Tan Sri Ambrin Buang
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang 
 
SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara menegaskan kegagalan jabatan mematuhi  peraturan yang ditetapkan berkaitan pengurusan pembayaran di bawah Akaun Perbendaharaan (AP) 59 antaranya disebabkan kurangnya pemantauan di peringkat kementerian atau Perbendaharaan.

Dalam laporannya, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, memandangkan sebahagian daripada kes kelewatan ini merupakan kes yang lama, tindakan yang lebih berkesan perlu diambil untuk menyelesaikannya.

Tambah beliau, kementerian sepatutnya melengkapkan kesemua dokumen sokongan yang berkaitan semasa kementerian mengemukakan permohonan pendahuluan kepada Perbendaharaan untuk membolehkan bayaran dibuat serta-merta apabila kelulusan diperoleh.