Muhamad Azan
(tiga, kanan) bersalaman dengan Setiausaha Kawat, Rosamiza Omar semasa
berkunjung ke Pejabat Kawat, semalam. Turut serta, Safwan (dua, kiri).
KUALA TERENGGANU - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyatakan pendirian mereka yang
menyokong penuh dua agenda Pakatan Rakyat (PR).
Dua agenda itu ialah pemberian semula hak royalti kepada rakyat
Terengganu daripada lima kepada 20 peratus dan juga tawaran 10 perkara
dalam manifesto PR.
Presiden Gamis, Muhamad Azan Safar berkata, 20 peratus royalti yang
diperjuangkan itu merupakan hak sebenar yang boleh dimanfaatkan
sepenuhnya untuk kebajikan seluruh rakyat Terengganu.
“Pemberian semula hak royalti kepada rakyat negeri Terengganu daripada
lima kepada 20 peratus adalah hak rakyat. Dengan royalti tersebut, tiada
masalah untuk tujuan pendidikan dan juga melaksanakan 10 perkara yang
ditawarkan manifesto PR.