Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Showing posts with label Varsiti. Show all posts
Showing posts with label Varsiti. Show all posts

Sunday, November 9, 2014

Mahasiswa Diugut Untuk Mengundi Aspirasi


Beberapa hari lepas, kami di peringkat GABUNGAN MAHASISWA UKM ada menerima beberapa aduan daripada pelajar tahun satu dan ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) yang terdiri daripada beberapa Kolej Kediaman Universiti. Mereka mengadu bahawa ada ahli MEP yang “dipaksa” untuk membuat culaan bilik ke bilik dan bertanya mengenai parti apa yang akan disokong menjelang Pilihanraya Kampus nanti. Ada juga yang diugut sekiranya mereka mengundi Gabungan Mahasiswa UKM.

Ingin kami perjelaskan disini, kita sebagai Mahasiswa/wi Universiti bebas untuk memilih mana-mana parti yang ingin disokong. Mereka (beberapa pentadbiran kolej) tidak layak memaksa mana-mana pelajar untuk mengundi mana-mana calon yang akan bertanding.

Selain itu juga, kami terkilan atas perbuatan Aspirasi dalam usaha mengaut keuntungan untuk meraih sokongan pada PRK kali ini, perbuatan menghasut Penghuni Kolej tidak patut dialakukan. Mahasiswa berhak berfikir serta memilih apa dan siapa yang ingin disokong tanpa perlunya paksaan dan hasutan dari mana-mana pihak. Sungguh kami amat mengecam tindakan tersebut seterusnya kami memohon agar suatu tindakan dapat diambil untuk merungkai permasalahan ini.

Apakah ini NILAI POLITK yang anda laung-laungkan selama ini. Kononnya “[Aspirasi Mendepani Politik Nilai]“. Beberapa hari yang lalu kita telah dihangatkan dengan isu yang melibatkan pembawaan individu dan imej dalam kerangka yang berbeza tetapi konsep yang sama. Adakah mengugut itu “POLITIK NILAI” yang anda depani?

“Dengan tindakan sebegini, kita akan diperlihatkan bagaimana reaksi dari orang tertentu dan seterusnya Mahasiswa akan mampu menilai siapakah yang sebenarnya memiliki nilai perjuangan yang sebenar.”
Ingin kami tekankan di sini, andalah yang berhak memikirkannya.

ABDUL KAHAR HAMZAH
Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Thursday, December 27, 2012

Sedia Senjata Informasi, Menangi Pertempuran


"Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran"
Strive For Dean's List



6 hari lagi sebelum tiba hari pertama peperiksaan akhir semester 1 bagi sesi 2012/2013, Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) masih berpeluang untuk mengucapkan selamat maju jaya buat Mahasiswa UKM.

Pastinya, peperiksaan semester 1 ini memberi pengalaman pertama buat mahasiswa/i tahun 1 yang mendaftar pada bulan september yang lepas. Malah, pengalaman pertama ini juga turut diharapkan tidak mencipta satu sejarah hitam buat mereka.

Pelbagai peristiwa yang berlaku sejak belakangan ini yang melibatkan sistem perkhidmatan bas cater yang lambat. Pelbagai persoalan dilontarkan oleh mahasiswa semasa sesi dialog baru-baru ini yang turut mendesak berlaku perubahan terutama ketika musim peperiksaan berlangsung.

GMUKM optimis, jika keadaan ini masih tidak menunjukkan tanda perubahan, kita berpegang kepada kata-kata pengurus Trans-Rengit (rujuk artikel).

Bersihkan niat agar segala ilmu yang diulang kaji itu sentiasa segar di ingatan.

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Wednesday, October 19, 2011

Mahasiswa - Gerak untuk Malaysia

Oleh Dato Seri Khaled Nordin

DIANGGARKAN 1.2 juta orang mahasiswa sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Jumlah ini boleh dikatakan satu jumlah besar dan dilihat sebagai kuasa atau kelebihan yang menguntungkan negara.

Seperti negara-negara lain, Malaysia yang mahu melangkah ke tahap negara maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi menjelang 2020 amat bergantung kepada modal insan yang dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT).

Justeru, jumlah 1.2 juta orang mahasiswa ini sebenarnya aset dan harta yang bernilai; bukan sahaja menjadi modal insan semata-mata sebaliknya modal intelektual untuk Malaysia.

Friday, October 14, 2011

MUHASABAH : Kenapa Lelaki Kurang Di IPTA

Pelajar lelaki di IPTA diberitakan semakin merosot bilangannya dari tahun ke tahun. Sebenarnya bukan sahaja di IPTA, malahan di IPTS dan kolej-kolej swasta juga situasi ini dilaporkan berlaku. Ini membimbangkan ramai pihak. 

Jika keadaan ini berterusan, bermakna bekalan tenaga kerja profesional lelaki akan berkurangan di pasaran bagi tahun-tahun mendatang. Apa yang lebih menyedihkan, keadaan ini lebih ketara jika statistiknya dilihat dari segi bangsa Melayu. Jumlah pelajar lelaki Melayu, amat ketara berkurangan berbanding pelajar perempuan Melayu.

Mengapakah ini berlaku?.


Wednesday, October 12, 2011

Mahasiswa & Pembudayaan Ilmu

Mahasiswa & Pembudayaan Ilmu
PM Dr Abdul Razaq Ahmad, Fakulti Pendidikan UKM

Pendahuluan
Mahasiswa dan ilmu diibaratkan lagu dan irama yang tidak dapat dipisahkan, maka tidak mungkin seseorang digelar 'mahasiswa' jika tidak berilmu. Istilah 'maha' itu sendiri memberi konotasi 'yang terhebat' , 'yang tertinggi' atau segala yang bersifat luar biasa kecemerlangannya. Maka mahasiswa yang cemerlang sudah semestinya seorang yang berilmu dengan segala ketrampilan dalam pelbagai bidang yang dipelajari ketika menuntut di universiti.

Menjadi seorang mahasiswa yang berilmu ‘memaksa’ para mahasiswa menjadikan akumulasi ilmu pengetahuan sebagai proses pencarian atau kegiatan ‘suci’ tanpa henti dan berterusan sehinggalah ke akhir hayatnya tanpa jemu termasuklah mencemerlangkan dirinya dengan ilmu semasa menempuh alam pekerjaan.

Syarat utama mencemerlangkan diri dengan ilmu ialah penghayatan budaya membaca. Budaya membaca tidak dapat dinafikan merupakan suatu ‘budaya suci’ harus dimantapkan dalam diri mahasiswa dan kehidupannya.

Membaca bagi mahasiswa bukan sekadar sebagai wahan menjelang persediaan peperiksaan, tugasan akademik dan sebagainya. Ia suatu proses berterusan dan tidak ada titik noktah untuk berhenti. Ia juga menuntut para mahasiswa menanam kecintaan kepada segala aktiviti yang mengangkat martabat ilmu seperti melibatkan dalam program wacana, diskusi, seminar, bicara buku dan sebagainya. Dengan kata lain, pembudayaan ilmu dalam kehidupan merupakan ciri-ciri intelektualisme yang mewarnai kehidupan dan idealism mahasiswa.

Tuesday, October 11, 2011

RENCANA : 60,000 pelajar kita ketagih FB

norakmah@bharian.com.my 
2011/10/10

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.

Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

Wednesday, October 5, 2011

Cabaran Generasi Muda

BEBERAPA CABARAN GENERASI MUDA
Generasi muda tidak sepatutnya melihat permasalahan yang wujud di sekeliling mereka dengan rasa pesimik. Cabaran generasi muda dengan pesimik. Cabaran generasi muda sekarang adalah untuk membuktikan kemampuan kepimpinan terutama pelajar yang ada di IPT hari ini mampu dan bersedia untuk mengambilalih kepimpinan negara di masa hadapan.

Sebagai golongan yang menjadi tonggak kepada harapan negara, mereka mempunyai kesempatan meneliti dan memahami masalah yang sebenar yang dihadapi oleh masyarakat dan negara serta mampu merumuskan penyelesaian terhadapnya. Tambahan pula kedudukan mahasiswa di universiti memberikan peluang kepada mereka mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan situasi dan isu-isu semasa yang lebih mencabar.



Monday, October 3, 2011

Generasi Baru Malaysia

Pendahuluan : Generasi Baru Berwawasan
Golongan belia merupakan majoriti dalam sesebuah negara. Di Malaysia sekitar 60 peratus penduduk tergolong belia (15-40 tahun). Mereka merupakan golongan paling produktif bagi mewarisi masa depan negara dan melaksanakan pelbagai bentuk rancangan pembangunan. Golongan ini juga menjadi 'beban' (liabilities) kepada masyarakat jika menjadi penagih dadah, penjenayah dan seumpamanya.

Di zaman kegemilangannya, generasi muda khususnya mahasiswa dekad 70-an berjaya memperlihatkan fungsi mereka sebagai catalyst perubahan masyarakat. Zaman mahasiswa dekad 60-an dan 70-an telah banyak memaparkan peristiwa penting berlaku hasil daripada perjuangan pelajar yang melahirkan hasrat perjuangan mereka terhadap sesuatu isu. Sesetengahnya meneroka perubahan seperti kewujudan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) telah bermula daripada perjuangan pelajar kerana perjuangan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan Islam.

Friday, September 16, 2011

PRESIDEN PMUKM : Memaknai 16 September

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat menyambut Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia esok dengan penuh kebanggaan.


MEMAKNAI HARI MALAYSIA
Tanggal 16 September 1963, telah terbentuk sebuah negara baru di peta dunia yang diberi nama ‘Malaysia’ ; hasil gabungan negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Bertitik mula daripada pembentukan Malaysia yang berdaulat, kini negara kita pesat membangun dan telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai salah sebuah negara yang maju di kalangan negara-negara membangun.

Kemerdekaan yang disambut juga seharusnya bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang dan menyertai perarakan Merdeka.

Kemerdekaan yang diburu adalah kebebasan hati dan minda. Seharusnya masyarakat dididik dan dipupuk untuk melahirkan jiwa yang merdeka. Ia juga harus dihadami dan merangkumi segala aspek kehidupan, politik, ekonomi, moral dan masyarakat.

Maka dengan itu, marilah kita bersama-sama memaknai Hari Malaysia ini dengan memerdekakan sepenuh jiwa kita dari cengkaman dan kezaliman warisan penjajah demi membina negara yang aman harmoni antara semua bangsa.

Friday, May 20, 2011

Kami Bangga menjadi warga UKM - MPMUKM

Bersempena Hari Ulangtahun ke-41 UKM semalam, krew blog PM-UKM sempat menemuramah beberapa orang MPP. Antaranya saudara Kamarul Hatem dari Fakulti Perubatan tahun 1. Beliau yang juga merupakan Timbalan Exco Biro Informasi & Penerangan PMUKM memaklumkan kepada kami bahawa beliau teruja dengan sambutan ke-41 UKM kali ini.

" Pada tahun lepas, saya masih belum (menjadi) warga UKM. Tetapi pada kali ini, biarpun sambutan 41 tahun UKM kali ini sudah berlangsung awal bulan ini, (tetapi) saya tetap merasai kehangatannya.

" Rangkaian sejarah UKM bagi saya ada signifikannya sendiri. Sejarahnya kalau kita kaji, (maka) kita akan teruja, bagaimana titik peluh orang terdahulu; hendak tegakkan sebuah universiti khas (bercorak) kebangsaan.

" Apa pun, saya mendoakan UKM akan terus kekal gemilang; kekal menghasilkan tenaga-tenaga kerja yang pakar untuk mengisi kemajuan negara hari ini, " ujar saudara Hatem.

Saudari Akma pula dari Fakulti Farmasi selaku ahli Biro Kebajikan & Aduan pula ketika ditemui sempat memetik ayat hikmah yang pernah diucapkan oleh Almarhum Dr Burhanuddin Helmi; "dari robohnya Kota Melaka, kita bina jiwa merdeka!"

" Saya selalu menjadikan kata-kata tersebut (sebagai) motivasi dan inspirasi kepada diri saya sendiri, (bahawa) tiada suatu yang mustahil untuk dilakukan (masa kini).

" Jika negara-negara luar berbangga dengan 'National University' masing-masing, (maka) apa kurangnya dengan UKM ?

" Siapa sangka hari ini kita mempunyai sebuah universiti yang menjadi rujukan negara-negara luar. Buktinya laman web (UKM) kita telah dilawati 3580 bandar daripada 182 buah negara mengikut kajian Google Analytics," komen panjang lebar saudari Akma.

" Di kesempatan ini, saya Nurul Akma binti Zulkifli ingin mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun ke-41 UKM. Semoga dengan usia ke-41 ini akan lebih memberikan motivasi buat kita semua warga UKM."

Krew PM-UKM sempat juga mendapatkan sedikit ulasan daripada MPP di UKM kampus induk di Bangi. Saudari Nur Azidah binti Mashan yang juga merupakan Bendahari Kehormat PMUKM sesi 2010-2011 ketika ditemui telah memberi ulasan, " Saya rasa sangat bertuah hari ini (kerana) menjadi warga UKM. Biarpun ketika hendak 'apply' masuk UPU (Unit Permohonan Universiti) dua tahun lalu, saya ragu-ragu untuk masuk UKM, tapi hari ini suka untuk saya katakan, saya rasa amat bertuah bergelar mahasiswa UKM.

" Hari ini, kalau hendak dibandingkan dengan universiti-universiti dan IPT-IPT lain sama ada di dalam atau luar negara, berani saya katakan bahawa tiada satu pun yang akan sama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia.

" Dengan latar belakang sejarahnya; juga sistem pembelajaran yang mengekalkan elemen kebangsaan menjadikan saya lebih menghargai diri saya dan UKM.

" Jika sebelum ini saya tidak kisah akan jati diri saya, tetapi hari ini saya sudah jauh berbeza. Lebih menghargai dan menghayati serta berpegang teguh identiti diri saya sendiri."

Saudara Abdul Musyrif pula yang juga merupakan Exco Siswazah & Pengantarabangsaan PMUKM pula ketika mengulas ulangtahun UKM mengajak rakan-rakan mahasiswa untuk merenung kembali kisah di sebalik kejayaan-kejayaan yang dikecapi UKM hari ini.

" Hari ini kita dapat lihat UKM kini memang sudah terkenal di mata masyarakat. Namun harus diingatkan, kejayaan-kejayaan tersebut bukan tercipta dalam tempoh yang singkat. Perit jerih orang terdahulu, kalau boleh saya petik daripada lagu 'Varsiti Kita', " Inilah Varsiti Kita,Ditengahkan hasrat rakyat kita, Dari mula untuk semua, Bagai tanda perjuangan kita.." sangat-sangat memberi kesan kepada kita kalau kita hayati betul-betul.

" Juga diselitkan bersama untuk penghayatan kita bersama bait-bait kata berkenaan 'keyword' Falfasah UKM iaitu, " Paduan ilmu dan keimanan, Amal dan jerih digabungkan, Lautan ilmu kita harumkan, Sumber ilmuan berkembangan.."

" Maka di sini, saya mengambil kesempatan untuk menyeru kepada rakan-rakan untuk sama-sama kita 'menjaga' bersama UKM kita. 'Menjaga' ini dalam erti kata, kita sama-sama melakukan yang terbaik buat UKM kita ini. Jika perlu kita bergolok-bergadai, ayuh bersama-sama kita turun bergolok-bergadai. Jangan kita sia-siakan penat-jerih orang terdahulu, semata-mata kita menganggap UKM ini sekadar tempat kita mendapat 'degree' atau 'master' sahaja.

" Dan paling penting, selalu saya ingatkan kepada rakan-rakan, jangan 'lacuri' diri kita ini untuk nilai yang tidak seberapa, khususnya kita membuat masalah yang memburuk-burukkan nama varsiti kita ini, " ujar saudara Musyrif panjang lebar mengakhiri temubual.

Mengikut rekod jumlah enrolmen terkini di UKM adalah seramai 28,403 orang dengan 10,198 daripadanya adalah pelajar pascasiswazah. UKM kini memiliki dua orang Profesor Ulung, 253 Profesor, 20 Felo Utama, 421 Profesor Madya, 21 Felo Kanan, 474 Pensyarah Kanan, 644 Pensyarah, 146 Tutor, 101 Guru Bahasa dan 7,376 kakitangan pengurusan dan pentadbiran.

UKM juga selama 41 tahun ini telah melahirkan seramai 1,620 graduan PhD, 17,471 sarjana dan 119,892 graduan prasiswazah.

Wednesday, March 9, 2011

Penjelasan isu pemakaian majlis makan malam

Hasrat GMUKM agar etika kod pemakaian ditekankan didalam program tahunan kolej, iaitu majlis makan malam telah disalahertikan oleh sebuah pihak yang mendakwa GMUKM cuba mengubah tradisi.

Pihak GMUKM ingin menjelaskan bahawa pihak kami tidak berniat untuk mengkritik program tersebut. Pada pandangan kami, program seperti ini dapat merapatkan silaturrahim diantara semua pihak disamping dapat memberikan pengalaman berharga kepada warga kerja program tesebut. Namun, sedikit teguran telah kami lontarkan tentang cara pemakaian sesetengah mahasiswa yang menghadiri program tersebut.

Pihak kami malah seluruh warga UKM menyedari tentang kejengkelan cara pemakaian sesetengah individu yang boleh disifatkan lebih barat dari barat. Sepatutnya program seperti ini mampu membawa kepada 1000 kebaikan kerana ia adalah diantara metod dalam menggapai redha Illahi kerana elemen persaudaraan dapat diterapkan. Oleh itu, pihak kami berpendapat, perkara-perkara begini ( isu pemakaian, pergaulan) tidak seharusnya berlaku kerana ianya hanya akan mencemarkan keharmonian bersama.

Trend berlumba-lumba untuk menyerlah pada malam tersebut juga dikesan sebagai faktor berlakunya masalah ini. Perlu diingat, berfesyen tidak salah,malah Islam tidak pernah melarang umatnya berfesyen, namun mahasiswa Islam perlu jelas bahawa ianya tidak salah selagi mengikut syarak. Berfesyenlah selagi ianya menutup aurat. 

Justeru, pihak GMUKM menyeru seluruh warga UKM, agar dapat menjaga etika pemakaian masing-masing.  Peringatan kepada semua muslim, tutuplah aurat anda. Apa maksud menutup aurat? Pakaian yang dipakai tidak jarang dan tidak ketat hingga menampakkan bentuk tubuh. Ketahuilah bahawa teguran ini bukanlah kerana ingin memalukan mana-mana individu @ persatuan, tetapi kerana kami sayangkan kalian.

Ayuh, bersama kita berubah kepada kebaikan. Jadikan majlis sebegini tempat kita mendapat redhaNya, jangan biarkan kita mencemarinya dengan usaha-usaha kemaksiatan.

nota kaki : ikuti perkembangan MPM UKM diblog rasmi  MPM UKM . Kami juga mengalu-alukan sebarang lontaran permasalahan atau cadangan dalam memantapkan lagi varsiti kita yang tercinta ini.   

Saturday, July 4, 2009

Apa sudah jadi pada kepimpinan PMUKM TSB pada kali ini?

Minggu Mesra Pelajar Sekolah, MMPs untuk sesi akademik 2009/2010 sudah melabuhkan tirainya. Terlalu banyak peristiwa menarik yang pahit dan manis dilalui oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia, SMKM(nama baru bagi UKM).

Nantikan sorotan seminggu perjalanan orientasi yang epnuh debaran dalam artikel akan datang. Agen risikan GMUKM masih dalam proses pengumpulan data dan maklumat untuk tatapan seluruh warga SMKM.

Ketua Pelajar, Saudara Nasir nampaknya mungkin tidak akan dapat mempertahankan pangkat ketuanya apabila beliau dimalukan oleh pelajar-pelajarnya sendiri ketika ucapan sulung beliau di Dectar ketika sesi pengenalan barisan kepimpinan pelajar di SMKM baru-baru ini.

Lebih kurang 700 pelajar Kolej Pendeta Za'ba bertindak meninggalkan dewan ketika Saudara Nasir baru hendak memulakan ucapan beliau.

Timbalan Ketua Pelajar, Sarfarizmal pula dilihat sebagai calon ideal untuk menggantikan ketua pelajar tersebut apabila beliau sendiri telah menggantikan tempat duduk Ketua Pelajar ketika dalam satu sesi ceramah. Sarfarizmal diberikan tempat duduk VIP sementara Nasir hanya duduk di kerusi pelajar biasa.

Terlalu banyak pihak yang kecewa dengan pengurusan dan kepimpinan Persatuan Pelajar SMKM, PPSMKM(nama baru bagi PMUKM) dan kekecewaan tersebut semakin memuncak dan jelas kelihatan sepanjang penganjuran minggu suai kenal pada kali ini.

Harapan kami, semoga segala pertikaian dan perbalahan ini dapat diselesaikan dengan bijaksana oleh kesemua pihak terutamanya Ketua Pelajar, Nasir, sebelum projek besar di bawah kendalian beliau iaitu Pesta Konvokesyen yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kami, selaku pelajar SMKM (sebelum ini Mahasiswa UKM) turut mendoakan kejayaan dan keunggulan pelajar di SMKM dikembalikan dan dapat diperjuangkan.

Wednesday, July 1, 2009

Kasihan Mahasiswa Baru UKM.

Bangi, Selasa 30 Jun - Mahasiswa/i yang baru sahaja berdaftar dan mengangkat sumpah sebagai Mahasiswa UKM nampaknya tidak ketinggalan daripada dijadikan bahan ujikaji dan mainan Pro-Aspirasi.

Tradisi Perang Dectar yang menjadi kebanggaan mereka diteruskan. Kelainan yang diharapkan daripada Sarfarizmal, Ketua Pengarah MMP, yang juga merupakan lantikan baru, semacam tidak kesampaian dengan baki MMP hanya tinggal 2 hari sahaja lagi.

Sarfarizmal, seperti yang tercatat pada blognya, perlu membuktikan bahawa dia mampu membawa perubahan yang diharapkan ke dalam penganjuran MMP pada kali ini.

Ramai yang berpendapat, penganjuran minggu suai kenal ini sebenarnya semakin berjaya "di-pelajar-kan" atau berjaya menghilangkan semangat "ke-Mahasiswa-an". Berikutan program dan aktiviti yang hanya layak disertai oleh pelajar-pelajar dan tidak cocok dengan taraf Mahasiswa yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.

Labih menyayatkan hati, apabila sebilangan Mahasiswi dari Kolej Aminuddin Baki dipaksa berlari pulang ke kolej kediaman setelah selesai aktiviti di Dectar.

Sebagai Pemimpin Mahasiswa, kita tidak boleh terlalu ghairah dengan jawatan dan populariti. Setiap tindakan yang kita lakukan kelak akan dipersoalkan di dunia dan juga di akhirat. Kepimpinan bukan ghanimah yang boleh diperlakukan sesuka hati, sebaliknya kepimpinan merupakan amanah yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin dan seikhlas hati.

Sunday, June 28, 2009

Selamat Datang Kepada Adik-adik!

Hari ini UKM bakal menerima ahli keluarga baru apabila seramai hampir 4000 Mahasiswa melaporkan diri di kampus induk Bangi. GMUKM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang kepada semua Mahasiswa/i sesi kemasukan 2009/2010.

Bermulalah episod baru penjelajahan kehidupan kalian yang akan bergelar Mahasiswa di perbukitan ilmu yang bertuah ini. Sesungguhnya kehadiran kalian di menara gading UKM ini adalah bukti keistimewaan dan kelebihan kurniaan Tuhan yang ada pada diri kalian.


Harapan kami, segala bakat dan kelebihan yang ada akan terus digilap serta terus meneroka segala potensi diri untuk mengejar cita-cita dan impian hidup kalian. Semoga Falsafah penubuhan UKM ini dapat kita capai dan realisasikan bersama.

Paduan Antara Iman Kepada Tuhan dan Ilmu yang bermanfaat, serta gabungan antara teori dan amal merupakan asas kepada Pembangunan Universiti, Pembudayaan Ilmu, dan Pembentukan Masyarakat Terpelajar.


Perhatikan pula bait Lagu Varsiti Kita ini,

"Bangun berbakti membela; Memupuk insan jiwa bertaqwa; Memimpin manusia semua; Kenal akan adat unggulnya; Membina negara sentiasa; Maju berilmu dan bahagia"

Sekali lagi kami ucapkan, Selamat Datang kepada semua ke UKM, Mengilhamkan Harapan Mencipta Masa Depan.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !