Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) agak terkilan dengan ketidakhadiran wakil Aspirasi, khususnya Presiden Kelab Aspirasi UKM, saudara Kamal bin Ali dan Fadzil Razali, yang kedua-duanya juga merupakan MPP Aspirasi.
Ketidakhadiran Kamal seperti biasa akan dialasi dengan beberapa 'hal' ; sebagaimana yang kerap kali diucapkannya.
GMUKM yang sudah lali dengan 'permainan' Kamal sejak awal memang tidak mengharapkan beliau berani bersemuka dengan wakil GMUKM; tetapi dari satu sudut lain mengharapkan Kamal lebih menghormati undangan daripada PERSEPSI selaku rakan sefakulti di FSSK.
Undangan dari rakan sefakulti
Untuk rekod, undangan ketiga-tiga pihak; Aspirasi, GMUKM dan KEMAS dimaklumkan telah disediakan sejak hari Selasa yang lalu oleh pihak PERSEPSI.
Undangan khas ke atas Aspirasi ini pada asalnya rentetan kenyataan melalui blog rasmi mereka bertarikh 26 November yang lalu yang membantah keputusan kerajaan meminda Seksyen 15 AUKU.
Maka undangan ke forum DISRAMA tersebut diharapkan dapat memberikan penjelasan kepada orang ramai yang khususnya menantikan jawapan Kamal selaku Presiden Kelab Aspirasi UKM .
Ini juga sekurang-kurangnya dapat memberikan penegasan adakah benar Aspirasi membantah pindaan AUKU tersebut atau sekadar berani bersuara 'di atas kertas' semata-mata.
Maka selaku Presiden Aspirasi, wajar sekiranya Kamal hadir menjelaskan kepada semua warga UKM, bukan sekadar di Radio Midas yang capaiannya lemah.
'Kamal Ali' masih ada ?
Apa pun, bagi GMUKM adalah jelas Kamal Ali adalah satu 'jenama' yang sekadar berada di alam maya; sesekali membuat kenyataan di blog MPP Aspirasi miliknya sahaja atau mengemaskini Facebook semata-mata. Statusnya pula sekadar menceritakan isu anjing sebagai contoh; di situ dan sini, tetapi tidak turun ke lapangan sebenar untuk menyelesaikannya.
Apa pun, di pihak GMUKM sekadar ingin bertanyakan kepada mana-mana kenalannya, " Ada nampak Kamal Ali lagi ker ?"
1 comments:
SALAM..
BIASALAH..MENGGELUPUR MENYAKSIKAN DAN MENGENENGAHKAN KEBENARAN...
Post a Comment