Selangor digesa supaya berhenti menghantar mahasiswa di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN) kerana ia didakwa menyemai sentimen perkauman di kalangan pelajar.
Sekumpulan ADUN muda Pakatan Rakyat Selangor menggesa pemulauan program agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu melalui satu surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
ezam leave pkr pc 280607 amir sariADUN Batu Caves, Amirudin Shari berkata bantahan itu dibuat memandangkan sebahagian pengisian program berkenaan didapati tidak berkaitan dengan usaha pemupukan nilai-nilai kenegaraan atau penyebaran ilmu.
"Sebaliknya ia merupakan program politik kepartian Umno-BN dan perkauman semata-mata," kata wakil rakyat PKR itu sebagai jurucakap kumpulan ADUN tersebut kepada media selepas persidangan DUN hari ini.
Wakil-wakil yang turut hadir pada sidang media itu, Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).
"Justeru kita berpandangan kerajaan negeri perlu bertindak untuk mengarahkan jemaah (senat) universiti untuk menghalang pelajar daripada menghadiri program BTN," kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR, lagi.
Pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan Selangor termasuk Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Inpens.
Amirudin juga memberikan alasan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) juga tidak mewajibkan pelajar menghadiri program anjuran biro berkenaan.
"Tapi sepanjang pengalaman saya di universiti dan saya percaya perkara ini turut dipropagandakan kepada para pelajar, mereka perlu hadir program BTN.
"Jika tidak, mereka tidak akan lulus. (Dakwaan) ini sesuatu penipuan," tambahnya ketika membacaknya kenyataan bersama mereka.
"Peserta kursus didoktrinkan dengan propaganda tentang ketuanan Melayu dan ancaman (negara) luar dan tidak diberikan ruang untuk mencabar propaganda tersebut memandangkan programnya berjalan secara satu hala sahaja."
Seorang lagi wakil rakyat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, sebagai seorang pelajar tajaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), beliau sendiri - yang pernah mengikuti program BTN - mendapati ia tidak sepatutnya wujud apabila kerajaan sedang bercakap tentang 1Malaysia.
"Sepanjang program tersebut, apa yang ditekankan adalah (parti) Keadilan ini, Anwar adalah ejen Yahudi, DAP adalah parti ejen Singapura dan PAS adalah parti ajaran sesat," katanya.
"Itu saja yang disertakan dalam modul mereka yang bersifat politik kepartian yang sepatutnya tidak wujud sebagai satu program bawah JPM."
Tambahnya, peserta juga "dimomokkan" tentang tentang "ancaman orang Cina" dalam program yang disertainya itu.
"Ada beberapa mahasiswa (berbangsa) Cina yang hadir (dalam program tersebut).
"Saya boleh bayangkan betapa mereka rasakan diri mereka begitu takut dalam situasi tersebut kerana modulnya sendiri bersifat perkauman," katanya.
[Kafeteria Pusanika 暂时关闭通知]
7 years ago
9 comments:
wei bodoh...
apa hal ko letakkan isu btn kat blog gm...
langsung x masuk akal aku tgk..
lagipun bdk2 nie harus th apa itu erti negara dalam jiwa mereka x seperti korang yg igin memulaukan negara kerana politik semata2..
orag yg cakap org bodoh tu...lagi bodoh aku rase...kau rase?hahaha
ye aku pon rasa kawan din beramboi..ngehngeh..
aku rse bgtu juga....
jgn asyik dok ckp org bodoh....
nnti kna dri sendri bru tau...
lorh...
btn tu kan isu bkaitan mahasiswa gak. gmukm kan sbg pejuang mahasiswa, mestila depa alert isu btn ni. yg cepat sgt melenting tu awatnya...
macam termakan cabai ja... h0h0~
herm.. btn ni kalau diurus dengan jujur dan amanah.. pastinya gempak!
Setakat mana BTN menyebarkan perkauman? Adakah agenda UMNO semata-mata? Yang membidas artikel ini seharusnya perlu mengalami sendiri apa itu kursus BTN. Apa salah memupuk nilai kenegaraan? (kalau tak suka ini itu negara sendiri pergi la jadi rakyat negara lain) Kalau menyebarkan kebencian terhadap kerajaan dimasjid2 surau2 tu ape kejadahnya? Itu pun korang nyer 'BTN'. BTN dari dulu hingga ke hari ini merupakan platform yg sah. Daripada berpolitik dimasjid2 surau2, tu Tuhan pun marah..
saudara......
politik itu ada dalam Islam..
jadi tidak salah jika berbicara tentang siasah di masjid atau surau..
bukan untuk berpolitik..tetapi memberi kefahaman tentang Islam dalam konsep pemerintahan..Ayuh..sama3 kita timba lebih dalam lagi ilmu kita..kalau tidak.."tuhan pun marah"..seperti yang cik ano kita katakan..
selAmat kembAli ke medAn ilmu..duniA dan akhirAt..InshaAllah..
btn sepatutnya menjadi isu yang terlalu besar bagi mahasiswa..btn ini diwujudkan untuk memberi kesan dan kesedaran kita kepada negara..saya sendiri pernah mengikuti kursus ini sebelum memsasuki ukm ini..tiada masalah yg berkaitan perkauman yang ditimbulkan semasa program ini dijalankan..kita seharusnya sedar akan semua itu..bukan hanya tahu menghapuskan semata2..
Post a Comment