata-kata dongengan, jika tidak menyokong Aspirasi, akan dibuang kolej”..Sudah jauh ditinggalkan oleh mahasiswa yang waras dan berani melakukan perubahan.


Satu kalungan pingat keberanian diberikan kepada mahasiswa yang mengundi GMUKM kali ini. Kami, yang mempunyai 12 orang suara, akan terus berperanan menjadi MPP untuk mahasiswa. MPP yang bertindak sepertimana suara mahasiswa itu sendiri. Segala isu, antaranya isu yuran pelajar, kebajikan, keselamatan mahasiswa, akademik dan pelbagai lagi hal yang berlaku kepada mahasiswa, akan dijadikan tema ucapan kami kepada pihak pentadbiran. Kami berjanji, akan bersuara sepertimana mahasiswa keseluruhannya bersuara.


Kemenangan akan diisi dengan bekerja, membantu mahasiswa keseluruhannya. Apa gunanya elaun diberikan, yuran kolej free dibayar kepada MPP, tetapi masalah mahasiswa, disembunyikan dan dipandang sipi oleh mereka. Justeru, MPP Mahasiswa seramai 12 orang ini, pasti akan melakukan perubahan untuk bertugas sebagai perwakilan pelajar yang sebenarnya. Pada minggu-minggu yang mendatang, kami MPP mahasiswa akan turun di setiap kolej dan fakulti untuk mendengar permasalahan mahasiswa dan akan cuba ketengahkan kepada pihak sepatutnya. Ingat wahai mahasiswa UKM, kami MPP mahasiswa lahir daripada suara mahasiswa. Segala masalah, aduan dan rintihan mahasiswa, akan kami jadikannya sebagai amanah untuk kami selesaikan.


Teruskan membuat perubahan wahai mahasiswa UKM. Jangan kita perjudikan nasib tanah air kita dengan memilih pemimpin mahasiswa yang gagal bersikap kritis dan gagal membantu mahasiswa yang memerlukan. Jangan kita semua memilih pemimpin mahasiswa yang hanya pentingkan popular dan elitis, sedangkan segala kebajikan mahasiswa, disembunyikan ibarat menyapu ke bawah permaidari.


Akhir kalam, selamat melakukan perubahan. Selamat untuk melaksanakan sebuah masyarakat mahasiswa yang bersatu padu. Hal ini amat penting dalam menjadikan negara Malaysia maju dan aman damai di masa hadapan. Perubahan itu perlu, untuk bersatu menuju kejayaan. MPP Mahasiswa..Untuk perubahan dan pendamaian....



Wakil MPP Mahasiswa


Wednesday, January 21, 2009

Tangan Ghaib terus mencampuri urusan Mahasiswa...

Bahang pilihanraya kampus sudah semakin pudar. Namun kehangatan gelombang perubahan yang akan melanda Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM, baru sahaja berada di permulaan. Isyarat yang jelas telah pun diberikan oleh Mahasiswa UKM, kini nantikan saat gelombang tersebut melanda UKM.

Mungkin ramai yang tertanya, apa sudah jadi dengan GMUKM? Kenapa begitu sekali senyapnya selepas PRK? Kenapa sudah jarang dilihat perbincangan yang berkisar mengenai pilihanraya Kampus? TIdak kurang ada yang bertanya, kenapa sudah tiada "gangguan SMS" yang begitu kerap melewati paparan skrin telefon bimbit Mahasiswa UKM semasa PRK baru-baru ini?

GMUKM masih lagi tetap dengan perjuangan membawa perubahan di UKM. Menerusi mandat yang diberikan kepada 12 MPP ini, GMUKM akan terus komited membalas kepercayaan warga kampus semasa Pilihanraya Kampus baru-baru ini.

Untuk pengetahuan semua, pihak HEP(dikenali dengan nama PPP @ JPPEL) sedang sibuk mengatur dan merancang strategi bagi PMUKM akan datang. Beberapa individu penting di dalam PPP sedang asyik merancang siapakah yang bakal menjadi Presiden PMUKM. Mereka juga merancang bagaimana untuk menyekat pengaruh 12 MPP Mahasiswa yang menang dalam PRK baru-baru ini. Terlalu rancank mereka berbincang, sehingga terlepas ke pengetahuan wartawan GMUKM yang kebetulan berada di PUSANIKA baru-baru ini.Pn Rosmah Ayu, En Mustafa @ 3M, dan En Zamri merupakan individu yang berjaya dikenal pasti mengatur urusan Mahasiswa.

Mereka dilihat rancak berbincang dan seringkali berhubung dengan MPP Sistem(aspirasi) yang mereka lantik baru-baru ini. Terbaru, pada malam ini Rabu, 21 Januari 2009, sepatutnya diadakan perjumpaan pertama MPP PMUKM bagi melantik Speaker, Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, dan Bendahari. Namun, disebabkan oleh perancangan yang terlalu tergopoh-gapah, pihak PPP memutuskan perjumpaan tersebut tidak boleh dibuat dalam masa yang terdekat.

Sebenarnya, dalam hal perlantikan jawatan tertinggi PMUKM akan diputuskan oleh MPP-MPP yang menang dalam mesyuarat MPP PMUKM yang pertama. Dalam mesyuarat tersebut, pihak HEP akan mempengerusikan permulaan mesyuarat tersebut bagi menguruskan proses perlantikan speaker MPP PMUKM, yang juga hasil undian majoriti semua MPP-MPP PMUKM. Seterusnya, mesyuarat akan diserahkan kepada speaker untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut bagi melantik Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, dan Bendahari PMUKM. Semasa perlantikan ini, tiada pegawai HEP, PPP, JPPEL dan sebagainya yang bolh mencampuri perlantikan ini malah dikehendaki meninggalkan bilik mesyuarat. Pada ketika inilah MPP akn berbahas da mengundi siapakah peneraju PMUKM pada kali ini.

Maklumat percaturan ini benar-benar mengecewakan Mahasiswa UKM. Sudahlah ditekan dengan peraturan pilihanraya yang melampau, dinafikan pula hak untuk berada dan terlibat secara aktif dalam PMUKM walaupun mendapat mandat sah daripada warga Kampus. Pemimpin Mahasiswa seharusnya diberikan ruang untuk berfikir secara rasional untuk kebaikan semua.

GMUKM sesekali tidak akan berdiam diri sekiranya perkara ini dibiarkan berlaku. Hak Mahasiswa untuk berbincang dan bertindak untuk Mahasiswa seharusnya dikembalikan dan dilayan sebaiknya. Mahasiswa perlu diberikan ruang untuk memimpin organisasi mereka sendiri.

Apa yang mengecewakan kami bukanlah kerana tidak diberikan jawatan, namun jika beginilah caranya PMUKM ditadbir, maka sia-sialah Pilihanraya kampus diadakan. Sia-sia jugalah harapan yang disandarkan oleh Mahasiswa ke atas calon-calon yang bertanding dalam Pilihanraya baru-baru ini.

Harapan kami, dan juga harapan GMUKM adalah Mahasiswa, sama ada MPP atau tidak, berfikir secara rasional dan bertindak sebagai Mahasiswa yang ada nilai intelektual yang tersendiri. Jangan biarkan tangan-tangan ghaib terus mencampuri urusan Mahasiswa.

Friday, January 16, 2009

Keputusan Pilhanraya Kampus UKM 2009

Tepat jam 11.malam, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM, Prof Dato Dr Mohammad Bin Abd Razak telah mengumumkan keputusan rasmi Pilihanraya Kampus UKM, bag pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, MPP PMUKM. Hampir 1000 Mahasiswa membanjiri Kompleks Bestari, untuk menyaksikan sendiri pengumuman keputusan tersebut yang dipancar secara langsung menerusi skrin di dalam bangunan cafe di KB tersebut.

Mahasiswa berjaya menambah 8 buah kerusi berbanding 4 kerusi pada tahun lalu. Menyaksikan Aspirasi kehilangan 9 buah kerusi kepada 21 berbanding 30 pada tahun lepas. Keputusan rasmi ini sudah memberikan signal yang jelas kepada PMUKM-Aspirasi bahawa Mahasiswa UKM inginkan perubahan. Seperti yang dijangka, Aspirasi berjaya memperdayakan pelajar tahun 1 apabila lebih daripada 14 kerusi diperolehi mudah menerusi undi pelajar tahun 1, termasuk 6,enam kerusi umum tahun 2, Dua kerusi FST tahun 2, 2 kerusi Fssk tahun 2, 1 kerusi Fperubatan tahun 2, yang menampakkan perbezaan ketara berbanding kerusi tahun 3.

Mahasiswa Tahun 1 ternyata masih ramai lagi takut dengan ugutan, berbeza dengan Mahasiswa Tahun 3 ke atas yang majoritinya sudah mula nampak dan yakin bahawa Mahasiswa perlu berfikir dengan bebas tanpa sekatan, paksaan, mahupun ugutan. Ramai dikalangan Mahasiswa tahun 3 ke atas ternyata lebih matang apabila kerusi umum tahun 3 dimenangi dan didahului oleh calon Mahasiswa, Sdr Mohd Faez Mat Zin, dengan 2432 undi, diikuti Sdr Hisyamuddin Che Ali, juga calon Mahasiswa, dengan 2372. Turut memecah monopoli aspirasu untuk kerusi umum tahun 3, adalah sdr Mohd Fikah Sanusi dengan 2196 undi untuk melayakkan beliau menjadi calon ke-5 dari kerusi umum tahun 3, yang bergelar MPP.

Mahasiswa berjaya menafikan 2/3 undi aspirasi untuk pertama kalinya selepas 5 tahun. Hasil perbualan dengan Mahasiswa/i ukm yang berada di Kompleks Bestari tersebut, rata-rata Mahasiswa yakin bahawa Gelombang Perubahan yang dituntut oleh Mahasiswa pada kali ini akan memperlihatkan kesannya yang terdekat dalam PMUKM, dan pastinya akan memberikan impak yang berbeza pada pilihanraya akan datang.

Mesej ringkas sempena kemenangan ini, GMUKM ingin mengajak seluruh Mahasiswa/i UKM, untuk merealisasikan Harapan Baru Mahasiswa, Bersatu Berubah!!!

Thursday, January 15, 2009

Kenapa Perlu Undi GMUKM dan Perlu Tolak ASPIRASI?

Hari ini 15 Januari 2009, hari yang dinanti-nanti iaitu hari pengundian atau pemilihan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2008/2009. Kepada seluruh warga UKM marilah bersama-sama turun mengundi calon-calon MAHASISWA anda. MAHASISWA Berani Berubah Bijak Membuat Pilihan. Di sini terdapat 10 Dalil (sebab) Kenapa perlu Mengundi GMUKM dan 10 Dalil (sebab) juga kenapa perlu Tolak ASPIRASI pada Pilihanraya Kampus kali ini.
Baca dalil2 tersebut...

Tuesday, January 13, 2009

Pilihanraya paling kotor dalam sejarah!!

Adakah Mahasiswa diberi peluang untuk diundi dan mengundi secara bebas, adil, dan telus?

Apakah agaknya senario politik kampus yang berlaku dalam pilhanraya UKM 2009 pada kali ini?

Walaupun ramai yang menyokong GMUKM, namun sekatan, paksaan dan ugutan seolah-olah tidak memberi ruang yang selayaknya kepada Mahasiswa untuk berdemokrasi...

Ikuti Kenyataan rasmi GMUKM, berkenaan Pilihanraya Kampus 2009, bertarikh 13 Januari 2008.


ikuti kenyataan tersebut di sini...

Politik Perkauman Yang Sempit.

Kita bernafas dalam udara yang sama.,
Kita berjalan di atas bumi yang sama,
Kita bercakap dalam bahasa yang sama,
Kita membeli dan menjual dengan mata wang yang sama,

Mahasiswa perlu bijak berfikir berdasarkan nilai,
Bukan fahaman sempit dan cerai-berai.
tidak bolehkah kita hidup dalam rukun dan damai?
Biarkan sengketa dan permusuhan antara kaum terlerai...

Jangan ikut jejak umno-BN,
kerana Mahasiswa pencorak masa depan,
kejayaan dan kehancuran di dalam tangan kalian,
Berubah hari ini demi kebaikan yang berpanjangan.

Bersatu Berubah!!!

Respon daripada artikel politik perkauman sempit ccc(front politik kaum cina aspirasi), baca lagi

KEMPEN VS UGUTAN

”...Datang ari khamis nie (hari mengundi).. undi ASPIRASI.. dapat 25 merit, bleh stay kolej.. apa2 pun undi ASPIRASI.. kalau undi GM kene buang kolej...” Perjumpaan kolej Rahim Kajai.

Ini dia ugutan-ugutan sumbang telah bermula lagi... Dalam kesibukan calon-calon MAHASISWA berkempen, memang tidak pernah terlepas, ugutan demi ugutan dibuat oleh pihak ASPIRASI...
Kenapa mesti mengugut??? Ini sudah jelas menampakkan bahawa ASPIRASI memang bergantung hidup pada ugutan...kalau tak ada sesi ugutan, tak tahu la apa nasib ASPIRASI...
Ikuti laporan selanjutnya...

Monday, January 12, 2009

Calon UMUM Bangi turun KTSN

Rombongan yang didatangkan khas dari Bangi ini awal-awal pagi lagi sudah berada di perkarangan pintu pagar KTSN (Kolej Tun Syed Nasir). Sebelum mereka berkempen di dalam kolej, sempat juga YB-YB kita ni singgah di gerai-gerai di Taman Tasik Titiwangsa yang kebetulannya berlangsung progrm "Untukmu Palestin" anjuran JAKSA KTSN (Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi Kolej Tun Syed Nasir)....Baca lagi...

MANIFESTO PMUKM - MAHASISWA

  1. Berusaha meningkatkan ranking UKM dalam kedudukan terbaik dunia.
  2. Memperjuangkan keselarasan yuran kolej di setiap kolej kediaman bersesuaian dengan kemudahan yang disediakan.
  3. Memastikan penetapan Yuran Pelajar sentiasa berada di paras yang tidak membebankan ekonomi mahasiswa/i.
  4. Mewujudkan “Biro Aduan Perkhidmatan Bas dan Teksi” yang diletakkan di bawah Exco Kebajikan PMUKM. Baca Lagi...

CALON UMUM ASPIRASI (CALON SISTEM) : PELAJAR TAHUN AKHIR

Satu fakta yang perlu diketahui oleh semua mahasiswa/i; Calon Sistem bagi kerusi Umum tahun 3 merupakan pelajar tahun akhir. Empat daripada Calon Sistem tersebut merupakan pelajar tahun tiga Fakulti Sains Sosial Kemanusian manakala seorang lagi merupakan pelajar Fakulti Sains & Teknologi. Percaturan ini sebenarnya akan membawa masalah kepada pentadbiran PMUKM.

Antara kesan ketara yang akan dihadapi oleh mahasiswa/i UKM sekiranya mereka memilih Calon Sistem pada sesi ini ialah kehilangan sekurang-kurangnya 5 orang MPP pada Ogos 2009 kerana mereka bakal tamat belajar. Jumlah ini belum lagi dicampur dengan 4 orang MPP tahun tiga FEP, FST, FPI dan FSSK yang semestinya tamat pengajian pada tempoh yang sama. Ini seterusnya akan membantutkan pengurusan dan pentadbiran PMUKM yang bertindak sebagai badan tertinggi mahasiswa/i di UKM disebabkan kehilangan sejumlah exco. Terdapat satu cara untuk menyelesaikan masalah ini iaitu dengan menangguhkan pengajian. Namun, ini akan menonjolkan kelemahan pemimpin pelajar dari aspek akademik. Oleh itu, mahasiswa/i perlulah bijak untuk membuat pilihan di dalam pilihanraya kampus pada kali ini. Fikir-fikirkanlah mahasiswa/i sekalian. "Bersatu Berubah"

Calon MAHASISWA vs Calon SISTEM


Calon Mahasiswa:

Calon-calon yang ditentukan oleh mahasiswa/i sendiri. Mereka bersatu untuk berubah dan bercita-cita membawa perubahan dalam suasana kemandulan aktivisme dan keintelektualan mahasiswa/i di kampus. Mereka sanggup berkorban demi memperjuangkan suara mahasiswa/i. Baca lagi...

Sunday, January 11, 2009

... TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI


11 Januari 2009

Cerita PANAS!!!....

Cafe KTHO ditutup serta merta selepas calon-calon GMUKM datang untuk berkempen lebih kurang pukul 6.30 petang tadi..


Ayuh celikkan pemikiran kita wahai mahasiswa/i,

Merujuk buku tatacara-tatacara pemilihan MPP 2008, bahagian v- Kawasan kempen- perkara 35:
(1) Kawasan kempen merujuk kepada kampus UKM atau mana-mana kawasan yang
ditentukan oleh UPMPP.

Mengapa perlu takut kepada gelombang yang dibawa oleh GMUKM??

Team kempen telah meneruskan misi berkempen tepat jam 6.30 petang di kolej KTHO bersama-sama dengan calon GMUKM. Kehadiran Team kempen dalam keadaan aman dan bersemangat waja untuk berkempen bertemu mahasiswa/i UKM. Malangnya, kedatangan Team kempen telah disalah tafsir oleh segelintir individu yang bertindak menutup pintu-pintu cafe dan menyebarkan maklumat kepada penghuni kolej dan pelanggan yang ingin menuju ke cafe bahawa "cafe tutup".

Memang sangat pelik...

Merujuk buku tatacara-tatacara pemilihan MPP 2008, bahagian v- Manifesto- perkara 40:
(1) Calon-calon boleh mempunyai manifesto mengenai dirinya atau tujuan beliau bertanding dalam pemilihan MPP.

Untuk pengetahuan mahasiswa/i yang sentiasa mengikuti perkembangan kempen GMUKM, tempoh berkempen adalah tempoh untuk memperkenalkan diri calon dan manifesto yang ingin dibawa oleh calon. Secara keseluruhannya, manifesto calon GMUKM adalah berkaitan kebajikan kita selaku mahasiswa/i.

Merujuk buku tatacara-tatacara pemilihan MPP 2008, bahagian v- Kempen secara lisan- perkara 42:
(2) Kempen hendaklah dijalankan secara tertib dan menggunakan kata-kata sopan.
(3) Kempen hendaklah menumpukan kepada isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan pelajar.

Mari kita sama-sama menilai...

Setakat ini, kempen yang dilakukan oleh Team kempen mematuhi tatacara-tatacara yang telah digariskan. Mengapa masih ada ketidakadilan? Buka minda...Beri ruang kepada Team kempen dan calon untuk berkempen. Kita beradu dalam suasana persekitaran yang kondusif... "Bukankah begitu??".

"Usah takut" pada bayang-bayang sendiri...

Kalau berani menyatakan diri benar, perlu juga berani untuk berhadapan dengan golongan yang terdiri dari pelbagai ideologi yang berbeza... "Bukankah begitu??". Ayuh!!! mahasiswa/i, berani melakukan perubahan, pengislahan kearah kebaikan...

CALON MAHASISWA – PNGK : ABOVE 3.0

Wartawan GMUKM, Kumaresan a/l Gopal telah melaporkan bahawa calon-calon MAHASISWA bagi Pilihanraya Kampus UKM sesi 2008/2009 merupakan terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa yang cemerlang dalam akademik. Majoriti calon-calon MAHASISWA mendapat PNGK 3.0 dan ke atas.
“Sokongan dan undi mahasiswa/i UKM kepada calon-calon MAHASISWA adalah tidak sia-sia dan amat sesuai bak kata a great power for a great responsibilities” ujar Pengerusi GMUKM, saudara Ahmad Farhan bin Yusoff. Beliau juga berkata bahawa tanggungjawab meningkatkan ranking UKM dan kecemerlangan akademik mahasiswa/i UKM amat sesuai dipikul oleh mereka yang cemerlang dalam akademik.

STATISTIK PNGK CALON MAHASISWA BAGI KERUSI UMUM




Saturday, January 10, 2009

KEMPEN GMUKM MENYERLAH DI UKM


10 Januari 2009

Misi mesti diteruskan!!! Laungan “lagu Gelombang Pro-Mahasiswa” yang bergema buat pertama kalinya di stadium tempoh hari menjadi penguat semangat semua penyokong GMUKM, terutama bagi yang terlibat secara langsung dalam kempen:


Kami melangkah kaki dengan pasti

Menerobos segala onak duri

Generasi baru yang telah dinanti

Pro Mahasiswa bakal mengganti


Bagai gelombang terus berjuang

Untuk tumbangkan segala kebatilan

Dengan tulus ikhlas untuk keadilan

Demi varsiti gapai sejahtera


Takkan surut walau selangkah

Takkan henti walau sejenak

Cita kami cipta perubahan

Dan harapan untuk mahasiswa”

Baca Lagi

ASPIRASI MENGGELABAH!!!



"Salam, mohon bantuan felo JAKSA n jentera ASPIRASI memantau keluar masuk pelajar luar di blok masing2. Kempen agresif GM akan bermula malam ini sehingga subuh. Larangan masuk kolej selepas jam 10 masih berkuatkuasa walaupun semasa kempen. Malah Tatacara Pilihanraya Perkara 39(2) berkaitan perhimpunan melarang kempen di bilik pelajar di kolej. Sebarang maklumat dari kolej tuan mohon disalurkan kepada saya untuk disebarkan kepada kolej lain"

Semalam, beberapa felo, JAKSA dan jentera ASPIRASI menerima sms memohon bantuan untuk memantau kolej masing-masing untuk berjaga-jaga terhadap kempen GABUNGAN MAHASISWA yang mereka jangkakan berlangsung pada malam tadi.
Ini jelas membuktikan bahawasanya pihak ASPIRASI kini begitu gelabah terhadap gelombang yang telah dibangkitkan oleh GABUNGAN MAHASISWA.
Ini juga menunjukkan bahawa Aspirasi sangat takut dan tidak yakin dengan kemampuan mereka sendiri untuk bertanding dalam PRK kali ini apatah lagi untuk berdepan dengan pihak lawan mereka iaitu GMUKM. Mereka juga takut kehilangan sokongan atau undian dan disebabkan itulah mereka berusaha untuk menyekat sebarang kempen atau pengaruh yang dilakukan oleh GMUKM. Tambahan lagi apabila mereka telah menerima tamparan hebat dimana 3 kerusi diwakili calon GMUKM telah menang tanpa bertanding.

MAHASISWA sekalian, bebaskan diri anda daripada cengkaman penjajahan minda dan ugutan yang tidak bermoral ini. BUKTIKAN ANDA ADALAH MAHASISWA YANG MAMPU untuk menentukan siapakah pemimpin anda dan siapakah yang layak untuk menjadi wakil suara MAHASISWA yang akan dibawa ke pihak atasan.

BENARKAH PALAPES TIDAK DIBENARKAN MENYERTAI PRK?

Baru-baru ini GMUKM menerima surat dari pembaca yang menyatakan bahawa PALAPES tidak dibenarkan menyertai PRK atau terlibat secara langsung dengan politik kampus. PALAPES seharusnya bebas dari fahaman politik kerana mereka merupakan badan keselamatan dan ketenteraan. Seandainya mereka menjadi calon mereka akan dibuli atau di sekat kemudahannya. BETUL KE? Baca Lagi. . .


PENGETUA KOLEJ KEDIAMAN takut dengan MAHASISWA

Semalam baru sahaja selesai penamaan calon namun pelbagai tindakan telah diambil oleh kolej kediaman diatas bermulanya sesi berkempen calon di seluruh kawasan UKM. Pada waktu malam jalan mula di tutup dan perjumpaan kolej mula dibuat bersama-sama dengan pelajar-pelajar.

Di Pengetua Kolej Tun Hussien Onn, Mejar Nasir telah memberi arahan supaya cafeteria ditutup seawal 10 mlm yang pada kebiasaannya beroperasi seawal jam 7pg sehingga jam 3pg. Arahan telah dikeluarkan bersempena tempoh berkempen yang bermula semalam sehingga 14 Januari 2009.

Berikutan arahan yang dikeluarkan oleh Mejar Nasir menampakkan tekanan dan tamparan hebat kepada beliau selepas calon Aspirasi yang dihantarnya di Kerusi tahun 2 FPI telah ditolak oleh disebabkan kesilapan borang yang berlaku dan menyebabkan Calon GMUKM menang tanpa bertanding.

Kekalutan yang berlaku ini merupakan kesan dari sistem yang mereka cipta sendiri. Sama seperti kisah 'Terminator' di dalam TV. Robot yang di cipta membunuh tuan sendiri. MAHASISWA PERLU BANGKIT dan sedar bahawa perbuahan perlu dilakukan di dalam sistem pentadbiran UKM. Mahasiswa sepatutnya boleh memilih sendiri jalan yang mereka mahukan, tidak hanya mengikut telunjuk orang lain. Jadilah masyarakat yang berilmu dan dengan modal ilmulah kita dapat menilai yang mana yang baik dan yang mana yang buruk.

Kepada calon MAHASISWA teruskan berkempen. Usah hiraukan cabaran dan rintangan yang berada dihadapan. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.

SYARAT BARU TIDAK MENGGUGAT CALON GMUKM







HARI PENAMAAN BERJALAN LANCAR : Semalam 8 Januari 2009 merupakan hari penamaan majlis perwakilan pelajar UKM 2008/2009. Menampilkan 32 calon GMUKM berjaya melayakkan diri untuk bertanding didalam pertandingan merebut kerusi PMUKM sesi kali ini. Perarakan dari Stadium ke Pusanika berjalan lancar dan meriah sekali. Bersama pegawai keselamatan yang mengawal lalulintas agar tidak berlaku kesesakan jalan di sepanjang jalan.

Di Fakulti Pengajian Islam (FPI) telah menyaksikan kemenangan calon GMUKM menang tanpa bertanding bagi kerusi tahun 3 dan kerusi tahun 2. Saudara Mahfuzan Gadafi dan Saudara Idris Yusoff. Calon FPI bagi kerusi tahun 2 terbatal penyertaannya apabila borang yang diisi oleh calon lawan adalah Borang 2 iaitu borang calon umum bukan calon fakulti Borang 2A. Calon yang merupakan ahli pasukan PALAPES UKM terpaksa mengundurkan diri apabila borang yang diberikan oleh Pusat Pekermbangan Pelajar telah memerikan borang yang salah kepada calon. Inilah yang dikatakan calon sistem, apabila diberi input terus di proses tanpa ada penilaian dan 'filter' jika tidak diarahkan. Maka outputnya adalah mahasiswa kaku dan lesu. Apa yang hendak dibuktikan lagi tentang MAHASISWA KAKU oleh di sebabkan AUKU menyekat mahasiswa.

CALON SISTEM : Kebanyakan kes kerusi fakulti mahupun kerusi umum calon telah di paksa menyertai dan menjadi calon. Ada yang diugut dibuang kolej, hilang kelayakan untuk naik pangkat bagi PALAPES dan di kejar jika tidak menghadirkan diri semasa penamaan calon. Mereka yang menjadi calon 'terdesak dan terpaksa' umpama tikus.



Manakala kerusi tahun 2 di Fakulti Kejuruteraan Alam Bina FKAB yang dikenali juga sebagai FKejut juga menang tanpa bertanding. Meskipun Kerusi tahun tiganya juga telah diumumkan menang tanpa bertanding ditarik balik borang penyertaannya selepas jam 12 setelah bangkit isu 'buku peraturan' telah termaktub pada bahagian II perkara 3.5 kelayakan sebagai calon pelajar mesti mempunyai sekurang-kurang berbaki 2 semester. Walaubagaimanapun calon masih lagi berusaha untuk mendapatkan sokongan TNC kerana masalah yang dinyatakan. Isu yang dibangkitkan semasa bengkel MPP di AFamosa Melaka yang lepas menemui jalan penyelesaian, pelajar bagi fakulti yang mempunyai 3 tahun pengajiannya melayakkan pelajar tahun tiganya bertanding. Namun tidak pula dibincangkan bagi fakulti yang memiliki 4 tahun pengajian , dibenarkan pelajar tahun ke-empatnya bertanding. Jika di lihat syarat dan bentuknya serupa namun pihak pentadbiran menarik borang calon tersebut atas sebab tidak ada notis yang dikeluarkan tentangnya.




Namun GMUKM tidak pernah rasa tergugat dengan peraturan dan undang-undang pemilihan ini kerana GMUKM terlah bersedia dengan strategi calon dan kempen. Semalam telah bermula kampen dari kelas ke kelas menampilkan Calon Umum tahun 3 dan 2 di FSSK (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan). Manakala pagi tadi di Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Sains Teknologi. Respon yang diberikan mahasiswa amat positif.




Terima kasih kepada semua mahasiswa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan hari penamaan calon majlis perwakilan pelajar semalam.


Bersatu Berubah

...Perubahan yang ingin kita kecapi bersama ini sebenarnya memerlukan sokongan padu daripada semua entiti yang ada di UKM, baik di kalangan pensyarah, pelajar, mahupun kakitangan dan pegawai-pegawai pentadbiran. Sudah tiba masanya kita membuat anjakan paradigma dan kembali melakar kegemilangan dan keceemerlangan bersama.... teruskan membaca

Friday, January 9, 2009

DEMO MEMBANTAH KEKEJAMAN ISRAEL: MENTERI DI KPT BAGI 'green light'

9 JANUARI 2009
JUMAAT
MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC

SOLAT JUMAAT DISANA




MENTERI DI KPT MEMBERI 'GREEN LIGHT'

SELURUH MAHASISWA DIMINTA BERKUMPUL DI MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC & SOLAT JUMAAT DI SANA. KITA AKAN BERARAK BERMULA DARIPADA MASJID KLCC. PAKAIAN HITAM. <baca lagi>


http://isiukm.blogspot.com

ISLAM UNTUK SEMUA

Thursday, January 8, 2009

8 JAN : GAMBAR SEKITAR PENAMAAN CALOM MPP UKM 2009

PENAMAAN CALON MPP UKM SESI 2008/2009


Gambar : Mahasiswa berhimpun di PUSANIKA UKM untuk menjalani sesi
penamaan calon umum MPP UKM 2008/2009


Bangi (8 Jan 2009) : Hari ini merupakan hari penamaan bagi calon MPP UKM bagi sesi 2008/2009. Puas sudah GMUKM menunggu kini tiba saat dan waktunya yang dinanti dan pasukan GMUKM sudah pun bersedia dengan ‘taringnya’ untuk berhadapan dengan lawan didalam pilihanraya kampus kali ini. Semangat berkobar-kobar dibakar di STADIUM UKM dengan berarak ke PUSANIKA. Saat dan ketika ini mahasiswa berhimpun PUSANIKA sambil bersorak untuk memberi semangat kepada calon GMUKM.

Bagi yang masih lena, ayuh bangun dan mari kita lihat perubahan yang akan berlaku. Sejarah bakal terlakar di UKM. Ayuh gegarkan UKM dengan suara mahasiswa. Kita berhak menentukan masa depan kita sendiri bangkit dan kehadapan bersama-sama kami. Nantikan kehadiran kami di fakulti anda.

JANGAN HANCURKAN MALAYSIA DENGAN MEMANDANG REMEH ISU PRK...- Sdr Idris, calon GMUKM.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 30 menjadi kefahaman kita bahawa Allah s.w.t. menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. Inilah tugas besar manusia yang tidak boleh diabaikan. Menjadi tanggungjawab manusia untuk memimpin dunia kea rah kebaikan, keadilan dan kesejahteraan. Dalam berbicara mengenai “future leader” di Malaysia yang kita cintai ini, mahasiswa menjadi manusia yang bertanggungjawab memikirkan soal amanah untuk memimpin negara untuk masa akan datang. Baca Lagi

Sekatan kebebasan dan penafian hak dalam amalan demokrasi!!

Pihak pengurusan dan aspirasi-TSB kolej burhan menghalang Mahasiswa memakai pakaian Ungu, Oren dan hijau untuk menghalang warganya menyokong gelombang perubahan oleh GMUKM. Ikuti reaksi pemimpin GMUKM berkaitan isu ini disini

Hari Penamaan Telah TIba.

Setelah sekian lama penantian Mahasiswa/i UKM, akhirnya telah tiba saat yang dinantikan. Hari ini, Khamis, 8 Januari 2009Masihi, bersamaan 11 Muharam 1430hijrah, telah dipilih menjadi hari keramat untuk penamaan calon bagi Pilihanraya Kampus 2009 di UKM. Berikut merupakan aturcara bagi Hari Penamaan


Tarikh : 8 Januari 2008, 11 Muharam 1430

Masa :
9.00pg - 11.00pg = Proses Pndaftaran Calon (penghantaran borang kepada Dekan@wakil)

11.15pg - 12.15tghari = Proses bantahan


12.30tgh = Pengumuman dan pengesahan calon yang layak bertanding.


Tempat:
Bangunan Pusanika - Calon-calon bagi kawasan Umum tahun 2 dan 3.

Bangunan Fakulti - Bagi calon-calon di kawasan Fakulti masing-masing.


Justeru Pihak GMUKM, ingin mengajak seluruh waga kampus khususnya Mahasiswa untuk sama-sama kita mengambil bahagian dalam Penamaan Calon hari ini. Harapan Baru Mahasiswa.

Wednesday, January 7, 2009

Calon Mahasiswa Vs Calon Sistem

oleh hilman idham, fssk/1,

Sehari menjelang pilihanraya kampus, suasana masih lagi sunyi tanpa semangat merayakan demokrasi yang sepatutnya ada dalam diri setiap anak muda bergelar mahasiswa. Politik kampus masih lagi menjadi medan pertempuran anak muda yang seharusnya membawa inspirasi mahasiswa. Baca lagi...

Let's actively Take Part!!!

Penulis merupakan setiausaha kerja GMUKM, yang juga akan bertanding dalam PRK akan datang, mengajak seluruh Mahasiswa untuk melibatkan diri secara aktif dalam pilihanraya, terpulanglah sama ada menyertai GMUKM, secara bebas mahupun sebagai jentera aspirasi. Betul ke sampai menjadi jentera aspirasi pun tak mengapa??

Ikuti artikel beliau,

Manipulasi Istilah Dan Sistem Dalam PRK

Apa bezanya Istilah Pemilihan dan Pilhanraya? Bagaimana pula impaknya terhadap mood pengundi dalam pilhanraya?

Jom baca...

Tuesday, January 6, 2009

Apakah yang menjadi kekuatan dan kelebihan calon yang bertanding semasa Pilihanraya Kampus 2009 kali ini?

Apakah faktor utama yang memenangkan calon pada pilihanraya kampus akan datang?

Kongsi pandangan anda di sini

Monday, January 5, 2009

Pembaziran HEP

Mungkin agak keterlaluan pandangan penyokong GMUKM ini, namun ikuti kupasan beliau mengenai tajuk bersahabat dengan syaitan ini...

sila klik

Pendedahan kecelaruan sistem pilihan raya.

Buku Tatacara Pemilihan yang baru sahaja dikeluarkan oleh HEP secara rasmi hari ini memperlihatkan terlalu banyak kecelaruan fakta dan tipu muslihat HEP. Peraturan-peraturan baru dikenakan untuk menyekat kebebasan dan keintelektualan Mahasiswa. Setiausaha Kerja GMUKM, Hisyamuddin Abdullah memberikan ulasan dan komentar beliau(menurut beliau ada lagi lambakan fakta yang tidak sempat dihurai)

Ikuti ulasan beliau...

Mahasiswa UKM KL dikesampingkan dari gelombang perubahan PRK '09

Pihak HEP UKM KL dilaporkan gagal melaksanakan tugas mereka dengan efisyen kerana sehingga ke saat ini(5 ptg, 5 Januari '09) Mahasiswa di UKM KL masih belum menerima apa-apa notis berkaitan dengan PRK '09.

Apa pula dalih HEP kali ini, ikuti perkembangannya, klik disini.

Kongres Pro-Mahasiswa Nasional : Hope and Change!

Kongres dengan tema "Menerajui Agenda Perubahan Generasi Baru" diadakan di Shah Alam, 3 Januari 2009 merupakan signal yang jelas kebangkitan Mahasiswa untuk membawa perubahan di kampus.

sila klik

Penamaan Calon PRK 09



Ayuh, turun beramai-ramai menyokong calon idaman Mahasiswa. Harapan Baru Mahasiswa!!!

Tangan Ghaib dalam PRK '09?

Siapakah "tangan ghaib" yang mencampuri urusan Mahasiswa dalam PRK '09 yang akan berlangsung pada 15 Januari akan datang?

klik disini

Sunday, January 4, 2009

PRK 15 Jan: GMUKM tekad hapuskan manipulasi HEP.


http://kacapermata.blogspot.com/2009/01/prk-15-jan-gmukm-tekad-hapuskan.html



Bangi, 3 Januari, kem jentera pilihanraya Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, GMUKM pada kali ini berhadapan tugas getir dalam menghadapi Pilihanraya Kampus yang disahkan akan berlangsung pada 15 Januari 2009.

Penantian Mahasiswa UKM untuk menyaksikan perubahan dalam Majlis Perwakilan Pelajar MPP PMUKM yang tertangguh tahun lalu akhirnya bakal terjawab apabila pihak HEP menyiarkan notis berkenaan dengan pengendalian PRK pada kali ini. Menurut notis yang disiarkan di beberapa tempat di fakulti-fakulti di UKM, tarikh penamaan jatuh pada 8 Januari manakala pengundian dilaksanakan seminggu kemudian, 15 Januari.

Dalam masa yang sama, seramai 159 orang Mahasiswa/I yang bakal menjadi calon dilaporkan mengikuti sebuah kursus yang dianjurkan oleh HEP di A’Famosa Resort, Melaka. Walaupun mendapat tentangan daripada Mahasiswa UKM, pihak HEP UKM tetap berdegil menganjurkan bengkel tersebut dan masih meletakkan kehadiran ke bengkel tersebut sebagai syarat wajib untuk menjadi calon.

Pihak HEP turut dilaporkan menaikkan kos bertanding bagi mana-mana calon yang akan bertanding dalam PRK 2009 nanti sebanyak 66% bagi wang deposit, dan 25% bagi setiap borang pencalonan. Peningkatan kos ini dolihat semata-mata ingin menyusahkan calon pilihan Mahasiswa kerana calon-calon Aspirasi mendapat tajaan daripada HEP dan KPT sendiri. Sumber daripada perwakilan pelajar di Universiti Utara Malaysia, UUM menyatakan bahawa setiap calon tajaan HEP dan KPT menerima wang saku sebanyak RM250 daripada UMNO, Barisan Nasional.

Namun begitu, kempen GMUKM tidak terjejas malah jurucakap GMUKM, saudara Hazman Abdullah menyatakan bahawa Mahasiswa UKM sudah lama menantikan perubahan yang ingin dibawa oleh GMUKM. Beliau melaporkan pihak HEP dan Aspirasi berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mengerahkan dan memaksa Mahasiswa tahun 1 untuk menjadi calon. Menurut salah seorang calon Aspirasi yang merupakan pelajar Fakulti Pengajian Islam/2, dia sebenarnya keberatan untuk menjadi calon. Namun dia terpaksa akur dengan arahan dan ugutan pihak HEP yang didakwanya juga didalangi konspirasi jahat dan sulit pihak KPT.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !