Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mendapat perkhabaran terbaru, satu program Diskusi Rabu Malam (DISRAMA) bakal berlangsung pada malam ini;
Antara ahli panel;
1. Kamal bin Ali , MPP Aspirasi
2. Fadzil bin Razali, MPP Aspirasi
3, Arief bin Othman, wakil GMUKM
4. Fathi bin Hisham, wakil KEMAS
Melihatkan penganjuran DISRAMA pada kali ini oleh Kelab Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi (PERSEPSI) serta senarai barisan ahli panel dan moderator oleh Irsyad Tahir; semuanya mahasiswa daripada Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) memberikan gambaran penganjuran DISRAMA pada kali ini ternyata lain dan bakal 'panas' membahaskan tajuk DISRAMA malam ini iaitu; AUKU, KEBEBASAN AKADEMIK & MASA DEPAN MAHASISWA.
Program dijadualkan berlangsung di DK3F201, FSSK pada pukul 8.15 malam, 7 Disember 2011 - pada malam ini.
Saudara Arief Othman ketika dihubungi mengakui sudah menerima jemputan ke diskusi ini pada malam ini atas tiket Gabungan Mahasiswa. Beliau juga telah dimaklumkan ahli panel lain telah dijemput sejak awal pagi semalam.
"Diharapkan Kamal (Ali), Fadzil (Razali) dan Izzat (Fathi) telah bersedia untuk (kita) berwacana malam ini," laung Arief dalam nada yakin.
Untuk rekod, DISRAMA anjuran GMUKM sebelum ini beberapa kali telah menjemput saudara Kamal selaku Presiden Kelab Aspirasi UKM untuk berdiskusi dengan wakil Gabungan Mahasiswa, tetapi kerapkali beliau gagal hadir di saat-saat akhir walaupun sudah memberi 'lampu hijau' sewaktu dijemput.
DISRAMA merupakan program wacana diskusi ilmiah mahasiswa berdiskusi di pentas orang ramai. Sebelum ini, kebiasaannya ia dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Undang-Undang (PERUNDANG).
2 comments:
tudia...
kalu namany GilaMeroyan mmang la gilo kalu ckap tntang politik
tp hal student HARAM KEJADAH ko nk setelkn
MONYET smakin branak pinak
BABI semakin membesar n memboyot
ANJING HITAM makin bertmbah
MANA PMUKM yg JAGA KEBAJIKAN PLAJAR????
ke jaga MAKAN MLM PMUKM kat UKM KL nun!
bnyk duit smpy buat mkn2..
Post a Comment