Hospital Kuala Lumpur– Sumbangan sebanyak RM 356.25 daripada mahasiswa UKM telah berjaya disumbangkan kepada saudara Ng See Hoe, pelajar tahun 2 FSKB, mangsa tikaman pisau Rambo oleh perompak dua hari lalu. Sumbangan ini adalah hasil daripada kutipan derma kilat yang diadakan oleh seketriat MPP GM. Sumbangan itu diserahkan sendiri kepada Saudara Ng See Hoe oleh wakil MPP GMUKM kira-kira jam 5 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur.
Rombongan kebajikan MPP GMUKM ini telah disertai oleh Saudara Hisyamuddin Che Ali (MPP Umum Tahun 3), Phoon Kar Liang (MPP FUU), Muhammad Hafizul Amin bin Khalid (MPP Fakulti Farmasi) dan juga Nur Na'imah bte Amarudin, wakil saudara Wan Nuruddin Syah bin Wan Johan (MPP Fakulti Perubatan). Pertemuan selama setengah jam itu berlangsung dengan jayanya walaupun berita tentang rompakan itu hanya diketahui pada pagi ini. Bagi pihak Ng See Hoe, beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan oleh mahasiswa UKM dan terharu atas kesudian mahasiswa UKM membantunya dalam meringankan beban musibah yang melandanya dua hari yang lalu.
Menurut Wakil MPP Umum, Saudara Hisyamuddin Che Ali ketika ditemubual telah melahirkan perhargaan kepada mahasiswa UKM yang telah menyumbang kewangan kepada mangsa walaupun dilakukan secara tergesa-gesa.
“ GMUKM berterima kasih kepada mahasiswa yang sudi menghulurkan bantuan dan berharap agar amalan mulia ini dapat diteruskan dalam melahirkan mahasiswa acuan kebangsaan yang patuh pada nilai-nilai ketimuran,” ujarnya.
Beliau yang juga Pengerusi GMUKM turut menyifatkan lawatan ini berjaya memenuhi inspirasi MPP GMUKM untuk terus komited dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan.
“ Sememangnya kami di barisan 12 MPP GMUKM telah sepakat sebelum ini untuk mengutamakan suara mahasiswa dalam apa jua perkara tanpa mengira bangsa dan agama,” ujarnya merujuk kepada slogan ‘Suara anda keutamaan kami’ yang dijadikan motto MPP GMUKM pada tahun ini.
Beliau dalam pada itu turut berjanji kepada mangsa untuk membantu dari sudut nasihat tentang tuntutan insurans daripada UKM dan menggesa mahasiswa menghulurkan bantuan bagi meringankan mangsa dalam masa terdekat ini.
“ Dasar GMUKM yang menggariskan dasar kebajikan untuk semua, akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan usaha pada hari ini dilihat sebagai satu bukti bahawa kami buat, bukannya cakap semata-semata,” tegasnya.
Sementara itu, Saudara Phoon Kar Liang (MPP FUU), yang menyertai lawatan itu turut melahirkan rasa simpati terhadap penderitaan Ng See Hoe dan berjanji untuk membantunya sedaya yang mungkin.
“ Kami di barisan MPP Mahasiswa memandang isu kebajikan mahasiswa sebagai keutamaan dan akan bertindak sebagai orang pertama dalam menjaga kebajikan mahasiswa terutamanya mereka yang ditimpa kemalangan ”, ujarnya.
Manakala seorang lagi wakil MPP GMUKM, Saudara Amin yang juga MPP Farmasi ketika ditemui melahirkan perasaan kesal terhadap kadar jenayah di Negara ini.
“ Kami amat bimbang dengan tahap keselamatan mahasiswa pada hari ini dan kes ini seolah-olah memberi signal kepada mahasiswa agar berhati-hati kerana mahasiswa juga turut tidak terlepas dengan ancaman jenayah ini, ” ujarnya.
Beliau turut menggesa agar sistem keselamatan negara dipertingkatkan lagi kerana sebelum ini, banyak kes jenayah berlaku akibat kelemahan pihak penguatkuasaan sama ada cuai mahupun rasuah.
“ Kes jenayah di negara kita sentiasa meningkat dari saban hari dan langkah konkrit yang segera perlu diambil bagi mengelakkan lebih ramai mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa korban kepada perilaku jenayah ini,” katanya lagi.
Dalam kejadian dua hari lalu, Ng See Hoe yang merupakan pelajar Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, telah ditikam sebanyak dua kali di dada dan belakangnya selepas bergelut dengan dua orang perompak yang merompaknya di laluan jejantas Monorail Dang Wangi. Mangsa yang berasal dari Kuala Lumpur ini dilaporkan berada dalam keadaan stabil walaupun tikaman pisau Rambo perompak tersebut terkena pada paru-parunya. Mangsa ketika ini masih dalam rawatan pesakit luar dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
INILAH BERITA HARIAN METRO BERKAITAN KES ROMPAKAN MAHASISWA UKM :
Tusukan kena paru-paru
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fadly SamsudinKUALA LUMPUR: Hanya kerana wang RM60, seorang pelajar hampir kehilangan nyawa apabila dirodok dengan pisau Rambo di rusuk kiri sehingga terkena paru-paru angkara dua penjenayah jalanan yang merompaknya ketika melalui jejantas di kawasan stesen monorel Dang Wangi di sini, kelmarin.
Lebih malang apabila pelajar berusia 20 tahun itu yang diserang di kawasan awam tidak dipedulikan orang ramai walaupun berulang kali menjerit meminta tolong dalam keadaan tubuhnya berlumuran darah.
Ng See Hoe, pelajar Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diselamatkan anggota polis yang tiba di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.
Nyawa mangsa diselamatkan selepas menjalani pembedahan bagi menghentikan pendarahan selain menjahit semula luka tikaman berkenaan.
Ng yang ditemui ketika masih dalam keadaan lemah di HKL semalam, memberitahu dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, dia dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sesi temu duga untuk memohon biasiswa bagi menyambung pelajaran di UKM.
“Saya berhasrat pulang menghadiri kuliah dengan menaiki LRT, tapi tersesat di Stesen Dang Wangi. Berikutan itu, saya segera turun di stesen berkenaan dan bercadang mencari stesen monorel terdekat untuk pulang ke kampus.
“Ketika melintas jejantas, tiba-tiba muncul dua lelaki yang saya perasaan dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, saya tidak peduli kerana mahu segera tiba di kampus,” katanya.
Menurut Ng, firasat buruknya menjadi kenyataan apabila kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba menghampirinya sebelum seorang daripada mereka memaksanya menyerahkan wang.
“Seorang daripada mereka terus mengeluarkan pisau Rambo dan cuba menikam saya dari arah hadapan. Namun, dalam keadaan cemas saya terus menepis dan menggenggam mata pisau berkenaan dengan tangan kanan bagi mengelak dia menikam tubuh saya.
“Dalam keadaan kesakitan dan tangan berlumuran darah, seorang lagi lelaki merampas dompet berisi wang RM60 dan telefon bimbit saya sebelum kedua-dua penjenayah berusia 20-an itu melarikan diri,” katanya.
Menurut pelajar itu, dalam keadaan kesakitan, dia mengejar penjenayah terbabit sebelum membaling beg sandangnya ke arah seorang daripada mereka.
“Bagaimanapun, lelaki itu yang bersenjatakan pisau Rambo berpaling dan meluru ke arah saya lalu menikam rusuk kiri.
“Saya hanya mampu menjerit kesakitan sebelum tersungkur berlumuran darah. Ketika itu saya menjerit ‘Perompak! Perompak!...’, namun beberapa orang awam yang melalui jejantas itu enggan memberikan bantuan,” katanya.
Ng berkata, nasibnya baik apabila selang beberapa minit kemudian sepasang kekasih yang melalui kawasan jejantas berkenaan bersimpati dan membantunya dengan menghubungi abangnya serta talian kecemasan (999).
“Saya tidak sedarkan diri dan hanya mengetahui dibawa ke Wad Kecemasan HKL dengan menaiki ambulans. Difahamkan, anggota polis peronda yang tiba ke lokasi kejadian segera menghubungi HKL sebaik mendapati keadaan saya yang kritikal ketika itu.
“Saya kemudian menjalani pembedahan. Keadaan saya kini stabil dan amat berterima kasih kepada doktor serta kakitangan hospital yang bertungkus-lumus menyelamatkan saya,” katanya.
Sementara itu, abang mangsa, Ng See Fai, 25, membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung kejadian rompakan berkenaan yang turut menyebabkan telefon bimbit adiknya bernilai RM350 dilarikan penjenayah.
“Saya terlalu sayangkan dia (See Hoe) kerana kami hanya dua beradik selain dia penghibur serta seorang yang bijak dalam akademik.
“Saya puji sifat kentalnya walaupun dalam keadaan lemah dia masih boleh bergurau dan bersemangat untuk kembali memulakan sesi pelajarannya di UKM,” katanya.
sumber : harian metro
[Kafeteria Pusanika 暂时关闭通知]
7 years ago
9 comments:
ni ke mpp gm.......................................................................................................brulh blh tabik spring kt korg..cpt dan tgks buat k'ja
ak akn sokg puak2 gm dlm prk akn dtg. Nmpk mrk buat kerja
yeah!mari sokong GM.sbb nampak dorg wat kerja.mmg la nampak,tiap kerja yg di buat di ceritakan di dihighlight mppGM.ikhlas la buat kerja.tak yah la nak kecoh2kan sangat.wahahaha
xpe ahh...mppukm aspirasi takwat keje so xde berita nak letak,,biarlah mpp GM buat kerja kebajikan, mpp aspirasi wat kerje keseronokkan..aspirasikan suke bnde2 camtuh
Terutamanya ingin saya nyatakan di sini bahawa saya dalam keadaan yang sihat dan baru sahaja discas dari hospital besar kl pada petang ini. INgin saya ucapkan ribuan terima kasih di sini juga bahawa saya telah menerima sumbangan semua warga UKM yang prihitin terhadap isu saya dan sumbangan tersebut sudah saya digunakan untuk bayaran hospital.Dengan akhir kata saya,
.....>.<"RiBuaan TeRiMa KaSiH terhadap semua warga ukm yang pernah dan telah membantu secara langsung atau tidal langsung"......>.<
NGSEEHOE
sape ko nak nilai ikhlas or x? kalau publish=xikhlas...kalau xpublish=ikhlas...suka hati ko je guna rumus tu...biarla MPP GM kecoh2 pun...nanti kalau xkecoh, ko jgk yg kata MPP GM pandai cakap je, tapi xserupa bikin...memang dasar balaci ASPIRASI.
betul2....aku setuju..chayok2 gm!
Semalam nampak Exco GM membonceng anak dara(dar lagi ke tak pun tak tau la), Ke bazaar Rahmadan..
Feewiittt..
Korang pun manusia rupanya... Nafsu Besar..
Tu tak cerita yang beromen kat KTM lagi.. Tudung labuh, Boleh r cover tangan yang merayap masuk ke dalam...
Trend Blog Ni.. Bila Ada orang bagi komen yang reasonable.. Trus senyap.. Buat tajuk lain...
takut bila fakta telah dijelaskan…
Takut kenyataan kot.. Ke da tak ada jawapan.. Contoh jelas adalah Isu cuti H1N1..
Agaknya mmg suka buat cerita kot.. Tahukah? Cerita2 yang menyebabkan orang mendapat/menyebarkan benda yang tak benar adalah menjadi Fitnah2... So saham fitnah kat Web boleh lah kongsi ramai2..
:D
Tak sangka bukan muslim pun boleh fikir benda simple mcm ni.. Yang muslim asyik exploit agama untuk nasfu sendiri..
Sayang sekali, Islam itu indah... Cuma manusia yang merosakkannya... Kat malaysia ni Melayu espesially...
Selamat beramal Semua...
Post a Comment