Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, June 27, 2010

RENUNGAN KHUSUS BUAT MAHASISWA BARU SESI 2010/2011

Mahasiswa menutup tirai aksi tahun lalu dengan pelbagai kejutan yang dilakukan, dengan berlakunya peristiwa tuntutan mahasiswa terhadap Kementerian Pengajian Tinggi supaya perlu diadakan Pilihanraya Kampus didalam suasana demokrasi yang sebenar, terpacul satu lagi peristiwa bersejarah berlaku di UM atau lebih dikenali sebagai ROSMAH PUAKA, mahasiswa terus meledakkan kemaraan aksi mereka dengan mencatat sejarah tersendiri rentetan berlakunya dakwaan mengaitkan 4 orang mahasiswa UKM dengan pilihanraya kecil Hulu Selangor atau lebih dikenali sebagai UKM4.

Kesemua aksi ini bukan setakat berhenti disini, malah pada tahun ini mahasiswa terus mencatatkan sejarah gilang gemilang demi menuntut hak hak mereka yang dirasakan telah digari dengan akta AUKU. Baru baru ini juga berlaku satu peristiwa yang memeranjatkan seluruh mahasiswa UKM dengan keterlibatan pensyarah kesayangan Fakulti Pengajian Islam UKM, Ust fadlan DARI JABATAN AL QURAN SUNNAH masuk ke dalam UMNO. Kesemua ini menjadi satu fenomena yang mana mengajak mahasiswa cakna akan isu isu berlegar di ruangan angkasa mereka.

Apa yang penting kesemua peristiwa yang terjadi ini membuatkan mahasiswa rasa terpanggil untuk bersama terjerumus mengambil erti makna MAHASISWA yang dijolokkan kepada mereka. Sebagaimana yang diketahui semakin hari mahasiswa semakin berada di persimpangan antara perjuangan idealisme dan pragmatisme, peranan mahasiswa sebagai 'agent of chang', 'agent of message' dan 'guardian of value ' seolah-olah terus memudar seiring berjalannya waktu.

Amat janggal jika suara mahasiswa tidak kedengaran, seolah kontra dengan harapan pada mahasiswa sebagai aspirasi murni pembawa suara murni rakyat.? Mungkin catatan sejarah tidak lagi mencatat mahasiswa sebagai motor pengerak kepada perubahan sosial? Bagaimana pula dengan jolokan menara gading yang diberikan kepada kampus universiti? Atau apakah mahasiswa kini lebih suka tunggu daripada bakti siswa kepada sosial?

Realiti hari ini dilihat bahawa mahasiswa semakin jauh dengan masyarakat, asosial, egois sudah lama menjadi bualan mulut orang, mahasiswa lebih melulu kepada urusan akademik dan menjauhi aktiviti kemasyarakatan, ungkapan mahasiswa sebagai agen perubahan menuntut mahasiswa harus selalu di hadapan sejajar dengan jolokan sebagai kaum intelektual dan kelompok yang terpilih, namun bukan bererti mahasiswa memisahkan diri dari masyarakat dengan gerakannya yang elitis dan bersifat eksklusif. Mahasiswa dan masyarakat bekerjasama ini kerana mahasiswa adalah sebahagian daripada masyarakat.

Mahasiswa kini sibuk dengan 'assignment' dalam bidang ilmu pengetahuan, terkadang tidak ubah seperti menampal balang yang bocor, jika pemerintah kini diibaratkan seperti balang yang bocor itu tadi, seharusnya mahasiswa mengambil peranan sebagai penampal kepada balang yang bocor tadi ataupun menjadi menggantikannya sahaja. Dalam hal ini mahasiswa berperanan sebagai 'control politic' mencari cara untuk melakukan kontrok tersebut dan harus memikirkan dan disesuaikan agar tetap berada di atas jalur damai.

Jika dikira terdapat banyak faktor yang menyebabkan mahasiswa kini tipis dengan sensitiviti sosialnya dan sibuk dengan urusan sendiri walaupun tidak semua mahasiswa begitu. Sebut sahaja sistem pendidikan kini yang besalut kapitalistik, yang hanya berbicara soal material dan penciptaan kuantiti, bukannya kualiti. Namun tak akan ada habisnya untuk kita menyalahkan itu dan ini jika tidak bermula dengan diri kita dan komuniti yang berhampiran kita terdahulu.

Sebaiknya mahasiswa tidak terjebak dengan polorisasi dan pengkotak-katik, akhirnya menguntungkan sesuatu pihak dan merugikan mahasiswa sendiri. Perbezaan ideologi mesti dilepaskan demi perjuangan atas nama masyarakat yang luas. Perjuangan ini menuntut kerja keras dan bahkan terkadang mengganggu jam belajar kuliah namun ini semua bukan boleh dijadikan alasan yang kukuh untuk mahasiswa berdia diri sahaja. Peranan mahasiswa boleh disesuaikan dengan kapasiti masing-masing misalnya mewujudkan budaya keilmuan seperti diskusi, dan menjadi pahlawan dalam bidang masing-masing serta turun kejalan sekala-sekala. Apa yang penting mahasiswa berani menunjukkan sikap dan komitmennya.

TERUSKAN !!! SESIAPA YANG BERGELAR MAHASISWA!

Wednesday, June 23, 2010

'Penggantungan UKM4 cuba sekat mahasiswa aktif'


Penggantungan keahlian empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor - daripada Kelab Sains Politik dilihat sebagai usaha untuk menyekat kegiatan mahasiswa.

Hilman Idham (kanan) - yang dipertua (YDP) kelab itu yang digantung bersama tiga lagi mahasiswa - mendakwa, pentadbiran UKM tidak pernah selesa dengan kelab atau kumpulan mahasiswa yang bergiat aktif.

"Mungkin pihak universiti berpandangan bahawa Kelab Sains Politik (KSP) sebagai sebuah kelab mahasiswa yang kritikal dengan idea, pandangan serta pendirian kami dalam kebanyakan isu yang berlaku.

Pada 18 Jun lalu empat pelajar UKM yang bakal menghadapi prosiding tatatertib bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digantung tugas dan jawatan mereka dalam KSB.

Selain Hilman, turut digantung tugas Ismail Aminuddin (naib YDP), Azlin Shafina (setiausaha) dan Woon King Chai (exco).

Dalam satu kenyataan hari ini, Hilman yakin KSP akan dipimpin dengan baik oleh pemangkunya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua mahasiswa fakulti sains politik universiti berkenaan dan bertenang ekoran penggantungan itu.

"Saya juga yakin KSB akan terus memainkan peranan sebagai sebuah persatuan mahasiswa yang aktif dengan penyertaan menyeluruh mahasiswa, juga kritikal dengan pandangan dalam setiap isu.

"Semoga Kelab Sains Politik akan terus menjadi persatuan mahasiswa yang terbaik dan melahirkan pemimpin-pemimpin yang peka, kritikal dan professional pada masa hadapan," katanya.

sumber : Malaysiakini

Thursday, June 17, 2010

Empat Pelajar UKM Dapat Injunksi


Empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lepas berjaya mendapat perintah injunksi sementara bagi menghalang UKM daripada meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas kedua-dua pihak bersetuju melanjutkan perintah injuksi sebelah pihak yang diperoleh pelajar itu pada 1 Jun lepas, sehingga pelupusan saman pemula mereka.

Keempat-empat pelajar itu dari jurusan Sains Politik, pada 1 Jun lepas memfailkan saman pemula terhadap kerajaan Malaysia, Menteri Pengajian Tinggi dan UKM, bagi mencabar tindakan tatatertib yang dibawa kepada mereka oleh universiti itu, atas kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang.

Pelajar itu tiga lelaki, Muhammad Hilman Idham, 21, Woon King Chai, 22, Muhammad Ismail Aminuddin, 22, dan seorang pelajar perempuan, Azlin Shafina Mohamad Adza, 22, pada ketika kejadian berada di tahun kedua pengajian dan akan memulakan pengajian tahun ketiga mereka pada Julai ini.
AUKU bertentangan Perlembagaan

Mereka juga memohon deklarasi bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU, adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Seksyen itu menyebut bahawa tiada seorang pun pelajar universiti boleh menyatakan atau melakukan apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar negara.

Mahkamah menetapkan 9 Julai ini bagi mendengar saman pemula itu.

D
alam saman itu, mereka mendakwa universiti itu melalui satu surat bertarikh 13 Mei, telah meminta mereka hadir ke bilik mesyuarat universiti itu pada 2 Jun bagi menjawab dakwaan terhadap mereka, dan jika mereka tidak hadir atau tidak mengemukakan apa-apa representasi bertulis dalam tempoh 14 hari, mereka dengan serta-merta akan digantung daripada menjadi pelajar universiti itu.

Salah seorang pelajar itu, Muhammad Hilman, dalam afidavitnya bagi menyokong saman pemula itu mendakwa pada April lepas, mereka berada di Hulu Selangor antara lain untuk membuat pemerhatian secara langsung bagi membantu pemahaman mereka mengenai situasi sebenar semasa kempen sesebuah pilihan raya kecil.

"Kami juga berhasrat untuk memerhatikan cara bagaimana pihak-pihak politik dari kedua-dua parti utama yang bertanding menarik undi rakyat dalam keadaan politik negara kita yang dikatakan menuju ke arah politik baru," katanya.

Bagaimanapun, mereka telah ditahan oleh polis serta pasukan pemantauan pilihan raya kementerian pengajian tinggi dan pegawai pemantau UKM dan diarahkan keluar dari kawasan itu.

Keempat-empat pelajar itu diwakili peguam Haris Ibrahim dan Ashok Kandiah, manakala peguam kanan persekutuan Aida Adha Abu Bakar mewakili kerajaan Malaysia serta Menteri Pengajian Tinggi dan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili UKM.

- Bernama

Sumber : Malaysiakini 

Sunday, June 13, 2010

RMK10 ke arah membentuk Malaysia maju 2010

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia menyambut baik inisiatif kerajaan Malaysia untuk memacu Malaysia ke arah negara Maju 2010. 

Harapan besar kami agar segala perancangan ini dapat berlangsung dengan lancar sejurus menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju bukan sahaja dari segi fizikalnya sahaja, namun maju juga dalam pembentukan sudut rohani masyarakat Malaysia yang menjadi kebimbangan ramai.




Intisari Rancangan

Intipati RMK10:

* RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.

* Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.

* Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.

* RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.

*Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.

* Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.

* Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.
* RMK10: 10 PREMIS UTAMA
Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

*RMK10: 5 TERAS STRATEGIK

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
* Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.

* Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.

* Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti:

(i) Minyak dan gas
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur

* Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.

* Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.

* Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.

*Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau “Facilitation Fund“ bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta.

*Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.

*Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.

*Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.

*Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.

*Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.

*Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.

*Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar.

*Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf.

*Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baharu, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.

*Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara.

*Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.

*Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.

*Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.

*Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank.

*Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.

*Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:
Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.
Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.
Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.
Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.
Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.

* Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.

* Subsidi dirasionalkan secara berperingkat, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan.

* Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.

* Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama.

* Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan.

* Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah kampung baru Cina membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan melalui Bank Simpanan Nasional.

* Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar.

* Prestasi pelajar dalam mata pelajaran kritikal, terutamanya bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, akan juga dipertingkatkan
dengan menambah bilangan guru berkualiti.

* Syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.

* Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dengan sijil SPM akan dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian di institut pendidikan guru bagi program bahasa Cina bagi memenuhi keperluan guru bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Kebangsaan.

* Pertimbangan yang sama kepada calon lepasan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama kelolaan Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang telah memiliki SPM untuk menjadi guru program pendidikan agama Islam dan J-Qaf.

* Bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan ditambah kepada 100 buah pada akhir tahun 2012 terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.

* Sekolah Amanah atau Trust Schools, akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah-sekolah kerajaan yang terpilih dan akan diberi autonomi.

* RM280 juta bantuan disalurkan kepada sekolah bantuan modal bagi tempoh 2011 dan 2012. Setiap satu kategori sekolah bantuan modal, iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangssan Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh akan menerima peruntukan tambahan RM70 juta setiap satu dalam tempoh 2011 dan 2012.

* Kerajaan akan memberi bantuan berdasarkan bil elektrik dan air sebenar sehingga RM2,000 sebulan bagi setiap daripada hampir 1,900 sekolah bantuan modal.

* Penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan dipertingkatkan daripada 67 peratus pada tahun 2010 kepada 87 peratus pada tahun 2012.

* Insentif RM10,000 akan diberi kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah swasta.

* Kerajaan sedang menimbang mengurangkan umur persekolahan formal daripada enam tahun kepada lima tahun pada akhir tempoh Rancangan tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

* Komposisi pekerja berkemahiran tinggi perlu ditambah kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara maju.

* RM500 juta akan disediakan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran untuk latihan sekurang-kurangnya 38,000 pekerja.

* Tabung pembiayaan bersama kerajaan dan majikan akan ditubuhkan untuk membiayai pekerja melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang yang berkaitan.

*Peruntukan kewangan kepada universiti bergantung kepada pencapaian KPI dan universiti diberi autonomi secara berperingkat bagi mengukuhkan peranan dan prestasi universiti.

* Kualiti staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 peratus bagi universiti penyelidikan atau research university, dan 60 peratus bagi universiti awam lain.

* MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran, akan digiatkan bagi meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015.

* Pakej penggajian akan dikaji semula untuk menarik minat pensyarah asing dan staf akademik yang telah bersara.

* Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai universiti penyelidikan selepas Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

* Dasar penggajian pekerja asing akan diperkemas dengan kadar levi berbeza mengikut nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja dalam syarikat dan berbeza mengikut tahap kemahiran. Kadar yang lebih tinggi akan dikenakan bagi pekerja kurang mahir dan akan akan ditingkatkan setiap tahun.

* Talent Corporation akan ditubuhan oleh kerajaan bagi menarik dan mengekal modal insan berkemahiran yang diperlukan termasuk rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi.

* Talent Corporation akan menyediakan Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran dengan kerjasama sektor awam dan swasta dan menjadi pusat sehenti bagi memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk urusan imigresen bagi kemasukan tenaga kerja mahir ke Malaysia.

* Perancangan strategik dan terurus bagi mewujudkan kawasan bandar mampat dan efisien dan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman.

* Pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk.

* Liputan bekalan air luar bandar yang lebih berkualiti dengan sasaran liputan sebanyak 99 peratus di Semenanjung Malaysia, 98 peratus di Sabah dan 95 peratus di Sarawak.

* Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar akan diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.

* Pelaksanaan projek mega Mass Rapid Transit berkapasiti tinggi di Greater Kuala Lumpur meliputi kawasan dalam lingkungan 20 km dari pusat bandar dan melibatkan pembinaan landasan lebih kurang 150 km yang membolehkan dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding dengan 480,000 perjalanan penumpang sistem pengangkutan bandar masa kini.

* Meningkatkan peratus penggunaan pengangkutan awam dengan ketara di Greater Kuala Lumpur daripada 12 peratus pada tahun 2009 kepada 30 peratus pada tahun 2015.

* Sistem pengangkutan awam darat akan diperluaskan kepada bandar raya lain, iaitu sistem Bas Rapid Transit akan diperkenalkan di Wilayah Iskandar, Johor, dan jumlah bas awam akan ditambah sebanyak 200 buah di Pulau Pinang untuk menampung 26 laluan dengan penambahan kapasiti sebanyak 75,000 penumpang sehari.

* Pembinaan lapan hospital, termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah klinik dan juga tambahan 50 klinik 1Malaysia akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama RMK10.

* 78,000 buah rumah mampu milik akan dibina di bawah RMK10.

* Dana RM500 juta bagi membiayai kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan rumah mampu milik awam mahupun swasta berdasarkan perkongsian 50-50 kerajaan dengan pengurusan atau persatuan penduduk rumah berkenaan.
*Keselamatan dan ketenteraman awam akan dipertingkatkan, rondaan polis akan ditambah terutama di 50 "hot spots" yang telah dikenal pasti dan 496 CCTV sedang dipasang di seluruh negara bagi meningkatkan keupayaan pemantauan.

* Undang-undang dan peraturan berkaitan sedia ada akan disesuaikan bagi mendorong penyertaan lebih besar daripada wanita.

* Sektor swasta diminta meningkatkan bilangan wanita dalam jawatan peringkat tertinggi seperti ketua pegawai eksekutif dan ahli-ahli Lembaga Pengarah.

* Putrajaya akan dijadikan lokasi tumpuan belia bagi menjalankan aktiviti dan program yang bermanfaat dan bersesuaian.

* Golongan warga emas mendapat infrastruktur yang lebih mesra, akses kemudahan kesihatan yang mampu dibiayai, rumah perlindungan yang mencukupi dan juga supaya mereka dapat mengukuhkan kewangan serta peluang pekerjaan.

* Langkah diteruskan untuk menyediakan pelbagai peluang termasuk latihan kemahiran, pekerjaan serta keusahawanan bagi orang kurang upaya.

* Feed in Tariff dan Dana Tenaga Boleh Diperbaharu akan diperkenalkan bagi menggalakkan perkembangan aplikasi tenaga boleh diperbaharu.

* Garis panduan, piawaian dan undang-undang berkaitan akan diperkenal bagi memastikan kecekapan penggunaan tenaga, termasuk penurunan tahap pelepasan gas rumah hijau.

* Putrajaya dan Cyberjaya akan dijadikan model perintis bagi bandar hijau contoh dan bangunan baru kerajaan akan direka bina untuk mematuhi piawaian bangunan hijau.

* Peruntukan program dan projek pembangunan RMK10 akan dibuat untuk setiap dua tahun bermula dengan 2011-2012 dan "rolling plan" pertama akan dikeluarkan pada akhir Ogos 2010.

* Peruntukan RM230 bilion untuk RMKe10 bagi perbelanjaan pembangunan dengan 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan 5 peratus kepada sektor pentadbiran.

Tuesday, June 8, 2010

Oleh : Zulaikha Zulkifli
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu mahu empat pelajar yang dihadapkan ke mahkamah Universiti Kebangsaan Malaysia supaya diberikan hak untuk diwakili oleh peguam.

Gan berkata, peraturan sedia ada dalam membicarakan pelajar berkenaan yang tidak membenarkan mereka diwakili oleh peguam merupakan "satu kelemahan."

"Selepas tertuduh terima notis, mereka ada masalah untuk dapatkan bantuan guaman.

"Hak mereka telah dinafikan dan ini bercanggah dengan perlembagaan persekutuan," katanya selepas bertemu dengan pelajar berkenaan hari ini.

Gan sebelum itu meluangkan masa hampir sejam untuk bertemu tiga daripada empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tersebut -- Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, dan Azlin Shafina Mohamad Adzha.

Pelajar jurusan sains politik tersebut diancam tindakan bawah akta tersebut kerana didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Sumber: Malaysiakini

Thursday, June 3, 2010

The Malaysian Bar : Drop action against the four UKM students

The Malaysian Bar deplores National University (UKM)'s action in using draconian Universities and University Colleges Act 1971 (UUCA) to institute displinary action against four political science undergraduates.

UUCA is unconstitutional, as it negates the freedoms of expression, assembly and association. It is anachronistic and has no place in any democratic society. Furthermore, the prohibition against legal representation for the students is unacceptable, in light of the potential penalties and the repercussions facing the students. By comparison, lecturers are permitted to be represented by legal counsel.

The four undergraduates- Muhammad Hilman Bin Idham, Muhammad Ismail bin Aminuddin, Azlin Shafina Mohamad Adzha and Woon King Chai- have been asked to appear before the University's disciplinary board to answer charges that they "expressed support or sympathies" for a political party during the recent Hulu Selangor by-election in an alleged violation of section 15 (5)(a) of UUCA.

The Malaysian Bar views section 15(5)(a) of UUCA as being inconsistent with Article 10 of the Federal Constitution in that it renders the rights of students to express themselves, to assemble peacefully, and to form associations, ineffective and illusory. It is neither a reasonable ristriction permitted under Article 10(2) nor a law proportionate to the democratic needs of Malaysia.

To bar Malaysian students from taking an active role in politics during the course of their tertiary education is repressive, unjust and illogical. The continued existence of the many stifling UUCA provisions denies university students the opportunity to fully participate in the nation's democratic process, thereby serving to hinder valuable social discourse as well as the students' intellectual and spiritual growth.

The Malaysian Bar calls for the formation of a credible Parliamentary Select Committee to conduct a comprehensive and meaningful review of UUCA with a view towards bringing it in line with current developments and repealing the many provisions that curtail the democratic freedom of students.

Pending such a review, The Malaysian Bar calls on UKM to drop the proposed charges against the four undergraduate students.

Ragunath Kesavan
President
Malaysian Bar

2 June 2010






Wednesday, June 2, 2010

MAHASISWA UKM4 Berjaya Peroleh Injuksi Mahkamah Tangguh Kes Tatatertib di UKM

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengucapkan tahniah kepada keempat-empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM; Saudara Hilman Idham, Saudara Woon King Chai, Saudara Ismail Aminuddin, dan Saudari Azlin Shafina serta barisan peguam atas kejayaan memperoleh satu Injuksi Interim secara exparte bagi menghalang prosiding tatatertib universiti terus dijalankan pada hari ini. SMM merasakan bahawa ini adalah satu petanda awal yang sangat positif dalam usaha dan perjuangan SMM untuk menuntut agar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dimansuhkan. Bukan hanya kerana soal hak dan kebebasan mahasiswa sahaja, namun ia juga atas kesedaran untuk memperbaiki tahap kebebasan akademik yang semakin merudum di negara Malaysia ini.

Hari ini merupakan sejarah terbaru dalam gerakan mahasiswa sejak negara kita mencapai kemerdekaan. Kemenangan mahasiswa menangguhkan prosiding pada hari ini adalah kemenangan pertama buat seluruh mahasiswa di negara ini. Walau bagaimanapun. SMM menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk kembali mendengar semula kes ini secara inter-partes pada 17 Jun 2010. Di peringkat SMM, kita yakin bahawa 4 orang aktivis mahasiswa ini telah bersedia untuk berdepan dengan kes itu nanti. Harapannya, agar semangat dan keazaman mereka tetap kukuh dan berterusan dalam perjuangan.


Selain itu, SMM juga mengingatkan semua bahawa perbicaraan kes AUKU, Soh Sok Hwa, pada Jumaat, 4 Jun 2010 akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga pada jam 3.30 petang. Dalam hal ini, SMM konsisten seperti mana kes pada hari ini, SMM dan seluruh pergerakan mahasiswa menolak sama sekali Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Biarpun perjuangan ini sudah lama bermula, namun kami merasakan bahawa kes sepanjang minggu ini memberikan nafas baru kepada pergerakan mahasiswa dalam usaha SMM untuk menuntut supaya AUKU dimansuhkan.

Oleh yang demikian, SMM dengan lantangnya menyeru kepada seluruh pergerakan mahasiswa, anak muda, ahli akademik, serta seluruh masyarakat supaya bersama-sama kami menolak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Kami juga menuntut agar kerajaan memansuhkan akta ini yang sama sekali mengekang hak dan kebabasan mahasiswa dan yang lebih penting lagi turut mengekang hak dan kebebasan mahasiswa dan pensyarah berakademik. Atas semangat dan harapan ke arah masa depan Malaysia yang lebih baik, SMM sekali lagi menyeru seluruh masyarakat untuk turut sama dalam perjuangan menentang Akta Universiti dan Kolej Universiti dan menuntut untuk dimansuhkan.

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)

Puluhan iringi mahasiswa UKM serah injunksi


Puluhan iringi mahasiswa UKM serah injunksi
Oleh:Zulaikha Zulkifli
Empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini telah menyerahkan perintah injunksi bagi menangguhkan perbicaraan universiti berkenaan terhadap mereka pagi tadi.

Menurut seorang mahasiswa terbabit Muhammad Hilman Idham (bawah), perintah tersebut diserahkan kepada seorang setiausaha naib canselor UKM Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Tambahnya, seramai 50 orang mahasiswa dan beberapa aktivis daripada NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut hadir menyatakan sokongan mereka.

"Ini permulaan kebangkitan mahasiswa," tegasnya, berbangga dengan tindakan mereka mencabar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di mahkamah.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan perintah injunksi bagi menunda perbicaraan universiti terhadap mahasiswa terbabit yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil di Hulu Selangor pada 25 April lalu.

Hakim Aziah Ali memutuskan perkara itu bagi memberi masa kepada kesemua mahasiswa jurusan sains politik itu mencabar Seksyen 15 (5) dalam AUKU yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dengan penyerahan perintah itu kepada pihak UKM hari ini, menyebabkan dengan sendirinya pendakwaan terhadap mereka oleh senat universiti berkenaan ditangguhkan buat sementara waktu.

Muhammad Hilman sepatutnya dihadapkan kali pertama ke mahkamah universiti pada awal pagi ini.

Manakala tiga lagi - Muhammad Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Mohamad Adzha dan Woon King Chai - dijadual dipanggil esok.

Pendengaran inter partes berhubung injunksi yersebut dijadual pada 17 Jun di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Muhammad Hilman berkata pihaknya berharap seluruh mahasiswa sentiasa memberikan sokongan terhadap rakan seperjuangan mereka.

Katanya, dalam kes lain seperti mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) Soh Sook Hwa yang mencabar AUKU, mahasiswa patut hadir "menyaksikan" sendiri proses mahkamah itu.

"Kami mengajak orang ramai hadir ke mahkamah pada Jumaat ini untuk hadir untuk melihat proses itu berlangsung," katanya

Kes Soh, mahasiswa pertama mencabar AUKU - akta yang didakwanya bertentangan dengan perlembagaan - akan diputuskan pada Jumaat ini.

Sumber: Malaysiakini

4 siswa dihalang serah injunksi kepada UKM



BANGI, 2 Jun: Empat mahasiswa yang didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) terpaksa merempuh benteng pengawal keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) demi menyerahkan injunksi kepada naib canselor universiti itu, Prof Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Mereka yang terbabit bagaimana pun hanya dibenarkan menyerahkan surat injunksi masing-masing kepada setiausaha sulit naib canselor, Puan Norlelawati pada sekitar jam 10 pagi, iaitu lewat sejam dari waktu yang dirancang.

Menurut Hilman Idham, salah seorang yang didakwa, sepatutnya universiti boleh menghormati keempat-empat mahasiswa yang mahu menyerahkan surat injunksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ekoran insiden itu, beliau mempersoal kredibiliti kelima-lima pegawai terbabit serta Noorlelawati kerana enggan memberi layanan profesional kepada mahasiswa.

"Kenapa pegawai keselamatan universiti perlu halang kami. Injunksi ini mahkamah yang keluarkan, kenapa pula Puan Noorlelawati awalnya enggan menerima surat injunksi kami dengan mengarahkan keselamatan menghalang kami," katanya.

Tambahnya lagi, layanan universiti itu seakan tidak menghormati keputusan mahkamah terhadap kaedah universiti menggunakan Auku ke atas mahasiswa.

Ditanya tentang motif perhimpunan aman lebih 50 orang  mahasiswa di Dataran Canselori, beliau berkata, perhimpunan tersebut adalah isyarat kepada universiti bahawa dakwaan yang dikenakan ke atas mahasiswa menggunakan Auku adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi manusia.

Bercakap pada satu sidang media yang lain, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching (DAP) berjanji untuk mengetengahkan dakwaan tidak munasabah itu pada sidang Dewan Rakyat kelak.

Baginya, Hilman bersama tiga mahasiswa yang lain, Wong King Chai, Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina berhak untuk berpartisipasi dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor memandangkan mereka masing-masing adalah calon sarjana muda Sains Politik.

Di perkarangan Dataran Canselori, menyaksikan lebih 100 mahasiswa serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman menuntut UKM supaya bersikap lebih profesional dan matang dalam menghadapi aktivitisme mahasiswa.

Semalam, selain mengeluarkan injunksi interim secara ex-parte yang menghalang pihak berkuasa tatatertib universiti memulakan proses perbicaraan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut memutuskan untuk mendengar semula kes tersebut secara inter-prates pada 17 Jun ini.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !