KUALA
LUMPUR: Walaupun menang besar dalam pilihan raya kampus Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) baru-baru ini, usaha kumpulan pelajar
pro-Mahasiswa, WUFI UIAM untuk membentuk kabinet dihalang oleh pihak
pentadbiran.
Sehubungan
itu, kumpulan pelajar terbabit membantah keras campur tangan pihak Hal Ehwal
Pelajar [HEP] yang diketuai Timbalan Rektor HEP, Prof. Datuk Dr Mizan Hitam
dalam mengendalikan sesi syura pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar [MPP] UIAM
yang berlangsung petang semalam.
Menurut
Pengerusi WUFI UIAM, Muhd Najib Abd
Rahim campurtangan HEP UIAM dalam pelantikan MPP adalah bertentangan dengan
fasal 49 [5] Perlembagaan UIAM yang memberi kuasa melantik Presiden, Naib
Presiden, Setiausaha dan Bendahari dari kalangan anggota Majlis Perwakilan
Pelajar yang terpilih dalam pilihan raya kampus.
“Di
dalam peruntukan ini jelas menyebut bahawa hanya MPP UIAM mempunyai kuasa penuh
dalam menentukan perjalanan proses pemilihan “office-bearers” (mainboard) dalam
kalangan mereka melainkan dengan adanya kebenaran bertulis daripada pihak
Rektor.
“Namun
apa yang berlaku sekarang adalah, jelas sekali terdapat campur tangan oleh
pihak HEP apabila proses perjalanan pemilihan dikendalikan serta dikawal
sepenuhnya oleh mereka di dalam menentukan perlantikan Presiden dan Timbalan
Presiden 1 MPP,” kesal beliau.
Sehubungan
itu, Muhd Najib menuntut agar syura dijalankan semula dengan telus dan tiada
campur tangan dari pihak pentadbiran.
“Kami
akan menghantar satu memorandum kepada SUHAKAM pada hari Rabu ini bagi
menyatakan bantahan dan mendesak agar siasatan segera dijalankan di atas isu
yang berlaku ini,” tegas beliau.
Sumber : HarakahDaily
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment