Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, December 28, 2012

Rebat Telefon: Siapa Cepat Dia Dapat


KUALA LUMPUR -  Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.

Thursday, December 27, 2012

Sedia Senjata Informasi, Menangi Pertempuran


"Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran"
Strive For Dean's List



6 hari lagi sebelum tiba hari pertama peperiksaan akhir semester 1 bagi sesi 2012/2013, Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) masih berpeluang untuk mengucapkan selamat maju jaya buat Mahasiswa UKM.

Pastinya, peperiksaan semester 1 ini memberi pengalaman pertama buat mahasiswa/i tahun 1 yang mendaftar pada bulan september yang lepas. Malah, pengalaman pertama ini juga turut diharapkan tidak mencipta satu sejarah hitam buat mereka.

Pelbagai peristiwa yang berlaku sejak belakangan ini yang melibatkan sistem perkhidmatan bas cater yang lambat. Pelbagai persoalan dilontarkan oleh mahasiswa semasa sesi dialog baru-baru ini yang turut mendesak berlaku perubahan terutama ketika musim peperiksaan berlangsung.

GMUKM optimis, jika keadaan ini masih tidak menunjukkan tanda perubahan, kita berpegang kepada kata-kata pengurus Trans-Rengit (rujuk artikel).

Bersihkan niat agar segala ilmu yang diulang kaji itu sentiasa segar di ingatan.

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Monday, December 24, 2012

"SMM Bukan Pembangkang" - Safwan Anang


Safwan Anang
Safwan Anang.. 'Saya sendiri telah
mempertimbangkan untuk bertanding pada PRU13'.
KEBANGKITAN suara anak muda semakin jelas terserlah sejak pilihan raya umum 2008 dengan menyaksikan ramai pemimpin muda diberi mandat oleh rakyat dalam membuat perubahan kepada landskap politik negara yang perlu menerima pakai pendapat dan memahami kemahuan mereka dalam menentukan hala tuju negara.

Penerimaan rakyat terhadap pemimpin muda tidak dapat disangkal lagi. Ini terbukti apabila golongan mahasiswa kini menjadi pemimpin kecil dalam masyarakat dan akar umbi dalam memberi penerangan kepada rakyat akan politik baru kini mula diperkatakan.

Mahasiswa juga tidak terlepas dalam memikul tanggungjawab ini dalam memastikan rakyat mendapat pilihan terbaik dalam pentadbiran negara menerusi dasar dan polisi yang lebih baik untuk kepentingan rakyat.

Ikuti temu bual Sinar Harian Online bersama Muhammad Safwan Anang, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) dalam membicarakan calon wakil rakyat yang ditekankan anak muda dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Undi orang muda: Muhyiddin hanya sedapkan hati BN, kata Pakatan


Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menyangkal kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pengundi orang muda kini bersama dengan Barisan Nasional (BN) sedangkan belum bersedia untuk membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum peringkat pusat.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, apa yang diperkatakan oleh Muhyiddin semalam bukan sesuatu yang baru, sebaliknya seringkali didengar.

Menurutnya, sejak tahun lepas Muhyiddin sering mengumumkan golongan muda telah mula menyokong kerajaan BN, namun keengganan pemerintah membubarkan Parlimen menggambarkan situasi sebaliknya.

Beliau juga berkata, kenyataan Muhyiddin semalam hanya bertujuan mahu meyakinkan rakyat dan juga parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Saturday, December 22, 2012

Pelajar berkemah di luar penjara sokong rakan aktivis


Aktivis pelajar berkumpul di luar penjara Kajang malam tadi sebagai tanda sokongan mereka kepada rakan aktivis, Umar Mohd Azmi yang dipenjara di situ.

NONE
Umar (di bawah) adalah salah seorang peserta protes 'Occupy 
Dataran' April lalu yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1, 000 semalam, kerana menghalang pegawai awam menjalankan tugas.

Rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu akan didengar pada hari Isnin di mahkamah Kuala Lumpur.

Tapak perkemahan pelajar di pintu masuk utama ke penjara tersebut diawasi anggota unit keselamatan penjara (UKP).

Kira-kira 50 aktivis pelajar tersebut, terutamanya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkumpul di luar pintu pagar utama Penjara Kajang pada pukul 8 malam tadi di mana pemimpin SAM dan wakil PSM menyampaikan ucapan.

Aktres Drama Gerak Khas, Abby Abadi juga tampil menyokong protes tersebut.

Peserta protes itu kemudian memasang empat kemah mereka di sepanjang jalan menuju ke penjara di mana kira-kira 15 daripada mereka bermalam di situ.

Siswa 'Occupy Dataran' dihukum penjara sebulan


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada siswa 'Occupy Dataran' kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

NONE
Siswa, Umar Mohd Azmi didakwa di mahkamah itu pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan keranamenghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Thursday, December 20, 2012

Bilik PMUKM: Dapatkan Risalah Varsiti Edisi Disember








Dapatkan risalah Varsiti edisi Disember 2012. Pelbagai maklumat terkini dilampirkan khas buat Mahasiswa.



Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Presiden PMUKM Janji Beri Khidmat Terbaik




Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Azim Gesa PMUKM Soal Bencana Alam


Belakangan ini kita sering dikejutkan dengan pelbagai bencana yang menimpa Universiti Kebangsaan Malaysia, khususnya kampus Bangi. Keadaan struktur tanah yang longgar kadangkala meruncingkan keadaan serta ketenteraman masyarakat kampus.

Umumnya, kita sedia maklum, UKM Bangi berhampiran dengan kawasan hutan simpan kekal Bangi. Puncak tertinggi di Bangi pasti ada yang mengetahui namanya sebagai Puncak Bukit Rupa. Namun, adakah kesan jangka masa panjang penerokaan terdahulu mengakibatkan masyarakat kampus hari ini menerima akibatnya.

Pengarah Strategik GMUKM, Azim Fitri
GMUKM melalui pengarah strategiknya, Azim Fitri mengemukakan cadangan agar PMUKM bersedia untuk mengambil sudut pandang daripada ahli akademik, khusus dalam bidang geologi mahupun kaji tanah.

Kita tidak mengetahui kesan ini akan berterusan jika tiada ada langkah-langkah yang bakal diberikan oleh pihak yang  berkenaan dengan isu ini. Masyarakat kampus umumnya dianggotai bukan sahaja mahasiswa malah melibatkan kakitangan universiti yang keluar dan masuk setiap hari atas tuntutan pekerjaan.

Bencana merupakan sesuatu yang sukar diramal, namun sekiranya ada langkah-langkah yang boleh dijadikan sebagai “berjaga-jaga” ini tidak ubah seperti sediakan payung sebelum hujan. Meskipun gejala struktur tanah yang longgar ini jarang berlaku, kita tidak ingin masyarakat terus alpa.

Dalam pada itu, masyarakat kampus mampu menyumbang dari sudut pemberitahu makluman awal sekiranya terdapat petanda awal sebelum berlakunya tanah runtuh.


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Isu Trans-Rengit : Pihak Pentadbiran UKM Lepas Tangan?




GMUKM mengucapkan tahniah kepada Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) kerana telah berjaya menganjurkan Dialog dua hala yang melibatkan Pengurusan Trans Rengit dan Mahasiswa/i UKM. Ini adalah satu usaha yang menunjukkan PMUKM satu badan yang professional dan sentiasa cakna terhadap masalah di UKM terutama kebajikan Mahasiswa/i UKM.

Sepanjang perjalanan sesi dialog ini, pelbagai soalan telah diutarakan kepada Pengurusan Trans Rengit yang majoriti mahasiswa tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan Trans Rengit. Kami di peringkat GMUKM jelas dengan pendirian kami. Jika keberadaan Trans Rengit di UKM ini menjadi satu bebanan buat mahasiswa, kita akan pastikan Trans Rengit ini keluar dari UKM.

Monday, December 17, 2012

Trans-Rengit Ancam Keselamatan Umum UKM


Hari ini telah selesai Piket ringkas berkaitan Isu Trans Rengit anjuran Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM). Piket tersebut bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat kampus untuk bersama cakna terhadap isu keselamatan Mahasiswa yang bersangkut paut dengan perkhidmatan Bas Trans-Rengit.

Terbaru, pada pagi sabtu lepas (15 Disember 2012), dua buah bas Trans-Rengit dilaporkan kemalangan di persimpangan Pusat Pengajian Umum. Kemalangan tersebut berlaku kerana rempuhan belakang yang dilakukan oleh bas Trans-Rengit terhadap sebuah bas yang kerosakan di tepi jalan, berhadapan PPU. Punca kemalangan disebabkan brek yang tidak berfungsi dengan baik.



Wednesday, December 12, 2012

Isu Semasa : Rengit Yang Hangit!


SPEAKER CORNER KEMBALI LAGI !

PENJELASAN BERKAITAN ISU BAS RENGIT.

Menampilkan Pemidato:

  1. MPP Arief Othman (Speaker PMUKM)
  2. Haziq Asyraf Dun ( Pengerusi GMUKM)
Ayuh! Mahasiswa, temui GMUKM di hadapan Cafe Pusanika pada jam 12 PM esok ( 13 Disember 2012).

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Friday, December 7, 2012

Sekitar Kempen Keselamatan & #UKM4Palestin

Ahmad Shukran Shaharudin (Presiden PMUKM 2012-2013)

Wednesday, December 5, 2012

Jangan Jaga Keselamatan




Jangan Jaga Keselamatan, jika;
  1. Tidak sayang harta.
  2. Tidak sayang diri.
  3. Tidak sayang keluarga.

Nantikan kedatangan MPP anda di fakulti. Hari Khamis (6 Disember 2012) jam 12.00 Tengah Hari.

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Tuesday, December 4, 2012

Usaha & Harapan KJ Rayu Sokongan Mahasiswa




Tindakan awal Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menubuhkan Kelab Penyokong Barisan Nasional (KPBN) dilihat tepat dalam meraih sokongan anak muda, khususnya mahasiswa di seluruh institusi pengajian tinggi Malaysia.

Matlamat penubuhan KPBN ini tidak ubah menunjukkan keprihatinan pihak UMNO BN terhadap nasib mahasiswa di kampus selepas berlakunya pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) baru-baru ini.

“Saya harap kelab ini dapat mengumpulkan mahasiswa dan profesional muda yang berminat untuk melibatkan diri dalam politik,” kata Khairy Jamaluddin. (BERNAMA)

Namun, hasrat dan cita-cita agung Ketua Pemuda UMNO ini disanggah sekeras-kerasnya oleh Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Muhamad Azan Safar.

Mengapa begitu?

Khairy Jamaluddin telah mendakwa “Golongan Muda sudah kembali kepada UMNO, BN”. 

Kenyataan beliau terhadap kemenangan Pro-Aspirasi di beberapa kampus hari ini jelas menunjukkan keakraban aktivis UMNO Kampus ini terhadap orang tua mereka, UMNO-BN.

Friday, November 30, 2012

Penulis Syed Hussein Al-Attas Dibebas Dengan Ikat Jamin

Penulis buku Syed Hussein Al-Attas yang ditahan pagi semalam ketika menjual buku beliau yang dikatakan menghina Sultan Johor, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lokasi Perhimpunan Agung Umno ke-66, telah dibebaskan dengan ikat jamin.

NONEKetua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata Syed Hussein (kanan), juga dikenali sebagai Pak Habib, 71, ditahan kira-kira pukul 11 pagi dan dibawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

"Kira-kira pada pukul 4 petang kami telah bebaskan dia dengan ikat jamin," katanya ketika dihubungi Bernama.

Polis turut merampas 13 buah buku hasil tulisan Pak Habib, yang juga bapa kepada blogger dan pengamal paranormal Syed Abdullah atau Uncle Seekers, yang sebelum ini pernah ditahan polis kerana didakwa memfitnah Sultan Johor di blognya www.uncleseekers.blogspot.com.

Zainuddin berkata polis sedang menyiasat kes mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang ada unsur fitnah.

"Apa-apa tindakan akan diambil selepas siasatan terhadap kandungan buku tulisannya itu selesai," katanya.

- Bernama 


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Wednesday, November 28, 2012

Dr M : Demokrasi Boleh Membiakkan Keganasan

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Demokrasi tidak menjamin keselamatan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, sambil memberikan amaran ia boleh menyebabkan keganasan berlaku apabila kumpulan minoriti bangkit menuntut hak mereka.

Perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara ini menegaskan semasa pilihan raya, pihak yang kalah seringkali tidak menerima kegagalan mereka dan akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan dipilih rakyat.

Beliau (gambar) berkata walaupun pihak kalah melalui proses demokratik, mereka akan menggunakan sistem demokrasi sama untuk menafikan keputusan pilihan raya dengan mendakwa bahawa ianya sudah tercemar.

“Kadang-kadang ini membawa kepada keganasan dan pembunuhan, rumah-rumah dan bangunan terbakar mereka akan lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan majoriti,” kata Dr Mahathir semasaa ceramah makan tengah hari bagi Forum Antarabangsa 2012 diadakan sempena perhimpunan agung Umno minggu ini.
“Ini kerana di negara-negara demokrasi baru, kita tidak menghargai sepenuhnya sistem walaupun kita katakan kita suka demokrasi, kita hanya suka apabila kita menang, bukan apabila kita kalah,” katanya.

Friday, November 23, 2012

Pray4Gaza : GMUKM Bersolidariti Untuk Gaza




Isu Palestin dan Zionis sudah lama membarah bukan isu yang baru ditimbulkan. Isu penindasan ini menjadi kebiasaan dalam masyarakat Malaysia. 

Kebiasaan ini pada satu tahap menjadikan tahap kesedaran Masyarakat semakin pudar kerana isu Palestin ini bukan hanya melibatkan penindasan Umat Islam bahkan isu Penindasan hak asasi manusia.

Tuesday, November 20, 2012

GMUKM : Palestin Terus Diasak, Israel Pencabul Keamanan

Kenyataan Rasmi GMUKM
[credit: pulsemedia.org]


Hari ini kita melihat bahawa Israel sekali lagi telah melakukan tindakan yang melampaui batas. Rejim Zionis dengan tindakan yang tidak berperikemanusiaan telah menyerang Palestin (Gaza). Menurut Harian  Metro. Israel melancarkan serangan terbaru dinamakan operasi ‘Pillar of Defence’ ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengorbankan 40 individu termasuk pemimpin Hamas, Ahmed Jaberi, enam kanak-kanak, seorang wanita hamil dan seorang guru, selain mencederakan 345 orang. Tiga rakyat Israel terkorban dan 18 orang lagicedera akibat serangan balas pihak Hamas. Ini adalah tindakan yang bukan sahaja telah mencabar umat islam malah mencabar “Human Rights” seluruh manusia.

Pengarah Strategik GMUKM, Saudara Azim Fitri menegaskan bahawa;
“GMUKM tidak akan sesekali bersekongkol dengan kezaliman yang telah dilakukan oleh Israel terhadap Palestin. Jangan Cabar kredibiliti umat islam terutama Mahasiswa Islam di Malaysia”
[credit: muslimvillage.com]

Universiti kita seperti sekolah menengah - Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sistem universiti yang ada di negara kini seperti sistem pendidikan sekolah menengah kerana tidak memberi ruang untuk berbincang dan mengupas tentang sesuatu topik secara bebas.

Beliau berkata, sistem yang ada kini berbeza dengan sistem universiti sebelum ini yang "lebih hidup" dengan membenarkan mahasiswa serta ahli akademik mengolah dan mengkritik sesuatu isu.

"Untuk meningkatkan mutu pendidikan itu sendiri soalnya (ialah) soal kemudahan dan mutu pendidikan bermula dengan asas falsafah dan kini falsafah pendidikan dilihat kian merosot. (Ia) bermula dengan universiti-universiti dikehendaki lebih kurang macam sekolah menengah sahaja.

"Saya masih ingat anda semua yang seangkatan saya dulu, lebih hidup wacana di universiti, forum dan seminar mengenai pendidikan, ekonomi, kemiskinan dan (ini) memberi ruang kepada mahasiswa dan para akademik untuk mengupas dan mengolah secara bebas," katanya.

Sunday, November 18, 2012

Gaza Rayu Bantuan Bekalan Perubatan

Gaza sangat memerlukan bekalan perubatan asas yang telah berkurangan sejak serangan udara dipergiatkan tentera Israel baru-baru ini, membunuh sekurang-kurangnya 20 orang dan mencederakan 200 individu, termasuk kanak-kanak.
  
Hatem Shurrab, Pengurus Media di Islamic Relief Palestine (IRP), berkata bantuan perubatan telah menjadi keutamaan tertinggi organisasi bantuan kemanusiaan. Terdapat kekurangan bekalan perubatan di Gaza dan ia semakin teruk selepas serangan.
  
"Hospital menghadapi masalah kekurangan bekalan perubatan antara tiga hingga empat tahun yang lalu. Namun, kini dengan serangan yang dipergiatkan, hospital tidak dapat memenuhi keperluan mangsa yang cedera yang datang dalam setiap beberapa minit," katanya dari Gaza dalam sidang video yang diatur oleh Islamic Relief Malaysia (IRM), di Bangi semalam.

Friday, November 16, 2012

KESELAMATAN UKM DIRAGUI : GMUKM CADANG CUTI DIPANJANGKAN


Keselesaan dan keselamatan merupakan perkara yang penting dalam meneruskan kehidupan lebih-lebih lagi bagi seorang mahasiswa di menara gading UKM ini. Namun, apa yang mendukacitakan kita pada hari ini adalah UKM untuk masa terdekat ini berada dalam kondisi tidak selamat dengan pelbagai kes keselamatan yang berlaku dalam UKM. Tragedi malang UKM ini bermula dengan beberapan kes kecurian dan ragut yang berlaku di dalam UKM sehingga apa yang mengejutkan kita kes ini boleh berlaku pada masa siang hari dan menggunakan senjata tajam kepada mangsa.

Tragedi malang ini ditambah lagi dengan siri-siri kes tanah runtuh dalam UKM antaranya di FSSK, FTSM dan Makmal Inbiosis. Beberapa hari lepas susur gajah sepanjang bangunan DECTAR telah pun hancur ranap dihempap pokok sehingga menyebabkan 25 biji kereta telah menjadi mangsa. Terbaru pihak media GMUKM mendapat maklumat berlaku kes kecurian di kolej Zaaba melibatkan mahasiswa luar negara yang telah pun kehilangan sejumlah wang yang agak besar akibat kecurian tersebut.

Wednesday, November 14, 2012

GPMS Tawar Kerja Pada 7 Graduan KUIN Tidak Diiktiraf MQA




Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah bersedia menawarkan pekerjaan kepada tujuh lulusan Sarjana Muda Al-Quran Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang tidak diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  
Pengerusinya Shamsul Bahar Abd Ghani berkata pihaknya mempelawa mereka menjadi tutor kelas tambahan yang akan dibuka GPMS Kedah pada Disember ini.
  
"Mereka akan mengendalikan kelas al-Quran, bahasa Arab, bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung isu tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini hari ini.
  
Katanya diharapkan dengan cara itu siswazah terbabit dapat menyelesaikan hutang pinjaman pengajian mereka mengikut jadual.
  
"Boleh dikatakan setiap pelajar mendapat pinjaman berjumlah lebih RM3,000 setiap semester peringkat ijazah, namun disebabkan sukar mendapat kerja mereka tidak dapat membayar balik wang pinjaman," katanya.
    

Tuesday, November 13, 2012

Tuntutan Insuran Pokok Tumbang

Maklumat kepada empunya kereta yang terlibat dalam kejadian pokok tumbang di DECTAR tadi (rujukan eWarga)

Tuntutan Insuran Mengenai Kejadian Pokok Tumbang Berhampiran DECTAR

Tuntutan insuran boleh dikemukakan kepada Unit Aset, Jabatan Bendahari. Dokumen yang diperlukan seperti berikut:

1. Surat iringan (berkaitan kejadian)
2. Salinan IC
3. SAlinan polisi insuran kenderaan
4. Salinan Geran kenderaan
5. Salinan lesen memandu
6. sebutharga pembaikan

Dokumen tersebut perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada hari Isnin, 19 Nov 2012 untuk tujuan tuntutan insuran. sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn Hamizah Abdul Rahman di talian 012-3451274 atau 03-89215459.


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Sunday, November 11, 2012

Kelesuan JAKSA : JAKSA Perlu Kaji Semula Fungsi JAKSA


“Kau lapar tak?” – A

“Mestilah! Kafe tutup ni, takkan JAKSA tak concern?” – B

“Aduh, kes curi lagi. Apa nak jadi UKM ni? Seminggu ni panas dengan kes curi je” – C

“UKM dah tak selamat, tanah runtuh. Ada hikmah ni. Allah nak tunjuk sesuatu.” – D

“JAKSA ni buat apa? Takkan tak fikir orang lain yang tak balik ni nak makan macam mana kalau kafe tutup.” – E

Seminggu ini sahaja, pelbagai isu yang GMUKM lihat memerlukan perhatian di peringkat atasan, yakni pentadbiran UKM. Isu keselamatan pelajar, isu kecurian yang semakin berleluasa, isu perkhidmatan bas TransRengit yang Hangit!


Isu ini bukan sekali dua malah kekerapannya hanya selang beberapa hari. Sungguh, perkara ini sedikit pun tidak mengalih perhatian peringkat pentadbiran untuk melihat lebih dekat, jauh sekali untuk menjiwai masalah pelajar.

Tanah runtuh : Semalam UKM, Hari Ini Genting Highlands

Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kilometer 12.2 menuju Genting Highlands iaitu 1.5 kilometer sebelum jalan keluar ke Gohtong Jaya di Kuala Lumpur malam tadi.
    
Jurucakap Balai Bomba dan Genting Highlands berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira 8.30 malam tadi ketika hujan lebat.
    
"Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.
    
Beliau berkata kejadian itu bagaimanapun tidak menjejas lalu lintas kerana hanya dua lorong naik di kawasan tanah runtuh ditutup, iaitu di bahagian jalan menghala ke Gohtong Jaya. 
    
"Kerja pembersihan jalan dan pembukaan jalan alternatif kini sedang giat dijalankan," katanya.
    
Beliau berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang ramai berhubung kejadian itu. 

Sebuah jentera dengan enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian, katanya.

- Bernama


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Saturday, November 10, 2012

UKM Tidak Selamat? Bencana?





Pada minggu ini sahaja, sudah beberapa kali kes kecurian dilaporkan berlaku. PMUKM (artikel)  berterusan mengeluarkan laporan mengenai aktiviti yang tidak bermoral ini. Hanya selang beberapa hari sahaja, dari satu kes kecurian dengan kes kecurian yang lain.


GMUKM tidak mengelak sekiranya tindakan mencuri ini dilakukan oleh mahasiswa sendiri. Malah, aktiviti ini dilakukan secara ‘profesional’ dan berkemungkinan adalah orang yang sama. Kita khuatir perkara ini dijadikan sebagai pekerjaan ‘part time’ seseorang. Ini kerana tempoh kehilangan tersebut berlaku dalam jangka masa yang tidak lama, sekelip mata.



Mahasiswa bukan sekadar dihormati dan disegani kerana nilai intelektualnya. Namun kita khuatir, dengan tindakan sedemikian mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap UKM khususnya. UKM ini didakwa melahirkan pelajar yang tidak berintergriti, tidak bermoral dan kurang responsif. Ibarat pepatah melayu, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".

Keluhan Pelajar UiTM : Perkhidmatan Bas Rengit Yang Hangit!

Assalamualaikum w.bt. Dato'.
Saya pelajar Semester 3 dari Fakulti Pengurusan Maklumat dari Kampus UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.

Disini saya bukan hendak menggembar -gemburkan permasalahan kami di Puncak Perdana, tetapi hal ini timbul apabila hal ini melibatkan nyawa kami di jalan raya. Pada hari ini, 9/11/12, kami ada melakukan lawatan ke Memorial Pengishtiharan Kemerdekaan di Melaka yang melibatkan kira-kira 85 orang pelajar dan diiringi oleh 2 orang pensyarah. 

Kami telah memohon perkhidmatan bas di Unit Kenderaan dan kami telah diberikan perkhdmatan dari syarikat bas Rengit memandangkan ketiadaan bas UiTM. Lebih memilukan, kami telah memohon untuk menggunakan khidmat bas tersebut 2 minggu sebelum hari lawatan, iaitu hari ini. Tetapi, apabila tibanya hari kejadian, kami diminta menunggu bas di hadapan kolej Jasmine pada jam 6.45 pagi kerana kami dijangka bertolak pada jam 7 pagi. 

GMUKM Sokong Kepimpinan PMUKM 2012-2013





BANGI – Carta organisasi PMUKM sesi 2012-2013 telah pun diumumkan melalui portal rasmi PMUKM malam semalam. Gabungan Mahasiswa UKM mengucapkan tahniah diatas penyenaraian Majlis Perwakilan Pelajar (klik MPP PMUKM) tersebut.

Semoga dengan tersenarainya organisasi lengkap ini, maka semakin laju pergerakan PMUKM dalam menerajui tampuk kepimpinan pelajar. PMUKM sebagai panduan dan acuan kepada pergerakan kesatuan pelajar yang lain di UKM. Pendek kata, PMUKM sebagai abang yang memberi tauladan yang menjadi ikutan dan inspirasi kepada pelajar UKM yang lain.

Bukhairy Pengerusi MPMN, Shukran Timb. Pengerusi MPMN


Kuala Lumpur - Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Muhd Bukhairy Sufian dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) bagi sesi 2012/2013 semalam.

Dalam mesyuarat diadakan semalam, majoriti ahli MPP yag hadir bersetuju melantik Muhd Bukhairy sebagai Pengerusi MPMN bagi mengantikan mantan MPMUM, Mohd Syahid Zaini.

Manakala YDP Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Ahmad Shukran Shaharudin dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPMN.

MPMN merupakan badan mahasiswa yang mengumpulkan semua ahli MPP yang menang dalam pilihan raya kampus - mahasiswakini

sumber - http://mahasiswakini.net/content/bukhairy-dilantik-pengerusi-mpmn

Friday, November 9, 2012

Parlimen Larang Bukan MP Adakan Sidang Media

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia melarang penggunaan sudut sidang media di lobi parlimen oleh mereka yang bukan merupakan ahli parlimen.

Larangan lisan itu berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan 'Parlimen Malaysia Sidang Media' disalahguna oleh mereka yang bukan ahli parlimen.
NONEBeliau tidak berpuas hati dengan beberapa sidang media yang diadakan di situ antaranya pendedahan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berhubung dakwaan anak lelaki Datuk Seri Nazri Aziz ada hubungkait dengan jutawan balak Michael Chia.

Pandikar turut menunjukkan gambar sidang media tersebut yang sepatutnya tidak diadakan di situ.

Menurutnya lagi, walaupun parlimen adalah kawasan larangan untuk orang awam tetapi budaya rakyat Malaysia yang meraikan tetamu menyebabkan pihaknya tidak begitu tegas memantau mereka yang mengadakan sidang media sebelum ini.

Tahniah PMUKM, Teruskan Rentak Pejuang Mahasiswa


Tinjauan demi tinjauan dilakukan, hasilnya mendapati di beberapa kawasan UKM, Bangi ini sangat gelap. Situasi yang tidak kondusif bagi mahasiswa yang rutinnya berjalan kaki dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Kawasan tersebut boleh dikatakan laluan yang kerap digunakan mahasiswa.

Ada juga yang mengusulkan lampu jalan yang separas pinggang itu digantikan dengan lampu jalan piawai seperti di jalan raya awam, luar kawasan UKM. Lampu yang dijana oleh lampu jalan sedia ada tidak ubah seperti lampu kederaan bermotor. Kadangkala menimbulkan kekeliruan yang akhirnya membawa malang tidak berbau.

Bahkan baru-baru ini timbul kes kritikal, kes keselamatan siswi. PMUKM (artikel terkini) melaporkan dalam sebulan terdapat beberapa kes berkaitan isu keselamatan siswi ini diterima PMUKM. Malah, kes ini dikatakan tiada jaminan untuk memastikan sesuatu yang diluar jangkaan akan berlaku.

Siapa sangka tempoh hari ketika Pilihan Raya Kampus 2012 berlangsung calon-calon GMUKM diberi ugutan secara talian. Pada hari ini, masyarakat kampus khusus buat mahasiswi  pula menerima kesan yang sama. Kelainannya pada hari ini, mereka dihunus dengan senjata yang tajam, bukan secara panggilan.

Tuesday, November 6, 2012

DELEGASI MPP FAKULTI PENGAJIAN ISLAM 2012


Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam (MPPFPI) berhasrat untuk mewujudkan suasana pembelajaran kondusif di sekitar Fakulti Pengajian Islam FPI. Sehubungan dengan itu, kemudahan dan keselesaan kawasan pembelajaran menjadi aspek utama yang ingin diwujudkan di sekitar FPI. Walaubagaimanapun, ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk merealiasiasikannya. 
Oleh itu, apa yang penting bagi kita sebagai penggunanya adalah supaya berkerjasama menjaga kemudahan yang disediakan dengan tidak membiarkan kemudahan yang digunakan dalam keadaan bersepah dan tidak tersusun. Peringatan kepada semua pengguna Singgahan Ilmu untuk sebarang urusan, SILA SUSUN KEMBALI MEJA ATAU KERUSI yang digunakan ke tempat asal yang ditetapkan. Janganlah biarkan kemudahan yang kita gunakan tidak terjaga. 

Monday, November 5, 2012

Hina Sultan Johor - Lebih Ramai Akan Ditahan?


Selain juruukur kuantiti berusia 27 tahun, Ahmad Abd Jalil yang ditahan polis pada malam Jumaat kerana didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook, mungkin ramai lagi akan ditahan dalam masa beberapa hari ini.
Ahmad Abd Jalil 2 
Difahamkan polis sedang memburu lebih ramai individu yang dikaitkan dengan pos di facebook itu. 

"Bagaimanapun, kita tidak tahu berapa ramai akan ditahan dalam beberapa hari ini," kata peguam Ahmad, saudara Mohd Zakwan Adenan (gambar) kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.

Mohd Zakwan berkata Ahmad (kiri) akan ditahan di lokap di Johor Bahru sehingga esok.

Beliau berkata, polis pada mulanya memohon tahanan reman selama tujuh hari, tetapi majistret mengurangkannya kepada tiga hari.

PRU 13 - Agenda Khas GAMIS 2012-2013

Muktamar Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) 2012 (Gamis) telah selesai kelmarin, menjadikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sebagai agenda khas Gamis sesi ini.

Muktamar yang dihadiri hampir 200 perwakilan dari seluruh negara itu merupakan transisi kepimpinan Gamis era Akram Ikrami Taib Azamudden kepada Presiden baru, Muhamad Azan Safar.

Menurut Muhamad Azan, PRU13 dan Pasca PRU-13 menjadi agenda khas Gamis bagi sesi ini kerana mahasiswa perlu memimpin massa untuk melakukan perubahan.

"Cabaran buat mahasiswa ialah memimpin massa dalam menghadapi perubahan, dan PRU13 merupakan salah satu medan untuk perubahan. 

“Sekiranya ahli Gamis mahukan Gamis berwajah baru, maka ahli Gamis juga mesti berubah menjadi baru, baik dari segi pemikiran dan juga sahsiah” tegas Muhamad Azan Safar. 

Sunday, November 4, 2012

GMUKM ucap tahniah, UKM peroleh Tier 5 dalam SETARA'11

GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak pengurusan Universiti kerana telah berjaya mengangkat UKM di kalangan IPT cemerlang (Tier 5) bersama 35 institusi pengajian tinggi negara menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi bagi tahun 2011 (SETARA ’11).

Kejayaan ini mengulangi kejayaan UKM dalam penilaian SETARA 2009 di mana UKM turut menempa nama di peringkat Tier 5 (Cemerlang) di kalangan 18 IPT awam dan swasta ketika itu.

Pengumuman tersebut telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi sendiri, Datuk Seri Khaled Nordin Khamis lalu dalam majlis sambutan Hari Ulang Tahun Kelima Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Setara ’11 merupakan penarafan kali ketiga dilaksanakan selepas penarafan pertama melalui Setara 2007 dan penarafan kedua melalui Setara ’09, dan penarafan kali ini turut melibatkan IPT yang melaksanakan pendidikan secara terbuka dan jarak jauh (ODL).

Ia dilaksanakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi penilaian yang terbahagi kepada tiga aspek iaitu input (20 peratus), proses (40 peratus) dan output (40 peratus) dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaiannya melibatkan 26 kriteria dan 62 indikator yang secara amnya adalah hampir sama dengan instrumen Setara terdahulu.

Dalam sidang media yang sama, Menteri Pengajian Tinggi turut mengumumkan UKM telah tersenarai di kalangan tiga universiti awam lain menerima pengiktirafan enam bintang tertinggi dalam penarafan Malaysian Research Assessment Instrument (MyRA). 

MyRA bertujuan mengukur aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C) di IPT-IPT seluruh negara. 

Di kalangan 32 buah IPT awam dan swasta yang dinilai, UKM berjaya menempatkan bersama-sama Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia dan diiktiraf di tahap 6 bintang. 

Saturday, November 3, 2012

Study on hiring discrimination found



KUALA LUMPUR: Not only are job hunters selected based on their ethnicity but also which university they graduate from and what languages they speak, a study on hiring discrimination found.

The study by two local academics showed racial discrimination in the callback rates for Malay and Chinese applicants for engineering and accounting jobs in the private sector:
  • Between two identical resumes, the Malay one is 16.7% less likely to be called for interview;
  • In engineering jobs, discrimination against Malays was highest among foreign-controlled companies, followed by Malay and Chinese-controlled companies; also
  • Proficiency in Chinese gave a small edge in a callback rate of 18.8 for both races over proficiency in Malay (13.3) and English (13.2);
  • Chinese and Malay private university graduates fared better but Malays had a better callback rate (6.2) if they were from Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia and Universiti Putra Malaysia than if from Utar (5.8) or UiTM (4.3).

Thursday, November 1, 2012

'Tanda Putera' akhirnya ditayangkan pada 2013

Oleh Ahmad Fadli KC
4:02PM Okt 30 2012

Filem kontroversi Tanda Putera yang dikritik hebat pembangkang ditangguh lagi untuk kali kedua ke tahun depan, kata pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba.

"Tiada tayangan (kerana tarikh) 15 November ini ia dibatalkan. 

"Tarikh baru hanya pada tahun 2013 dan tiada lagi slot untuk tahun ini," kata Shuhaimi melalui SMS kepada Malaysiakini ketika diminta mengesahkan khabar angin penangguhan itu.

NONEBeliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan perkara itu kepada Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Naguib Razak atau setiausaha kementerian penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf untuk menjelaskannya.

"Paling baik jika perkara ini dirujuk kepada ketua pengarah Finas, Encik Naguib Razak atau setiausaha Datuk Kamaruddin untuk (lebih jelas) alasan (penangguhan)," katanya. 

Naguib sewaktu dihubungi menerusi pembantunya bagaimanapun enggan memberi sebarang maklum balas kerana "buat masa ini jadualnya agak padat dengan mesyuarat".

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !