Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, December 28, 2012

Rebat Telefon: Siapa Cepat Dia Dapat


KUALA LUMPUR -  Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.

Thursday, December 27, 2012

Sedia Senjata Informasi, Menangi Pertempuran


"Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran"
Strive For Dean's List



6 hari lagi sebelum tiba hari pertama peperiksaan akhir semester 1 bagi sesi 2012/2013, Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) masih berpeluang untuk mengucapkan selamat maju jaya buat Mahasiswa UKM.

Pastinya, peperiksaan semester 1 ini memberi pengalaman pertama buat mahasiswa/i tahun 1 yang mendaftar pada bulan september yang lepas. Malah, pengalaman pertama ini juga turut diharapkan tidak mencipta satu sejarah hitam buat mereka.

Pelbagai peristiwa yang berlaku sejak belakangan ini yang melibatkan sistem perkhidmatan bas cater yang lambat. Pelbagai persoalan dilontarkan oleh mahasiswa semasa sesi dialog baru-baru ini yang turut mendesak berlaku perubahan terutama ketika musim peperiksaan berlangsung.

GMUKM optimis, jika keadaan ini masih tidak menunjukkan tanda perubahan, kita berpegang kepada kata-kata pengurus Trans-Rengit (rujuk artikel).

Bersihkan niat agar segala ilmu yang diulang kaji itu sentiasa segar di ingatan.

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Monday, December 24, 2012

"SMM Bukan Pembangkang" - Safwan Anang


Safwan Anang
Safwan Anang.. 'Saya sendiri telah
mempertimbangkan untuk bertanding pada PRU13'.
KEBANGKITAN suara anak muda semakin jelas terserlah sejak pilihan raya umum 2008 dengan menyaksikan ramai pemimpin muda diberi mandat oleh rakyat dalam membuat perubahan kepada landskap politik negara yang perlu menerima pakai pendapat dan memahami kemahuan mereka dalam menentukan hala tuju negara.

Penerimaan rakyat terhadap pemimpin muda tidak dapat disangkal lagi. Ini terbukti apabila golongan mahasiswa kini menjadi pemimpin kecil dalam masyarakat dan akar umbi dalam memberi penerangan kepada rakyat akan politik baru kini mula diperkatakan.

Mahasiswa juga tidak terlepas dalam memikul tanggungjawab ini dalam memastikan rakyat mendapat pilihan terbaik dalam pentadbiran negara menerusi dasar dan polisi yang lebih baik untuk kepentingan rakyat.

Ikuti temu bual Sinar Harian Online bersama Muhammad Safwan Anang, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) dalam membicarakan calon wakil rakyat yang ditekankan anak muda dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Undi orang muda: Muhyiddin hanya sedapkan hati BN, kata Pakatan


Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menyangkal kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pengundi orang muda kini bersama dengan Barisan Nasional (BN) sedangkan belum bersedia untuk membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum peringkat pusat.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, apa yang diperkatakan oleh Muhyiddin semalam bukan sesuatu yang baru, sebaliknya seringkali didengar.

Menurutnya, sejak tahun lepas Muhyiddin sering mengumumkan golongan muda telah mula menyokong kerajaan BN, namun keengganan pemerintah membubarkan Parlimen menggambarkan situasi sebaliknya.

Beliau juga berkata, kenyataan Muhyiddin semalam hanya bertujuan mahu meyakinkan rakyat dan juga parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Saturday, December 22, 2012

Pelajar berkemah di luar penjara sokong rakan aktivis


Aktivis pelajar berkumpul di luar penjara Kajang malam tadi sebagai tanda sokongan mereka kepada rakan aktivis, Umar Mohd Azmi yang dipenjara di situ.

NONE
Umar (di bawah) adalah salah seorang peserta protes 'Occupy 
Dataran' April lalu yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1, 000 semalam, kerana menghalang pegawai awam menjalankan tugas.

Rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu akan didengar pada hari Isnin di mahkamah Kuala Lumpur.

Tapak perkemahan pelajar di pintu masuk utama ke penjara tersebut diawasi anggota unit keselamatan penjara (UKP).

Kira-kira 50 aktivis pelajar tersebut, terutamanya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkumpul di luar pintu pagar utama Penjara Kajang pada pukul 8 malam tadi di mana pemimpin SAM dan wakil PSM menyampaikan ucapan.

Aktres Drama Gerak Khas, Abby Abadi juga tampil menyokong protes tersebut.

Peserta protes itu kemudian memasang empat kemah mereka di sepanjang jalan menuju ke penjara di mana kira-kira 15 daripada mereka bermalam di situ.

Siswa 'Occupy Dataran' dihukum penjara sebulan


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada siswa 'Occupy Dataran' kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

NONE
Siswa, Umar Mohd Azmi didakwa di mahkamah itu pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan keranamenghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Thursday, December 20, 2012

Bilik PMUKM: Dapatkan Risalah Varsiti Edisi Disember








Dapatkan risalah Varsiti edisi Disember 2012. Pelbagai maklumat terkini dilampirkan khas buat Mahasiswa.



Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Presiden PMUKM Janji Beri Khidmat Terbaik




Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Azim Gesa PMUKM Soal Bencana Alam


Belakangan ini kita sering dikejutkan dengan pelbagai bencana yang menimpa Universiti Kebangsaan Malaysia, khususnya kampus Bangi. Keadaan struktur tanah yang longgar kadangkala meruncingkan keadaan serta ketenteraman masyarakat kampus.

Umumnya, kita sedia maklum, UKM Bangi berhampiran dengan kawasan hutan simpan kekal Bangi. Puncak tertinggi di Bangi pasti ada yang mengetahui namanya sebagai Puncak Bukit Rupa. Namun, adakah kesan jangka masa panjang penerokaan terdahulu mengakibatkan masyarakat kampus hari ini menerima akibatnya.

Pengarah Strategik GMUKM, Azim Fitri
GMUKM melalui pengarah strategiknya, Azim Fitri mengemukakan cadangan agar PMUKM bersedia untuk mengambil sudut pandang daripada ahli akademik, khusus dalam bidang geologi mahupun kaji tanah.

Kita tidak mengetahui kesan ini akan berterusan jika tiada ada langkah-langkah yang bakal diberikan oleh pihak yang  berkenaan dengan isu ini. Masyarakat kampus umumnya dianggotai bukan sahaja mahasiswa malah melibatkan kakitangan universiti yang keluar dan masuk setiap hari atas tuntutan pekerjaan.

Bencana merupakan sesuatu yang sukar diramal, namun sekiranya ada langkah-langkah yang boleh dijadikan sebagai “berjaga-jaga” ini tidak ubah seperti sediakan payung sebelum hujan. Meskipun gejala struktur tanah yang longgar ini jarang berlaku, kita tidak ingin masyarakat terus alpa.

Dalam pada itu, masyarakat kampus mampu menyumbang dari sudut pemberitahu makluman awal sekiranya terdapat petanda awal sebelum berlakunya tanah runtuh.


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Isu Trans-Rengit : Pihak Pentadbiran UKM Lepas Tangan?




GMUKM mengucapkan tahniah kepada Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) kerana telah berjaya menganjurkan Dialog dua hala yang melibatkan Pengurusan Trans Rengit dan Mahasiswa/i UKM. Ini adalah satu usaha yang menunjukkan PMUKM satu badan yang professional dan sentiasa cakna terhadap masalah di UKM terutama kebajikan Mahasiswa/i UKM.

Sepanjang perjalanan sesi dialog ini, pelbagai soalan telah diutarakan kepada Pengurusan Trans Rengit yang majoriti mahasiswa tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan Trans Rengit. Kami di peringkat GMUKM jelas dengan pendirian kami. Jika keberadaan Trans Rengit di UKM ini menjadi satu bebanan buat mahasiswa, kita akan pastikan Trans Rengit ini keluar dari UKM.

Monday, December 17, 2012

Trans-Rengit Ancam Keselamatan Umum UKM


Hari ini telah selesai Piket ringkas berkaitan Isu Trans Rengit anjuran Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM). Piket tersebut bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat kampus untuk bersama cakna terhadap isu keselamatan Mahasiswa yang bersangkut paut dengan perkhidmatan Bas Trans-Rengit.

Terbaru, pada pagi sabtu lepas (15 Disember 2012), dua buah bas Trans-Rengit dilaporkan kemalangan di persimpangan Pusat Pengajian Umum. Kemalangan tersebut berlaku kerana rempuhan belakang yang dilakukan oleh bas Trans-Rengit terhadap sebuah bas yang kerosakan di tepi jalan, berhadapan PPU. Punca kemalangan disebabkan brek yang tidak berfungsi dengan baik.



Wednesday, December 12, 2012

Isu Semasa : Rengit Yang Hangit!


SPEAKER CORNER KEMBALI LAGI !

PENJELASAN BERKAITAN ISU BAS RENGIT.

Menampilkan Pemidato:

  1. MPP Arief Othman (Speaker PMUKM)
  2. Haziq Asyraf Dun ( Pengerusi GMUKM)
Ayuh! Mahasiswa, temui GMUKM di hadapan Cafe Pusanika pada jam 12 PM esok ( 13 Disember 2012).

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Friday, December 7, 2012

Sekitar Kempen Keselamatan & #UKM4Palestin

Ahmad Shukran Shaharudin (Presiden PMUKM 2012-2013)

Wednesday, December 5, 2012

Jangan Jaga Keselamatan




Jangan Jaga Keselamatan, jika;
  1. Tidak sayang harta.
  2. Tidak sayang diri.
  3. Tidak sayang keluarga.

Nantikan kedatangan MPP anda di fakulti. Hari Khamis (6 Disember 2012) jam 12.00 Tengah Hari.

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Tuesday, December 4, 2012

Usaha & Harapan KJ Rayu Sokongan Mahasiswa




Tindakan awal Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menubuhkan Kelab Penyokong Barisan Nasional (KPBN) dilihat tepat dalam meraih sokongan anak muda, khususnya mahasiswa di seluruh institusi pengajian tinggi Malaysia.

Matlamat penubuhan KPBN ini tidak ubah menunjukkan keprihatinan pihak UMNO BN terhadap nasib mahasiswa di kampus selepas berlakunya pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) baru-baru ini.

“Saya harap kelab ini dapat mengumpulkan mahasiswa dan profesional muda yang berminat untuk melibatkan diri dalam politik,” kata Khairy Jamaluddin. (BERNAMA)

Namun, hasrat dan cita-cita agung Ketua Pemuda UMNO ini disanggah sekeras-kerasnya oleh Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Muhamad Azan Safar.

Mengapa begitu?

Khairy Jamaluddin telah mendakwa “Golongan Muda sudah kembali kepada UMNO, BN”. 

Kenyataan beliau terhadap kemenangan Pro-Aspirasi di beberapa kampus hari ini jelas menunjukkan keakraban aktivis UMNO Kampus ini terhadap orang tua mereka, UMNO-BN.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !