Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) menyedari isu bekalan air yang kini SANGAT KERAP terputus di kolej-kolej kediaman khususnya di kampus UKM induk Bangi.
Maka dengan ini pihak GMUKM dan PMUKM sedang berusaha mencari sokongan rakan-rakan untuk mengutarakan isu ini ke peringkat atasan UKM termasuk Lembaga Pengurusan Universiti (LPU).
Justeru dengan itu, kami mengharapkan sokongan rakan-rakan untuk 'LIKE' pages "Pmukm bersama mahasiswa tuntut isu air di UKM segera diselesaikan" ini sebagai tanda bukti keseriusan isu ini perlu segera diselesaikan tanpa sebarang kompromi lagi!

