Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, December 6, 2011

10 Muharram - Hari Asyura

Hari Asyura merupakan salah satu hari kebesaran yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab, 'Asyara' yang bermaksud sepuluh. Ini kerana hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Bagi tahun ini 1433 H, kita bakal merayakan Hari Asyura pada esok hari, 6 Disember 2011 (Selasa).

Gambar hiasan : Proses penyediaan bubur asyura
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Di Malaysia, amalan yang menjadi adat umat Islam adalah melakukan gotong-royong menyediakan Bubur Asyura (gambar)

Menurut sejarah , Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian.

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Saidatina Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Juga Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

Sejarah peristiwa yang pernah berlaku ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid di Karbala dipercayai dibunuh oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
  • Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
  • Memuliakan fakir miskin
  • Menahan marah
  • Memandu/menunjukkan orang sesat
  • Menyapu / mengusap kepala anak yatim
  • Bersedekah
  • Memelihara kehormatan diri
  • Mandi Sunat - Lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
  • Bercelak
  • Membaca surah Al-Ikhlas (Qulhuwallah) hingga akhir seribu kali
  • Sembahyang sunat empat rakaat - Lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
  • Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru' (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)
  • Menjamu orang berbuka puasa
  • Puasa - Niat : 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !