Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, December 5, 2011

Menilai Generasi Y

Generasi Y atau ‘generasi Millenium’ ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi manusia yang lahir sekitar tahun 1977 hingga 1997.

Namun ada juga yang berbeza dalam menentukan tarikh bagi kelompok ini.Contohnya, terdapat beberapa tokoh seperti William Strauss dan Neil Howe’s yang memulakan tarikh permulaan bagi generasi ini pada 1982 hingga penghujung tahun ’90-an.

Walaupun berbeza dari sudut penentuan tahun, namun kelompok generasi Y (berumur antara 11 hingga 31 tahun) ini sebenarnya berkongsi ciri-ciri ketara yang sama berdasarkan kepada keadaan zaman ketika kelahiran mereka seperti peristiwa-peristiwa penting yang berlaku, peranan pemimpin, pembangunan dan kecenderungan zaman ketika itu.

Ciri-ciri lain generasi-Y dan lain-lain seperti rajah di bawah;

Antara ciri yang boleh disebutkan di sini ialah keinginan untuk bebas bersuara dan membuat pilihan, menghargai keterbukaan, cenderung kepada membina hubungan di antara satu sama lain, interaktif serta inginkan sesuatu secara pantas.

Jika dibuat perbandingan, ciri-ciri ini turut dikongsi bersama ‘generasi X’(berumur antara 32 hingga 44 tahun).Tambahan pula,sekiranya kelompok generasi X dan generasi Y ini dijumlahkan, mereka mewakili 42 % dari penduduk Malaysia yang sedia ada.Ini bermakna,hampir separuh rakyat Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun.

Manakala,generasi Z yang mewakili 38 % daripada jumlah penduduk Malaysia adalah kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah dan selebihnya adalah kelompok yang berusia 45 tahun dan ke atas.

Membangun dan meroboh
Barangkali ramai yang sudah terdedah dengan fakta ini. Penentuan kelompok generasi kelahiran ini bukanlah sekadar angka dan bilangan.Manusia yang lahir akan datang dan pergi, akan bertambah dan mungkin juga akan berkurangan.

Ertinya,jika diperhatikan dengan teliti,dalam tempoh masa terdekat ini,kelompok generasi Y bakal menerajui hala tuju masa hadapan bermula dengan institusi kecil keluarga,masyarakat setempat,negeri dan seterusnya ke peringkat negara.

Namun,jika ditimbang antara tanggungjawab yang bakal dipikul dan situasi semasa yang melingkari kehidupan kita ketika ini,hanya menampakkan pertumbuhan generasi Y ke arah perkembangan positif yang masih terumbang-ambing.

Tidak cukup dengan statistik kebejatan sosial yang semakin membarah dalam kalangan generasi muda yang ketinggalan di dalam pelajaran atau masih di bangku sekolah,ia turut merebak kepada kelompok golongan terpelajar di institut pengajian tinggi.Perkara ini yang amat membimbangkan.Apakah sandaran harapan yang kita ada?

Peranan dan tanggungjawab
Setelah lebih 50 tahun merdeka,pembinaan generasi pewaris di Malaysia berada di tahap yang mengecewakan.Di kala pihak yang bertungkus-lumus mendidik dan membangun generasi ini dengan acuan yang sewajarnya,terdapat segelintir pihak yang hanya tahu merobohkan tanpa sedar dengan alasan kebebasan dan kemajuan tamadun serta hak asasi manusia.

Akibatnya,generasi muda seolah-olah sudah hilang arah. Walaupun menurut kajian, kelompok ini mempunyai ciri-ciri yang agak istimewa,namun ia tidak lagi mempunyai kelebihan berbanding kelompok yang jika mereka diurus dengan kaedah atau pendekatan yang tidak munasabah.

Realitinya,kita tidak berkuasa mengubah masa lepas kerana ia sudah jauh meninggalkan kita.Kita juga tidak berupaya menguasai masa hadapan kerana tidak diketahui apa yang bakal menanti.Apa yang ada di tangan kita hanyalah masa kini yang perlu dibentuk dengan acuan yang betul agar masa hadapan dapat dinikmati dengan sebaiknya.Masa depan negara seterusnya terletak di tangan generasi Y.

Persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk menerajuinya?

* Artikel asal boleh didapati di blog http://soutulfaizin05.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !