Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Powered by Issuu
Publish for Free

Provinsi Ungu [Versi Online]

Powered by Issuu
Publish for Free

Friday, September 11, 2009

Pilihan raya kampus UKM dengan e-voting..?

Mahasiswa sering dikatakan sebagai pewaris kepimpinan generasi akan datang. Dan sememangnya itulah hakikat yang sebenarnya. Pilihanraya Kampus merupakan medium latihan bagi seluruh mahasiswa mencorakkan sistem kepimpinan mereka secara praktikal. Gerakan politik kampus UKM yang telah bermula sejak dari tahun 1970 dengan tertubuhnya PMUKM hasil daripada pilihanraya kampus dan sehingga tahun ini hampir mencecah 40 tahun usiannya.

Bersempena dengan PRK yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi, suka untuk dikongsi berkenaan perjalanan PRK bagi UKM. Isu berkenaan pilihanraya kampus ini tidak boleh lari daripada pihak pihak yang bertanding. Sinonim di UKM ini pertandingan sengit antara Gabungan Mahasiswa yang pro kepada mahasiswa dan juga Aspirasi yang pro kepada pentadbiran. Satu lagi pihak yang memainkan peranan seperti SPR adalah Jawatankuasa Pemilihan dan juga Urusetia Pemilihan MPP yang terdiri daripada admin UKM itu sendiri.

Hampir 40 tahun kita dihindangkan dengan sistem Pilihanraya secara manual sepertimana sistem Pilihanraya Umum negara. Tetapi berita yang kuat bertiup sehiingga kini daripada beberapa sumber pentadbiran adalah mengenai penggunaan sistem e-voting bagi menggantikan sistem manual pada sesi kali ini. Hal ini dikuatkan dengan beberapa pindaan besar dalam buku peraturan tatatcara pemilihan MPP yang telah dipinda secara drastik oleh Jawatkuasa Pemilihan MPP UKM bermula pada sesi lepas 2008/2009.
Belumpun selesai isu perjalanan PRK secara manual yang terlalu banyak dipertikaikan ketelusannya, timbul pula agenda baru e-voting. Dengan sistem demokrasi dlm PRK yang layak diberi tahap 1 bintang, muncul pula agenda yang lebih mengelirukan iaitu sistem e-voting ini. Ini adalah agenda memilih Majlis Perwakila Pelajar dan bukannya memilih juara Akademi Fantasia ataupun Mentor. Sebelum daripada ini antara kampus yang menjadi mangsa penggunaan sistem ini adalah UPM dan UPSI.

Alasan utama yang akan digunakan semestinya adalah selari dengan kecanggihan teknologi ICT, menjimatkan masa pelajar serta petugas, memudahkan pengiraan, menjimatkan kos dan sebagainya. Bagi saya, e-voting hanya menguntungkan pihak Jawatankuasa Pemilihan MPP sahaja kerana ia menyenangkan urusan mereka. Kaedah ini adalah tidak praktikal sama sekali dengan kaedah perjalanan Pilihan Raya Umum di luar.

Dengan kelompangan yang begitu banyak dan ketara dalam buku peraturan pemilihan MPP yang belum ada jalan penyelesaian terbaik, ini bukanlah masanya untuk menjadikan mahasiswa sebagai bahan eksperimen bagi sistem e-voting ini. Mahasiswa seharusnya didedahkan dengan realiti dunia sebenar dalam konteks pilihanraya kampus ini. Bukan sekadar dibudak budakkan atau sekadar cukup syarat sahaja. Ini adalah hakikat yang berlaku dalam pemilihan pemilihan MPP sebelum ini. Nah ! Hasilnya maka lahirlah pemimpin pelajar yang sekadar tahu mengangguk dan menggeleng dan inilah pewaris negara akan datang yang bakal dilahirkan daripada gedung ilmu.

Konklusinya adalah perbaiki sistem manual yang telah sedia ada dengan mengurangkan jurang pilih kasih atau pilih bulu antara calon calon yang bertanding. Selain daripada menghalang campurtangan daripada pihak pihak luar seperti felo dan juga pengetua sepanjang tempoh berkempen, dalam masa yang sama juga pertingkatkan sistem ketelusan pengiraan serta penjumlahan undi yang kebiasaannya menimbulkan ketegangan antara pengetua pengetua kolej dengan calon calon serta agennya akibat kurang pemahaman atau penelitian terhadap buku peraturan yang sememamngnya kabur dari sudut kaedah perjalanan pemilihan yang disediakan oleh pihak pentadbiran sendiri. Bukan dengan pelaksaan e-voting.

Salam Ramadhan Kareem & Stop Rasicm
Ikhlas,
Mohd Fikah Bin Sanusi,
Wakil Umum Majlis Perwakilan Pelajar UKM 08/09
Fakulti Undang undang/ Tahun 4

28 comments:

Anonymous said...

pmfst racist, pemilihan pmfst x telus, x sampai 50% pun yang pergi time pemilihan, demokrasikah itu?

Anonymous said...

betul...dorg dh tetapkan legasi pemerintahan pmfst...walaopon dh grad 2 tahun, junior2 aku masih bercerita yg pmfst xtelus. 3 tahun aku kat ukm dh cukup masak ngn ipu ni.

Anonymous said...

nk pertikaikan xsmpai 50% xhadir adalah xdemokrasi?
huhu.. budus.. ko ade dtg x pemilihan tu.. ada pengundian.. xdemokrasi ke? korg komplen sbb budak2 korg xde yg jd exco2 kan..

Anonymous said...

kalau kalah kata la mcm²..tak telus la...tipu la..campur tangan HEP & Pengetua la...cuba menang mesti tak kata apa²...kalau betul² tak telus korang tak dapat 1 kerusi pun...korang ni sebijik mcm Pakatan Rakyat...sblm p/raya dah sibuk kata SPR tak telus..bila dah menang byk kerusi diam je...hipokrit betul..

Anonymous said...

apa hal...yg jd ketua 2 memang korang yg tetap kan

Rasyidi & da Gang said...

bawak bertenang rakan2ku sekalian..Biarlah FST dipegang oleh GMUKM. Kalau kita yang pegang blum tentu aktif. satgi jadi mcm kelab aspirasi lagi susah..Korang x yakin ke dengan MPP FST tahun 1 dan 2..?

Anonymous said...

hmmmm....jgn gila kose sgt,

Anonymous said...

adil ke kalu pmfst tu dipilih dr segelintir pelajar fst? bknkah sepatutnye di pilih dr semua pelajar fst? buatlah undian mcm pemilihan mpp, kalaulah pmfst skang btol2 adil, dan telus, sesi depan wat pemilihan begini...

Anonymous said...

kalo pmfst kena wat cmtu, pmf2,persatuan2 pusanika ngn jaksa2 kolej pun kena wat jugk. baru seiring sejalan bro. jgn kuman di seberang nampak, gajah depan mata x nampak.

pelik knp pmfst plak kena. bingung beb

Anonymous said...

aku x kisah pun sape yg naik. yg penting wat keje.

mse prk aku undi calon no 1 ngn 3 thun 2. untuk fak aku la fst. problem die adlh ak x tau ke mana die. sori to say. hrp dpt terima teguran

budak tekad

Anonymous said...

bkbn takat fst jek..fak kejut pn or skng dikenali fkab. pemilihan bt snyap2..pastu yg dtg sume exco2 yg telah dilantik..bkn diundi atau dipilih semasa AGM tetapi dilantik oleh ahli2 yg lepas..ini bkn satu demokrasi.!

Anonymous said...

kan ni gm, tau kutuk org, silap diri tak ada apa...kata diri demokrasi...buat pemilihan pmfst dan pmfkab adil sikit...asyik pilih org sendiri jeh...fikah ni org dr zaman batu keh? ada teknologi e voting tak guna...nak memundur keh?

Anonymous said...

lgi mundur jaksa2 kolej yg dipilih oleh pengetua sendiri (semua!) tanpa mendapat mandat mahasiswa dan agm

lu pikir la sendiri. jgn tembak kaki sendiri

Anonymous said...

berkanaan JAKSA benda ni sangat2 sensitif...
mengapa pemilihan dibuat oleh pengurusan???
sbb mereka tau sapa boleh buat kerja or x... kalau student pilih yang mana diorg ske jek...
n dibuat plak kolej tu semua aspirasi or GM..
x ke semue exco jadi GM or aspirasi...
papehal pun lu pkir la sendiri

Anonymous said...

samalah mcm fst gak....org yg buat kerja mse first year je dipilih utk pegang jawatan...kaloi suruh yang tak pape pilih,jadi ntah papelah fst tuu agaknya...so sape2 nk jd ydp atau mt korang kne jadi exco dulu,dan blajalah dari bawah...kalo nk dikira ikut undian...spatutnye time prk dulu undian tertinggi spatutnya pegangg PMUKM...ada berani???

Anonymous said...

aku pun setuju ngn yg atas ni..
ko igt senang2 je nk bg kt sape2 jd pmf..
klu ko bleh kata jaksa mcm tu..
same jela cm pmf mane2 fak pn..
dorg tau la sape yg buat keje sape yg bg komitmen..klu ko dh xtlg wt keje,
xyah la nk claim pape..
igt sng2 je nk dpt jawatan free2..pikir la sket

Anonymous said...

"adil ke kalu pmfst tu dipilih dr segelintir pelajar fst? bknkah sepatutnye di pilih dr semua pelajar fst? buatlah undian mcm pemilihan mpp, kalaulah pmfst skang btol2 adil, dan telus, sesi depan wat pemilihan begini..."..bodoh ke ape y komen ni...mmg r plh dr sglintir je...sbb diowg buat keje n dtg time pmilihn....klu mcm wat undian mpp,mne thn wakil2 thn 2 y mng thn lpas?..

YDP PMFST???? said...

Salam..
Sabar2, jgn gaduh2..
PMFST utk semua, semua bleh jd exco..
tp sume yg dtg AGM la ye..huhuhu
pastu isi la borang pencalonan,
sure bleh jd calon..
tp PMFST bkn MPP ye..jgn ribut2

PMFST la pulak tetiba said...

eiks... korg yg komen2 sal PMFST nih...
korg gi tak AGM PMFST?
baca tak iklan pembelian borg ntuk calonkn diri sndiri jd exco?
nampak tak poster2 merata pasal AGM?
halooo.....
dah la tetiba komen sal pmfst kat post e-voting nih.... adehh...

Anonymous said...

Camner si Fikah ni tau nak buat e-voting tahun ni...

Budak Kejut yang aktif ngn PMFKAB said...

hmm..sesat jugak name pmfkab..untuk pengetahuan,pmfkab memang sediakan borang untuk jadi exco..da yg isi borang tu xramai,satu post sorg je yg mintak,terusla jadi..mcmane nk buat pengundian kalau calonnye sorg je..huhu..klakar sungguh kamu ni..da agm buat iklan pn xde org yg dtg,org yg isi borang mesti la dtg..haha..itu yang jadinya,orang yang dilantik je datang..pas ni pakat2 isi borg apply jd exco pmfkab ea..pastu ramai2 dtg agm..baru meriah sikit..huhu..sape ckp pmfkab tu sume budak gm..budak ccc ade 2org, timbln pengrah pesta konvo thun ni pn exco pmfkab..timb pengrah pesta konvo xkn dak gm kot..kn dah aku babitkn org lain..huh..itula..adoi..len kali nk ckp cr bukti..tanye dulu orang2 yg ade dlm pmfkab..sedih dgn mahasiswa yg malas mengkaji ni..huh..

student fkab said...

tul lah..aku skong org kat ats ni wlupn aku aspirasi..
aku knal timbln pengrah pesta konvo tu..
name die rahman..kwan aku tu..
exco ekonomi pematra(pmfkab)..
aku xrasa pmfkab cmtu,klu x dorg xkasi la rahman jadi exco da terang2 si rahman tu dak aspirasi..
nak buat cmane da memang budak kejut ni xbrape nk interest tntg p'satuan ni..ramai kaki study..
tu pasal xramai dtg agm pmfkab..bkn sbb pmfkab pilih bulu weyh..cmane pn aku tetap sokong aspirsi..
cume pas ni,kite jgn cepat tuduh2..t,burukkn name aspirasi je weyh..

queen said...

gaduh2 je x guna..yg pntg..TINDAKAN!!g siasat dlu sblum tduh mllu..xkan r cmni pmkiran student univrsiti 1st d malaysia??? +lak dlm ramadahan kareem ni...
jom trun g pmfst..tnya dorg,ada x jaksa yg jd exco pmf?ada rsanya... cba tgk,dia bt kje x?
klu kje dia pn org len nk kna cover..hmm..
so kta ni sume sma je.ada kkurngn gak kt mn2..tp jgn r smpai x wt kje lgsg mcm mpp 2..
~bnyk2 la muhasabah dri..
p/s:lps ni ajak sume kwn2 kt fac trun g AGM pmf.tnjuk muka korg yg bijak 2...

Waliyuddin_YDP PMFST said...

Salam..
Saya Muhamad Waliyuddin YDP PMFST (yg sebenar)..
tengok respon2 dlm blog sgt meriah smpai Pmsft pn termasuk skali dlm prbncangan ni..mcm polemik H1N1 jgk nmpaknya..tp sy harapkan semua ni bkn sekadar teka-tekaan mahupun usaha memecah belah..

So, sy dgn rendah diri memohon pd sape2 yg ada xpuas hati mahupun ingin penjelasan lbh lanjut mengenai Pmfst bleh trus rujuk sy di nombor 013-2578654 atau emel waliibnudin@gmail.com utk sbrg pertemuan atau perbncangan. kita berdepan terus lg senang, so xperlu nk pukul2 blakang..walaupun ramai yg dh cover kt sini tp mgkin ada yg mahukan penjelasan.sy tau ramai yg sayang Pmfst mcm sy, so kita setel baik2 k..

Harap maklum..

Anonymous said...

betul takya pukul dari belakang...
GM ni mmg suka main belakang...

Anonymous said...

apani..pmfst le..pmukm le...dah demam ke kourg ni.pemimpin uat keje pemimpin, rakyat buat keje rakyat. pemimpin yg baik dia x salahkan org lain, tp insaf akn dirinya dan buat amal jariah. Unpat sana sini..kate org tu x baik, x pandai, x demokrtik dll, itu bermkna 'cetik fikiran' atau x matang. Undi manual pun ok, e-undi pun ok. Ada pembaruan. Jgn le undur ke belakng atu takut kpd kemajuan. Setahu sy prk kampus, semua tnding. cuma menang kalah aje. cari sokongan dan jgn slhkan ada tgn2 sebabkan kau org kalah. Kasar2, hamput2, broom2, unpat2, maki2, kutuk2, salah2 dan buat kerja sembunyi tangan...dah x main. tq

Anonymous said...

ISLAM UNTUK SEMUA

Anonymous said...

APE-APE AJE...APE-APE AJE...WADUH PENING BANGAT NIH...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !