Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, June 24, 2012

Kenyataan Media Presiden PMUKM

Berikut adalah petikan rakaman piket Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) di hadapan Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

GMUKM menyelar tindakan golongan 'tangan belakang' yang mencatur sistem pemilihan perwakilan mahasiswa seluruh Malaysia.



Ber-GM Lebih Baik!

Thursday, June 21, 2012

Pelajar Sekolah Atau Mahasiswa?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Kecewa dengan sikap tidak mahu ambil tahu segelintir mahasiswa. Daripada perkembangan politik semasa, hinggalah keadaan umat Islam serata dunia.

Selepas pembunuhan saudara kita di Palestine, penyembelihan beramai-ramai umat Islam di Haulah, Syria, terkini kita digemparkan dengan pembunuhan di Rohingya, Myanmar. Gambar yang saya perolehi sangat kejam, sehingga otak terkeluar dari tempurung kepala.

Yang saya kecewa adalah sikap tidak mahu ambil tahu segelintir mahasiswa (kononnya). Pernah saya kongsi artikel saya yang bertajuk Putrajaya dan Haulah di facebook. Dan komen yang saya dapat sangat mengecewakan. Iaitu "Report report report" kerana waktu itu kami perlu menghantar laporan makmal. Jadi pelajar sibuk menyiapkan tugasan. Bagi saya ini sesuatu yang tidak masuk akal. Kalau betul kita mahu tumpu pada laporan tersebut, kita jangan tidur, jangan makan, jangan berfacebook, jangan bersembang, tumpu pada laporan tersebut. Tetapi perkara lain boleh buat, untuk ambil masa 3 minit ambil tahu tentang saudara kita di sana, kita tidak mahu ambil tahu.

Apa bezanya pelajar sekolah dan mahasiswa kalau begini sikap kita? Di usia muda, kalau tidak digunakan denga betul, saya berani jamin, anda akan menyesal dengan sikap anda di hari tua bilamana anda lihat anak muda yang bersemangat memperjuangkan agama. Anda akan rasa teramat rugi. Ini bukan berdasarkan logik akal semata-mata, tapi beberapa rintihan abang-abang dan kakak-kakak saya kepada saya. Melihat gerakan kami yang "membuang masa" menyeru anak muda lain mengubah sikap, seorang pakcik menangis melihat kami. Katanya dia rindu zaman mudanya, yang mana dia merasakan dia lebih aktif dalam kerja dakwah ketika muda.

Saya bagi nasihat mudah. Kita jangan punya misi hidup seperti di bawah.
Hidup aku hanya untuk laporan, kelas, belajar, exam, makan, tidur, bersosial, dan memenuhi ruang yang ada di tanah kubur kelak.
Persoalan yang saya ajukan buat saudara-saudara sekalian. Pada usia kita ini, apa yang telah kita sumbangkan kepada masyarakat? Apa yang telah kita sumbangkan kepada agama? Kalau kita tengok ke belakang dan meneliti hidup-hidup kita, andai kata hidup kita dipenuhi oleh kelas semata-mata. Maka layaklah saya kata bahawa anda seorang yang mementingkan diri.


Antara perkara yang penting yang mahasiswa selalu tidak ambil tahu.


1- Politik tanah air.
Kita perlu ambil tahu, kerana ini soal pemerintahan negara, dan yang penting, bagaimana agama kita mampu melonjak andainya orang yang memegang tampuk pemerintahan adalah orang yang beragama? Saya bagi contoh mudah. Bayangkan kalau agama lain yang memegang jawatan perdana menteri, kerusi parlimen dipenuhi oleh agama yang lain yang tidak faham Islam. Bagaimana? Kita sibuk dengan situasi kristian cuba menjatuhkan Islam di Malaysia tapi kita tidak pernah untuk menaikkan nama agama. Bagaimana dengan kuasa perdana menteri yang dapat menjalankan pelaksanaan amar makruf dengan baik, menghentikan hubungan diplomatik dengan Syria, menghalau duta Syria, menyatakan sokongan penuh terhadap Palestin, dan mencela Israel. Adakah itu yang dibuat oleh mereka yang berkuasa sekarang? Kuasa itu penting, kerana jika kita ada kesedaran, tanpa kuasa, orang tidak akan dengar suara kita. Kerana itu Israel tidak perlu bimbang, andai kata rakyat Malaysia sahaja yang ada kesedaran.


2- Keadaan di Timur Tengah
Arab Spring, atau kebangkitan arab. Disini adalah contoh bagaimana demonstrasi mampu menjatuhkan kerajaan yang zalim. Kita lebih selesa hidup dalam keadaan aman, tapi adakah Allah redha dengan aman tersebut? Biarlah kepala kita dipijak, biarlah segelintir dari kita dizalimi, asalkan kita aman, itukah yang kita mahu? Saya tidak kisah jika kita tidak aman, namun keadilan dan hukum Allah haruslah ditegakkan. Biarlah kita tidak aman asalkan Allah redha dengan perjuangan kita.
Mati hanya sekali, lalu mati yang manakah lebih mulia dari mati syahid?
Jika diikutkan hati, mahu saja saya berkawad ke Syria, tinggalkan universiti, tinggalkan segalanya untuk mengejar syahid. Namun saya tidak ingin mencapainya keseorangan, saya mahu bersama sahabat. Kerana kita bersahabat hingga ke syurga.  Saya harap entri saya yang bersifat luahan perasaan ini dapat memberi manfaat kepada semua. Wallahua'lam.
Saya bagi pembuka mata yang mudah kalau kita tidak ada keprihatinan dan rasa tanggungjawap dalam masa muda kita, kalau kita hidup hanya menyeronokkan dan memuaskan hati sendiri, tapi kita tidak ada stand atau pendirian.
Masa sekolah rendah, cita-cita nak belajar rajin-rajin untuk dapat kerja bagus. Masuk sekolah menengah cita-cita nak belajar rajin-rajin untuk masuk ke universiti. Sama juga dengan matrikulasi. Bila masuk universiti cita-cita nak belajar rajin-rajin, agar dapat kerja yang elok. Bila kerja sudah elok, cita-cita untuk kumpul wang agar keluarga bahagia. Bila keluarga sudah senang, anak-anak menyambung kitaran hidup. Maka sampai masa kita pencen (kalau panjang umur). Duduk di kerusi malas. Berfikir ke belakang. Hidup kita untuk apa? Semuanya dihabiskan untuk generasi kita memasuki kitaran hidup kita balik. Bila kah kita berkhidmat atas jalan Allah? Apa erti hidup dibumi?


Buka mata, buka otak, buka hati.

Kerana itu bagi saya tiada istilah "Belajar lah bagi habis dulu".
Kenapa kalau belajar kita tidak boleh berkhidmat kah? Tidak boleh berdakwah kah? Kalau begitu kita belajar saja lah, tidak perlu kita sertai zapin, atau sukan di universiti. Atau mungkin kita boleh campakkan hobi kita seperti kamera ke dalam longkang. Kita tumpukan saja untuk belajar. Agar kita dapat masuk kitaran hidup tadi.


Wallahua'lam.

Sedikit kisah yang menarik untuk kita hayati, yang memang patut kita terasa, luangkan 5 minit. Paksa diri walaupun panjang sedikit.

Artikel asal : http://hijrahanakmuda.blogspot.com/2012/06/pelajar-atau-mahasiswa.html

BerGM Lebih Baik!

Pro-M Serah Memo Kepada BENAR


20 Jun, Kuala Lumpur- Pro Mahasiswa Nasional bersama beberapa front mahasiswa yang lain telah menghantar memorandum kepada Sekretariat Benteng Negara Dari Jenayah (BENAR) di parlimen pagi tadi. Memorandum diserahkan kepada YB Dato’ Firdaus Jaafar yang juga merupakan ahli parlimen Jerai sekaligus merangkap Pengerusi Sekretariat itu. Penyerahan memorandum ini berkaitan kezaliman yang dilakukan terhadap mahasiswa oleh UMNO /BN iaitu berkenaan isu “Opss 2020”.

Menurut Jurucakap Pro Mahasiswa Nasional Edikoup Lakip Sediyanto berkata “UMNO/BN  telah mengerahkan dan menggunakan institusi awam sebagai jentera untuk melaksanakan Opss 2020 ini bagi mencapai impian mereka menang dalam PRU 13 akan datang. Badan institusi kerajaan yang sepatutnya bebas daripada mana-mana pengaruh politik telah dilibatkan untuk mencapai cita-cita parti terutamanya  UMNO/BN .”

Ops 20/20? Konspirasi Menumbangkan Budaya Demokrasi

Berikut adalah kenyataan rasmi Pengerusi Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) berhubung isu konspirasi Ops 20/20 yang menjadi perhatian ramai, khususnya buat aktivis mahasiswa seluruh Malaysia.



Pertempuran atas padang yang tak rata antara Pro-M kampus, khususnya Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) dengan Pro-Aspirasi, Aspirasi Kampus Ukm kian ketara. Pembongkaran demi pembongkaran jelas membuktikan Aspirasi diperkudakan oleh Barisan Nasional. Mereka dijadikan kuda tunggangan semata-mata bagi merealisasikan hasrat BN untuk terus meneraju kepimpinan negara. Ops 20/20 yang dilancarkan BN bertujuan untuk memenangi Pilihanraya Kampus seluruh Malaysia dilihat sebagai taktik kotor yang sangat keji. Mereka melihat kemenangan Pro-M di setiap kampus memberi kebangkitan moral kepada Pakatan Rakyat. BN cuba mempengaruhi undi anak muda terutama mahasiswa.



Mahasiswa hari ini bukan sahaja perlu menolak Aspirasi. Bahkan musuh yang jelas perlu kita tolak ialah BN.





Tuesday, June 19, 2012

Ada Waktu Senggang?



Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia bersetuju dengan pengajuran debat yang bertajuk “Demontrasi Jalanan : Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi” oleh Sinar Harian. Debat ini akan disiarkan oleh Astro AWANI bermula jam 9.00 Malam.

Debat ini akan berlangsung di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 17, Shah Alam. Begitupun, bagi rakan-rakan yang mengidam untuk melihat Dr. Maszlee Malik beraksi selaku moderator debat, pasti tidak kesampaian niat di hati. Ini kerana, debat ini akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Ops 2020: Komplot Setpol Najib, SB, BTN untuk singkirkan ProM


oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Saya pernah membongkarnya tujuh tahun lalu semasa menjadi Ketua Pengarang akhbar Siasah. Ada komplot membabitkan Pemuda Umno (dan juga sayap Puterinya) bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar 17 IPTA, yang turut dihadiri para pelajar kumpulan Aspirasi pro-Umno.


Pertemuan diatur pegawai khas Kementerian Pengajian Tinggi, yang dipinjamkan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (juga seorang pengetua kolej kediaman), serta didalangi Dr Adham Baba, bekas Setiausaha Parlimen KPT. Menteri ketika itu Dr Shafie Salleh.

Tujuannya, untuk memenangi dengan mudah pilihan raya kampus (PRK) dengan mengetepikan cabaran kumpulan pelajar Islam yang dilihat bebas dan lebih dekat dengan pembangkang (kini dikenali Pro-M).

Saturday, June 9, 2012

PTPTN : Keghairahan Seorang Menteri



Hari ini, lipatan sejarah menyaksikan bahawa pemerintah Malaysia umumnya kerajaan Barisan Nasional membuktikan cerminan pemikiran pemimpin mereka. Mahasiswa di Universiti Selangor (UniSel) yang dikelola sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor menjadi mangsa keadaan.

Unisel Lega Dan Berterima Kasih PTPTN Tarik Balik Pembekuan


SHAH ALAM, 8 Jun (Bernama) -- Universiti Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor melahirkan rasa lega dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung keputusan menarik balik pembekuan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Naib Canselor Unisel: Alasan sekat PTPTN 'agak politikal'


Isu PTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


8 Jun 2012
SHAH ALAM - Universiti Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor melahirkan rasa lega dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung keputusan menarik balik pembekuan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, keputusan itu memberi semula peluang kepada kira-kira 80 peratus daripada lebih 1,000 pelajar pengambilan baru universiti itu menyambung pengajian mereka. "Kami menerima  panggilan pagi tadi minta pihak kami hadir ke pejabat KPT dan berjumpa dengan Ketua Eksekutif PTPTN Agus Cholan. Perbincangan berlangsung kira-kira 10 minit sebelum kami diberi surat menyatakan pembekuan ditarik balik," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Friday, June 8, 2012

Pembekuan PTPTN Unisel Uji Kemampuan Kerajaan Selangor Beri Pendidikan Percuma


KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) adalah untuk melihat kemampuan kerajaan Selangor menyediakan pendidikan percuma di negeri itu.

Beliau berkata tindakan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dipercayai untuk menguji kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memperjuangkan penghapusan PTPTN kononnya untuk pendidikan percuma.

"Dia bercakap tanpa mengetahui apa yang dicakapkan.

Unisel Cairkan Aset Untuk Bantu Pelajar Tidak Dapat Pinjaman PTPTN


SHAH ALAM, 7 Jun (Bernama) -- Universiti Selangor (Unisel) akan menjual asetnya iaitu hartanah seluas 202.34 hektar bagi membantu pelajar barunya yang mengalami kesukaran meneruskan pengajian, berikutan pembekuan pinjaman oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Najib Dipuji Kerana Senaraikan Felda


Oleh M. Saraswathi

MUMBAI, 7 Jun (Bernama) -- Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd merupakan satu kisah kejayaan yang luar biasa dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diucapkan tahniah di atas ketabahan dan kesungguhan beliau dalam memacunya, kata Pengarah Godrej International Ltd, Dorab Mistry.

"Felda melakukan dalam 20-30 tahun kepada apa yang penjajah ambil dalam 200 tahun untuk melakukan," kata beliau di luar acara Seminar dan Pameran Sawit Malaysia-India 2012 di sini.

Felda merupakan kisah kejayaan yang luar biasa bukan sahaja dari segi pertanian, tetapi memperkasakan luar bandar dan kemakmuran yang telah dibawanya, kata beliau.

Thursday, June 7, 2012

PTPTN 'beku' pinjaman untuk siswa baru Unisel



Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut.

Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.

Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut. 

NONE 







Tinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."

GMUKM Anjur Hormati NC

Penghujung bulan Mei 2012 diserikan dengan penyenaraian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam senarai  antara 50 universiti terbaik di dunia yang berusia di bawah 50 tahun.. UKM menduduki tempat yang ke 31 antara 50 universiti terbaik. 

Peristiwa ini menyaksikan pelbagai jasa serta sumbangan pejuang terdahulu dalam merealisasikan harapan rakyat Malaysia dalam melihat UKM di antara universiti yang terbaik di dunia. Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) merasakan tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah terhadap penganugerahan ini.

UKM tertubuh dalam lipatan sejarah yang melibatkan pertembungan dua aliran pemikiran yang berbeza. Pihak yang mempunyai kesedaran Islam serta pihak yang berfahaman kebangsaan. Pertembungan dua aliran ini mencorakkan pengharapan tertubuhnya sebuah universiti kebangsaan yang kini dikenali sebagai Universiti Kebangsaan Malaysia.

GMUKM sangat berbangga serta bersyukur dengan penyenaraian ini. Satu penghargaan buat pejuang terdahulu yang berkorban segalanya kerana ingin melihat tanah air memiliki sebuah menara gading sendiri buat generasi seterusnya, umumnya anak muda.

Sehubungan itu, GMUKM berharap anugerah ini meresap di dalam jiwa, membina inspirasi buat mahasiswa agar ilmu bukan sekadar untuk diuji di dewan peperiksaan semata-mata. Ilmu perlu dikongsi serta disebar kepada masyarakat. Ilmu merupakan harta yang sangat berharga.

Tuesday, June 5, 2012

Dr MAZA : Antara ratu dan rakyat

Sambutan Diamond Jubilee sempena 60 tahun pemerintahan Queen Elizabeth II yang menaiki tahta sejak 1952 akan berlangsung UK beberapa hari lagi.

Dikatakan beberapa negara yang masih mendaulatkan monarki British itu seperti Australia, Kanada, New Zealand dan lain-lain akan turut menyambutnya.

Di UK, sambutan kelihatan agak besar. Masih nampak perasaan sayang rakyat pada ratu.

NONESaya sendiri merasakan, jika saya rakyat British yang asal, tentu saya juga akan berbangga dengan sumbangan yang pernah diberikan oleh keluarga diraja British itu.

Di samping pelbagai sudut yang dikritik, British pernah menjadi empayar yang begitu hebat dan luas sehingga disebut "the Sun never sets on the British empire".

Sebahagian kekayaan dan kemakmuran yang dirasai oleh rakyat British hari ini hasil usaha ‘penjajahan' yang dilakukan oleh keluarga diraja British, sama ada secara langsung ataupun tidak.

Isu WW1: Demo di Johor Bahru kecam kenyataan Nizar




Pelbagai pihak di Johor terus mengecam tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hari ini lebih 500 anggota 26 badan bukan kerajaan mengadakan perarakan kira-kira tiga kilometer dari Menara Landmark ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan bagi mengecam tindakan Mohammad Nizar itu.

Fatwa BERSIH: Apabila agama diperkudakan

ULASAN Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Majlis Fatwa Kebangsaan) baru-baru ini mengeluarkan fatwa menyebut, haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

Khalid : KAMI tidak berminat bertanding dalam PRU 13


1. Sebagai salah satu front utama dalam gerakan mahasiswa, KAMI harus lebih fokus dalam memperjuangkan isu-isu mahasiswa dan rakyat, hak asasi manusia dan perundangan serta bertindak sebagai kuasa ketiga bagi memastikan konsep “check and balance” dapat dilaksanakan dalam negara Malaysia.

2. KAMI juga berpaksi kepada perjuangan non-partisan, justeru penglibatan KAMI dalam PRU13 sebagai calon akan menjejaskan teras perjuangan yang didukung oleh front selama ini.

Saturday, June 2, 2012

Komentar Marhean Terhadap Akta Keterangan (Pindaan) 2012

Akhirnya...

Terlaksana juga mimpi itu. Dulunya kita cuma bermain dengan sangkaan yang bersuara di dunia internet ini bakal ada halangan di kemudian hari. Ya, hari ini terbukti sudah. Bermula I Jun 2012 dunia internet dan segala macam alatan sosial lain bukan lagi menjadi tapak permainan selesa yang tiada padanya monarki, diktator, polis dan sebagainya.

Ini untuk Malaysia. Bukan USA, Papua New Guinea, Zimbabwe dan Finland.

Manusia di tanah bekas jajahan British ini nampaknya amat berbesar hati dengan kehadiran akta ini. Saya tidak pasti pemerhatian ini menyeluruhi segenap aspek atau tidak namun itulah suasana yang saya perhatikan di forum-forum perbincangan mengenai perkara ini.

Mungkin tepat dan mungkin juga salah.

Terserah untuk kalian menilai.

Masyarakat kita seolah menyambut baik. Ada juga yang membangkang. Mereka yang sibuk berbicara hal ini adalah mereka yang telah memberi komitmen hampir 70% kehidupan seharian mereka di dunia atas talian.

Saya tidak hairan dengan perbincangan tentang buruk baiknya akta ini akan berpanjangan dan menimbulkan polemik. Kerana itu yang kita harapkan. Cuma sedikit ralat apabila pelaksanaan akta ini nampak tergesa-gesa. Betulkan saya jika kalian terjumpa fakta mengenai perbahasan akta ini di Parlimen sebelum ini.

Bagus, dari satu sudut polemik ini perlu dicetuskan.

Polemik itu akan timbulkan banyak persoalan. Maka dari persoalan-persoalan yang terbina ini akan dapat kita rungkaikan sama ada akta ini wajar digazetkan atau cuma bakal jadi alat boneka sang pemerintah.

Facebook vs Mubarak


Saya sedikit mundur kerana masih menggunakan contoh yang hambar sebegini. Contoh yang sering diulang dalam mana-mana jurnal dan penulisan. Tapi biarlah kerana kata cerdik pandai, kita akan mengulangi sejarah jika kita melupainya.

Kanapa saya tulis Facebook vs Mubarak?

Bagi saya kebangkitan rakyat di Timur Tengah melawan rejim-rejim tirani adalah begitu unik kerana sebelum dari tercetusnya kebangkitan itu, rakyat mereka tidak pernah kenal Youtube, Blogger, Facebook dan sebagainya. Kalau ada pun yang tahu cuma segelintir rakyat yang mendapat akses lain dari kebanyakan orang.

Tirani Timur Tengah masing-masing menggunakan pelbagai sekatan terhadap perkembangan internet. Mereka menyekat segala akses maklumat yang menggunakan saluran internet.

Tapi akhirnya rakyat tetap bangkit. Marhean yang ditekan, secara logik fiziknya suatu yang dikenakan tekanan yang tinggi akan meledakkan kuasa "outcome" yang tersangat besar.

Maka itulah yang terjadi di Timur Tengah. Akhirnya Mubarak dan rakan sejawatnya tumbang dan faktor utama yang menyumbang ke arah kejatuhan mereka ialah angkara saluran internet yang mereka sekat selama ini.

Saya meneliti fenomena ini, dengan merasa yakin Akta Keterangan (Pindaan) 2012 tidak lebih dari memberi tekanan kepada golongan marhean yang semakin tertindas untuk merasa terus tertindas.

Mungkin natijah akhir kepada akta ini akan merealisasi bertukarnya tampuk pemerintahan Putrajaya ke tangan Pakatan Rakyat.

Ini telahan yang bersifat drastik saya kira. Akan tetapi mereka yang menggubal akta ini dengan niat tertentu mungkin boleh fikirkan akibat yang bakal mereka terima kelak selepas akta ini berjaya diimplementasikan dalam perundangan negara.

Akta Untuk Mengunci Mulut


Hal ini dibimbangi secara khususnya, jikalau akta ini cuma berdiri atas kehendak nafsu sang pemerintah yang mahu mengunci mulut mereka yang menyebar kebenaran melalui saluran alternatif yang semakin berkembang muttakhir ini.

Ia akan menjadi ulangan akta-akta draconian lain seperti Akta Hasutan, ISA dan sebagainya yang lebih mudah bersifat selektif. Terjaminkah pemerintah yang mereka mampu memimpin akta ini sehingga tidak akan lahir anak emas dan anak tiri?

Jika tidak, maka tidak salah untuk saya membuat dakwaan awal yang akta ini tidak lebih sebagai radas yang akan digunakan pemerintah menjelang PRU-13 terutamanya untuk menyekat sebarang hebahan dan pembongkaran skandal yang melibatkan badan kerajaan.

Hal ini biasa. Bicara tentang isu ini pun tiada apa yang baru. Ianya seperti ulangan drama-drama terdahulu.

Sebagai contoh, Akta Hasutan adalah sebuah akta yang begitu popular untuk merejam ahli politik bukan kerajaan ke penjara. Apa sahaja laporan polis yang dibuat ke atas ahli politik bukan kerajaan atas dakwaan di bawah Akta Hasutan cuma mengambil masa tidak sampai 5 minit untuk diambil tindakan oleh pihak polis.

Cuba bandingkan bagaimana pula dengan ucapan menghasut oleh Tun Dr Mahathir di Melaka pada 9 Ogos 1999 dengan menyebut 13 Mei dan rusuhan kaum akan berlaku jikalau Barisan Nasional tidak dimenangkan dengan majoriti dua-pertiga pada PRU-10.

Ada sebarang tindakan ke atas Tun Mahathir walaupun pelbagai pihak membuat laporan polis ke atasnya?

Atau ketika itu Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah berlari mahu menegakkan perundangan negara ke atas Tun Mahathir?

Apa yang Malaysia saksikan ialah Tun Dr Mahathir terus bebas selepas itu tanpa perlu meringkuk dalam penjara walaupun jelas apa yang dikatakan beliau ketika itu amat berbahaya kepada keselamatan jiwa masyarakat Malaysia!

Ya itulah realiti akta-akta draconian di tanah air tercinta ini. Ianya digubal bagi memenuhi kehendak nafsu pemerintah. Akta cuma tinggal jadi dakwat kosong di atas helaian kertas-kertas dakwaan. Pelaksanaannya amat selektif. Ia akan menjadi pedang bagi menikam mereka yang berani menyuarakan kebenaran.

Dan saya hampir 100% pasti yang Akta Keterangan (Pindaan) 2012 juga akan mengalami nasib yang sama.

Alasan saya mudah, hanya kerana akta itu wujud di Malaysia yang sedang diperintah oleh segerombolan penguasa yang tidak dapat menerima hakikat betapa rakyat sudah tidak lagi boleh memberi kepercayaan kepada mereka.

Kebaikan?


Mungkin ada. Mustahil ianya lansung tiada nilai positifnya. Maka mereka yang suka menyambut kehadiran akta ini akan menjadikan hujah negara lain sudah lama mengamalkannya.

Ya kawan, negara mana yang telah mengamalkan akta  serupa begini?

Jika ada datanglah dengan hujah dan bukti yang kukuh. Kalau ya pun ada, saya amat yakin pelaksanaan akta itu di negara tersebut tidak melahirkan anak emas dan anak tiri.

Untuk Malaysia, kalian boleh jamin?

Jika tidak boleh, cukup lah saya katakan betapa akta yang sedia ada dalam perundangan Malaysia ini sudah lebih dari cukup untuk mendidik rakyat Malaysia supaya lebih berdisiplin.

Tidak percaya?

Berilah peluang dalam PRU-13 nanti kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah. Anda akan melihat hal ini akan terbukti!



ATA, 1:10 AM

Ahmad Tajuddin Abdullah. Penulis adalah penyokong tegar GMUKM. Tulisan ini tidak menggambarkan pendirian sepenuhnya GMUKM.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !