Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Powered by Issuu
Publish for Free

Provinsi Ungu [Versi Online]

Powered by Issuu
Publish for Free

Sunday, November 8, 2009

Testimoni SPKG


Bangi 7 nov 8.57 am| Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) merupakan satu sistem untuk mengukur sejauh mana kebolehpasaran graduan UKM dalam sektor pekerjaan. Sistem ini juga merupakan satu keperluan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia yang menentukan kualiti setiap program yang ditawarkan oleh IPTA/IPTS di Malaysia.

Wartawan GMUKM sempat menemui beberapa orang pelajar UKM berkaitan sistem yang diperkenalkan pada tahun lepas untuk melihat maklum balas terhadap pelaksanaan sistem ini.

Mohd Nazri Tahir, FPI tahun 2
" Pada pandangan saya, sistem ini merupakan satu sistem yang perlu dikaji semula keberkesanannya. Memang bagus untuk melahirkan mahasiswa yang boleh memenuhi pasaran kerja, tapi kita perlu melihat balik beberapa aspek penting yang perlu ditekan. Jangan hanya kita memikirkan aktiviti sahaja sedangkan akademik sanggup diketepikan".

Nurul Jawahir Md Ali, FSSK tahun 2
"Adalah tidak adil mahasiswa hanya dibebankan untuk menghadiri aktiviti kolej yang tidak menjana keintelektualan mahasiswa. Bukankah kita perlu menjadi mahasiswa yang bijak dalam semua aspek? dan saya melihat kebanyakan aktiviti kolej hanya bertumpu kepada hiburan dan tidak dapat mencambahkan pemikiran mahasiswa. Bukan saya kata tidak ada aktiviti yang baik tetapi aktiviti yang tidak bermanfaat banyak dihidangkan kepada mahasiswa. Kekadang kami terpaksa menghadiri program kolej walaupun banyak assignment yang perlu disiapkan. Saya jadi keliru, yang mana perlu diutamakan. Adakah SPKG supaya saya boleh still tinggal dalam kolej atau tanggungjawab saya menyiapkan assignment yang perlu dihantar".

Fariq, FST tahun 1
"SPKG ni bagus kalau perlaksanaannya dirancang dengan baik. Saya berminat untuk menyertai persatuan-persatuan yang ada kat UKM ni sebab saya rasa penyertaan dalam persatuan sebegini dapat membina kredibiliti diri saya. Masalahnya sekarang saya terpaksa menghadiri program kolej semata-mata untuk SPKG. Saya berpendapat, mungkin 51% penilaian yang perlu dinilai oleh pihak kolej perlu diberikan kepada penglibatan dalam persatuan-persatuan di UKM. Selain itu, takkanlah dengan membuat perkara remeh temeh juga akan diberi merit untuk SPKG? sepatutnya satu standard aktiviti perlu dibuat untuk lebih memperkasakan SPKG".

Mengikut maklumat yang diperolehi pihak GMUKM, kebanyakan pelajar tahun 1 dan tahun 2 tidak berminat dengan sistem baru ini. Kebanyakan tenaga akademik juga banyak mempersoalkan keberkesanan SPKG ini.

Seorang pensyarah dari Pusat Pengajian Biosains Bioteknologi FST juga tidak berpuas hati dengan penglibatan pelajar di kolej.

"Penyertaan pelajar di kolej perlu dilimitkan kerana matlamat datang ke universiti ini adalah untuk belajar. Saya juga tidak faham kenapa aktiviti di kolej lebih dititikberatkan sedangkan pelajar perlu mendalami ilmu terlebih dahulu untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, kerana untuk memenuhi pasaran kerja, akademik akan dipandang terlebih dahulu", tambahnya lagi.

Bagi sistem ini, nilai PNGS Kompetensi Generik akan dilaporkan dalam transkrip keputusan setiap semester. Selain itu, para graduan UKM akan mendapat Diploma Supplement untuk memaparkan PNGK Kompetensi Generik yang diperolehi sepanjang berada di UKM.

26 comments:

Hari Pink said...

betul tu..
datang untuk belajar..
bukan untuk politik..
lalala

adibah abdul rashid said...

sya bkn x stuju dngn plaksanaan spkg...
cuma ingin mempertikaikan knpa smpi 51% diperuntukkan di kolej....
ini smacam satu yg tidak adil bg saya dan rakan2 senibina yg lain krna kmi trpaksa menghabiskan banyak masa kami di fakulti menyiapkan design projek kami....

Syaidina Umar Al-khatab said...

sistem ini bagus, cuma perlukan ketelitian dan pengkhususan dalam melaksanakannya...para pelajar tidak boleh dipaksa untuk penglibatan mereka dalam sebarang aktiviti, cuma digalakkan untuk melibatkan diri supaya dapat membangunkan kemahiran berkomunikasi...belajar di universiti tidak sama dengan belajar di sekolah...pelajar harus faham, di universiti inilah kita hendak memperluaskan hubungan kita dengan mendapatkan rakan-rakan yang baru supaya kita dapat sama sama saling bantu membantu apabila sudah tamat belajar...kenalan yang ramai( connection) adalah penting dalam menjalankan sebarang urusan kerana di dunia yang nyata ini, kemahiran budibicara amat penting untuk tolong menolong diantara satu sama lain...jadi untuk memastikan kita dapat bergaul dengan ramai orang maka diwujudkan pelbagai aktiviti-aktiviti sebagai medium atau tempat untuk para pelajar berjumpa dan berkenalan antara satu samalain disamping melakukan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan oleh pihak universiti.
jadi untuk memastikan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan mendapat penglibatan yang memuaskan dari pelajar maka tidak salah kalau kita mewajibkan para pelajar menyertainya. Lagi pun yang menganjurkan aktiviti2 ini terdiri dari pada kalangan para pelajar juga. setiap aktiviti yang dianjurkan adalah untuk memberi kebaikan kepada pelajar juga...
Bagi mereka yang mempunyai urusan yang penting dari aktiviti yang diadakan,mereka tidak dihalang untuk tidak menghadiri aktiviti itu. semuanya terpulang kepada setiap individu...peluang sudah disediakan mengapa mahu mempersiakannya. manfaatkanlah segala peluang yang ada. semoga berjaya.

zigaki asrar said...

sistem yg bgus tpi prlukan penelitian n penambahbaikan smula.

Anonymous said...

saya setuju dengan bdk first year tuuh...'benda remeh temeh pun diberi SPKG' contohnya kalau kolej mendapat jemputan untuk menyuruh penduduk2 kolej pergi ke sesuatu event terutamnya first year,mesti dalam pengumuman tuu tulis SPKG akan diambil...padahal event2 tuuh bese2 je sebagai contoh pelancaran satu Malaysia beru-baru niih oleh saudara Sarfa

kenpaci zaraki said...

saye pn x setuju langsung ngn spkg.hapuskan spkg,

khairul said...

saya bpendapat perlu diteruskan kerana saya melihat perubahan positif seorang kawan saya yang dahulunya tidak suka bergaul dengan perempuan kerana dia asalnya skola di smka kini sudah tidak seperti dulu..malahan dia kini ramai kenalan perempuan dan sering berkomunikasi dengan mereka..

Anonymous said...

saya stuju dgn fariq..dlu kami pernah bicarakn hal ni dgn felo, dan dia ckp, sbb kolej dpruntukan 51% adlh sbb kdiaman plajar n plajar bntk abes mse d kolej? sy x bpe stuju dgn plajar bnyk abes mse d kolej,sbb bg sy yg bnyk mse kt kolej 2, yg x minat join psatuan2 n aktvt luar..n wajar ke kte pkse plajar tok join prog2 wlupn hakikatnye lgsg x mnjana minda? adakah spkg dcipta tok hasilkan plajar2 yg hipokrit? yg mne join satu2 aktvt sbb spkg, bkn lillah@ sbb ilmu? dan 1 lg, ad 1 kolej 2, wat solat hajat pon ad spkg..emm agak2 yg dtg 2 sbb spkg ke lillahi taala? arap2, niat btul krana Allah..

Anonymous said...

kalau ramai kawan perempuan sampai pape hal pun nak dicerita dengan perempuan...hancurlah title sekolah agama tuuuh,nak berkawan dengan perempuan agak2 laah..mentang2 ko dah kuar skolah agama..dtg kat u ni tgk ramai awek2 cun..jgnlah obivius sgt....skit2 cite hal pompuan....kan ramai lagi kwn2 lelaki yang ada...nak bergaul dengan perempuan nii ada batasnya

Anonymous said...

betul spkg perlu penambahbaikan lg

Anonymous said...

sah org yg ditemuduga itu akan jadi calon mpp akan datang, siap sedia ya, aspirasi!
hidup aspirasi!

adeq said...

orang yang ditemuduga?

oh aku diduga ~

Anonymous said...

kata2 'khairul' tu kita boley pikir dr 2 cara, 1 mmg dia nk btaw yg spkg watkn kita pndi bsosial, n yg ke 2, dia nk kita sdar, spkg menggalakkn hubungan mesra lelaki pmpn.. hubungan lelaki pmpn plu ad batasnya, dmi elakkn zina hati n strusnya.. b'balik soal spkg, bg sy, sistem ni sgt lemah n plu dperbaiki..sbb, bnyk ketidakadilan disitu.....

Hari Pink said...

SPKG..??
korang pg la ble rs nk..
sbnrnye dye MACAM merit utk stay kolej je..

klu korang rs xnk...
xpayah..kn sng..

Anonymous said...

merit tok stay kolej? jd nape ad kes, spkg dia pnye laa tinggi, tp kne buang kolej gak? n ad je yg x aktf lgsg 2, dpt je dok kolej 2.. kolej mne x yah la btaw, tp yg psti bkn kpz @ kkm..

Syaidina Umar Al-khatab said...

setiap pelajar ade hak untuk memohon untuk duduk dikolej...bukan kerana spkg kita akan dibuang kolej...menjadi pelajar universiti ini perlulah berfikiran matang...pergaulan diantara lelaki dan perempuan sememangnya ada batasan, bukan didalam ukm sahaja malah kalau diluar ukm juga perlu ada batasan...untuk menjaga batasan ini para pelajar perlulah bertindak sebagai seorang yang matang...

kita perlu ingat, didalam hidup bermasyarakat kita perlu berkomunikasi dengan baik...maka jadikanlah spkg ini sebagai tempat untuk anda mempertingkatkan kemahiran komunikasi anda semua.

setiap aktiviti yang dilakukan mempunyai objektivenya yang tersendiri...saya percaya objektif yang ingin dicapai adalah baik
dan memberi manfaat kepada para pelajar...oleh itu kita perlulah menilai sesuatu dengan sedalam-dalamnya untuk memastikan dimanakah kebaikan dan keburukan yang ada....tq and jazakillah.

Pencinta adil said...

al umar al khatab....aku tau ko nii mmg jenis baik hati dan bersangka2 baik,dalam baik2 hati Islam tak bagi umatnya jadi bodoh dan mudah diperbodohkan....kenapa ada yang tak suke spkg nii,ia mmbawa lebih kemudaraatan berbanding kebaikan....kita dinilai olh seseorang yang bukn berkelayakan...ramai yang dah ckp,SPKG perlu di selaraskan kembali..kenapa mesti dikolej2 yang banyak,padahal kebnaykan aktiviti kolej2 yang mengalakkn student dtg adlh progrm kemaksiatan...dan sya amat terkilan apabila budk2 surau yang dahulunya stay kolej telah dibuang (UO)...dimana objektif kebaikan yang saudara canang2kan tuuh??CAKAP!!!!jika ruang berkomunikasi telah ditutp oleh pihak yang ada kuasa...apa yang tinggal untuk student biasa2 niih???jika kezaliman itu lebih disokong,apa yang tinggal untuk keadilan jika pendekatan yang kita lakukan masih ingin komunikasi-komunikasi semua niih tanpa ada tindakan yang drastik...saya amik contoh....adakah kezaliman yang dirasai olh rakyat palestien akan terhapus dgn adanya perbincangan2 pendamaian tuuh...jawapanya adalah TAK!!!!

fitrah said...

hujah baik dr umar al-khatab..tp sedih baca komen pencinta adil yg hanye berderaskan emosi semata2..

Zulgeologist said...

Aku bukan dari batch spkg.Aku dak Kiz taun 3.. Just nak suarakan pendapat. Bagi aku SPKG ni bagus. Tapi nampaknye pelaksanaan nye tak selaras. Aku baik dengan pentadbiran kolej. Sememangnye diorg cakap SPKG ni xde sistem yang same untuk sume kolej. Sebagai cth SPKG kat kolej aku ni mungkin ADIL. Sbb temuduga setiap sorang. Tapi yang kat kolej lain? ade ke patut buat exam untuk tentukan tahap kompetensi generik seseorang tu. Untuk aktif kolej pulak. Aku rase SPKG ni just momokan je. Batch aku ni xde SPKG pun. Boleh je kami aktif kolej sampai sekarang. Just 1 pandangan..wallahualam..

pencinta adil said...

umar alkhtab..aku dh bce blog ko,mmg ko jenis budak baik...sorry ahh aku cam kasar bg komen tuu,n cam tuju kat ko plak...aku kadang2 marah bro,tgk budk baik (kaki surau) kat UO tuuh kene buang,padahal kalau nk ikut merit pe kejadah aku lg rendah...aku takbleh nk balas kezaliman dgn senyuman bro...mcm ko senyum2 tuuh..sorry atas kekasaran dan emosi aku,kpd fitrah..trimaksh krn mnyedarkn aku yg panas hati kadang2 dgn pentadbiran UKM niih

Anonymous said...

SPKG ni kene di struktur balik dari semua segi...penilai...peratusan....dan lain2 lagi. Why?? sebab ade bbrpa org kwn2 aku yg xaktif lgsung kolej...salu melepak je tp pointer SPKG diorg lebih kurg sm dgn aku yg ade join bnyk aktiviti....sungguh pelik...pd aku...adalah lebih baik kalau peratusan kat kolej tu dikurangkan sebab secara keseluruhannya aktiviti2 kt kolej ni biase je n lebih pada suke2. Kadang aktiviti yang dibuat tu remeh sgt. Baik join aktiviti2 yang dianjurkan persatuan2 kat universiti.

Hari Pink said...

pandangan berbeza..

ada kelemahan..

padan la.....

Anonymous said...

kalau dh mls tu mls jela..nk tuding jari kt spkg plak..mase utk wat assgnment dgn mase beraktiviti xkn jd mslh lau kite pndai manage mase..ni time nk mntak tlg wat keje je time tu la kate bz wat assgnment la de discussion la..time len asik ngadap internet je bkn nk wat assgnment..ni yg ak nmpak dak2 skang ni..alasan mendahului usaha

Hari Pink said...

betul..
lectur bg sebulan assignment.
2 hari sblm tu mest br nk uat.
pastu bising la..aduhai pe la spkg ni ganggu orang nk buat assignment..

jgn kata org aku pon sme..
sbb aku pon pelajar spt anda...

MOHD ZHARIF SYAFIQ said...

UNTUK PENGETAHUAN DE_BUFF PLJR KOLEJ SY ADA JE YANG AMIK SENI BINA TAPI MASIH AKTIF JAUH LEBIH AKTIF DR PLJR YG LAIN... INI LA MAHASISWA YANG KITA NAK... KALAU KAMU X BOLEH THAT MEANS KEBOLEHPASARAN U X ADE... SORRY..HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK BERJUTA ALASAN DIBERI...

mohammad said...

salam ,aku aktif kt kolej n kt persatuan pusat... xde masalah lg pon..kne pndai bg mase la kt universiti ni..mase ni kite akn blaja... xksahla ade spkg or x...sbg mahasiswa, kne berfikiran matang..jgn nk bangkang jer..

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !