Bahang pilihanraya kampus sudah semakin pudar. Namun kehangatan gelombang perubahan yang akan melanda Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM, baru sahaja berada di permulaan. Isyarat yang jelas telah pun diberikan oleh Mahasiswa UKM, kini nantikan saat gelombang tersebut melanda UKM.
Mungkin ramai yang tertanya, apa sudah jadi dengan GMUKM? Kenapa begitu sekali senyapnya selepas PRK? Kenapa sudah jarang dilihat perbincangan yang berkisar mengenai pilihanraya Kampus? TIdak kurang ada yang bertanya, kenapa sudah tiada "gangguan SMS" yang begitu kerap melewati paparan skrin telefon bimbit Mahasiswa UKM semasa PRK baru-baru ini?
GMUKM masih lagi tetap dengan perjuangan membawa perubahan di UKM. Menerusi mandat yang diberikan kepada 12 MPP ini, GMUKM akan terus komited membalas kepercayaan warga kampus semasa Pilihanraya Kampus baru-baru ini.
Untuk pengetahuan semua, pihak HEP(dikenali dengan nama PPP @ JPPEL) sedang sibuk mengatur dan merancang strategi bagi PMUKM akan datang. Beberapa individu penting di dalam PPP sedang asyik merancang siapakah yang bakal menjadi Presiden PMUKM. Mereka juga merancang bagaimana untuk menyekat pengaruh 12 MPP Mahasiswa yang menang dalam PRK baru-baru ini. Terlalu rancank mereka berbincang, sehingga terlepas ke pengetahuan wartawan GMUKM yang kebetulan berada di PUSANIKA baru-baru ini.Pn Rosmah Ayu, En Mustafa @ 3M, dan En Zamri merupakan individu yang berjaya dikenal pasti mengatur urusan Mahasiswa.
Mereka dilihat rancak berbincang dan seringkali berhubung dengan MPP Sistem(aspirasi) yang mereka lantik baru-baru ini. Terbaru, pada malam ini Rabu, 21 Januari 2009, sepatutnya diadakan perjumpaan pertama MPP PMUKM bagi melantik Speaker, Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, dan Bendahari. Namun, disebabkan oleh perancangan yang terlalu tergopoh-gapah, pihak PPP memutuskan perjumpaan tersebut tidak boleh dibuat dalam masa yang terdekat.
Sebenarnya, dalam hal perlantikan jawatan tertinggi PMUKM akan diputuskan oleh MPP-MPP yang menang dalam mesyuarat MPP PMUKM yang pertama. Dalam mesyuarat tersebut, pihak HEP akan mempengerusikan permulaan mesyuarat tersebut bagi menguruskan proses perlantikan speaker MPP PMUKM, yang juga hasil undian majoriti semua MPP-MPP PMUKM. Seterusnya, mesyuarat akan diserahkan kepada speaker untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut bagi melantik Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, dan Bendahari PMUKM. Semasa perlantikan ini, tiada pegawai HEP, PPP, JPPEL dan sebagainya yang bolh mencampuri perlantikan ini malah dikehendaki meninggalkan bilik mesyuarat. Pada ketika inilah MPP akn berbahas da mengundi siapakah peneraju PMUKM pada kali ini.
Maklumat percaturan ini benar-benar mengecewakan Mahasiswa UKM. Sudahlah ditekan dengan peraturan pilihanraya yang melampau, dinafikan pula hak untuk berada dan terlibat secara aktif dalam PMUKM walaupun mendapat mandat sah daripada warga Kampus. Pemimpin Mahasiswa seharusnya diberikan ruang untuk berfikir secara rasional untuk kebaikan semua.
GMUKM sesekali tidak akan berdiam diri sekiranya perkara ini dibiarkan berlaku. Hak Mahasiswa untuk berbincang dan bertindak untuk Mahasiswa seharusnya dikembalikan dan dilayan sebaiknya. Mahasiswa perlu diberikan ruang untuk memimpin organisasi mereka sendiri.
Apa yang mengecewakan kami bukanlah kerana tidak diberikan jawatan, namun jika beginilah caranya PMUKM ditadbir, maka sia-sialah Pilihanraya kampus diadakan. Sia-sia jugalah harapan yang disandarkan oleh Mahasiswa ke atas calon-calon yang bertanding dalam Pilihanraya baru-baru ini.
Harapan kami, dan juga harapan GMUKM adalah Mahasiswa, sama ada MPP atau tidak, berfikir secara rasional dan bertindak sebagai Mahasiswa yang ada nilai intelektual yang tersendiri. Jangan biarkan tangan-tangan ghaib terus mencampuri urusan Mahasiswa.
[Kafeteria Pusanika 暂时关闭通知]
7 years ago
0 comments:
Post a Comment