Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, November 21, 2013

Pengerusi GMUKM : PMUKM Perlu Bersama Pentadbiran

Pengerusi GMUKM 2013-2014
Saya memberi saranan kepada rakan-rakan PMUKM 13/14 yang baru, selaku Majlis Perwakilan pelajar untuk bersama - sama dengan pentadbiran UKM dalam merealisasikan " Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan ". Walaupun sebelum pada ini, kita adalah gerakan politik pelajar Gabungan Mahasiswa Ukm yang sedikit agresif menentang kezaliman dan penipuan oleh mana-mana pihak termasuklah Hal Ehwal Pelajar UKM. Namun, sekarang kita adalah sebuah kerajaan pelajar.

Sebagai sebuah kerajaan pelajar, hendaklah kita bersama-sama dengan pentadbiran UKM dalam menjayakan visi dan misi Universiti ini. Kita haruslah bermentaliti kerajaan, bukan lagi pembangkang. Jika ada sebarang permasalahan, berundinglah dengan baik dengan pihak pentadbiran UKM. Dalam isu perlantikan watikah rasmi MPP, berunding dahulu dengan baik mengapakah mereka menundanya. walhal, sepatutnya mereka memberikan alasan kukuh mengapa menundanya. Kita menerimanya andai ada sebarang masalah, cuma hendaklah berserta alasan kukuh. Saya yakin, mereka sangat menyayangi universiti ini kecuali jika ada yang pening-pening Mabuk UMNO.

Kakitangan pentadbiran yang Mabuk UMNO ini jika tidak mahu berbincang dengan baik, Maka penilaian gerakan agresif barulah perlu dilaksanakan. Tidak cukup lagikah dengan memperbodohkan rakyat Malaysia, dengan Kenaikan harga gula untuk elak kencing manis, bahkan mereka terus membeban dan menjahanamkan negara dengan pelbagai perlaksaan bodoh yang tanpa kajian dan sebab-sebab yang kukuh. Jangan sesekali mereka berani memperbodohkan mahasiswa pula, kerana sudah tentu kita akan tentang mereka sampai rebah.

Saya percaya, mereka yang dilantik untuk menjadi pentadbiran utama UKM adalah kalangan cendiakawan yang mempunyai kedudukan professor, Doktor dan ahli akademik yang memberi khidmat untuk memberi kebaikan kepada pelajar dan Universiti. Jika ada pentadbiran yang mabuk UMNO ini, laksanakan tindakan pembantahan sebaik mungkin, kalau boleh elakkan mengaibkan Universiti kita ini.

Prospektus Moving Forward yang digariskan seawal pilihanraya kampus yang lalu, kini dibawa dalam pembawakan PMUKM sesi kali ini, haruskan dinilai dan disambut baik oleh pentadbiran Universiti dan pelajar UKM. Ianya adalah idea solid pelajar untuk kebaikan Universiti.

Akhir kalam, saya menyeru kepada semua pihak dalam Universiti ini memainkan peranan masing-masing dalam menjulang nama Universiti Kebangsaan Malaysia di persada tanah air. Jangan ada yang terkena Mabuk UMNO. PMUKM pula, berkolaborasi dengan baik dangan pentadbiran UKM dalam menjayakan Visi, Misi, Pelan Transformasi UKM dan Prospektus Moving Forward. Percayalah, semua ini adalah untuk kebaikan mahasiswa, pentadbiran, nama UKM dan demi Malaysia tanah air kita hari ini.

Abdullah Sani Bin Hashim 
Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM 
Sesi 2013/2014 
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Wednesday, November 13, 2013

KABINET PMUKM SESI 2013-2014



11 November 2013,  Ukm Bangi - Hari ini, semua ahli MPP UKM telah dijemput hadir dalam persidangan pertama bersama Timb. Naib Canselor UKM, Prof. Ir. Dato' Dr. Othman A. Karim di Bilik Gerakan HEP, Pusanika UKM.

Persidangan berlangsung dengan aman tanpa ada sebarang pertikaian  daripada mana-mana pihak. Seterusnya MPP Muhammad 'Ammar telah mempengerusikan persidangan tersebut untuk pembentukan Kabinet Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil perbincangan yang telah dibuat, satu kata sepakat telah dipersetujui secara bersama dalam pembentukan kabinet tersebut.

Kabinet Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia

Speaker : Muhammad 'Ammar Bin Azlan

 
Presiden : Mustapha kamil Husen Bin Abd Kadir


Timb Presiden : Muhammad Sallehudin Bin Khaled



Naib Presiden 1 : Muhammad Amirul Bin Hamlad

 
Naib Presiden 2 : Nur Afifah Binti Abdul Rahim

 
Setiausaha Agung : Nur Farhana Binti Mohd Razali 


Timb. Setiausaha Agung : Syahidatul Nuramirah Binti Abd Karim 


Bendahari : Mufaddal Bin Mustansir



Biro Pembangunan Mahasiswa


Ketua: Fatin Zulaika Binti Hamdan 
Mohammad Fadli Bin Mohammad Asimoni
Anis Anuar Bin Suhaimi

Biro Kebajikan & Khidmat sosial


Ketua: Mohd hafizi bin Samsuari
Nurul Syifa' Binti Muhammad Shukri
Hasyimah binti Ibrahim 
Siti Noor Masitah Binti  Nordin
Nur Lailatul Fitri Binti Othman

Biro Sukan & Kebudayaan 


Ketua: Syed Mohd Najib bin Syed Yahya
Jason Ng Thien Yong
Muhammad Johan Iskandar Bin Zahari
Nurul Amira Binti Zainudin

Biro Informasi & Penerangan 


Ketua: Afiah Nasuha Binti Aznan 
Siti Nor Bahijah Binti Mohd Zaki
Ahmed Amri Bin Zulkafli
Nur Aliya Binti huzaidy

Biro Perhubungan & Antarabangsa



Ketua: Puteri Nor Adilah Binti Mohd Zaharudin
Noraini Binti jahudal
Amirul Firdaus Bin Abu Yaziz

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Wednesday, November 6, 2013

SOLIDARITI GMUKM BERSAMA WUFI UIAM


[ISU MANIPULASI PEMILIHAN PRESIDEN MPP UIA]

Ayuh Mahasiswa/i semua...
Nyatakan SOLIDARITI anda BERSAMA WUFI UIAM


Penyerahan Memorandum Mahasiswa Kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

:: 6 November 2013
:: Hari Rabu
:: Bermula Jam 2 pm
:: Berkumpul di Pejabat SUHAKAM, Bangunan Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur.

~ Sebarkan segera !

From GMUKM :
We SUPPORT Wufi Uiam

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

HEP UIAM campur tangan pemilihan MPP

 
KUALA LUMPUR: Walaupun menang besar dalam pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baru-baru ini, usaha kumpulan pelajar pro-Mahasiswa, WUFI UIAM untuk membentuk kabinet dihalang oleh pihak pentadbiran.

Sehubungan itu, kumpulan pelajar terbabit membantah keras campur tangan pihak Hal Ehwal Pelajar [HEP] yang diketuai Timbalan Rektor HEP, Prof. Datuk Dr Mizan Hitam dalam mengendalikan sesi syura pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar [MPP] UIAM yang berlangsung petang semalam.

Menurut Pengerusi WUFI UIAM, Muhd Najib  Abd Rahim campurtangan HEP UIAM dalam pelantikan MPP adalah bertentangan dengan fasal 49 [5] Perlembagaan UIAM yang memberi kuasa melantik Presiden, Naib Presiden, Setiausaha dan Bendahari dari kalangan anggota Majlis Perwakilan Pelajar yang terpilih dalam pilihan raya kampus.

“Di dalam peruntukan ini jelas menyebut bahawa hanya MPP UIAM mempunyai kuasa penuh dalam menentukan perjalanan proses pemilihan “office-bearers” (mainboard) dalam kalangan mereka melainkan dengan adanya kebenaran bertulis daripada pihak Rektor.

“Namun apa yang berlaku sekarang adalah, jelas sekali terdapat campur tangan oleh pihak HEP apabila proses perjalanan pemilihan dikendalikan serta dikawal sepenuhnya oleh mereka di dalam menentukan perlantikan Presiden dan Timbalan Presiden 1 MPP,” kesal beliau.

Sehubungan itu, Muhd Najib menuntut agar syura dijalankan semula dengan telus dan tiada campur tangan dari pihak pentadbiran.

“Kami akan menghantar satu memorandum kepada SUHAKAM pada hari Rabu ini bagi menyatakan bantahan dan mendesak agar siasatan segera dijalankan di atas isu yang berlaku ini,” tegas beliau.

Sumber : HarakahDaily

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Wednesday, October 23, 2013

(Bom Rumah Calon) Laporan The Star

Akhbar The Star melaporkan mengenai kes pagi tadi, pengeboman di rumah calon, baca laporan berikut,

Homemade bomb thrown at UKM student's house,

 warning note left on car

Damage done by the explosion.
PETALING JAYA: A Molotov cocktail was thrown at a Universiti Kebangsaan Malaysia's students' rented house in Section 3, Bangi Perdana early this morning causing an explosion and small fire, ahead of the campus election today. 
No one was hurt in the incident, although a warning note was left behind.
Engineering student Siti Aishah Shaharudin told the Star Online that the incident occurred at around 3.30am when a loud explosion was heard in her  front porch. 
"We heard a motorcycle pass by the house but we didn't suspect anything until we heard a loud explosion and we saw flames spreading," she said.
While checking the compound of the house after the explosion, Aishah discovered a note clipped to one of the students' car windshield.



A warning note left at the car.

It said: "Tarik diri atau mati" (withdraw or die).

Some of her fellow housemates, are contesting today's student elections under the Pro-Mahasiswa banner.

"We do not know who the culprit is. But we suspect it has something to do with the election," she said.

A police report was lodged at the Bandar Baru Bangi police station at 4am.

The UKM campus election is currently underway for 2013/2014 session. 
In an immediate reaction,  vice-chancellor Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin said no extra security measures would be taken in the university since the incident happened outside of the campus. 
"As far as I know, the election is going on peacefully, what happened outside of the campus is beyond control, " she said when contacted on Wednesday.

She added that no untoward incidents happened during the campaigning period of the campus election.

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Calon disekat di KUO!!!

Hairan,Calon Bertanding tidak dibenarkan masuk ke pusat pengundian.
Sedangkan dalam buku peraturan tidak termaktub larangan kepada calon untuk hadir ke pusat pengundian. inikah keadilan?


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!
#MediaGM #UpdateUndi

Kepada mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Mahasiswa, Jom turun mengundi Pilihan Raya Kampus hari ini !

http://www.youtube.com/watch?v=tlqfEVczh9o&feature=c4-overview&list=UUzghWnRiU7q0E5FYZrB0H4A


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !