Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Powered by Issuu
Publish for Free

Provinsi Ungu [Versi Online]

Powered by Issuu
Publish for Free

Friday, November 6, 2009

'Sarfa perlu sahut cabaran, jangan jadi pengecut'



Bangi 5 Nov 16.19 am | Dunia maya UKM dikejutkan dengan pengeluaran artikel ’15 dalil mengapa Nik Aziz tidak layak digelar mursyidul am dan perlu disingkirkan’ yang disiarkan oleh Saudara Sarfarizamal bin Md Saad di blog beliau pada 30 oktober 2009. Artikel yang ditulis oleh seorang blogger yang dikenali sebagai Panglima Perang Siber yang merupakan YDP Blogger Pembina Negara. Saudara Sarfarizmal telah menyiarkan artikel tersebut melalui blog beliau di http://sarfarizmalsaad.blogspot.com/. Pelbagai reaksi timbul akibat tindakannya itu termasuk serangan di blog beliau sendiri. Saudara Sarfarizmal telah menarik balik artikel yang disiarkan di blognya sehari selepas itu.

Ketika ditanya mengenai perkara ini kepada mantan Presiden MAMPU (Membina Mahasiswa Penggerak Ummah), Saudara Mohd Farid Bin Hamlud, berkata “ Mahasiswa perlu bertindak profesional dan berfikir secara objektif dalam isu ini. Isunya ialah tuduhan bersifat peribadi terhadap TGNA dan tuduhan tersebut disebarkan pula oleh Timbalan Presiden PMUKM. Oleh itu, Saudara Sarfarizmal perlu bertanggungjawab terhadap setiap kenyataan yang dikeluarkannya. Kesimpulannya, saya mencabar Saudara Sarfarizmal menyertai Debat Terbuka bersama – sama saya untuk memperjelaskan isu yang sebenar dan menentukan yang mana satu yang benar”.

GMUKM berpandangan sebagai seorang pemimpin mahasiswa, Saudara Sarfarizmal telah melakukan sesuatu yang mencalar kewibawaan seseorang pemimpin. Tindakan Timbalan Presiden 2 PMUKM yang telah menyiarkan artikel yang memfitnah peribadi seseorang adalah amat tidak wajar. Walaupun artikel tersebut tidak ditulis oleh beliau namun perbuatan menyiarkan perkara yang beliau sendiri tidak tahu akan kesahihannya adalah ibarat mengikut secara membuta tuli. Melakukan sesuatu tanpa usul periksa. Sebagai seorang pemimpin, Sarfarizmal haruslah mempamerkan dan memberi contoh teladan yang baik kepada mahasiswa/i .

Mahasiswa yang bijak adalah mahasiswa yang mampu mencari dan menyelidiki kesahihan sesuatu berita atau perkara dan mampu memberikan hujah atas setiap apa tindakannya. Setiap apa yang kita lakukan mestilah mempunyai sebab dan munasabab yang kita mampu untuk menerangkannya kepada orang lain.

38 comments:

Anonymous said...

Orang macam ni pon ada ke nak jadi pemimpin...HAPRAK sungguh...malu aku

sokong said...

ala biasala...idup sarfa

Anonymous said...

suka sgt serang peribadi org...buka aib org...jaga la aib sendiri...

Anonymous said...

kutuk Nik aziz korang bising..korang selalu kutuk pemimpin lain takpe...sejak dari zaman IPU sampai le GM asyik duk serang peribadi orang takpe..fikir kan la...

Anonymous said...

GM da lain la bro...mane ade serang peribadi,,, ok da ni.. banding penulisan yg zaman dulu.. mmg sakit hati gak membaca..

mmg la bro.. nik aziz tu ulama'..

Anonymous said...

ulama'kah nik aziz bila dia mengkafirkan sesama muslim semata-mata kerana tidak memimpin berlandaskan Islam?wlupun nik aziz tu ulama',tapi kuasa nemgkafirkan mnusia nii di tgn Allah,bukan di tangan manusia..sedangkan dlm PAS pun bertelingkah sesama ahli,ni plk nak bising2 psl pmerintahan negara konon..betulkn yg kat dlm tuu dulu nik aziz ooii..

Anonymous said...

salam sahabat pada anonymous..
kpd anonymous klu cam nie nak la pdpt minta TG betulkan dlm dlu je n x perlu membetulkan diluar.. memang dakwah n seruan Islam x akan smpai kpd kita sbagaimana kita perolehi skrg.. lihatlah sirah nabi.. bapa saudara sendiri menentang dan malahan terdpt munafik dlm Islam sendiri.. adakah nabi perlu dakwah kat dlm je n x perlu nabi dakwah kpd orng selain islam.. kerana umat Islam sendiri ad yang munafik?(tue pun klu ikut pndpt saudara)

Anonymous said...

sy setuju dgn saudara di atas.

sierra said...

camoon Sarfa...debat je pun...bukn soh bergusti

halim said...

salam...knpa ni???duk balah jer.menda bleh stle kn?maapkanlah safa..mgkin dia tslap.klu btol dia slah pn, ajk la bbncang elok2.ni sume mrosakkn hbgn sesama kita jer...tak semua pkra plukan ktgasan.kdg2 nkkan prubahan perluhan kerendahan dlm berbicara dan bhujah..duk mncaci sna sini mnunjukkan GM seolah2 tiada jln laen mghdpi mslh. debat mgkin plu, tp kdg2 pktaan dbat 2 hnya mncari kslahan bkn nk btolkan keadaan pn..mgkin kita bleh bdiskusi bru lah stle masalah..sy selaku pnyokong GM rsa x seng hti tgk stuasi cmni..maafkan sy andai tsalah kata

Anonymous said...

dalam hal ini kna kna bertenang,janganlah suka menyalahkan orng laen jer..debat pon xguna sbb hanya utk cri ksalahan org jer..nti org yg kalah t malu,xpasal2 kte pulak yg dosa.

adeq said...

setuju!!

Anonymous said...

inilah GM dengki ngan sarfa xhabes2.. suke hati die la.. korg cek balik fitnah korg dalam blog korang lg byk oi... kesian je bebudak GM nie.. islamik konon pirah mabuk.. korg nk anta sape unuk debat? meh debat ngan aku

MoHFiR - Mohd Firdaus said...

Ala tu pun nak jadi isu... x habis2 dengan politik... ala kalau nak diikutkan dalam laman blog sahabat GMUKM pun yang berstatus YB dan Aktivis pun ada menempelak pemimpin negara kita gak...

TGNA tu pun Manusia gak... Ulama tu manusia gak... Manusia tidak lari dari melakukan Dosa... Tegur menegur adalah tanggungjawab bersama.... bukankah itu suatu RAHMAT.... perbezaan pendapat.... percaya atau tidak... Allah dah kurniakan akal fikiran.. so kita leh tau mana yang baik atau tidak...

lalala said...

sokong mohfir.. kt seua dah kenal GM mcm mn kn? so pandai2la sahabat ukm fikir senri..

Hari Pink said...

Aduhai UKM....

Anonymous said...

kalau dah takut mcm2 alasan bagi..lek lek sudah,debat je pun,sekurang-kurangnya terbuka laah skit minda kita niih,xde kene mngena dgn peribadi...fahaman politik berbeza je,tgk negara maju lain,debat nii perkara biasa...weeeh debat jee laah..alaaa takyah ahh malu2

Anonymous said...

GM nk debat utk ape? nk malukan org je tu?? hahaha

Anonymous said...

hmm..
bukan ke dgn berdebat pikiran lbih terbuka..
boleh kongsi pndapat.. xsiapa yang menang.. dan xsiapa yang kalah..
aku teringin la nk tgk gm debat ngan aspirasi..
sama2 utarakan pndangan masing2..
kalu xnak dbat ttg isu ni pun..
mgkin kite bleh debat ttg isu bajet 2010 ke..
bnde2 negara skit..
kan mahasiswa bakal mnjadi pemimpin negara..

adeq said...

oh betul3..
debat keterbukaan..
x perlu lah debat benda nhe..takut kemenangan yang dijadikan matlamat..dan sudah semestinya terang lagi bersuluh siapa yang akan menang t..
kalau nak buat debat kenegaraan pun o.k juga..bahas kan isu2 mahasiswa..sokong debat yang ini..

Anonymous said...

eh korang yang kecoh2 ni apsal? amal ibadat da cukup? pointer tinggi tak? da bpe bnyak buku korang habis baca? asgment sume ok ke? mak bapak hormat tak? ni, solat bagi yg islam cukup tak? al quran pandai baca? faham maksud tak? jangan ko baca je... lagi satu hadis2 nabi baca? jangan sibuk baca buku tentang tokoh lain je..surau selalu g ? ni hukum fekah tau tak? bagi yang islam.. bape tinggi ilmu agama korang? tak tinggi takpe, asalkan selalu mencari.. jgn nak cari girlfreind/boyfriend je .. ah lagi satu, selalu ke ke hulu ke hilir naik motor ,naik kereta dgn pasangan bukan muhrim ?...bape tinggi ilmu korang? hebat ke? aku tau la ni negara demokrasi....suka2 korang JE. hahaha... tak semua GMUKM ok..dan tak semua ASPIRASI ok..Syaitan itu tak pilih bulu. - bagi aku , seorang pemimpin yang berpegang teguh pada Al quran dan Hadis adalah sebaik2 pemimpin. haha (khas ditujukan kepada org islam).

Anonymous said...

kalo dok memikirkan layak ke tidak kita niih...huh!hbis tuuh sape nk jadi pelapis nabi Muhammad untuk menyebarkan dakwah Islam...nak pikir sempurna ke tidak kita niih,of course laah de yang tak sempurna sbb Nabi Muhhamad tu je yang sempurna n maksum.....amalkan yang makruf dan tegahlah yang mungkar,seiring dan sejalan...yang lain2 kita doa kat Allah...masalah hati niih kalo dok pikir je,sampai bile pun takkan settle

Anonymous said...

btol amal makruf nahi mungkar, but lau boleh berhikmahlah... sarfa silap cz dier x berhikmah... tp org len tegur safar pun x berhikmah, jgn jd busuk, cz menegur org busuk... renung2kan aje...

Anonymous said...

biar ar dia..kate semua ada hak untuk bersuara..yang GM nak kecoh2 buat pe...

Amran

Hari Pink said...

better kalau debat pu isu lain.

tp aku sokong safra..
tp bek x yah jugak sbb nnt lg bg fitnah..

nurhidayah091 said...

tp kan kte pernah dgr taw kalau kita hina ulamak maknanye kita hina nabi...coz ulamakkkan pewaris nabi...maaf kalau salah...

Anonymous said...

manusia sememangnya tak sempurna, tetapi manusia beleh berubah daripada tak baik kepada yang baik. Pelapis Nabi mestilah baik terutamanya dalam menyebarkan dakwah islam. GM, jika nak memperbetulkan kesalahan orang lain haruslah secara berhemah dan bukannya cara memalukannya. Ikut jejak langkah Nabi Muhhamad jika ingin menjadi palapes nabi. Jika anda berada di situasi sarfa sudah semestinya anda juga berasa tertekan. Biarkanlah kesalahannya ini menjadi pengajaran kepadanya supaya tidak mengulanginya lagi buat kali yang kedua.

adeq said...

AKU BUKAN PALAPES..

InshAllah pelapis..
dan bakal membuat kek lapis..

Hari Pink said...

teringin jugak nk join PALAPES..

aku rs anonymous kat ats ni mest PALAPES...
hihi

fitrah said...

korg ni..kan si sarfa tu dh mohon maaf kn blog dia..dia pon dh ckp yg dia amik artikal tu kat blog len..jd xyah la gadoh nk ajak debat lg..adeh dia mohon maaf kn?...ish..korg ni dia wt cmne lg?..xkn nk suh dia jalan keliling ukm ng sepanduk "saya mohon maaf TGNA' ke?..adeh..udah2 la..

Anonymous said...

ok gaak tuuh..

nurhidayah091 said...

bgslah...dah mhn maaf biasalah manusia tidak terlepas dari wat silap...ap2pun sama2 muhasabah diri kita krn byk sgt khilafnye.....

Anonymous said...

utk pnyokong sarfa... memg la korg sokong sarfa n bela sarfa sbb m'kin korg pn mcm sarfa!!! Korg kena igt, TGNA tu sape??? TGNA tu Ulama' pewaris Nabi!!! Klu hina dia umpama juga spt hina Nabi!!! Cuba korg bygkn klu xde org mcm TGNA, sape yg nk jd ulama'? Sarfa ke??? huhuhu, hancus dunia oii! Lg 1, cuba korg bayg kn klu la yg sarfa serg tu (mcm TGNA) ayah, atuk, pakcik or saudara mara korg, xkn korg nk senyap je kot??? Bodoh betol klu snyap je! Bangkitla oii dr tido! Utk GMUKM, teruskan p'juangan kalian. Usah layan mreka2 yg pmikiran d tahap budak sek tadika tu (bdk sek tadika pn lbih cerdik dr korg tau!!!).

MOHD ZHARIF SYAFIQ said...

ALA X PAYAH LA NK BERBALAH KAT SINI... PERBALAHAN KORANG MENUNJUKAN KORANG SENDIRI TIDAK APLIKASIKAN PRINSIP ISLAM DALAM KEHIDUPAN... MAKA SETIAP DR KITA ADA SAHAJA YANG MELAKUKAN KESALAHAN DAN BIAR KITA BERSAMA2 MEMBETULKAN KESALAHN.. DEK KERANA SIKAP KORANG YANG BERTELAGAH NIE LA IDEOLOGI BARAT TERUS MERESAP TANPA KORANG SEDARI...AKU X SOKONG SAPA2 TAPI DALAM KEHIDUPAN INI PERLU KITA TOLONG PERBETULKAN SESAMA MANUSIA X KISAH LA KITA MENYOKONG SAPA2... KORANG DOK KECOH ILMU DIDADA SUDAH CUKUP??? POINTER SUDAH CUKUP BAGUS??? AMALAN AMACAM DH PENUH BUKU KANAN BAHU??? JADI INGAT JGN LA BERTELAGAH DAN SAYA MINTA BLOG GM NIE PUN JGN NK MENHENTAM OR BUAT SESUATU YG BODOH KATA KORANG NK JDKAN MAHASISWA YAGN BERINTELEKTUAL TINGGI TP SIKAP DAN GAYA TULISAN KORANG SENDIRI X MENCERMINKAN PERJUANGAN KORANG... RENUNGKAN BERSAMA...AKU X SUKA DAN BENCI DALANG YANG NK MEMECAHBELAHKAN MAHASISWA TERUTAMA MAHASISWA/I BERAGAMA ISLAM.. TLG YE MODERATOR BLOG GMUKM.. JGN NK PECAH2 KAN... KANG AWAK YANG MERANGKAK DEKAT TITIAN SIRAT TERPELOSOK DEPAN PINTU NERAKA...ATAS DOSA PECAH BELAHKAN UMAT NABI MUHAMMAD.. SAMA SEPERTI MUNAFIK...

jahat said...

daku menyepi..

BUrhan HEBAT said...

jap2, kesalahan safar boleh tahan lg, tp ni ha, sorg muslimah yg mmg aku konfem bdak thn2 FPi mrngkap org kuat GM, kuar jln2 ngn balak kt Mid Valley, bkn aku sorg je nmpak, rmai kot...., xkn la 'ustazah' tu xnmpak, hrp2 xde pgang2 tgn la ye...., skrg dosa sape lg besar???? jawab [ ala scandal ni bdak GM pn tau, xyah malu2 ]

Anonymous said...

aduhai...BUrhan HEBAT...dh siasat ke sape blk tu?atok dia ke, bapak dia ke, abang dia ke, adik dia ke, husband dia ke,pak cik dia ke, pak cik sblh mak ke, pak cik sblh abah ke,atok sdra dia ke, moyang dia ke...klu tak psti, mknanya ko dh membunuh tau tak? fitnah > membunuh

adeq said...

dosa sapa lagi besAr?
dosa sendiri lah kitA hitung..
"Biar Amal berbicAra"

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !