Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, December 20, 2011

'Bendera Najib' : Siswa enggan mohon maaf, Saifuddin dipersalahkan

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) kini berhadapan dengan serangan daripada beberapa pihak termasuk daripada dalam parti Umno dan pro-parti itu, yang mendesak agar beliau meletakkan jawatan berhubung insiden menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu.

Serangan itu dibuat menerusi mesej-mesej Twitter dan entri dalam blog-blog.

Dalam insiden pada hari Sabtu yang lalu, kira-kira seribu orang, kebanyakannya mahasiswa berarak ke ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bagi menuntut ruang kebebasan akademik yang lebih besar di negara ini.

Kumpulan itu pada mulanya berkumpul di Masjid Jamek di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur pada jam 2 petang dan tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dua jam kemudian.


Insiden penurunan bendera wajah Najib
Semasa perhimpunan menuntut kebebasan akademik yang dianjurkan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) tersebut, sekumpulan mahasiswa telah merendahkan bendera Najib yang terletak sebaris dengan semua bekas presiden Umno.

Mereka menggantikannya dengan kain rentang pro-kebebasan akademik untuk beberapa minit sebelum sebelum menaikkannya semula.

Sambil memaklumkan mereka enggan memohon maaf kerana merasakan ia merupakan hak mereka untuk bersuara, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia sekarang.

Ini ekoran agenda tranformasi yang diperkenalkan gagal meyakinkan rakyat dalam beberapa dasar, seperti berlakunya tangkapan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri ISA selepas diuumum akan dimansuh.

Insiden undang kemarahan pemimpin Umno
Tindakan tersebut nyata menimbulkan kemarahan pemimpin Umno termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang sebelum itu telah hadir menerima memorandum daripada kumpulan tersebut.

Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menjelaskan kehadirannya di tempat berlakunya perhimpunan yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak semata-mata untuk menerima memorandum.

"Saya juga menjunjung idealisme perjuangan mahasiswa dan percaya pada mahasiswa. Tetapi, perbuatan menurunkan bendera itu tidak mewakili apa yang dimaksudkan itu.

"Justeru, saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menuntut pihak yang bertanggungjawab memohon maaf kepada Datuk Seri Mohd Najib," tambah beliau lagi.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula ketika mengulas isu 'bendera Najib' ini membidas sebagai kumpulan mahasiswa tersebut 'kononnya berhimpun untuk menuntut kebebasan', tetapi 'ternyata sangat beremosi dan tidak matang'.

Proksi Umno anjur demo balas
Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan mahasiswa pro-aspirasi pula merancang mengadakan perhimpunan menyokong Najib pada 21 Disember nanti sebagai reaksi kepada perhimpunan anti-establishment Sabtu lalu.

Mereka juga mahu mendesak Saifuddin melepaskan jawatan dalam kabinet dan parti kerana didakwa memalukan nama baik Najib.

"Mari bersama tunjukkan bahawa kita lebih ramai yang mahukan YAB Datuk Seri Najib terus menerajui negara," kata Setiausaha Agung Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Muhammad Syukri Ibrahim.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !