Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, June 28, 2009

Selamat Datang Kepada Adik-adik!

Hari ini UKM bakal menerima ahli keluarga baru apabila seramai hampir 4000 Mahasiswa melaporkan diri di kampus induk Bangi. GMUKM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang kepada semua Mahasiswa/i sesi kemasukan 2009/2010.

Bermulalah episod baru penjelajahan kehidupan kalian yang akan bergelar Mahasiswa di perbukitan ilmu yang bertuah ini. Sesungguhnya kehadiran kalian di menara gading UKM ini adalah bukti keistimewaan dan kelebihan kurniaan Tuhan yang ada pada diri kalian.


Harapan kami, segala bakat dan kelebihan yang ada akan terus digilap serta terus meneroka segala potensi diri untuk mengejar cita-cita dan impian hidup kalian. Semoga Falsafah penubuhan UKM ini dapat kita capai dan realisasikan bersama.

Paduan Antara Iman Kepada Tuhan dan Ilmu yang bermanfaat, serta gabungan antara teori dan amal merupakan asas kepada Pembangunan Universiti, Pembudayaan Ilmu, dan Pembentukan Masyarakat Terpelajar.


Perhatikan pula bait Lagu Varsiti Kita ini,

"Bangun berbakti membela; Memupuk insan jiwa bertaqwa; Memimpin manusia semua; Kenal akan adat unggulnya; Membina negara sentiasa; Maju berilmu dan bahagia"

Sekali lagi kami ucapkan, Selamat Datang kepada semua ke UKM, Mengilhamkan Harapan Mencipta Masa Depan.

Tuesday, June 23, 2009

Takziah Buat Keluarga Siti Farihan Mohd Hassan

Bangi, 23 Jun - GMUKM mengucapkan Takziah kepada keluarga Siti Farihan Mohd Hassan yang meninggal dunia awal pagi tadi. Kejadian yang menyayat hati ini perlu dijadikan iktibar dan renungan oleh semua warga kampus. Warga kampus dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila berada di kawasan kampus kerana sememangnya malang tidak berbau.

Oleh kerana kejadian ini masih berada di dalam siasatan polis, sebarang rumusan ataupun spekulasi liar hendaklah dihentikan sebagai menghormati pemergian Allahyarhamah Siti Farihan. GMUKM berharap agar pihak Polis dapat menyelesaikan kes ini dengan segera agar dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berulang.

Semoga Roh Siti Farihan dicucuri rahmat.

Pelajar Wanita Ditemui Mati Di UKM

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Seorang pelajar wanita ditemui mati berhampiran tempat meletak kereta di Kolej Kediaman Za'aba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood berkata mangsa, Siti Farihan Mohd Hassan, 23, ditemui tertiarap oleh seorang tukang sapu kira-kira 7 pagi.

"Seorang tukang sapu yang kebetulan sedang membersihkan kawasan itu ternampak mayat Siti Farihan sebelum menghubungi polis.

"Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan lebam pada muka Siti Farihan dipercayai akibat hentakan yang kuat. Dia dipercayai terjatuh dari beranda biliknya yang terletak di tingkat empat bangunan lima tingkat itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis tidak menemui sebarang kesan geledah di bilik mangsa dan polis juga telah mengambil keterangan dari rakan sebilik Siti Farihan.

Mangsa yang berasal dari Kelantan ialah pelajar peringkat Sarjana jurusan Sains Kimia.

"Kita telah soal-siasat rakan sebilik mangsa, bagaimanapun rakan sebiliknya tidak mengetahui kejadian itu kerana waktu itu rakannya sedang tidur dan polis tidak menolak kemungkinan ia berlaku seawal pukul 3 pagi," katanya.

Shakarudin berkata kejadian itu telah dimaklumkan kepada keluarga mangsa dan punca sebenar kejadian masih disiasat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras untuk dibedah siasat, katanya.

-- BERNAMA

Monday, June 22, 2009

Bersetuju untuk bersetuju atau Bersetuju untuk tidak bersetuju.


Interaksi atau hubungan sesama manusia dalam sesebuah kelompok masyarakat boleh mencetuskan perbalahan, persengketaan, dan pelbagai senario lain. Tanpa garis panduan tentang siapa yang layak mentadbir, menggubal dasar, membuat keputusan atau menghakimi pertelagahan bakal menjerumuskan sesebuah masyarakat ke kancah huru-hara.

Selain bersetuju mengenai kelayakan pihak-pihak tertentu dalam mengurus dan mentadbir hal ehwal sesebuah komuniti, masyarakat juga perlu bersetuju terhadap nilai sepunya yang adil dan sejagat. Termasuklah berkongsi definisi keadilan yang sama, iaitu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

Jika masyarakat gagal bersutuju terhadap nilai pegangan yang sama, maka akan timbul kesukaran bagi pihak yang dilantik untuk menguruskan dan membuat keputusan. Pihak yang dilantik juga harus berpegang kepada nilai yang sama supaya konflik antara kedua pihak ini dapat dihapuskan.

Sebagai contoh, nilai warna pada lampu trafik. Semua pengguna lalu lintas perlu bersetuju dan bersepakat bahawa tandaan lampu merah untuk berhenti, kuning untuk berhenti, dan hijau untuk jalan. Jika sebaliknya berlaku, maka konflik lalu lintas akan berlaku sehingga memungkinkan berlakunya kemalangan dan kehilangan nyawa.

Tiada seorang pun yang berhak membuat keputusan dengan sewenang-wenangnya tanpa mendapatkan pandangan semua pihak. Apalagi kalau keputusan itu melibatkan masa depan dan kebajikan orang lain. Manusia perlu pandai membezakan antara meraikan pandangan, mengambil kira pandangan, menerima pandangan ataupun mengendahkan pandangan.

Mahasiswa juga perlu diterima dan diberi kedudukan yang setaraf dengan manusia-manusia lain sekalipun mempunyai ideologi yang berbeza. Mahasiswa berhak menyuarakan pandangan, apalagi dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Artikel ini sebenarnya merupaka respon terhadap desas-desus kenaikan harga kolej, penguatkuasaan sistem generik, peraturan lalu-lintas yang baru, serta perubahan sistem yang akan dijalankan dalam pilihanraya kampus akan datang.

Semua ini perlu kepada perancangan dan kajian menyeluruh sebelum dilaksanakan. Sekiranya pandangan majoriti Mahasiswa tidak diendahkan, maka kemungkinan akan berlaku huru-hara akibat perbezaan nilai yang perlu disepakati bersama.

Friday, June 19, 2009

ISA 7: Mahasiswa perlu tamatkan kezaliman.


Kuala Lumpur, 18 Jun - Kira-kira jam 11.30pg, Majistret Azniza Mohd Ali akhirnya membuat keputusan untuk membebaskan hanya seorang daripada 6 mangsa akta zalim kerajaan 1 Malaysia acuan Najib.

Mahkamah turut memutuskan bahawa kelima-lima mangsa dikenakan denda sebanyak RM3,900 seorang atau dikenakan hukuman 3 bulan penjara.

Menurut Peguam Amer Hamzah, salah seorang peguam yang mewakili Mahasiswa dalam ISA 7 tersebut, hukuman ini sebenarnya adalah hukuman yang melampau dan sangat-sangat tidak bersesuaian dengan keadaan Mahasiswa terbabit.

"Mereka sudah cukup terhukum apabila dinafikan hak untuk menyambung pelajaran mereka (semenjak 8 tahun yang lalu) dan kehilangan sebahagian dari masa depan mereka." katanya ketika membuat rayuan terhadap hukuman yang ditetapkan.

Menurut Ust Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat, yang turut hadir menyaksikan perbicaraan tersebut, mahkamah sebenarnya masih boleh mengurangkan jumlah hukuman memandangkan denda minimum adalah sebanyak RM2000.

Walaubagaimanapun, wang sebanyak RM 25 000, berjaya dikumpul dalam masa yang singkat selepas mahkamah membuat keputusan muktamad.

Thursday, June 18, 2009

Himpunan Menyokong ISA 7 - Mahasiswa Perlu Berikan Sokongan

Kurang 8 Jam sebelum sebutan kes Perbicaraan ISA 7 yang telah masuk tahun ke-6.

Tahniah kepada yang peka terhadap isu di dalam artikel terdahulu berkenaan ISA 7 ini. Jika diperhati, tarikh sebenar artikel tersebut ialah pada tahun 2007, iaitu ketika Sdr Ezam masih bersama PKR. Namun sengaja diletakkan di dalam blog ini dengan harapan isu ini mampu menjadi topik bual bicara Mahasiswa. Hakikat yang perlu diterima, Mahasiswa sudah 8 tahun "sepi" dari sebarang isu yang boleh dibanggakan. Bahkan mungkin lebih daripada itu.

Jika diperhati, di negara-negara jiran, seperti Indonesia dan Thailand, Mahasiswa merupakan nadi juga agen yang menggerakkan masyarakat. Mereka turun ke dalam masyarakat untuk membantu rakyat membebaskan diri daripada cengkaman kezaliman dan penindasan. Mahasiswa tidak gentar pada ugutan dan ancaman, bahkan merekalah yang mendepani segala karut-marut pemerintah.

ISA 7 merupakan permulaan malap gerakan Mahasiswa di Malaysia. Seramai 7 orang Mahasiswa dibicarakan atas tuduhan terlibat dengan demonstrasi membantah akta zalim ISA yang diadakan di Masjid Negara, pada 8 Jun 2001. Susulan daripada kes ini, kesemua Mahasiswa yang dibicarakan telah digantung universiti walaupun masih belum dibuktikan bersalah. Antara yang turut dizalimi, ialah Mahasiswa UKM, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Tahun 1, Semester Pertama di UKM, Sdr Nik NorHafizi.

Perbicaraan masih berlangsung kerana pihak Pendakwaraya begitu gemar dengan istilah sebutan kes, dan rayuan semula. Sehingga ke hari ini, mereka masih "suci" di sisi undang-undang, namun begitu ada segelintir pengamal undang-undang sendiri yang begitu tekun dan "sungguh hati" memperkosa hak dan kesucian mereka.

Hari ini, adegan memperkosa akan diadakan pada Jam 10 pagi di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Mahasiswa perlu turun beramai-ramai sebagai sokongan terhadap kesucian ISA 7 dan menghentikan perbuatan yang tidak bermaruah ini. Kembalikan hak Mahasiswa!

p/s: Mungkin perlu bawak payung kerana dibimbangi atap lama bocor kembali...

Tuesday, June 16, 2009

Court acquits ‘ISA 7′ students - DEMA


After going through a four-year ordeal, the seven suspended university students – dubbed the ‘ISA 7′ – who were charged with illegal assembly finally walked free from the courtroom today.

1

The Kuala Lumpur magistrate’s court this morning acquitted the seven on the ground that the prosecution had failed to prove they had organised and participated in an anti-Internal Security Act (ISA) demonstration outside the National Mosque in Kuala Lumpur on June 8, 2001.

The prosecution had also failed to prove that it was an unlawful assembly, magistrate Mohd Khairi Haron said before announcing his decision to an applause from the packed courtroom.

The seven, who appeared surprised and jovial, were immediately congratulated by relatives, opposition leaders and student representatives who filled the courtroom.

When asked, the prosecution said it has to wait for further instruction to decide whether it would appeal against the decision.

Decision welcomed

Accompanied by supporters, the ‘ISA 7′ later held an impromptu press conference outside the court to express their gratitude to regional and local groups which had supported them throughout the four years.

They also welcomed the decision and hoped that they could resume their studies soon.

The seven are Rafzan Ramli, Helman Sanuddin, Wan Sanusi Wan Mohd Noor, Khairul Amal Mahmud, Nik Noorhafizi Nik Ibrahim, Ahmad Kamal Abdul Hamid and Zulkefle Idris.

They were charged under Section 27 of the Police Act on July 19, 2001. All of them pleaded not guilty to the charge – which provides for a maximum two-year jail sentence, a fine of up to RM10,000 or both.

They had since been banned from attending classes by the four varsities where they were studying. Previously, they had appealed to the Education Ministry but the then Education Minister Musa Mohamed said they could only be reinstated if they apologised. They did not do so.

The ‘ISA 7′ hearing began in July 2003 after it was postponed on eight previous occasions.

Also present in court today were PKR leaders Mohd Ezam Mohd Nor and Tian Chua, malaysiakini columnist cum film-maker Hishamuddin Rais – all of whom were held under ISA whose freedom was demanded by the students – and human rights group Suaram coordinator Chang Lih Kang.

What they say

Here are the comments from the ‘ISA 7′ and their supporters following the court decision today:

“We were surprised as we did not expect all of us to be freed. Now that we have been punished for four years long before we were found guilty, this will strengthen the argument to abolish the Universities and University Colleges Act (UUCA). I urge the Higher Education Ministry to reinstate us in our respective varsities without conditions.” – Helman Sanuddin, one of the seven accused.

“We thank the student activists for their support throughout the trial. Their solidarity with us has given us the strength and resolve to face the charges. I wish to urge Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to work towards repealing the UUCA which violates academic freedom and student rights.” – Rafzan Ramli, one of the seven accused.

“I am happy with the decision but this does not mean that the struggle to abolish the UUCA is over. The court decision proves that UUCA is a draconian act that resulted in the seven having to go through a four-year ordeal.” – Shazeera Ahmad Zawawi (photo), ex-student activist and Rafzan’s fiancee.

“This is not a genuine victory but a black mark as the students had to go through the tedious court processes to fight for the restoration of their rights.” – Amer Hamzah Arshad, defence counsel.

“They were so many defects from their arrests until prosecution. The government must take steps to remedy the situation and the students’ rights to study must be immediately restored.” – Mohd Ezam Mohd Nor, PKR Youth chief.

Friday, June 12, 2009

Artikel Menarik Minggu Ini. - Pandangan Pimpinan GMUKM

Pemimpin No 1 Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib, menggagaskan konsep 1 Malaysia dalam pembawaan kerajaan pimpinan beliau. Di segenap pelusuk negara, ramai yang sibuk membahaskan perlaksanaan dan intipati konsep yang ingin dibawa oleh Kerajaan BN ini. Ikuti pandangan menarik Ustaz Mohd Idris Al-Hafiz, merangkap MPP Mahasiswa GMUKM.

SAYA SETUJU NAJIB LANCARKAN GAGASAN 1MALAYSIA BESAR-BESARAN


Seronok saya mendengar berita Dato' Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia ingin melancarkan gagasan yang beliau bawakan di awal pemerintahannya iaitu "1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" secara besar-besaran. Saya pernah memberi pandangan ini dalam satu wacana yang saya ikuti di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi berkaitan konsep 1Malaysia ini. Dalam wacana tersebut saya menyatakan betapa saya berharap agar Dato' Seri Najib dapat menyebar luaskan gagasan ini ke seluruh Malaysia.

Apabila Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa gagasan 1Malaysia akan dilancarkan secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada 27 Jun ini, saya merasakan sayalah antara orang yang gembira. Seolah-olah harapan saya selama ini menjadi realiti. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Dato' Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional. Inilah yang saya nantikan.

Mungkin ada yang berbeza pandangan dengan saya, namun saya akan menerima dengan terbuka. Saya akan menjelaskan pandangan saya. Kajian yang dibuat, arus politik baru yang berlaku dan melaju pada hari ini bukan sahaja dari kekuatan Pakatan Rakyat. Namun, kuasa media alternatif merupakan salah satu faktor perubahan ini. Media baru telah menyebabkan rakyat membuka mata. Banyak perkara yang tidak didapati dalam media arus perdana namun media alternatif membongkarnya. Maka rakyat tidak mudah ditipu. Dulu rakyat ditipu secara senyap, tidak diketahui pucuk pangkalnya. Namun hari ini, rakyat tidak mudah ditipu kerana rakyat adalah hakim negara. Apabila, rakyat mendapat banyak maklumat, mereka tidak mudah ditipu. Mudahlah mereka memberi hukuman. Akibatnya, PRU 12 adalah hasilnya.

Walaubagaimanapun, tren ini masih belum menyeluruh kepada rakyat Malaysia. Masih ada yang belum mendapat maklumat secukupnya. Atas hakikat inilah terdapat rakyat di kawasan pedalaman yang masih belum berubah. Jadi, sekiranya Dato' Seri Najib dan pimpinannya ingin melancarkan gagasan beliau secara besar-besaran, saya sangat bersetuju. Harapan saya, biar sampai ke seluruh kawasan sama ada bandar atau luar bandar.

Mengapa saya berkata begitu? Sebelum ini rakyat tidak berubah kerana mereka ditipu secara senyap. Jika mereka ditipu secara terang-terangan, mudahlah mereka menghukum. Contoh mudah, dalam kisah Madu Tiga, isteri pertama dan kedua tidak sedar bahawa P Ramlee telah berkahwin lagi kerana beliau 'pandai bersilat' dan menipu secara senyap. Bayangkan sekiranya P Ramlee memberitahu bahawa dia tidak bermain kayu tiga atau berpoligami, dalam pada masa yang sama tangannya memimpin seorang perempuan. Sudah pasti isteri tuanya tidak mempercayainya kerana jelas bahawa P Ramlee menipu secara terang-terangan. (sekadar contoh, bukan bermakna saya menolak poligami yang ada dalam Islam)

Jadi, pandangan saya biarkan rakyat ditipu secara terang-terangan. Biar mereka bertindak sebagai hakim negara dengan bukti-bukti kukuh. Benarkah Dato' Seri Najib boleh membawa 1Malaysia sedangkan UMNO masih bertapak. Dato' Seri Najib ingin membawa 1Malaysia sedangkan UMNO masih berminat bermain dengan perjuangan dan membakar isu perkauman. Pada pandangan saya, Dato' Seri Najib mungkin boleh membawa gagasannya dengan syarat UMNO mesti dikuburkan.

Biar rakyat tahu benarkah rakyat didahulukan dalam pemerintahan Dato' Seri Najib? Ujikaji pertama di awal pemerintahannya sudah membuktikan sebaliknya apabila kemahuan rakyat di Perak yang inginkan kerajaan negeri yang kukuh dengan mengadakan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Perak semula tidak diutamakan. Tidak mengapa, kita tengok apa pula lepas ini. Biar rakyat menjadi hakimnya.

Biar rakyat lihat, benarkah prestasi diutamakan dalam kepimpinan Dato' Seri Najib? Sedangkan ujikaji di awal pemerintahannya juga menunjukkan barisan menterinya di kalangan mereka yang boleh diragui integritinya. Prestasi kehakiman dan keselamatan di Malaysia juga dapat dinilai benarkah slogan ini? Tidak mengapa, kita tengok apa pula lepas ini. Biarkan juga rakyat menjadi hakimnya.


Saya amat yakin, perlancaran secara besar-besaran gagasan ini akan mempercepatkan lagi proses transformasi Malaysia. Biar rakyat ditipu secara terang-terangan kerana mereka adalah hakim negara. Kumpulkan segala bukti-bukti. Berikan hukuman selayaknya. Saya sangat optimis akan kesannya kerana kebanyakan ahli akademik yang saya temui juga menyatakan pandangan mereka bahawa slogan dan gagasan ini masih kosong. Tidak mengapa, kita tengok apa pula lepas ini. Biarkan rakyat menjadi hakimnya. Kita tidak lupa kepada isu PPSMI, ISA dan lain-lain lagi. Ahli akademik juga rakyat. Ahli politik juga rakyat. Saya dan pembaca juga rakyat. Maka kumpulkan bukti-bukti dan nantikan apa hukuman kita nanti.

Baca dari laman beliau di sini.

Thursday, June 11, 2009

Mengehadkan Jumlah Mata Pelajaran Bukan Langkah Terbaik



Kuala Lumpur, 9 Jun - Kerajaan perlu membuat penelitian yang serius sebelum membuat keputusan berhubung jumlah mata pelajaran bagi Sijil Pendidikan Malaysia, SPM. Sebarang tindakan perlulah mengambil kira semua faktor terutamanya berkaitan dengan masa depan dan perkembangan minda pelajar-pelajar.

Kerajaan tidak perlu terburu-buru untuk membuat keputusan kerana sebarang perubahan akan memberikan kesan terhadap perkembangan ratusan ribu pelajar. Dengan mengambil contoh perlaksanaan Program Pengajian Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, PPSMI adalah iktibar terbaik yang perlu dijadikan pengajaran.


Alasan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk membolehkan penumpuan terhadap subjek teras adalah alasan yang lemah sama sekali. Beliau juga dipetik sebagai berkata, "langkah ini membolehkan pelajar menggunakan masa untuk membina kreativiti dalam bidang kokurikulum, sukan, dan aktiviti luar sekolah," sambil membuka ruang untuk cadangan daripada pelbagai pihak berhubung isu yang sama.

GMUKM.blog memuji langkah Muhyiddin untuk membuka ruang perbincangan, namun pandangan rakyat serta para guru perlu dijadikan sumber utama dalam membuat keputusan. Kerajaan yang duduk di "kayangan" pasti tidak akan mampu menyelami perasaan rakyat yang merasai sendiri kesan akibat perubahan yang dibuat oleh mereka yang di atas "kayangan".


Faktor kelemahan dalam subjek teras perlu diselesaikan melalui kajian semula sistem pengajaran dan silibus yang digunakan. Kefahaman pelajar tetap akan berada di tahap lama sekiranya perubahan tidak dibuat ke atas subjek teras tersebut.


Tambahan pula, sistem pendidikan negara pada ketika ini sangat memerlukan rombakan dasar secara lebih menyeluruh berbanding dengan hanya mengehadkan jumlah mata pelajaran. Jika kerajaan bersungguh-sungguh mahu membuat perubahan, maka perubahan pertama adalah mengkaji semula sukatan setiap mata pelajaran, kompetensi mata pelajaran, dan juga kompetensi pelajar itu sendiri.

Sistem pendidikan negara pada ketika ini dilihat gagal menyelesaikan pelbagai isu terutamanya perkembangan sahsiah dan rohani pelajar-pelajar. Selain menyumbang kepada peningkatan masalah sosial, sekolah-sekolah sudah tidak lagi menjadi tempat yang selamat apabila pelbagai jenayah dilaporkan berlaku di sekolah sendiri.

Perubahan yang ingin dilakukan mestilah mengambil kira semua faktor ini supaya dapat mengembalikan maruah institusi pendidikan negara setelah "dicabuli" Bahasa Asing yang membebankan dan menyusahkan.



Wednesday, June 10, 2009

Rintihan Pemuda Fathani (Karangan Asal Penulis)

Sedih Di Masjid Kampong Ai-Payea Daerah Jok-Ai-Rong







Pada pokcik-pokcik.

Pada mokcik-mokcik.

Pada adik-adik.

Pada pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi.

Lihatlah darah-darah yang mengalir di Masjid Allah SWT di kampong ai-payea itu. Terjadi apa itu?, Terjadi apa itu? Lihatlah darah-darah itu, dalam masjid meninggal 10 orang dan sakit 13 orang, dan meninggal dirumah sakit pula 1 orang, meninggal semua 11 orang. Tangan la’natullah mana membuat macam itu?


Pada pokcik-pokcik

Pada mokcik-mokcik

Pada adik-adik

Pada pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi,


Lihat lah bekas-bekas darah itu, apa sebab nya semua ini bolih jadi? Ingatlah yang sudah terjadi pada tuan haji sulong kita dulu, kena bunuh tak ada kasihan, jasadnya dibuang dalam laut songgora, tak ada batu nisan untuk nya, tak ada tanah kubur untuk nya.

Lihat lah mayat itu, apa salah dia duduk dalam masjid, sapa hati nya orang menembak dalam masjid Allah SWT. Macam binatang orang tembak kita. Sejarah sudah 5 tahun jadi di masjid kita krisek, dan juga jadi di takbai.

Apakah kita nak duduk diam,jadi orang takut dibumi kita sendiri dan di rumah kita sendiri? Oh, budak-budak muda dan budak-budak mudi! Janganlah kita kena tipu dengan seyum manis orang-orang yang tak sembahyang 5 waktu sehari semalam, jangan la kita percaya pada orang-orang yang mahu makan tidak ucap dengan nama Allah SWT.

Sedih kita semua lihat darah ada dalam masjid, mari kita semua catat dalam hati, masjid kampong ai-payea jadi bukti kejam Siam buat pada kita. Dimana saja pun, orang yang mengaku darah melayu Fathani, yang membaca pada kertas ini, azam kan diri masing-masing, darah di Masjid ai-payea adalah darah saudara-saudara kita sendiri, kita semua kena balas pada saudara-saudara kita, walau sekecil-kecil balas!, kita kena balas, darah melayu bukan harga bolih jual beli, mudah-mudah Allah beri tabah pada keluarga-keluarga yang meninggal dan keluarga-keluarga yang sakit.

Pemuda Fathani

09/06/09
Laporan kejadian turut dimuatkan dalam Utusan, 10/9. Baca lagi...

Tuesday, June 9, 2009

Lagi Kekejaman di Selatan Thai.

(Sumber : Saudara Loh, Aktivis Mahasiswa Selatan Thai).

Peristiwa Tembak dalam Masjid di Jok-i-Rong Menara.

Semua Dalam Sembahyang Mati 11 Orang dan Sakit 12 Orang.


Tarikh Gambar: 8 Jun 2009.





PMUKM: Sekalung Syabas Dan Tahniah!



Y.Bhg Prof. Tan Sri Datuk Dr.Sharifah Hapsah Binti Syed Hassan Shahabudin

Naib Canselor UKM

MPP Mahasiswa dan seluruh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan sekalung tahniah kepada Naib Canselor UKM, Y.Bhg Prof. Tan Sri Datuk Dr.Sharifah Hapsah Binti Syed Hassan Shahabudin diatas perkenan SPBDYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa galaran TanSri kepada Naib Canselor UKM bersempena ulangtahun kelahiran baginda. Seluruh mahasiswa UKM tumpang berbangga dan bergembira diatas kurniaan ini dan diharapkan ianya akan menjadi batu loncatan kepada UKM untuk menjadi Universiti terkehadapan di Malaysia dan antarabangsa.

"Gemilang UKM untuk Malaysia di Persada Antarabangsa"


Terbitan Blog MPP GMUKM

Tiada Lagi Politik Perkauman dan Politik Peribadi Yang Sempit

Ramai yang mengadu dan kecewa kerana blog GMUKM gagal dibuka selama hampir seminggu. Tidak kurang ada yang melatah sehingga menyebarkan khabar angin bahawa GMUKM telah dibubarkan. Pelbagai spekulasi dibuat bagi merumuskan sebab kenapa blog GMUKM ini ditutup. Namun, semua khabar angin itu meleset, dan ramai yang kemabli ceria apabila Editor gmukm.blog kembali membuka blog ini untuk tatapan umum.
class



Terlebih dahulu, gmukm.blog ingin memohon maaf di atas perkara-perkara yang telah berlaku sebelum ini terutamanya penutupan sementara blog ini. Editor gmukm.blog mendapati beberapa rombakan dan perubahan perlu dilakukan ke atas laman blog ini supaya rupa dan isinya boleh diterima ramai.


Kami sangat-sangat mengalukan pandangan dan cadangan daripada teman-teman Mahasiswa supaya laman maya ini dapat disuburkan dengan perbincangan yang menarik, berfaedah dan dapat menyuburkan budaya keintelektualan serta pembudayaan Ilmu di kalangan Mahasiswa.


Ruang untuk berkomentar dibuka dengan seluas-luasnya kepada mana-mana individu ataupun persatuan untuk memberikan komentar anda. Mahasiswa perlu menghargai masa dan peluang berada di alam kampus ini dengan menghayati peranan juga tanggungjawab untuk mempersiapkan diri menggalas beban memimpin negara pada masa akan datang.


Kita perlu mencabar segala potensi yang ada pada diri kita. Menggilap segala bakat yang terpendam dalam diri kita, juga mengeluarkan segala idea dan pemikiran. Kita perlu buktikan pada dunia bahawa kita, Mahasiswa Malaysia juga punya wawasan. Kita punya azam dan cita-cita. Kita juga mampu mencipta perubahan.


"Mengilhamkan Harapan Mencipta Masa Depan"

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !