Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, December 1, 2011

Kehangatan Festival Mahasiswi Nasional UM - The Real Woman

Kehangatan Festival Mahasiswi Nasional Ke- 2 atau lebih dikenali dengan FEMINA bakal memberikan sambutan yang hebat dan menarik dengan aktiviti yang disusun sepanjang festival ini diadakan.

FEMINA kali ini akan menampilkan suasana yang berlainan demi memberikan suatu input berguna kepada seluruh mahasiswi.

Slogan FEMINA pada festival kali ini adalah The Real Woman menunjukkan suatu anjakan positif kepada mahasiswi untuk memainkan role atau peranan penting terhadap negara kelak.



Festival ini merupakan anjuran oleh Exco Hal Ehwal Wanita Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (HELWA MPMUM) iaitu di bawah kelolaan saudari Siti Najwa Harun.

Menurut maklumat yang diperolehi festival ini akan berlangsung selama 3 hari pada 2 sehingga 4 Disember 2011 bertempat di Universiti Malaya.

Selain itu , penganjur bersama FEMINA adalah NAM Institute For The Empowerment Of Women Malaysia (NIEW).

Objektif penganjuran festival ini adalah :
1. INTELEKTUAL iaitu Mendedahkan mahasiswa kampus dengan informasi, isu, masalah dan realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat dan kesan serta kaitannya dengan fungsi wanita.
2. KEMAHIRAN iaitu Kemahiran yang pelbagai merupakan satu nilai tambah dalam diri seorang wanita.Justeru festival ini akan mendedahkan para mahasiswi Universiti Malaya dengan pelbagai jenis kemahiran agar mereka dapat berperanan dan memberi sumbangan apabila berada di lapangan masyarakat kelak.
3. PERPADUAN iaitu Perpaduan merupakan asas keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat kampus yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Maka elemen perpaduan ini penting diterapkan bukan sahaja di kalangan jawatankuasa penganjur projek, bahkan seluruh mahasiswi termasuk para staf melalui setiap aktiviti yang dijalankan.
4. NILAI MORAL iaitu Menerapkan nilai-nilai moral dan jati diri kepada mahasiswi kampus Universiti Malaya.

Antara aktiviti yang dianjurkan pada festival kali ini adalah tayangan filem & diskusi, sukan siswi , dan khidmat masyarakat .

Justeru itu, festival ini juga turut diwarnai dengan program berbentuk bicara, perbincangan dan pandangan seperti :
1. ” Manisnya Menjadi Seorang Wanita
2. Perbincangan Mahasiswi ” Reproductive Health : Pro and Con "
3. Talk “What Makes You Beautiful ?"
4. Forum “Dua Dunia : Serupa Tapi Tidak Sama

Pihak MPMUM menjemput dan menggalakkan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi untuk bersama-sama mengikuti semua aktiviti sepanjang berlangsungnya festival ini.

Keprihatinan kepada mahasiswi dalam mengadakan program seumpama ini bagi memberikan rangsangan yang baik kepada mahasiswi untuk menjadi The Real Women.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !