Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, December 21, 2011

Adam Adli : Turun naik bendera bukan kesalahan

Adam Adli, mahasiswa UPSI tahun 3 yang mencetuskan kontoversi dan tumpuan media apabila tindakannya menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno hujung minggu lalu menyifatkan tindakannya adalah sebagai satu simbol kemenangan kepada kumpulan mahasiswa pada kejadian hari tersebut.

"Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan," katanya dalam temubual disiarkan akhbar Sinar Harian.

"Tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar; bagi saya ini bukan cara sebenarnya.

"Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik.

"Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan kemenangan, bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang," tambahnya.

'Turun naik bendera bukan kesalahan'
"Adakah mereka sedar tindakan turun naik bendera ini tidak pernah menjadi kesalahan mana-mana tempat dalam dunia ini? Jadi saya tahu perkara yang salah dan betul.

"Jika tindakan itu dikira jenayah, sudah tentu saya teragak-agak untuk melakukannya. Ini adalah satu bentuk ekspresi saya. 

"Sebab itu saya percaya mereka yang mengugut saya ini tidak tahu apa-apa langsung mengenai diri saya," tambahnya.

'Mereka lagi tidak matang'
Ditanya lanjut, beliau secara khusus tidak akan meminta maaf kepada Perdana Menteri walau digesa berbuat demikian.

Adam turut mengulas ugutan oleh pemimpin Umno, yang antara lain menyifatkan beliau tidak matang kerana menurunkan bendera berkenaan.

"Bagi saya ia matang bagi orang yang memahami isu dan menerima keadaan bahawa mahasiswa sekarang ditekan.

"Malah bagi saya, banyak lagi tindakan yang jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak lain seperti menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini.

"Adakah bagi mereka tindakan ini matang?," soal beliau.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !