Tujuan PTPTN adalah untuk membantu mahasiswa membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT.
Baru-baru ini, saya telah berbincang isu tersebut dengan seorang rakan saya yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Beliau berpendapat bahawa mahasiswa sepatutnya bersyukur dan berterima-kasih kepada kerajaan kerana PTPTN telah membantu mahasiswa untuk menyelesaikan masalah kewangan. Saya bertanya: Adakah kamu meminjam PTPTN? Beliau kata tidak. Saya tersenyum dan beritahu rakan saya itu bahawa beliau tidak tahu kesusahan mahasiswa yang meminjam PTPTN.
Sebenarnya, PTPTN adalah tidak cukup terutamanya bagi mahasiswa yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah. Seseorang mahasiswa boleh dapat lebih kurang RM2000 satu semester selepas potong yuran pengajian. Maksudnya, RM2000 adalah untuk perbelanjaan kos sara hidup untuk satu semester iaitu 4-5 bulan. Adakah kamu pernah kira? Perbelanjaan untuk makanan( sarapan, makan tengahari, makan malam), perbelanjaan untuk sewa rumah/kolej, perbelanjaan untuk kenderaan, perbelanjaan untuk bil? Tambahan lagi mahasiswa yang diarahkan untuk menyiapkan tugasan-tugasan mereka dengan komputer menyebabkan mereka terpaksa membeli lap top. Mana ada duit? RM2000 itu cukup? Bagaimanakah seorang mahasiswa yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana atau rendah boleh menyara diri terutamanya pada era krisis ekonomi ini?
Kebanyakan mahasiswa di universiti terutamanya universiti tempatan di negeri Selangor bergantung kepada FAMA Bank( Father Mother Bank). Bagi mereka yang tidak mendapat bantuan kewangan daripada ibu bapa, mereka terpaksa meminta bantuan daripada universiti, ataupun cari kerja(kebanyakan mengajar tuisyen dan kerja part time Sabtu dan Ahad) untuk menyara diri. Terdapat mahasiswa yang jimat juga. Mereka makan sekali sahaja satu hari: nasi + telur dadar + sup tom yam= RM2.00.
Sebaik sahaja mahasiswa tamat pengajian, sudah tentu mereka akan cari kerja. Kebanyakan mahasiswa boleh mendapat gaji lebih kurang RM1800. Kalau kira dengan teliti, masih tak cukup duit untuk menyara diri, dan mereka berhutang kepada kerajaan duit PTPTN berpuluh-puluh ribu ringgit! Lebih-lebih lagi bagi mahasiswa yang menganggur. Kalau mereka terpaksa menyara keluarga lagi?
Adalah tidak senang bagi seseorang anak daripada sesebuah keluarga yang berpendapatan sederhana atau rendah masuk ke universiti. Semestinya keluarga tersebut menaruh harapan yang tinggi kepada anak mereka itu. Akan tetapi, mereka tidak sangka anak mereka bukan sahaja tidak dapat menyara keluarga, tetapi menyara diri pun menjadi satu masalah, tambahan lagi anak mereka kena membayar hutang PTPTN dengan faedah.
Saya tidak tahu kenapa media suka memburuk-burukkan mahasiswa . Ada yang mengatakan bahawa PTPTN mahasiswa adalah lebih daripada yang cukup. Ada yang mengatakan bahawa mahasiswa suka menggunakan wang PTPTN untuk membeli-belah, dating dan lain-lain. Saya pasti, mahasiswa yang dimaksudkan itu, mahasiswa yang kaya, atau mahasiswa yang bekerja part time. Sudah pasti, mahasiswa berasal daripada keluarga yang kaya tiada masalah membeli-belah, tetapi bagi mahasiswa yang berasal daripada keluarga yang miskin? Duduk rumah makan Maggie sahaja.
Pendidikan adalah perkara yang paling asas dan penting di sesebuah negara. Kos pendidikan sepatutnya ditanggung oleh negara. Bagaimana mahasiswa dapat fokus kepada pelajaran jika menghadapi masalah kewangan? Bagaimanakah seseorang itu boleh berkhidmat dan menyumbang kepada negara jika dia menghadapi masalah kewangan? Adakah patut kita bersyukur atau patutkah kita memperjuangkan hak yang kita sepatutnya ada? Adakah sampai masa kerajaan mempertimbangkan polisi dan dasar mereka? Fikirkanlah
Chris Kooi Wei Kit
Pemimipin GMUKM
http://chriskooiweikit.blogspot.com
[Kafeteria Pusanika 暂时关闭通知]
7 years ago
13 comments:
Manusia tak pernah puas...betul apa yg dilaporkan media...kalau duit PTPTN dibelanjakan hanya utk yuran pengajian dan sara hidup cukup utk menampung perbelanjaan seorang pelajar...takkan seorang pelajar belanja sebulan RM 300 pun tak cukup...kalau dpt PTPTN sibuk upgrade Komputer, beli handphone baru, baju baru dll memang tak cukup..kalau topup sampai RM 30 sehari memang tak cukup...pikir la sendiri sahabat ku
btol, tp ni ptptn, penah d jgk rungutan, ader yg kater jpa x cukop... aper masalah dier skang neh???
blnje mkn nasi+telor dadar+ tom yam= rm2...kt mne tu?? ak nk p mkn citu...murah tol....
ni budget ntok budak2 yg merungut...
st hri mkn..
sarapan=roti keping= rm2.50(leyh mkn ntok 4hri...)
lunch= nasi putih+ayam+sayur= rm4...
mkn mlm= nasi goreng+ air suam= rm3...
total= rm10(ad balance buat bli air ok)
7 hari x rm10= rm70..
cmpor topup jdk la rm80.
20minggu blja kt ukm x rm80=rm1600....ad balance g duet ptptn tuh....so....jgn nk merungut ok...
duet ptptn ckop2 jer tuh..org da kire budget tu...yg korunk sebok2 ckp xckop knp??
antaranye...
dpt duet troz bli hp bru...
dpt duet troz g shopping..
dpt duet troz xegt dunia blanje tu..mewah jer...
duet ptptn yg msok lm akaun tu da tolak yuran kot...pling cipot pon dpt la rm2000....
jgn nk merungut jer...huhuhu...ak idop pon pkai duet ptptn niyh sampai nk grad dah pon..dpt lk bkn full...half jer..leyh jer berjimat...xkeje pon cr extra duet kt luar.....
Buku2 pelajaran?? minyak motor?? yuran2 persatuan? nak belanja rumet skali sekala..?? perlu juga peruntukan utk itu....
tapi kena bijak la...
rasanya, xcukup jugak, nak tak nak.. aku guna jgk duit dari FAMA bila akhir sem...
nmpknya, semua kena join MLM la pas ni..!!
kalau bdk2 aspirasi nak hidup susah, itu korang punya pasal..
jangan kerana kebangangan otak korang berfikir, menghalang orang lain yang lebih bijak akalnya berbuat perkara yang baik dan menyenangkan..
assalamualaikum..
saya pelajar yg berasal dari keluarga sederhana...munkin bawah dari sederhana..saya tergerak untuk membuat komen mengenai perkara ini.pertama skali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PTPTN kerana bantuan yang di berikan. adakah tidak cukup? ianya cukup jika di gunakan dengan betul. ini kerana saya hanya bergantung kepada wang PTPTN 100% kerana ayah sudah meninggal dan ibu yang tidak bekerja. saya tidak memohon bantuan kewangan dari abang dan kakak saya kerana tujuan kita datang ke universiti bukan sahaja untuk di ajar, tetapi juga di didik untuk berdikari. saya cabar diri saya untuk tidak menyusahkan orang lain. dan wang ptptn ini lah yang membantu saya. saya hanya ingin menyatakan bahawa anda semua harus belajar bersyukur,berhenti mengkritik tetapi berilah cadangan.itu sahaja,assalamualaikum
bersyukurlah apa yang ada.. tp pelik la ade plak yg salahkan aspirasi sbb ptptn xcukup lalala
cari sugar daddy cukup.duit ptptn tu saya dapat simpan dan belanja yg sugar daddy bagi.so ok je..duit ptptn yg i simpan bila terdesak nak beli buku dan buat pembayaran yuran short sem.je..
klau dh tau x ckup pegilah pinjam kt pembangkang....tengok berapa puluh ribu dia boleh bg pinjam....ntah2 nk mintak seratus pn ssh....org dh pinjam 2 ptutnye bersyukur bukannya mengata...cuba bayangkan yg x dpt pinjaman 2...ini diibaratkan seperti KERA DAPAT BUNGA
x reti nk menghargai pemberian org...
MENJANA PENDAPATAN DI MANA2!!!!
ANDA SUSAH??? SAYA BOLEH BANTU ANDA!!!
Biz bersama Gdenetwork
★kelulusan SSM
★100% bumiputera
★modal RM 50 sekali seumur hidup
★bonus dapat 2 jenis bonus sponsor dan bonus matrix
★anda di bayar RM 21 setiap kemasukan ahli baru bawah anda
★RM 1 di bayar kepada anda bila ada ahli baru dalam group
★menaja @ x menaja masih dapat
KALAU BERMINAT NAK KAYA MACAM SAYA, PM ATAU WHATSAPP 0138343589.
KALAU NAK DAFTAR, JUST KLIK www.gdenetwork.com/mary1603
Saya sebagai seorang pelajar mnyatakan bahawa duit PTPTN tidak cukup sama sekali. Bagi mereka yang keluarga berpendapatan sederhana. Ianye sama sekali tidak cukup. Kami student kami tahu ape yang kami nyatakan. Rm2000 tolak yuran tolak kos pengangkutan bgy yang duduk jauh dari U. Tiket bas jer sekarang dah rm50 tau. Bagi mereka yang menyatakan cukup tuh anak orang kaye. Mane tahu erti susah.
Post a Comment