Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, December 9, 2011

Isu AUKU panas di UKM, UM, UiTM


Diskusi kena Banned + Birokrasi JPPel yang melampau tinggi = Itulah cara kerja Timbalan Pendaftar JPPel..


Itu antara sindiran 'pedas' di dalam Facebook yang sempat pihak Admin sempat layari. Program di atas tajuk sama di antara Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa UM turut menerima nasib serupa di Universiti Malaya kelmarin apabila penganjuran bersama Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) itu diberitakan telah dibatalkan atas arahan pihak kedekanan.

Malah di UiTM Shah Alam, dilaporkan Speaker's Corner siang tadi kecoh apabila berlaku campur tangan polis bantuan dan provokasi oleh pihak Aspirasi sehingga membawa kepada penahanan lima orang mahasiswa. Berita boleh dibaca di sini.

Ironi di dalam kehangatan pihak KPT bersedia membuka ruang membincangkan isu ini di peringkat Kementerian 17 Disember nanti, pihak Universiti pula didapati 'lebih sudu dari kuah' apabila bertindak menghalangnya atas faktor-faktor yang tidak dijelaskan.

Aspirasi berdiam diri
Dan lebih sinis apabila pihak Aspirasi UKM sehingga hari ini masih berdiam diri dalam menyatakan pendirian mereka sama ada masih menentang atau menyokong pindaan AUKU seperti mana yang diumumkan Datuk Seri Mohd Najib 24 November yang lalu.

Sedikit sebanyak khabar angin yang bertiup mengatakan Aspirasi UKM kini semakin hilang arah seakan-akan dibenarkan oleh tindakan berdiam diri mereka sendiri. 

Komen-komen di Facebook oleh para penyokong Aspirasi sendiri juga kelihatan 'agak' menggesa kepimpinan Kamal Ali mengetuai Kelab Aspirasi untuk tampil menyatakan pendirian semasa mereka. 

Apa pun sehingga kini, masih tiada khabar dari saudara Kamal Ali selaku Presiden Kelab Aspirasi UKM; yang mencetuskan lagi persoalan di pihak GMUKM untuk bertanyakan,

" Aspirasi ada ketua ker ? "

Wallahu'alam....


Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !